Benarkah Tauliah menjamin Islam tidak akan diselewengkan?
Kadang-kadang, saya terfikir, kenapa ulama kita di Malaysia tak pernah habis-habis berselisih pendapat, dan bukan hanya ulama, malah sekarang ini pun orang-orang awam yang tak tahu apa-apa pun dah mula bagi komen, ulasan dan kritikan. dan rasanya hampir sama hangatnya dengan musim pilihanraya.
Kembali kepada persoalan 'tauliah', pada pendapat saya, memang dari satu segi perlu diwujudkan, kerana alasan, kalau sistem ini tidak ada, kerisauan pihak Jabatan Agama iaitu agama Islam akan diselewengkan akan berterusan. Tetapi, hendaklah diingat, proses untuk mendapatkan tauliah ini kadang-kadang mudah, kadang-kadang susah juga, dan yang tidak dapat pun ada juga (ini komen beberapa orang yang saya ikuti).
Pepatah Melayu mengatakan 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung', maksudnya di mana pun kita berada, wajib mentaati orang atasan kita. Sebab jika ketidaktaatan kepada orang atasan, 'langit' pun boleh runtuh.
Tetapi, merujuk kepada soal agama atau fahaman, seandainya pemerintah yang ada (orang atasan) berfahaman Mazhab Syafi'i, adakah mereka akan memberi tauliah kepada pemohon dari Mazhab yang lain seperti Hanafi, Maliki, dan Hambali? saya rasa memang agak mustahil untuk diberikan, sebab tujuan pemberian tauliah itu ialah untuk menjamin keharmonian serta mengukuhkan perpaduan umat Islam di sesuatu negeri. nanti, kalau yang diceramahkan itu bertentang dengan fahaman setempat, pasti kacau jadinya.
Seterusnya, mari kita lihat petikan akhbar Utusan Malaysia Online pada 15hb lepas, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm,
"Katanya, tanpa peraturan tauliah itu, tidak mustahil pengamal ajaran sesat seperti Rasul Melayu, Abdul Kahar Ahmad dan ajaran Qadiani bebas mengadakan ceramah yang menyesatkan umat Islam".
Maksudnya, yang tidak dianggap sesat pun susah, apalagi yang dikategorikan sebagai ajaran sesat, memang pasti tidak akan diberikan tauliah.
Dulu saya ada seorang kawan Kristian, dia sedang diberitakan tentang Injil oleh seorang pendakwah Kristian. Jadi, kawan saya itu menyarankan agar saya pun diberitakan Injil juga, sebab saya memang minat mengkaji kitab Injil, namun dengan spontan pendakwah itu mengatakan 'saya tidak boleh memberitakan Injil kepada orang Islam, nanti kena tangkap'. Maksudnya dia ada tauliah hanya untuk orang Kristian sahaja. Mungkin dalam hatinya saya dari jabatan agama, walaupun berkali-kali saya meyakinkan bahawa saya tidak akan lapor kepada siapa-siapa.
Orang selalu bertanya kepada saya, perlukah izin kerajaan kalau mahu berdakwah? Sebab mungkin mereka terlihat di masjid-masjid terutama di Sabah, ramai orang 'tabligh' yang mengetuk pintu rumah mengajak penghuni rumah datang mendengar ceramah di masjid, timbul tanda tanya, mereka itu ada tauliah ke?
Saya bukanlah orang atasan, jadi sistem pemerintahan tentang tauliah ni pun tak berapa tahu sangat, kalau memang niat perlu tauliah itu baik, apa salahnya?
Biasanya saya selalu beri perumpamaan begini. Ada seorang buta, dia berjalan menuju ke suatu lubang. jika tidak ditegur pasti akan jatuh. jadi, dalam kes seperti ini, perlukan kita berdiam diri kerana kita tidak ada tauliah untuk membantu orang buta tadi? Atau, kita bertemu dengan orang yang ada masalah akhlak, adakah kita tidak boleh menegur? Jika jawapannya boleh, maka dalam kes kecil seperti ini tidak memerlukan tauliah. sebab jika tauliah diperlukan juga untuk tujuan seperti ini, entah, apa yang akan terjadi di muka bumi Tuhan.
Pada pendapat saya, mana-mana masjid pun ada AJK masing-masing. jika semua sepakat untuk menjemput seseorang untuk memberi ceramah, rasanya tidak menjadi masalah. kecuali ada tentangan dari pihak pengurusan masjid atau ada salah seorang AJK masjid yang tidak bersetuju.
Begitu juga berkenaan dengan kes ajaran sesat (tetapi tentang Qadiani, itu disesatkan oleh ulama), di sini saya lebih mengkhususkan kepada qadiani (walaupun ini panggilan penghinaan, tetapi orang Malaysia sudah terbiasa dengan istilah 'qadiani' ini, saya lebih suka nama Jemaat Ahmadiyah). banyak fitnah yang disebarkan samada oleh JAIS, JHEAINS, MUIS, JAKIM dan orang awam.
sebagai contoh, pernah ada seorang kampung (di Kota Marudu, Sabah) bertanya kepada saya. betulkan ajaran kamu ini, kalau makan daging babi yang disembelih haram, tapi kalau makan babi yang dalam tin itu halal? kemudian ada pula tuduhan solat lawan arah kiblat, ada lagi pula tuduhan orang Ahmadiyah tidak solat, dituduh ejen British atau Zionis, atau Yahudi. entah-entah dituduh pula Wahabi sebab tidak Qunut solat subuh, tidak doa panjang-panjang lepas solat, tidak baca Bismillah secara zahir dalam Al-Fatihah ketika solat, tidak ada kenduri arwah yang hari ke-3, 7, 20, 40 100 dan ke-1000. dan bermacam-macam lagi kalau para pembaca cari hasil kajian Jabatan Agama.
Cuba para pembaca fikir! adakah dalam kes ini juga harus mendapatkan tauliah terlebih dahulu, kemudian baru menjelaskannya kepada orang kampung? Perlukah menunggu tauliah, sedangkan fitnah atau tuduhan seperti itu datangnya dari jabatan agama atau dari orang jabatan agama itu sendiri.
atau ada juga penceramah bertauliah, datang ke kampung-kampung semata-mata hanya untuk menjelaskan tentang kesesatan ajaran Jemaat Ahmadiyah, jangan minum minuman mereka sebab ada jampi, nanti terus melekat, kalau mereka datang dan duduk di rumah, tempat duduk mereka hendaklah disamak sebab haram. mereka itu bukan Islam, mereka itu ada kitab sendiri, nabi sendiri dan bermacam-macam lagi, sedangkan itu hanya fitnah semata-mata. adakah tauliah seperti itu diizinkan?
tapi, memanglah adat dunia, siapa yang berkuasa, yang tidak adil pun dirasakan adil, yang tidak boleh pun dikatakan boleh. sebab kalau tidak, taklah terpampang gambar seperti di bawah ini.
Mereka ada tauliah untuk pasang papan tanda. orang Jemaat Ahmadiyah tidak boleh gantung banners tentang agama. Mereka ada tauliah untuk solat di mana-mana, orang Jemaat Ahmadiyah dilarang solat walaupun tempat sendiri. Mereka ada hak mengaku Islam, tetapi orang Jemaat Ahmadiyah tidak dibenarkan mengaku Islam, malah kalima taiyibah pun mereka mahu tanggalkan.
Mungkin inilah perbezaan orang yang ada tauliah dengan mereka yang tidak ada tauliah.
Kalau orang Jemaat Ahmadiyah berdakwah atau menceritakan tentang keindahan Islam kepada orang bukan Islam, boleh dapatkah tauliah untuk itu? Tolong-tolong selidik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...
assalamualaykum wrhmt saudara, kaji dan terus mengkaji lagi.. kebenaran itu akan pasti Allah bukakan andai kita usaha lebih gigih lagi dan bertawakal padaNya.. moga mendapat pencerahan.
ReplyDeleteWa alaikumussalam. terima kasih atas peringatan dan nasihat saudari. InsyaAllah, kebenaran akan terserlah samada lambat atau cepat. Janji Tuhan, "Aku dan utusan-Ku pasti akan menang".
ReplyDelete