Dalam surah ini pertama sekali Allah Ta’ala mengemukakan ROBBIN NAAS, kemudian MAALIKIN NAAS, dan akhir sekali ILAAHIN NAAS, semuanya merujuk kepada insan. ILAH dikatakan sebagai ma’bud, maqsud dan matlub, sebab itu makna daripada LAA ILAAHA ILLALLAAH ialah LAA MA’BUUDALII WALAA MAQSUUDALII WALAA MATLUUBALII ILLALLAAH dan inilah tauhid yang sebenar bahawa setiap yang layak dipuji hanyalah Allah Ta’ala. Kemudian dikatakan MIN SYARRIL WAS WAASIL KHONNAAS yakni mintalah pertolongan dari kejahatan khannas yang mendatangkan keraguan. Khannas dalam bahasa Arab ialah ular dan dalam bahasa Ibrani disebut nakhasy kerana ia juga telah membuat kejahatan sebelumnya. Di sini tidak disebut iblis atau syaitan supaya insan dapat mengingati permulaan mereka diuji, bagaimana syaitan telah menipu kedua nenek moyang, waktu itu nama yang disebut ialah khannas. Urutan ini diletakkan oleh Allah supaya insan dapat menyedari kejadian pertama, tentang bagaimana syaitan telah menggoda manusia agar berpaling dari mentaati Allah Ta’ala, demikian juga jangan sampai mereka digoda untuk berpaling dari mentaati pemerintah semasa. Dengan itu, insan setiap waktu akan membuat muhasabah diri tentang iradah dan rencananya, bahawa sejauh mana ketaatan kepada pemerintahnya, dan pada masa yang sama berusaha serta berdoa kepada Allah agar dengan apa cara sekalipun syaitan tidak termasuk di dalam pemikirannya.
Jadi, perintah keitaatan dalam surah ini adalah keitaatan kepada Allah kerana asal keitaatan adalah kepada Allah. Tetapi, perintah untuk itaat kepada ibu bapa, mursyid, dan raja semasa adalah datang dari Allah Ta’ala. Dan faedah daripada keitaatan ialah kita akan terhindar dari pengaruh khannas. Sebab itu mintalah perlindungan supaya sentiasa terhindar dari kejahatan was-was yang dimasukkan oleh syaitan, kerana seorang mukmin itu tidak akan terperangkap dalam satu lubang yang sama. Jika sudah ditimpa suatu musibah dari suatu jalan, jangan lagi tersandung pada jalan itu untuk kali kedua.
Jadi, dalam surah ini jelas bahawa harus itaat kepada raja semasa. Di dalam khannas itu telah diletakkan ciri khas sebagaimana ciri khas yang diletakkan di dalam pokok, air dan api. Semua ini adalah rahsia-rahsia Allah Ta’ala di mana pada tahap ini penyelidikan insan akan terhenti. Ringkasnya setiap benda itu datangnya dari Allah Ta’ala sama ada ia terpisah-pisah atau bergabung. Sedangkan Dia menghantar raja-raja yang telah menjauhkan segala musibah kita sehingga membuat satu perubahan dimana Dia mengeluarkan kita dari tempat yang panas membara ke dalam sebuah kebun yang dipenuhi pohon-pohon yang menggembirakan, dari setiap arah sungai mengalir, dan hembusan udara yang sangat nyaman. Jadi, adalah sangat tidak bersyukur apabila ada insan yang melupakan kebaikan-kebaikan yang telah diberikan kepada mereka. (Rowaidad Jalsa Dua, Rohani Khazain Jilid 15, halaman 618-619)
>>bersambung<<
(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, halaman 427-428)
No comments:
Post a Comment