Monday, November 16, 2020

Tafsir Surah Al-Ikhlas (No. 01)

Dengan ayat yang pendek ini, ia menjelaskan dengan begitu indah sekali tentang kesucian wujud Tuhan dari sebarang jenis sekutu. Menurut perhitungan akal yang sihat, sekutu itu ada empat jenis. Adakalanya sekutu itu berlaku dalam bilangan, kadang-kadang dalam kedudukan, adakalanya dalam keturunan dan adakalanya dalam perbuatan dan pengaruh. Jadi, dalam surah ini menjelaskan bahawa Tuhan itu benar-benar bersih dari segala sekutu dalam keempat-empat jenis ini.

Dalam bilangan Dia cuma Satu, tidak dua atau tiga. Dia juga shomad, yakni tempat kebergantungan segala sesuatu, tanpa-Nya segala yang lain tidak akan wujud dan tidak kekal. Dia juga lam yalid yakni tidak beranak dan tidak mempunyai anak kerana jika ada anak maka sudah tentu ada sekutu-Nya. Dia juga lam yulad yakni tidak diperanakkan, tidak mempunyai bapa agar tidak ada sekutu-Nya. Kemudian lam yakul lahuu kufuwan ahad yakni dalam segala pekerjaan yang Dia buat, tidak ada yang menyamai yang memungkinkan ada wujud sekutu-Nya. Jadi, dari keempat-empat jenis sekutu ini, Allah Ta’ala memang benar-benar suci dan tidak ada sekutu bagi-Nya. (Barahin Ahmadiyah bahagian Empat, Rohani Khazain Jilid 1, halaman 518, catatan nota kaki nombor 3)  

Ajaran Quran yang suci ialah Tuhan itu wahid dan hamid yang Zat-Nya adalah tauhid. Allah Ta’ala menciptakan makhluk yang ada persamaan sifat-sifat. Dan beberapa di antara mereka memang benar-benar sama. Ini bertujuan agar tidak ada seorang pun boleh tertipu dari segi keistimewaan atau kemahiran yang dia miliki. Dan Allah Ta’ala dalam segala sifat tidak ada sekutu-Nya. Sebab itu, di dalam Quran surah Ikhlas menjelaskan tentang rahsia bahawa zat yang Esa hanyalah sifat khas Allah Ta’ala. Perhatikanlah bahawa Allah Ta’ala berfirman qul huwal laahu ahad. (Ainah Kamalate Islam, Rohani Khazain jilid 5, halaman 44,45)

Katakanlah bahawa Tuhan itu Tuhan yang Maha Agung, Dia tidak diperanakkan dari rahim seorang wanita. Segala sesuatu bergantung kepada-Nya dan Dia tidak bergantung kepada sesiapa. Tidak ada kaum kerabat atau serupa-Nya, tidak ada bapa, tidak ada ibu, tidak ada saudara lelaki atau wanita, dan juga tidak ada yang sama taraf dengan-Nya. Dan yang paling sempurna ialah lam yalid yakni Tuhan itu bukanlah anak sesiapa atau tidak diperanakkan oleh sesiapa pun. (Sat Bacan, Rohani Khazain Jilid 10, halaman 263,264)

Tuhan itu Tuhan yang Esa. Dia bukan anak kepada sesiapa dan juga tidak mempunyai anak. Tidak ada yan serupa dengan-Nya dan tidak ada sebarang persamaan dengan-Nya. (Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain Jilid 10, halaman 376)

>>>bersambung<<<

(Tafsir Hazrat Maseeh Mau’udas, Jilid 8, halaman 413-414)


No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...