Saturday, October 5, 2013

Bicara Mohd Aziz Tentang Ahmadiyah

http://bicaramohdaziz.blogspot.com/2013/09/ahmadiah.html

Ahmadiah- Pengkhianat Islam

Oleh: Syeikh Ahmed Deedat

Di dalam sebuah ceramah yang telah di sampaikan oleh Syeikh Ahmed Deedat, seorang pemuda telah datang bertanya kepada Syeikh berhubung ajaran pengikut ‘Ahmadiah/Qadiani[1]’ ketika sesi soal jawab. Berikut merupakan isi kandungan soal jawab tersebut;
Pemuda                : Assalamualaikum sebelum ini tuan menggunakan ayat Al-Quran iaitu ‘la ikra hafiddin’ ..apakah maksud ayat ini?
Sheikh                  : ‘la ikra hafiddin’ bermaksud ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)’ [al-Baqarah 256]..iaitu dalam perkara agama..kamu tidak boleh memaksa..orang lain untuk menerima agama kamu...jika dia Hindu..Ateist..Kristian..walau sesiapa pun kita tidak ada hak untuk memaksa..Misalnya kamu berada pada kedudukan untuk memaksa orang..kamu tidak boleh memaksa sesiapa sahaja..itu adalah mesej dari Al-Quran..
 
Islahdin: Memang siapa pun tidak diberi hak untuk memaksa orang lain dalam soal keimanan atau pilihan agamanya
Pemuda                : Jadi itu adalah mesej dari Al-Quran..justeru ia bermaksud kamu tidak boleh memaksa..(soalan saya) yang ke-2..Islam bermaksud keamanan dan patuh..hidup aman, damai & tunduk kepada Tuhan..namun kini terdapat golongan di Pakistan yang dipanggil Ahmadi Muslim..mereka ditindas dan didakwa oleh Mullahs (golongan arif akan undang-undang Islam)..kenapa?
Syeikh                  : Kamu lihat..tidak ada paksaan dalam agama (Islam)..tetapi jika kamu mempunyai bangsa atau komuniti..dan salah seorang dari kamu adalah PENGKHIANAT..mana-mana negara..andai kamu mengkhianati negara itu..ia adalah sesuatu yang tidak akan (dapat) dimaafkan..
 
Islahdin: Pengkhianatan terhadap negara dalam bentuk apa yang telah dilakukan oleh orang Ahmadi?

Katakanlah Hitler mahu menakluk Britain & salah seorang dari kamu rakyat Britain bersubahat dengan Perisik Jerman (Hitler)..dan menyalurkan maklumat.. jika kamu ditangkap..(maka) skuad penembak..tiada maaf (tidak akan memaafkan kamu)..

Justeru, hakikatnya adalah setiap kali kamu bersubahat dengan musuh..atau orang luar..(maka kamu dianggap penjenayah)..ini kerana kamu akan melemahkan, mengkhianati atau menghancurkan komuniti kamu..jenayah itu adalah jenayah pengkhianatan terhadap komuniti dan sudah tentu komuniti tidak akan memaafkan kamu..
 
Islahdin: Bukti apa yang menyatakan Ahmadi bersubahat dengan musuh, menyalurkan maklumat sehingga menghancurkan suatu komuniti, apa lagi yang dianggap sebagai satu jenayah pengkhianatan?
Pemuda                : Nabi Muhammad saw pernah berkata..kamu tidak boleh menghakimi orang lain..
Syeikh                  : Saudara..kamu boleh menghakimi diri kamu sendiri..lihat..saya tiada hak untuk menghakimi..namun jika kamu datang kepada saya dan beritahu saya..ada nabi lain yang datang selepas Nabi Muhammad saw..kamu telah memecahbelahkan perpaduan umat (Islam)..ia bermaksud kamu kini adalah PENGKHIANAT kepada persaudaraan Islam..
 
Islahdin: Perkara pertama yang harus dijelaskan, Ahmadiyah tidak pernah mengajarkan kepada umat Islam supaya bernabikan kepada nabi selain Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. soal kedatangan seseorang yang berpangkat nabi sesudah kewafatan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ada terdapat dalam Al-Qur'an dan Hadis. Jika sesiapa tidak bersetuju dengan pendapat ini, kita boleh buat diskusi terbuka.
 
Perkara kedua ialah, Umat Islam sekarang ini tidak bersatu bukanlah disebabkan oleh Ahmadiyah. Umat Islam sekarang ini berperang bukan kerana Ahmadiyah yang suruh. Jika pun terjadi Ahmadiyah memecahkan umat, itu hanya menjadi dua, satu Ahmadiyah dan satu lagi bukan Ahmadiyah. tetapi realitinya umat Islam tidak dua, tidak tiga, malah telah berpecah sebelum kewujudan Jemaat AHmadiyah di dunia. 
 
Jadi, tuduhan Ahmadiyah mengkhianati persaudaraan Islam tidak tepat. Kalaupun Ahmadiyah ikut kepada mana-mana pihak kelompok Islam, perpecahan tetap berlaku kerana ini bukan perkara baru. Sayang sekali, Imam Jemaat Ahmadiyah sedunia sekarang ini giat menyebarkan ajaran PEACE dari sudut pandangan Islam, itu pula yang dituduh sebagai pengkhianat Islam.

Pengwartaan Fatwa 

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas (Ahamadiah/Qadiani) dengan penuh teliti serta mengikut hukum yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut:

Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang / Fatwa 1975 iaitu :

“Ajaran Ahmadiah/Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama-ulama Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di Negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka telah Murtad (keluar dari Agama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat kembali kepada Islam dengan mengikrarkan dua kalimah syahadat. Jika mereka enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam.”
Sumber:        1. YouTube
                    2. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-ahmadiah-qadiani




[1] 1. Ajaran Ahmadiah/Qadiani di asaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan DYMM Sultan Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.
2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan penerbitan risalah.
Islahdin: Semakin Lumpuh ya! Takpelah kalau tak nampak kemajuannya.
3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :
a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :

(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan
 
Islahdin: Semua dakwaan ini perlu dijelaskan agar jangan disalah tafsir. Sila bersetuju untuk diskusi terbuka.
b) Ibadah Haji di Qadiani, India
 Islahdin: Satu perkara yang lucu kerana dalam perkara ini tidak dilakukan kajian semula untuk menjelaskan kepada umum cara-cara Ahmadi ibadah Haji di Qadian. kenapa tidak ada penjelasan, sebab hal ini hanya FITNAH semata-mata.
c) Menafikan Jihad
 
Islahdin: Ahmadiyah berjihad setiap saat, mereka pula menafikan AHmadiyah melakukan jihad.

d) Mengubah ayat-ayat al-Quran
 
 Islahdin: Tak tahulah FITNAH ini sampai bila akan berakhir. AHmadiyah tak pernah mengajarkan ada sebarang perubahan dalam Al-Qur'an.

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...