Ahmadiah- Pengkhianat Islam
Oleh: Syeikh Ahmed Deedat
Di dalam sebuah ceramah yang telah di
sampaikan oleh Syeikh Ahmed Deedat, seorang pemuda telah datang bertanya kepada
Syeikh berhubung ajaran pengikut ‘Ahmadiah/Qadiani[1]’
ketika sesi soal jawab. Berikut merupakan isi kandungan soal jawab tersebut;
Pemuda :
Assalamualaikum sebelum ini tuan menggunakan ayat Al-Quran iaitu ‘la ikra
hafiddin’ ..apakah maksud ayat ini?
Sheikh :
‘la ikra hafiddin’ bermaksud ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)’
[al-Baqarah 256]..iaitu dalam perkara agama..kamu tidak boleh memaksa..orang
lain untuk menerima agama kamu...jika dia Hindu..Ateist..Kristian..walau
sesiapa pun kita tidak ada hak untuk memaksa..Misalnya kamu berada pada
kedudukan untuk memaksa orang..kamu tidak boleh memaksa sesiapa sahaja..itu
adalah mesej dari Al-Quran..
Islahdin: Memang siapa pun tidak diberi hak untuk memaksa orang lain dalam soal keimanan atau pilihan agamanya
Pemuda : Jadi itu adalah mesej dari
Al-Quran..justeru ia bermaksud kamu tidak boleh memaksa..(soalan saya) yang
ke-2..Islam bermaksud keamanan dan patuh..hidup aman, damai & tunduk kepada
Tuhan..namun kini terdapat golongan di Pakistan yang dipanggil Ahmadi Muslim..mereka
ditindas dan didakwa oleh Mullahs (golongan arif akan undang-undang
Islam)..kenapa?
Syeikh : Kamu lihat..tidak ada
paksaan dalam agama (Islam)..tetapi jika kamu mempunyai bangsa atau
komuniti..dan salah seorang dari kamu adalah PENGKHIANAT..mana-mana
negara..andai kamu mengkhianati negara itu..ia adalah sesuatu yang tidak akan (dapat)
dimaafkan..
Islahdin: Pengkhianatan terhadap negara dalam bentuk apa yang telah dilakukan oleh orang Ahmadi?
Katakanlah Hitler mahu menakluk Britain
& salah seorang dari kamu rakyat Britain bersubahat dengan Perisik Jerman
(Hitler)..dan menyalurkan maklumat.. jika kamu ditangkap..(maka) skuad
penembak..tiada maaf (tidak akan memaafkan kamu)..
Justeru, hakikatnya adalah setiap kali kamu
bersubahat dengan musuh..atau orang luar..(maka kamu dianggap penjenayah)..ini
kerana kamu akan melemahkan, mengkhianati atau menghancurkan komuniti
kamu..jenayah itu adalah jenayah pengkhianatan terhadap komuniti dan sudah
tentu komuniti tidak akan memaafkan kamu..
Islahdin:
Bukti apa yang menyatakan Ahmadi bersubahat dengan musuh, menyalurkan
maklumat sehingga menghancurkan suatu komuniti, apa lagi yang dianggap
sebagai satu jenayah pengkhianatan?
Pemuda : Nabi Muhammad saw pernah
berkata..kamu tidak boleh menghakimi orang lain..
Syeikh : Saudara..kamu boleh
menghakimi diri kamu sendiri..lihat..saya tiada hak untuk menghakimi..namun
jika kamu datang kepada saya dan beritahu saya..ada nabi lain yang datang
selepas Nabi Muhammad saw..kamu telah memecahbelahkan perpaduan umat
(Islam)..ia bermaksud kamu kini adalah PENGKHIANAT kepada persaudaraan Islam..
Islahdin:
Perkara pertama yang harus dijelaskan, Ahmadiyah tidak pernah
mengajarkan kepada umat Islam supaya bernabikan kepada nabi selain
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. soal kedatangan seseorang yang
berpangkat nabi sesudah kewafatan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam
ada terdapat dalam Al-Qur'an dan Hadis. Jika sesiapa tidak bersetuju
dengan pendapat ini, kita boleh buat diskusi terbuka.
Perkara
kedua ialah, Umat Islam sekarang ini tidak bersatu bukanlah disebabkan
oleh Ahmadiyah. Umat Islam sekarang ini berperang bukan kerana Ahmadiyah
yang suruh. Jika pun terjadi Ahmadiyah memecahkan umat, itu hanya
menjadi dua, satu Ahmadiyah dan satu lagi bukan Ahmadiyah. tetapi
realitinya umat Islam tidak dua, tidak tiga, malah telah berpecah
sebelum kewujudan Jemaat AHmadiyah di dunia.
Jadi,
tuduhan Ahmadiyah mengkhianati persaudaraan Islam tidak tepat. Kalaupun
Ahmadiyah ikut kepada mana-mana pihak kelompok Islam, perpecahan tetap
berlaku kerana ini bukan perkara baru. Sayang sekali, Imam Jemaat
Ahmadiyah sedunia sekarang ini giat menyebarkan ajaran PEACE dari sudut
pandangan Islam, itu pula yang dituduh sebagai pengkhianat Islam.
Pengwartaan Fatwa
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa)
Negeri Selangor telah membincangkan perkara di atas (Ahamadiah/Qadiani) dengan penuh teliti serta
mengikut hukum yang muktabar dan mengambil keputusan seperti berikut:
Atas maksud pengwartaan Jawatankuasa Fatwa
kali 4/98 memutuskan dan mengesahkan keputusan Jawatankuasa Undang-Undang /
Fatwa 1975 iaitu :
“Ajaran Ahmadiah/Qadiani
adalah satu ajaran yang menyalahi dari ajaran agama Islam yang sebenarnya.
Pengikut-pengikut ajaran Qadiani ini telah dihukumkan kafir oleh ulama-ulama
Islam serata dunia. Jabatan Ugama Islam Selangor telah menghukumkan kafir
kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor
pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di
hadapan DYMM Sultan Selangor serta beberapa orang alim ulama di Negeri
Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah mereka
telah Murtad (keluar dari Agama Islam ) maka wajiblah dituntut mereka bertaubat
kembali kepada Islam dengan mengikrarkan dua kalimah syahadat. Jika mereka
enggan bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, maka hendaklah
dibunuh akan dia oleh Imam yakni Raja. Mayatnya tiada boleh dimandikan, tiada
boleh disembahyangkan dan tiada boleh ditanam di perkuburan orang-orang Islam.”
Sumber: 1.
YouTube
2.
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/ajaran-ahmadiah-qadiani
[1] 1. Ajaran Ahmadiah/Qadiani di asaskan oleh Mirza
Ghulam Ahmad Qadiani di India pada tahun 1889. Di Malaysia ia dipercayai
bertapak pada tahun 1930an di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor yang merupakan
antara pusat aktiviti terbesar mereka. Pada 15 Disember 1953 telah diadakan
perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan DYMM Sultan
Selangor. Hasil perbincangan memutuskan pengikut ajaran Qadiani tidak diiktiraf
sebagai orang Islam malah terkeluar dari Islam.
2. Ekoran dialog tersebut, perkembangan
mereka semakin lumpuh sehingga kini hanya satu pusat iaitu No 11A, Jalan
Nakhoda Kanan, Kampung Nakhoda Batu Caves Selangor yang masih bergerak aktif
mengadakan aktiviti seperti solat Jumaat, Perhimpunan Antarabangsa dan
penerbitan risalah.
Islahdin: Semakin Lumpuh ya! Takpelah kalau tak nampak kemajuannya.
3. Antara ciri-ciri ajaran Qadiani ialah :
a) Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :
(i) Sebagai Nabi menerima wahyu
(ii) Imam Mahdi
(iii) Isa al-Masih
(iv) Mempunyai mukjizat
(v) Para Nabi menyaksikan dirinya
(vi) Malaikat sebagai pancaindera Tuhan
Islahdin: Semua dakwaan ini perlu dijelaskan agar jangan disalah tafsir. Sila bersetuju untuk diskusi terbuka.
b) Ibadah Haji di
Qadiani, India
Islahdin:
Satu perkara yang lucu kerana dalam perkara ini tidak dilakukan kajian
semula untuk menjelaskan kepada umum cara-cara Ahmadi ibadah Haji di
Qadian. kenapa tidak ada penjelasan, sebab hal ini hanya FITNAH
semata-mata.
c) Menafikan Jihad
Islahdin: Ahmadiyah berjihad setiap saat, mereka pula menafikan AHmadiyah melakukan jihad.
d) Mengubah ayat-ayat al-Quran
Islahdin:
Tak tahulah FITNAH ini sampai bila akan berakhir. AHmadiyah tak pernah
mengajarkan ada sebarang perubahan dalam Al-Qur'an.
No comments:
Post a Comment