Penzahiran syaitan terakhir ialah dinamakan dajjal iaitu penzahiran yang sempurna baginya, di mana Al-Quran telah menyentuhnya dipermulaan lagi dan juga pada bahagian akhir, yakni firqah dhoolliin yang disentuh dalam surah Fatihah. Kemudian tiga surah terakhir Quran juga menyentuhnya iaitu surah Ikhlas, Falaq dan surah An-Naas. … dalam surah Falaq ia memberikan isyarat bahawa golongan ini sangat berbahaya buat Islam, dan melaluinya akhir zaman akan menghadapi zaman kegelapan, yang mana Islam berhadapan dengan kejahatan mereka. Perkara-perkara sulit dalam agama, mereka membuat tipu daya laksana penipuan golongan wanita, dan semua ini dibuat kerana rasa hasad dengki mereka sebagaimana apa yang dibuat oleh Qabil.
Bezanya cuma Qabil menumpahkan darah saudaranya ke muka bumi, tetapi mereka ini akan menumpahkan darah kebenaran atas sebab hasad dengki. Ringkasnya di dalam surah qul huwal laahu ahad menyatakan akidah mereka, dan dalam surah Falaq menjelaskan tentang perbuatan mereka yang akan muncul akibat kekuatan dan waktunya yang sudah tiba.
Jadi, kedua-dua surah ini memberitahu bahawa dalam surah Al-Ikhlas diterangkan tentang akidah kaum Nasara (Kristian) dan dalam surah Falaq pula dijelaskan tentang amalan mereka. Dan ia memberikan isyarat kegelapan yang amat sangat pada akhir zaman nanti, sedangkan golongan yang sudah tersesat ini akan muncul di akhir zaman dengan begitu meluas. Dengan kedua-dua surah ini kita dapat mengetahui tentang perkara yang akan berlaku. … dengan pernyataan qul a’uzubi rabbin naas bahawa ‘aku mohon perlindungan dari Tuhan yang telah menciptakan sekalian makhluk, di sini memberitahu bahawa Tuhan menghancurkan satu dan menciptakan yang lain, yakni selepas kegelapan, Dia juga menciptakan waktu pagi. Minsyarri maa kholaq, kita memohon perlindungan Allah dari kejahatan makhluk yang sangat jahat dari sekalian kejahatan-kejahatan, dan kejahatan mereka itu dari awal hingga akhir sama sahaja iaitu menentang akidah lam yalid walam yulad, yakni mereka meletakkan Tuhan mengambil anak laki-laki. (Tohfa Golerwia, Rohani Khazain Jilid 17, halaman 269-272, nota kaki)
>>>bersambung<<<
(Tafsir
Hazrat Maseeh Mau’udas, Jilid 8, halaman 420-421)
No comments:
Post a Comment