-->
FAKTA QADIANI DALAM BUKU RUJUKAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH ADALAH TIDAK TEPAT
Dalam buku rujukan Pendidikan Islam di sekolah menengah, ada diajarkan tentang ciri-ciri ajaran sesat dan seruan untuk menjauhi ajaran tersebut. Memang, ada lojiknya perkara tersebut diajarkan, tetapi, kalau dikaji secara mendalam (p.s. bukan semua ajaran), ada di antara ciri-ciri yang dinyatakan adalah fitnah semata-mata.
Direct to the point, apa yang saya cuba tuliskan di sini, perkara itu sekarang bukan hanya di dalam buku rujukan sahaja, tetapi sudah tersebar luas di internet dan dijadikan bahan kiriman blog oleh para guru-guru, mungkin mereka itu ustaz atau ustazah sebab mengajar subjek pendidikan Islam. Saya tidak salahkan guru-guru, sebab mereka mengajar berdasarkan sukatan yang diberikan dalam buku rujukan, tetapi, saya merasa terpanggil untuk menulis dalam blog ini bagi menjauhkan kesalahfahaman tersebut dari terus berlaku. Sebagai satu contoh, layari blog ini
Kenapa saya katakan demikian, kebenaran suatu fakta itu hendaklah benar dan tepat, sebab ia sudah dimeteraikan dalam bahan rujukan, apalagi ini system pendidikan. Sebab, jika suatu fakta itu tidak benar, ia akan menjadi bahan kritikan pada masa akan datang. Mungkin 5 tahun akan datang, belum lagi orang berfikir, 10 tahun akan datang, mungkin sudah mula berfikir-fikir, dan 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya, apa yang akan berlaku?
Kita lupakan apa yang akan berlaku, kita masuk kepada perkara utama yang hendak saya rungkaikan di sini.
Ini saya petik dari blog di atas. Saya mengkhusus kepada pokok persoalan tentang ciri-ciri Jemaat Ahmadiyah, atau panggilan penentang Jemaat Ahmadiyah ialah QADIANI.
CIRI-CIRI AJARAN SESAT
.Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
·Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT
Qadiani
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
1. Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.
2. Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.
3. Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.
4. Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.
5. Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:
(a) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);
(b) beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
(c) beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;
(d) menghapuskan jihad;
(e) mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
(f) mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;
(g) mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
(i) menghukum kafir selain penganut Qadiani.
Berkenaan dengan:-
.Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.
>>>> Istilah ‘mendewa-dewakan’ ini juga satu fitnah yang besar, apalagi orang Jemaat Ahmadiyah dikatakan mendewa-dewakan Mirza Ghulam Ahmad sebagai tuhan atau jelmaan tuhan. Alangkah bagusnya kalau ada rujukan yang diletakkan di sini, dari buku apa mereka kutip supaya boleh dijelaskan. Tapi, ini akan dihuraikan lebih lanjut masa akan datang. InsyaAllah.
Berkenaan dengan:-
·Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.
>>>> Orang Jemaat Ahmadiyah sekarang ini sudah berdiri di 189 buah Negara di dunia. Dan menurut laporan Kosmo, pengikutnya sudah mencecah 200 juta orang. Kalau bukan kerana berjihad, mustahil boleh mencapai kejayaan seperti itu. Membina sekolah-sekolah, hospital, masjid-masjid, semua ini tidak akan dapat di capai tanpa jihad atau kerja keras.
Cuma, barangkali pengertian jihad menurut penulis dalam buku rujukan ini hanya khusus kepada menyebarkan ajaran Islam secara peperangan dengan mengangkat senjata. Kalau menyebarkan melalui buku-buku, risalah, debat terbuka, ceramah, dan sebagainya, mungkin itu bukan jihad menurut penulis buku rujukan tersebut.
Berkenaan dengan:-
.beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;
>>>> ini juga satu fitnah yang besar tidak pernah dibuktikan oleh para penentang. Jemaat Ahmadiyah sudah menterjemahkan kitab suci Al-Qur’an (bukan kitab Tazkirah) lebih dari 50 bahasa-bahasa di dunia.
Berkenaan dengan:-
.mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;
>>>> Cuba bandingkan dengan Al-Qur’an yang anda miliki, ada tak yang diubah.
Surah Al-Saf ayat 6 dan 7 (TAFSIR SAGHEER MIRZA BASHIRUDDIN MAHMUD AHMAD)
Surah Al-Haj ayat 52 dan 53 (TAFSIR SAGHEER MIRZA BASHIRUDDIN MAHMUD AHMAD)
Surah Al-Qadar (TAFSIR SAGHEER MIRZA BASHIRUDDIN MAHMUD AHMAD)
Kalau memang anda semua jumpa ayat yang diubah, sila tunjukkan.
Lagi katanya:-
.mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;
Lagi katanya:-
(h) mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;
>>>> fakta ini memang benar. Jemaat Ahmadiyah boleh buktikan melalui Al-Qur’an, satu contoh ada dalam http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/10/kewafatan-nabi-isa.html, Hadis, Injil dan kajian sains. Untuk penganut Kristian, sedikit mengenainya dalam
Lagi katanya:-
(h) menghukum kafir selain penganut Qadiani
>>>> Rasulullah(saw) berpesan, sesiapa yang mengatakan orang lain itu kafir, padahal tidak demikian, maka kekafiran itu akan kembali kepadanya. Jadi, Jemaat tidak akan mencop seseorang sebagai kafir walaupun para ulama menfatwakan Jemaat Ahmadiyah ini kafir.
Pesanan…..
Rasulullah(saw) bersabda;
Satu zaman akan datang di mana Islam tinggal nama, Al-Qur’an tinggal tulisan, masjid-masjid akan makmur dan indah, tetapi kosong dari petunjuk, ulama-ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk di bawah kolong langit kerana dari mulut mereka keluar fitnah, dan fitnah itu kembali kepada mereka.
Jadi, buat guru-guru, ustaz atau uztazah, saya bukan meminta apa-apa dari anda semua, tetapi fikirkanlah apa yang saya katakan, jangan sampai mengajar perkara yang salah, apa lagi mengenai soal agama. Sesungguhnya FITNAH ITU LEBIH DAHSYAT DARI MEMBUNUH. Semua ilmu yang kita ajarkan akan dipertanyakan di hadapan Allah Ta’ala nanti.
salam ukhuwah. diharapkan kepada pengunjung sudi-sudi la berikan komen anda terhadap artikel ini. apa yg kita sampaikan akan diadili di hadapan Allah swt kelak.
ReplyDeletemenyampaikan sesuatu yang kita miliki maksudnya@kita faham apa yng kita sampaikan akan menjadi amal jariah. sebaliknya menyampaikan sesuatu yang sumbernya FITNAH adalah akan menjadi bencana kepada kita..renungkan apa yg kita sampaikan. mendongaklah sesekali ke atas(langit) semasa menulis semoga apa yg kita sampaikan mendapat keberkatan dari-Nya bukan mendapat kemurkaan-Nya
ReplyDelete