Terdapat segelintir orang yang bergantung sepenuhnya kepada sesuatu selain Allah Ta’ala dan berkata “kalau bukan disebabkan orang ini, sudah tentu saya telah binasa, orang ini telah berbuat ihsan ke atas saya”. Mereka langsung tidak tahu bahawa semua ini pun sebenarnya datang dari Allah. Tuhan berfirman qul a’uuzu birabbil falaq bahawa aku memohon perlindungan dari Tuhan yang menjadi penjaga kepada semua. Rabb adalah penjaga sebenar, selain Dia, tidak ada kasih sayang dan penjagaan yang sebenar. Malah, kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya pun sebenarnya datang dari Tuhan, demikian juga keadilan yang dibuat oleh seorang raja ke atas rakyatnya adalah datang dari Tuhan.
Dari semua penjelasan ini Allah Ta’ala hendak memberitahu bahawa tidak ada wujud lain semisal dengan-Nya. Semua penjagaan adalah pekerjaan-Nya. Beberapa orang bergantung kepada raja sehingga berkata “kalau bukan dia, saya sudah binasa dan pekerjaan saya telah dipermudahkan oleh raja ini”, dan banyak lagi contoh lain seperti ini. Hendaklah ingat bahawa orang yang berkata seperti adalah kafir, insan hendaklah berusaha agar jangan menjadi kafir. Walaubagaimanapun, seseorang itu tidak akan menjadi mukmin sekiranya tidak ada keimanan tentang hal ini bahawa segala penjagaan dan kasih sayang datang dari Allah Ta’ala.
Seorang insan sedikit pun tidak akan memberi manfaat kepada kawannya selagi tidak ada kasih sayang dari Tuhan. Demikian juga halnya dalam diri anak-anak dan semua hubungan keluarga, kasih sayang Tuhan amat perlu di dalamnya. Allah Ta’ala berfirman “Aku sendiri yang menjadi penjaga kepada kamu”. Tanpa penjagaan dari Tuhan, maka tidak ada yang menjadi pemelihara. Cuba perhatikan, apabila Allah Ta’ala menjadikan seseorang jatuh sakit, maka kadang-kadang berapa keras pun usaha para doktor tidak memberikan kesan sehingga pesakit itu meninggal dunia. Lihat saja penyakit taun, para doktor pun sudah berusaha sebaik mungkin, namun penyakit ini tetap tidak berganjak. Sebabnya ialah semua kebaikan datangnya dari Allah, demikian juga untuk menjauhkan semua kejahatan adalah dari Allah Ta’ala. (Al-Badar Jilid4, Nombor 44, tarikh 3 Julai 1903, halaman 185,186)
Ghaasiqin dalam bahasa Arab bermaksud kegelapan yang berlaku pada malam awal bulan yang sangat kelam. Sebab itu kata ini juga digunakan merujuk kepada bulan qamar ketika malam terakhirnya, yakni cahayanya tidak menentu. Dan lafaz ini juga digunakan dalam keadaan gerhana bulan. Dalam Quran ayat min syarri ghaasiqin izaa waqab bermakna min syarri zulmatin izaa dakhola yakni dari kejahatan gelap apabila ia berlabuh. (Al-Badar Jilid 2, Nombor 6, tarikh 27 Februari 1903, halaman 43)
Min syarri haasidin izaa hasad. Sebenarnya apabila suatu sifat baik dilakukan bukan pada tempatnya atau dengan cara yang tidak benar, maka ia menjadi buruk dan kotor. Tetapi, jika sifat itu dilakukan menurut keadaan yang sesuai dan tidak keterlaluan, maka ia akan mendapat ganjaran. Di dalam Quran ada menyatakan min syarri hasidin izaa hasad dan di tempat yang lain ada ayat sabiquunal awwaluun. Di sini sifat mengalahkan yang pertama juga termasuk jenis hasad. Bila masa pula seorang pelumba mahu dikalahkan oleh orang lain? Sifat ini telah wujud dalam diri manusia sejak kecil. Kalau kanak-kanak tidak ada semangat berlumba-lumba, maka dia tidak akan ada usaha untuk maju. Semangat untuk mengalahkan juga termasuk hasad, cuma pada tempat ini ia dalam keadaan bersih. Demikian juga, dengan adanya hasad yang seperti ini boleh membawa seseorang masuk syurga. (Al-Badar Jilid 2, nombor 12, tarikh 10 April 1903, halaman 89)
(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, Jilid 8, halaman 422-424)
No comments:
Post a Comment