Jadikan kebiasaan memberi salam
Menyebarkan salam ini adalah satu cara terbaik bagi melahirkan kecintaan dan mengekalkan keamanan dalam masyarakat. Oleh sebab itu dalam kebanyakan peristiwa, Rasulullahsaw telah menyeru agar menjadikan kebiasaan menyebarkan salam bagi mengekalkan kecintaan dan kasih sayang.
Hazrat Abdullah Bin ‘Amarra meriwayatkan seseorang bertanya kepada Rasulullahsaw: “Yang manakah Islam yang terbaik?” Lalu Bagindasaw menjawab: “Pertama ialah berikanlah makanan dan kedua ialah ucapkanlah salam kepada semua orang samada kamu kenal atau tidak.” (Bukhari Kitabul Iman Bab It’amut Ta’ami Minal Islam, hadis 12).
Kemudian dalam satu hadis Hazrat Ibnu Zubairra meriwayatkan Rasulullahsaw bersabda: “Penyakit-penyakit kaum yang terdahulu dari kamu sedang menjangkiti kamu perlahan-lahan iaitu kebencian dan hasad dengki”.
Sekarang ini juga satu hal iaitu jika direnungkan zaman ini maka benda-benda ini sedang melanda kembali malah telah mencapai peringkat yang teruk dan Hazrat Masih Mau’udas yang membawa pesanan, yang di dalamnya ada seruan untuk cenderung menyempurnakan huququl ‘ibad (hak-hak hamba), di dalamnya juga terdapat kebencian dan hasad dengki yang merupakan satu perkara besar dan menjadi penghalang tidak dapat menyempurnakan hak-hak itu. Maka Jemaat harus sentiasa memelihara dari hal itu.
Dikatakan bahawa ...penyakit-penyakit ini sedang menjangkiti kamu perlahan-lahan iaitu kebencian dan hasad dengki. Kebencian itu mencukur. Bersabda lagi: Bukan mencukur bulu-bulu tapi ia mencukur agama. Kebencian itu satu benda yang menghancurkan agama kamu. Bersabda lagi: Demi zat yang nyawaku berada pada tangan-Nya, kamu tidak akan dapat masuk syurga selagi kamu tidak beriman dengan sempurna, dan kamu tidak akan dapat iman yang sempurna selagi di kalangan kamu tidak ada kecintaan. Dan tidakkah kamu mahu aku beritahu satu perkara yang akan menguatkan kecintaan di kalangan kamu? Perkara itu ialah jadikan kebiasaan memberi salam dalam masyarakat. (At-Targhib Wat Tarhib Juz 3 At-Targhib Fi Afsya’is Salam Wa Maa Jaa’a Fi Fadhlihi ... hadis 3978 halaman 371-372).
Untuk memperolehi keselamatan dari Allah Ta’ala, Allah dan Rasulsaw telah memberitahu kita jalannya iaitu menjadikan salam sebagai kebiasaan. Dengan itu ia dapat menjauhkan kekotoran dari dalam hati. Kecintaan juga akan bertambah dan akan lahir kebiasaan memberikan maaf, dan kemudian akan lahir suasana masyarakat yang berkasih sayang, dan sebagaimana dalam perintah-perintah Allah, satu yang amat penting iaitu kecenderungan menyempurnakan huququl ‘ibad juga akan lahir.
Imam Ghazali pula mengatakan sebab-sebab Allah itu As-Salam ialah satu wujud yang zat-Nya terpelihara dari segala bentuk keaiban, yang sifat-Nya terpelihara dari segala kekurangan dan yang perbuatan-Nya terpelihara dan bersih dari setiap jenis keburukan, yakni dalam perbuatan-Nya bukan hanya tidak ada keburukan, iaitu kesedihan dan kesusahan malah di dalamnya yang lebih baik dari kesusahan itu tersembunyi kebaikan. Demikianlah Allah menyebarkan keselamatan hinggakan manusia tidak dapat menggambarkannya.
Maksud insan mendapat kurnia dari sifat As-Salam Allah Ta’ala ini dengan menyebarkan keselamatan ialah bukan sahaja terhindar dari keburukan dan kesedihan malah menjadi pewaris kurnia-kurnia Allah Ta’ala. Dari kebaikan ini juga mereka mendapat bahagian yang Tuhan As-Salam berikan kepada hamba-hamba yang berbuat baik dan yang menyebarkan keselamatan.
Imam Raghib menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai hal ini. Dia menulis As-Salam dan As-Salamah adalah bermaksud bersih dari segala jenis aib dan kekurangan samada zahir mahupun batin dan jika memperkatakan As-Salam dengan mengaitkan kepada Allah maka maksudnya ialah keaiban dan kekurangan insan tidak wujud di dalam-Nya.
Kemudian menulis lagi, Abdussalam yakni hamba Tuhan yang selamat adalah orang yang menzahirkan As-Salam, Tuhan As-Salam terpelihara dari segala kekurangan, malapetaka dan keaiban. Apabila hamba berusaha menjadi penzahiran Tuhan As-Salam itu, menyebarkan keselamatan, menimbulkan suasana kecintaan, keamanan dan persaudaraan dalam lingkungannya, maka hasilnya Allah Ta’ala akan memeliharanya dari segala kekurangan, malapetaka dan keaiban. Maka setiap hamba yang hatinya bersih dari campuran dengki, hasad dan niat buruk serta anggota badannya selamat dari melakukan dosa dan tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Tuhan, juga yang akhlaknya demikian keadaannya di mana akalnya tidak dikuasai oleh nafsu dan kemarahan.
Jangan jadikan akal sebagai hamba nafsu, kerana kemarahan akan lupa segala-galanya. Jangan menjadi seperti kata seorang penyair:-
Mereka yang dalam keasyikan tidak ingat akan Tuhan,
Mereka yang dalam kemarahan tidak takut akan Tuhan.
Dan sesiapa pun tidak akan dapat meresapkan sifat Salam dan As-Salam selagi orang Islam yang lain tidak selamat dari lidah dan tangannya. Satu khasiat dari sifat As-Salam ialah ia menjauhkan kesusahan-kesusahan dan musibah-musibah. Sebagaimana yang terdapat dalam hadis, Rasulullahsaw bersabda kepada kami, ini diriwayatkan oleh Hazrat Abu Musara bahawa para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah! Apa yang terbaik dalam Islam?” Bagindasaw menjawab: “Yang dari lidah dan tangannya orang Islam lain dalam keselamatan”. Di satu tempat yang lain bersabda: “Orang Islam itu ialah dari tangan dan lidahnya orang Islam lain dalam keselamatan”. (Bukhari Kitabul Iman Bab Aiyul Islami Afdhal? hadis 11).
Jadi, dalam hubungan kemasyarakatan, perhatikan hak-hak cinta-mencintai antara satu dengan yang lain. Ini bukanlah perkara yang biasa, banyak kepentingannya. Jika mahu berhubung dengan Tuhan Salam maka setiap dari kita harus menjadi penyebar keselamatan, harus menjadi pencetus keselamatan dalam masyarakat, jika tidak sebagaimana jelas dalam hadis bahawa Islam itu hanya nama dan ini merupakan keadaan iman yang lemah, ini adalah tingkat rendah dalam keimanan.
Kemudian dalam satu riwayat bahawa bukan sahaja orang Islam yang terpelihara dari kamu tetapi kewajipan seorang Muslim yang benar ialah dia menjamin keselamatan untuk semua manusia.
Sahil meriwayatkan dari bapanya bahawa Rasulullahsaw bersabda: “Orang itu adalah orang yang selamat yang mana orang lain terpelihara dari tangan dan lidahnya”. (Musnad Ahmad Bin Hambal, Musnad Mu’az Bin Anas, Jilid 5 halaman 377 hadis 15728 terbitan Beirut 1998).
Apabila dalam keimanan ada peningkatan maka bukan hanya dari saudara seagama, bahkan hubungan kecintaan dan keselamatan dijalinkan dengan semua manusia. Dan inilah hubungan keselamatan yang mana pesanan baik sampai kepada orang lain. Dan inilah hubungan keselamatan yang mana kamu bawa orang lain ke lingkungan kamu. Dan inilah pesanan keselamatan yang mana medan tabligh menjadi terbuka. Dan inilah pesanan keselamatan yang mana orang lain cenderung terhadap kamu dan setelah mengenali agama sejati mereka masuk di dalamnya. Apabila pesanan keselamatan ini dilaksanakan dan disebarkan maka barulah akan menjadi pengikut Allah Ta’ala yang benar.
Dalam Mufradat Raghib tertulis Salam yang hakiki hanya dalam syurga kerana di situ mendapat hidup kekal yang tidak akan fana, akan mendapat kekayaan yang tidak mengandungi sebarang kekurangan, akan mendapat kehormatan yang tidak ada kehinaan lagi, dan akan dianugerahkan kesihatan yang selepasnya tidak ada lagi sebarang penyakit. Inilah yang dinyatakan dalam ayat Al-Qur’an (Al-An’am:128). Bagi mereka, rumah keselamatan di sisi Tuhan mereka dan dengan perbuatan baik mereka, Dia menjadi wali bagi mereka.
Jadi, sebagaimana Salam adalah salah satu daripada nama-nama Tuhan, maka perkataan Darussalam yang digunakan, maksudnya ialah tempat yang dekat dengan Tuhan iaitu Syurga. Untuk orang mukmin yang melangkah pada jalan takwa, yang menyebarkan keselamatan, yang mengibarkan bendera keselamatan dan keamanan dalam masyarakat, jaminan daripada Allah Ta’ala ialah, Allah Ta’ala menjadi wali baginya, memberikan tempat yang berdekatan dengan-Nya kerana tidak mungkin boleh berlaku orang yang berjalan pada jalan yang diredhai sesuai dengan janji-Nya tidak memberikan tempat yang berdekatan dengan-Nya.
Kemudian berfirman lagi (Al-Maidah:17) Dengan itu Allah menuntun orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya pada jalan-jalan keselamatan dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya dan menuntun mereka kepada jalan yang lurus.
Inilah janji Allah bahawa siapapun yang berusaha mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala melalui pelajaran yang telah diturunkan oleh Allah ke atas Rasulullahsaw, Allah Ta’ala akan memberi petunjuk atas jalan keselamatan. Dengan itu dia menjadi orang yang menyebarkan keselamatan di dunia ini dan setiap amalan dan perbuatannya adalah semata-mata mencari keredhaan Allah Ta’ala. Cahaya akan meneranginya dan kegelapan akan menjauhinya. Inilah Subulassalam yakni jalan keselamatan. Sesungguhnya itulah jalan yang membawa kepada Tuhan dan ini akan diperolehi apabila seorang mukmin berusaha meletakkan ajaran Al-Qur’an Karim atas dirinya dan kemudian dengan berjalan pada Shirat Mustaqiim dia mendapat kedekatan Allah yang mana setiap mukmin harus berusaha mendapatkannya dan dia melakukannya. Inilah caranya manusia mendapat kurnia di kedua-dua dunia (dan akhirat).
Kemudian Hazrat Masih Mau’udas berkata “hakikat Islam juga adalah ruh kamu rebah di istana Tuhan dan dalam apa keadaan sekalipun harus kamu utamakan Tuhan serta perintah-perintah-Nya dari dunia”.
Apabila terjadi keadaan seperti ini, imam zaman ini yang telah mengajarkan kepada kita berdasarkan ajaran Allah Ta’ala dan yang mengharapkan kita, maka kita akan berada di bawah keselamatan Tuhan dan laknat-laknat atau rencana-rencana dunia sedikitpun tidak akan dapat menghancurkan kita. Tetapi jika kita tidak di bawah keselamatan Allah maka sebagaimana yang telah Hazrat Masih Mau’udas katakan iaitu ribuan salam dunia sedikitpun tidak memberi apa-apa faedah untuk kita.
Oleh itu, kita akan tetap menjadi pewaris janji-janji Allah terhadap Hazrat Masih Mau’udas selagi kita berpandukan ajaran itu dengan memahami sifat Salam dan kita berusaha untuk berada di bawah keselamatan Allah Ta’ala. Kita amat beruntung pada zaman ini Allah Ta’ala mengutus imam di kalangan kita kemudian memberi petunjuk kepada kita untuk menerima imam ini, untuk beriman kepada Masih dan Mahdi yang telah diperintahkan oleh Allah bagi menyampaikan Salam. Dan dengan mengatakan Salam, Allah Ta’ala telah mengurniakan darjat yang tinggi kepadanya yakni Allah sendiri memberikan Salam kepadanya.
Sejarah menjadi saksi atas Hazrat Masih Mau’udas bahawa api yang dimarakkan dalam kehidupan beliauas bukan sahaja menjadi sejuk bahkan membawa pesan keselamatan untuk beliauas. Maksud keselamatan sebagaimana yang telah dijelaskan ialah membawa kebaikan. Maka pada zaman ini juga api penentangan yang telah dimarakkan dan sedang dimarakkan di mana-mana di dunia insyaAllah ia akan menjadi sejuk kerana mereka tidak menyalakan untuk menentang seseorang malah mereka menyalakan api itu untuk menentang Hazrat Masih Mau’udas. Mereka menyalakan api penentangan untuk pengikut-pengikut beliauas adalah disebabkan telah menerima imam zaman ini.
Maka disebabkan penentangan ini kesusahan yang menimpa beberapa orang dan terpaksa bersabar, ini juga merupakan satu ujian yang mana kita harus berusaha untuk melenyapkannya. Samada di Sri Lanka, Bangladesh atau di Pakistan, api itu pasti akan sejuk, insyaAllah. Bukan sahaja menjadi sejuk malah akan membawa keselamatan, dan ini adalah bahagian iman kita. Kita harus sentiasa memohon keselamatan dari Allah Ta’ala.
Dalam fikiran mereka, dengan cara ini Ahmadiyah akan terhapus? Ini adalah sangkaan mereka dan Allah Ta’ala tidak pernah akan memenuhi sangkaan mereka. Ini adalah janji Allah. Dalam fikiran mereka Jemaat ini adalah hasil tanaman mana-mana orang Inggeris atau hasil tanaman mana-mana orang perseorangan. Jemaat Ahmadiyah ini adalah tanaman Allah Ta’ala sendiri dan bersama-sama dengannya Allah telah berjanji bahawa Dia akan menyempurnakan semua maksud-maksudnya, bagaimana mereka dapat menghapus-kannya? Mereka tidak pernah akan berjaya dan akan terbakar dalam api yang mereka nyalakan sendiri.
Justeru itu, kita semua yang menisbahkan diri dengan imam itu yang mana Allah telah mengumumkan persahabatan dengannya, kita secara perseorangan juga harus berusaha untuk mengamalkan semua perintah-perintah itu bagi mendapatkan kurnia-kurnia daripada-Nya yang mana Allah telah memberikan kita petunjuk, dan dalam Al-Qur’an banyak tempat yang menyebut tentangnya. Misalnya berfirman: (Surah Furqan:64) Hamba-hamba Rahman itu adalah mereka yang berjalan di muka bumi dengan merendahkan diri dan apabila orang-orang jahil menyergah mereka, mereka mengatakan Salam.
Inilah tanda seorang mukmin dan inilah tanda orang-orang yang beriman dengan Tuhan Rahman, ini adalah tanda mereka menisbahkan diri terhadap yang dikasihi yang mi’rajnya adalah zat Rasulullahsaw yang menjalani kehidupan dengan amat lemah lembut dan merendah diri. Hormat dengan orang miskin, bercakap dengan penuh hormat dan kesopanan, dengan orang jahil (jahil yang tidak tahu apa-apa) yang kadang-kadang dari mulut mereka keluar perkataan yang tidak sopan, dengan mereka juga Bagindasaw berlemah lembut dan kasih sayang dan ketika memberikan salam menunjukkan contoh yang baik.
Contoh agung kelemah-lembutan Bagindasaw amat jelas pada peristiwa Fatah Agung iaitu apabila masuk ke Mekah. Namun atas hal itupun tetap sahaja Bagindasaw berlemah lembut dan kepalanya tertunduk-tunduk. Bagindasaw masuk dengan menunggang unta dan sampai di sana Bagindasaw menyebarkan keselamatan, tidak boleh berlaku zalim, tidak boleh membunuh, tidak boleh berkelahi kecuali terhadap orang yang menghunus pedang dan itupun dia terpaksa.
Kita juga harus berjalan dengan teladan ini agar dapat mewarisi kurnia-kurnia Allah dan pandangan kasih sayang Tuhan akan tertumpu kepada kita dan terus-menerus tertumpu kepada kita.
....................
Petikan Khutbah Huzur 11 Mei 2007
....................
Petikan Khutbah Huzur 11 Mei 2007
No comments:
Post a Comment