Tuesday, May 13, 2014

Malfoozaat



Dalil Kebenaran

Jika kita menipu maka kita sendiri bermusuhan dengan Allah Ta’ala dan tidak ada suatu bayangan keselamatan pun untuk kita. Tetapi, jika urusan ini datangnya daripada Allah Ta’ala dan untuk musibah-musibah yang melanda umat Islam Allah Ta’ala sendiri telah menyediakan sarana, maka bagaimana Tuhan senang melihat jika ada yang memusuhi mereka. Amat malang sekali jika ada yang hendak memutuskannya. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 25)

Tauhid Hakiki Dapat Diperolehi Dengan Beriman Kepada Rasulullah

Tauhid datangnya dari atas langit. Orang yang bermusuhan dengan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam (seperti Dr Abdul Hakim Khan yang mengatakan bahawa beriman kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak perlu. Katanya Yahudi dan Nasrani telah mendapat keselamatan dengan sendirinya). Orang seperti itu tidak pernah akan mendapat ketauhidan. Al-Qur’an sarat dengan perkara ini. Orang yang mempunyai akidah seperti ini, Tuhan sendiri yang akan menghilangkan keimanan dari dalam diri mereka. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 27)

Kenabian Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam

Ada seorang telah bertanya: Adakah tuan mendakwakan diri sebagai nabi?

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjawab: Semua orang-orang besar terdahulu meyakini bahawa di dalam umat ini akan berterusan silsilah Mukalimat Ilahiyah (Allah berkata-kata) dan dalam makna ini saya adalah nabi. Jika tidak, kenapa kita mengaku sebagai ummati? Apa yang saya katakan bahawa kurnia yang diperolehi oleh seseorang hanya dapat dicapai dengan mengikuti sepenuhnya Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Selain jalan itu, tidak mungkin boleh mencapainya. Membuat suatu istilah dari diri sendiri adalah tidak benar. Di dalam hadis juga dinyatakan bahawa Maseeh yang akan datang adalah nabi dan juga ummati. Kemudian, ummati itu hanya dapat diperolehi melalui Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam secara sempurna. Tetapi, jika orang itu telah mendapat darjat kenabian, bagaimana dia boleh menjadi ummati? Dia telah menjadi nabi sebelumnya.

Penyoal bertanya lagi: Jika dalam Islam ada nabi seperti ini, siapa nabi sebelum tuan?

Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjawab: Soalan ini sepatutnya ditujukan kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Kerana Baginda hanya memberitahu satu nama nabi sahaja. Sebelum itu, Baginda tidak meletakkan nama sesiapa pun sebagai nabi. Saya tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan ini. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 27)

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...