Perkara yang perlu direnungkan sedalam-dalamnya ialah Al-Quran di permulaan lagi telah menjelaskan tentang Kristian iaitu walad dhoolliin di penghujung surah Fatihah. Kemudian Al-Quran pula diakhiri dengan surah qul huwallaah hingga qul a’uzu birabbin naas. Di pertengahan Quran pun ada ayat yang menyentuh mereka iaitu takaadus samaawaatu yatafattarna minhu. Berkenaan dajjal juga ada disentuh di mana-mana yang telah tertanam di dalam hati manusia. Hadis pula menyatakan bahawa untuk menghindari dajjal hendaklah merenungkan permulaan surah Al-Kahfi, hadis juga ada menyentuh tentang keretapi. Ringkasnya bahawa di mana pun kita renungkan, ia memberikan pemikiran di dalam minda kita, dajjal adalah merujuk kepada kaum Kristian (nasara). (Alhakam Jilid 6, Nombor 39, Tarikh 31 Oktober 1902, halaman 3)
Apabila keluar dari jagaan seorang ibu, maka seorang insan memerlukan penjaga yang lain. Dia akan menjadikan sesiapa sahaja sebagai penjaganya yang kadang-kadang penjaga yang diambil itu adalah lemah. Dan apa sahaja yang diperlukan olehnya, dia berusaha agar orang lain tidak mengetahuinya. Tetapi orang yang jauh terpisah dari mereka ini dan mengamalkan ciri ketakwaan dan islah yang hakiki, maka Tuhan akan menjadi penjaga kepadanya dan segala keperluan dan keinginannya akan dipenuhi oleh Allah Ta’ala. Dia tidak perlu lagi berpura-pura. Segala kurnia yang diberikan atasnya, orang lain akan kehairanan. Apabila tiba masanya di mana Allah Ta’ala menjadi penjaga kepadanya, yakni sebelum Allah Ta’ala menjadi penjaga sebenar kepadanya, dia telah melalui kehidupan dari pelbagai penjaga. Sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam surah An-Naas.
Pertama sekali seseorang insan memerlukan jagaan daripada ibu bapa, kemudian apabila sudah besar, maka dia akan memerlukan jagaan daripada pemerintah dan penguasa. Apabila semakin maju ke hadapan dan mula menyedari kelemahan atau kesilapan, yakni dia sudah mula merasa bahawa wujud yang dia anggap sebagai penjaga sebenar rupanya ada kelemahan masing-masing, di mana apa yang dia perlukan sebenarnya tidak dapat dipenuhi. Akhirnya dia akan rujuk kepada Allah, dan jika dia tetap dalam langkahnya maka Allah Ta’ala akan menjadi penjaganya.
Pada waktu itulah dia merasa tenang dan merasa ada keajaiban dalam kehidupan baru yang dia lalui. Khususnya apabila Allah Ta’ala menyatakan kepadanya bahawa “Aku akan menjadi penjaga engkau”, pada waktu itu ketenangan dan kegembiraan yang dia rasakan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Keadaan ini benar-benar suci dari segala kesulitan dan ketidaktenteraman. (Al-Badar Jilid 3, Nombor 25, Tarikh 01 Julai 1904, halaman 4)
(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, halaman 431-432)
No comments:
Post a Comment