Dalil
Kebenaran
Jika kita menipu maka kita sendiri bermusuhan dengan Allah
Ta’ala dan tidak ada suatu bayangan keselamatan pun untuk kita. Tetapi, jika
urusan ini datangnya daripada Allah Ta’ala dan untuk musibah-musibah yang
melanda umat Islam Allah Ta’ala sendiri telah menyediakan sarana, maka
bagaimana Tuhan senang melihat jika ada yang memusuhi mereka. Amat malang
sekali jika ada yang hendak memutuskannya. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 25)
Tauhid
Hakiki Dapat Diperolehi Dengan Beriman Kepada Rasulullah
Tauhid datangnya dari atas langit. Orang yang bermusuhan
dengan Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam (seperti Dr Abdul Hakim Khan yang
mengatakan bahawa beriman kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam tidak
perlu. Katanya Yahudi dan Nasrani telah mendapat keselamatan dengan sendirinya).
Orang seperti itu tidak pernah akan mendapat ketauhidan. Al-Qur’an sarat dengan
perkara ini. Orang yang mempunyai akidah seperti ini, Tuhan sendiri yang akan
menghilangkan keimanan dari dalam diri mereka. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 27)
Kenabian
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam
Ada seorang telah bertanya: Adakah tuan mendakwakan diri
sebagai nabi?
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjawab: Semua orang-orang
besar terdahulu meyakini bahawa di dalam umat ini akan berterusan silsilah
Mukalimat Ilahiyah (Allah berkata-kata) dan dalam makna ini saya adalah nabi.
Jika tidak, kenapa kita mengaku sebagai ummati? Apa yang saya katakan bahawa
kurnia yang diperolehi oleh seseorang hanya dapat dicapai dengan mengikuti sepenuhnya
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Selain jalan itu, tidak mungkin boleh
mencapainya. Membuat suatu istilah dari diri sendiri adalah tidak benar. Di
dalam hadis juga dinyatakan bahawa Maseeh yang akan datang adalah nabi dan juga
ummati. Kemudian, ummati itu hanya dapat diperolehi melalui Rasulullah sallallaahu
alaihi wasallam secara sempurna. Tetapi, jika orang itu telah mendapat darjat
kenabian, bagaimana dia boleh menjadi ummati? Dia telah menjadi nabi
sebelumnya.
Penyoal bertanya lagi: Jika dalam Islam ada nabi seperti ini,
siapa nabi sebelum tuan?
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menjawab: Soalan ini
sepatutnya ditujukan kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam. Kerana
Baginda hanya memberitahu satu nama nabi sahaja. Sebelum itu, Baginda tidak
meletakkan nama sesiapa pun sebagai nabi. Saya tidak bertanggungjawab untuk
menjawab soalan ini. (Malfoozaat Jilid 5, halaman 27)
No comments:
Post a Comment