Saturday, November 14, 2020

Tafsir Surah Al-Falaq (No. 03)

Wamin syarri ghaasiqin izaa waqab, wamin syarrin naffaasaati fil uqad, wamin syarri haasidin izaa hasad. Dan kami mohon perlindungan Allah Ta’ala dari zaman ketika kegelapan ajaran Triniti dan kesyirikan semakin tersebar di seluruh dunia, dan juga kami mohon perlindungan Allah dari kejahatan yang ditiup-tiupkan, yakni dalam melakukan penipuan, mereka menggunakan perbuatan sihir dan memberikan kesusahan dalam landasan yang benar. Dan juga kami pohon perlindungan dari kejahatan orang yang hasad di mana mereka menutupi kebenaran semata-mata kerana hasad dengki mereka.

Semua perkara ini mengisyaratkan kepada paderi-paderi Kristian bahawa satu zaman akan tiba di mana mereka akan menyebarkan kejahatan dan memenuhi dunia ini dengan kegelapan, cara penipuan mereka laksana ahli sihir, mereka itu sangat hasad atau dengki, mereka memandang Islam itu dengan penuh rasa penghinaan. Lafaz rabbil falaq merujuk kepada keadaan kegelapan yang akan berubah menjadi terang atau siang. Dan ini berlaku pada zaman Maseeh Mau’ud. Dalam surah Ikhlas dan Falaq ini hanya menyentuh satu firqah sahaja, surah Ikhlas memberitahu tentang akidah firqah itu dan surah Falaq menyentuh tentang keadaan amalan firqah ini. Firqah ini dalam surah Falaq disebut dengan lafaz syarri maa kholaq yakni syarrul bariyya dan kalau kita teliti hadis-hadis, kita dapat mengetahui bahawa dajjal dikatakan sebagai syarrul bariyya kerana dari zaman Adam sehingga akhir zaman, tidak ada yang menandingi mereka dalam soal kejahatan. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 269-272, nota kaki)

Ayat wamin syaari ghaasiqin izaa waqab dalam surah Falaq ini memperingatkan kepada kita tentang satu zaman yang penuh dengan kegelapan dan ungkapan qul a’uuzu birabbil falaq pula memberikan khabar gembira tentang kedatangan waktu Subuh selepas zaman kegelapan muncul. Dan untuk kita mencapai matlamat itu, di dalam surah An-Naas menyentuh tentang menghindari was-was dengan penuh kesabaran dan keteguhan. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 285, nota kaki)

Berkaitan dengan dhoolliin ada tiga surah yang terakhir. Pokok pangkalnya adalah qul huwallah dan dua surah lagi adalah penjelasannya. … dalam surah Falaq mengajar tentang doa menghindari fitnah ini iaitu qul a’uuzu birabbil falaq yakni aku mohon perlindungan Tuhan dari kejahatan sekalian makhluk, iaitu rabbil falaq, yakni Pemilik waktu Subuh atau yang menzahirkan cahaya terang adalah kuasa-Nya.

Rabbil falaq memberitahu bahawa pada masa itu, fitnah dari Kristian dan takfir terhadap Maseeh Mau’ud, serta kegelapan fitnah penghinaan akan menyelubungi dunia. Kemudian ayat syarri ghaasiqin izaa waqab, yakni aku juga mohon perlindungan dari kejahatan kegelapan malam yang timbul dari fitnah Kristian dan fitnah mengingkari Maseeh Mau’ud. Kemudian dinyatakan lagi wamin syarrin naffaasaati fil uqad yakni aku juga mohon perlindungan dari kejahatan mereka yang ada ciri kewanitaan yang mendatangkan kesulitan pada agama sehingga orang jahil membuat kritikan dan juga ada yang tertipu oleh perbuatan mereka. Golongan seperti ini ada dua. Pertama ialah golongan paderi serta sekutunya, dan kedua ialah mullah atau ulama yang degil yang tidak mahu meninggalkan kesalahan mereka, dan disebabkan perbuatan mereka, agama yang bersih itu menjadi begitu rumit, dan mereka memiliki tabiat wanita iaitu tidak mahu berhadapan dengan utusan Tuhan. Jadi, kita mohon perlindungan dari kejahatan mereka semua ini, begitu juga kita mohon perlindungan dari orang-orang yang hasad apabila mereka berhasad. (Alhakam Jilid6, Nombor 8, Tarikh 28 Februari 1902, halaman 5)

>>>bersambung<<<

(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, Jilid 8, halaman 421-422)



No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...