Al-Qur'an Tidak Ada Perubahan
Dengan kurnia Allah, hari ini hanya Al-Qur’an sahaja yang dijumpai dalam bentuk tulisan untuk orang-orang Muslim selepas kewafatan RasulullahSAW. Kemudian Allah telah melahirkan hafiz-hafiz dan sehingga sekarang ini pun terus-menerus lahir, yang dalam hati dan otak mereka tertulis satu-satu perkataan dan huruf Al-Qur’an itu. Ajaran yang diteruskan oleh Allah melalui RasulullahSAW juga telah dipelihara dalam bentuk kitab yang zahir, dan juga terlukis dalam hati dan minda. Sebagaimana Dia memberikan sarana perlindungan, Dia tidak menurunkan kepada mana-mana nabi yang lain dalam memelihara ayat dan perintah-perintah-Nya. Tidak ada suatu kitab selain Al-Qur’an yang boleh mendakwakan bahawa perkataan yang terkandung dalam kitab itu adalah dalam bentuk ilham sedangkan Al-Qur’an mendakwakan ia sudah terpelihara sejak hari pertama lagi, malah tanda baris bawah, atas dan depan, di mana harus berhenti, di mana tidak patut berhenti, sehingga tahap itu Allah memelihara pengurusan kitab Al-Qur’an ini. Inilah keistimewaan kitab Al-Qur’an yang diturunkan ke atas baginda.
AllahSWT berfirman mengenai kesempurnaan syariat dalam surah Al-Maidah ayat 4:-
Yakni Hari ini Aku telah menyempurnakan agama kamu untuk kebaikan kamu dan telah mencukupkan nikmatKu atas kamu dan Aku telah meredhai Islam sebagai agama kamu. Inilah pengakuan Allah di dalam Al-Qur’an.
Semua nikmat-nikmat telah sempurna atas nabi agung itu, semua peraturan telah terkumpul, semua peristiwa sejarah telah dikumpulkan, agama-agama sebelumnya juga disentuh. Semua peraturan syariat yang terbaik juga diberitahu bahawa syariat kamu telah sempurna. Pengumuman ini telah dibuat oleh Allah. Tidak ada agama-agama yang lalu dapat menandinginya. Tidak ada kitab yang lalu dapat menandinginya dan secara hakiki, inilah kitab yang layak dikatakan sebagai AL-KITAB. Kemudian bukan setakat perkara syariat dan perkara agama, ilmu dan sains juga dijelaskan yang mana jangankan penganut-penganut agama yang dahulu, umat pada zaman nabi MuhammadSAW juga beberapa perkara mungkin hanya BagindaSAW sahaja yang memahaminya. Iaitu khabar mengenai perkara-perkara mendatang yang pada zaman ini sedang kelihatan. Inilah kesempurnaannya sebagai AL-KITAB.
Hazrat Masih Mau’udAS bersabda:-
“Kami yang telah menurunkan kitab ini dan Kami juga yang akan menjadi pemeliharanya. Kebenaran khabar ghaib ini telah terbukti sejak 1300 tahun dahulu lagi. Sekarang pun Al-Qur’an masih seperti dahulu, tidak didapati dalamnya ajaran yang ada kesyirikan dan akan datang pun akal tidak dapat menerima bahawa ada makhluk yang dapat memasukkan kesyirikan dalam ajarannya kerana ratusan ribu umat Islam hafiz Al-Qur’an. Ribuan tafsir berkenaan dengannya. Ayat-ayatnya dibaca dalam lima waktu solat. Setiap hari ia ditilawatkan. Begitu juga semua negara menyebarkannya, jutaan naskah ada di dunia. Setiap kaum telah mendapat ajarannya. Hal itu semua menunjukkan akal wajib memutuskan bahawa pada masa akan datang tidak ada seorang pun yang akan dapat membuat perubahan dalam Al-Qur’an.”
(Barahin Ahmadiyah, Rohani Khazain jilid1, halaman 102, cetakan London)
Dalam zaman ini dajjal telah mencuba untuk melakukan perubahan di dalamnya namun usaha mereka tidak pernah akan berhasil. Saya juga sudah beberapa kali menyentuhnya. Membuat perubahan dalam Al-Qur’an atau mempersembahkan satu Qur’an baru yang dijalankan oleh orang Kristian adalah satu rancangan yang menakutkan dan pertama kali mereka telah menerbitkan kitab dinamakan “Furqanul Haq”. Mereka membuat beberapa ayat sendiri, ada yang mereka kutip dari Al-Qur’an dan mencantumkan dengan apa yang mereka buat dan membuat surah-surah baru. Dalam fikiran saya ada 70 atau 77 banyaknya dan pertama kali diterbitkan pada tahun 1999. Ia datang dari gereja Avengelical.
Sebab itu dalam fikiran mereka bahawa cara mudah untuk menjelaskan khabar kedatangan Al-Masih ialah menyiapkan fikiran orang-orang Islam dan langkah pertama mereka menerbitkan dan mengemukakan kitab Furqanul Haq di kalangan mereka. Satu berita diterima dalam zaman ini ia disebarkan di Kuwait atau mengajarkan kepada anak-anak. Dalam hal ini saya katakan kepada Arab Desk, supaya ambil tahu tetapi tidak ada laporan yang diterima. Mereka telah lewat bertindak. Seharusnya diketahui kerana berita ini sudah dua tahun tersebar meluas. Apapun hal ini tersebar di Amerika.
Selain itu, ada lagi satu usaha untuk mengubahnya. Terdapat satu kumpulan orang Islam yang bangkit menentang syariah. Kemahuan mereka ialah berapa pun ayat berkenaan peperangan dan jihad, ia mesti dikeluarkan dari dalam Al-Qur’an. Kumpulan ini memperlihatkan kedegilan dan pendustaan mereka yang mahu menggembirakan masyarakat Barat atau dengan kata lain menggembirakan orang Kristian atau mereka ini tidak ada hubungan langsung dengan agama. Mereka mengubah Al-Qur’an dan menyebabkan huru-hara di kalangan orang Islam.
Apapun, ini semua usaha mereka. Usaha ini samada sekarang ini datang dari pihak Kristian atau dari kelompok itu yang menggelar diri mereka Muslim tetapi berusaha memotong asas mereka atau sedang melakukan perbuatan munafik, dari arah mana pun, dari siapa pun usaha untuk mengubah Al-Qur’an ini, mereka tidak pernah akan berjaya. AllahSWT telah memberikan janji-Nya.
Mereka semua itu hanya melihat dari sudut keduniaan sahaja. Mereka beranggapan bahawa sebagaimana Bible telah mengalami campurtangan insan, demikian juga Al-Qur’an boleh dibuat seperti itu sedangkan tidak ada janji Allah seperti ini terhadap Bible dan mana-mana kitab yang lain. Satu-satunya Al-Qur’an yang dijanjikan seperti ini, sebabnya ialah ia diturunkan kepada rasul agung yang ajarannya berlanjutan sehingga hari kiamat.
Justeru itu, kita tidak perlu merasa risau bahawa dajjal ini yang akan menang. Memang ada beberapa orang bodoh dan kurang pengetahuan yang merasa takut menjadi sia-sia dan beberapa orang dari kalangan umat Islam menjadi sia-sia kerana mendengar kata-kata mereka. Ada yang terjerat melalui kejahatan dan ada yang melalui ketidaktahuan. Jadi, mereka yang menganggap diri sebagai orang Islam yang memalingkan muka dari ajaran, sebagai ganti merasa risau, mereka harus mendapatkan kefahaman ajaran dari pahlawan Allah pada zaman ini. Pelajari ajaran daripadanya supaya dapat tahu apa yang betul dan apa yang salah. Perintah-perintah Al-Qur’an adalah kekal dan akan terus kekal. Pemeliharaan setiap huruf-hurufnya telah diberitahu oleh Allah sejak permulaan lagi dan akan terus memeliharanya, insyaAllah. Itulah janjiNya.
Jadi, Al-Qur’an adalah kitab yang tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Beberapa orang Islam beranggapan bahawa ada beberapa ajarannya yang sudah mansukh. Sebagaimana yang saya katakan, mereka sepatutnya memahami ajaran yang diterangkan dalam Al-Qur’an iaitu mengakui Hazrat Masih Mau’udAS sebagai penunjuk jalan untuk mereka yang telah ditentukan oleh Allah.
Berkenaan dengan ajaran Al-Qur’an, hal ini amat penting untuk difahami. Di dalamnya, salah satu makna kitab juga adalah perintah-perintah dan kewajipan-kewajipan. Dan kewajipan-kewajipan itu amat perlu, lazim dan tidak boleh ditentang dan juga di dalamnya dijelaskan bagaimana untuk melaksanakan-nya, ajaran yang begitu jelas dan berdasarkan keadaan ia lebih kurang sama dengan perintah-perintah yang lain. Dalam perintah-perintah pula ada untuk persendirian dan ada juga untuk kaum dan jemaat. Bagi persendirian, disebabkan beberapa keadaan dan keterpaksaan, orang diberi pilihan. Contohnya dalam ibadat ada solat fardhu, ini adalah perlu dan nawafil boleh membuat pilihan. Kemudian dalam solat fardhu ada solat berjemaah, dilakukan sambil berdiri, mesti berwudhu, demikianlah perintah-perintah itu. Bersama-sama dengan itu orang sakit atau musafir diberikan kemudahan. Inilah kesempurnaan ajaran yang diberikan oleh Al-Qur’an kepada kita. Banyak lagi contoh-contoh yang lain.
Kemudian perintah untuk kaum dan jemaat misalnya arahan jihad atau perang yang memberi malu kepada mereka yang mahu membuat perubahan di dalamnya. Perkara pertama ialah adakah dalam negara-negara yang orang-orang ini berbuat kerosakan atau memperlihatkan kedegilan atau yang mahu menggembirakan mereka itu tidak melakukan peperangan? Kezaliman mereka dalam peperangan banyak tertulis dalam sejarah, kemudian dalam zaman ini pun beberapa negara menakluk negara lain dengan kezaliman dan berterusan dalam bentuk peperangan. Sebab itu orang Islam, orang-orang yang benar-benar Mukmin, benar-benar Muslim, sebagai ganti merasa malu, mereka yang harus malu bahawa apa yang mereka kata dan apa yang mereka lakukan.
Perkara kedua, perintah berjihad dalam Al-Qur’an yang berbentuk peperangan. Yakni jihad dalam bentuk peperangan, jihad dengan pedang, untuk itu ada beberapa syarat yang diperlukan iaitu ada yang berlaku zalim ke atas kamu, ada yang menyerang kamu, maka kamu boleh membalas balik kezaliman mereka. Buat persediaan berperang, tetapi jangan cari alasan dan usahakan jangan menumpahkan darah.
Banyak perintah-perintah seperti ini. Berlaku adil terhadap tahanan perang. Kemudian keputusan untuk peperangan dan jihad, yakni jihad dengan pedang dan senjata harus dibuat oleh Ulul Amri, bukan sesiapa sahaja dan pada zaman ini Hakam dan Adal yang dikirim oleh Allah, dia yang akan membuat keputusan berdasarkan ajaran kitab bahawa sekarang ini amalan apa yang pada pandangan Allah satu ihsan. Dia yang akan memutuskan bahawa apa penjelasan perintah-perintah Allah. Hakam dan Adal itulah yang memutuskan amalan apa yang sekarang ini disukai Allah bahawa dengan kedatanganku, jihad dengan panah, pedang dan senjata sudah tertutup dan untuk berjihad zaman sekarang, gunakan senjata yang dipakai oleh penentang atau yang digunakan oleh musuh kamu.
Musuh menggunakan risalah dan media untuk menyebarkan kebencian terhadap Islam, kamu juga harus menggunakan risalah bukan sahaja untuk mempertahankan tetapi juga menyebarkan ajaran Al-Qur’an dan buktikan bahawa inilah satu-satunya ajaran yang memberi keselamatan dan datang dari Tuhan yang Esa. Jika mereka ini menggunakan dajjal untuk menyebarkan ajaran Kristian dengan menerbitkan kitab atas nama Al-Qur’an, itu yang harus kamu tolak.
Penjelasan hukum ini ialah masa sekarang berjihad melalui ilmu. Jihad tidak hanya bermaksud mengangkat pedang, bukan juga berjihad seperti ini sahaja yang telah dijelaskan oleh RasulullahSAW dan para sahabat yang mulia. Malah Jihad Akbar ialah mengamalkan perintah Al-Qur’an dan mencenderungkan diri sesuai dengannya. Jika diizinkan untuk berperang sebagai berjihad, jika ada yang menyerang kerajaan dan kerajaan membalasnya dan sekarang pun diizinkan dalam keadaan seperti itu, dan bukan pekerjaan pihak pengurusan. Akal orang-orang buta itu sekarang diberitahu bahawa jihad, kami buktikan dengan dalil, semua usaha yang kamu lakukan itu adalah tidak matang. Jika kamu melihat kitab itu, memang ketara satu usaha keanak-anakan. Walaupun dakwaan itu diberitahu oleh orang yang berpelajaran namun dengan melihatnya dapat diketahui, seorang insan yang biasa pun dapat memahami bahawa itu adalah usaha insani. Apapun, keadaan sebenar pemeliharaan Al-Qur’an sebagaimana yang saya katakan, AllahSWT akan sentiasa memeliharanya.
Beberapa orang-orang yang musyrik yang juga mempersembahkan penentangan terhadap Islam, pertolongan dari mereka juga diambil sehingga akhir sekali mereka terpaksa menulis hal ini. Satu kitab John Burton “The Collection of The Qur’an”, di dalamnya mereka menulis, saya bacakan sedikit di sini, “kitab itu sampai kepada kita melalui darjat dan kebenaran nabi (MuhammadSAW) sendiri, oleh itu, kitab (yakni Al-Qur’an) yang ada bersama kita sekarang ini sebenarnya kitab Muhammadi”.
(John Burton, The Collection of The Qur’an, Cambridge University Press, 1997. P.239-240)
Kemudian H.A.R Gibb menulis “ini satu hakikat yang begitu kuat bahawa (dalam Al-Qur’an) tidak ada sebarang jenis perubahan yang boleh dibuktikan. Dan hakikat ini juga begitu kuat bahawa kata-kata yang diucapkan oleh Muhammad(SAW) masih terpelihara dengan sempurna sehingga sekarang”.
(H.A.R Gobb, Muhammadanism, London, Oxford University Press 1969, P.50)
Sir William Muir seorang Musyrik yang hebat, dia menulis “di atas tirai dunia tidak ada suatu pekerjaan yang matannya masih berlanjutan dalam keadaan yang baik walaupun sudah dua belas abad berlalu”.
(Sir Milliam Muir, Life of Muhammad, London 1878. Halaman 558)
Doktor Mouris menulis dalam “The Bible, The Qur’an and Science”, terjemahan dari bahasa Perancis iaitu “dalam zaman yang dilalui hari ini, Al-Qur’an adalah satu naskhah yang ditulis dengan penuh kejujuran berbanding yang lain. Dalam urusan Al-Qur’an, malam dan siang yang berlanjutan hingga sekarang tidak ditemui sebarang tempat di mana Al-Qur’an mengalami perubahan”.
(The Bible, The Quran and Science, Translation from French by Alstair D. Pannel and The Author under heading Conclusion, halaman 102)
Kemudian Noldike seorang Musyrik yang hebat menulis “selain dia semua jaminan ada pada kita, dalaman dan juga luaran bahawa kitab yang ada pada kita ini adalah kitab yang telah dipersembahkan sendiri oleh Muhammad(SAW) kepada dunia dan kita menggunakannya”.
(Tafsir Kabir, jilid 4, halaman 16)
Kemudian menulis “mungkin tulisan ada mengandungi kesilapan-kesilapan biasa” yakni jika dalam bentuk tulisan pasti ada kesilapan. Apapun ini adalah cara mereka untuk meletakkan dalam keragu-raguan. “Tetapi Al-Qur’an yang dipersembahkan oleh Usman(RA) kepada dunia, ia berkenaan dengan apa yang telah disampaikan oleh Muhammad(SAW)”. Seolah-olah tertibnya begitu menakjubkan. Semua usaha-usaha para pengkaji Eropah untuk membuktikan ada penambahan dalam Al-Qur’an ternyata tidak berjaya.
(Encyclopedia Britannica. Edition 1911, under heading ‘Quran’. Halaman 905)
Inilah ajaran cantik yang diberikan oleh Islam. Ajaran cantik ini telah diturunkan kepada nabi AgungSAW dan telah menyampaikannya hingga kepada kita. Tidak ada syariat sebelumnya dapat menandingi dan tidak juga suatu kitab boleh dibuat pada masa akan datang. Semoga Allah memberikan petunjuk dalam memahami ajaran kitab ini dan menjadikannya sebagai amalan dalam hidup dan juga menyebarkannya.
------------
Petikan Khutbah Huzur 11 Januari 2008
Masjid Baitul Futuh, London.
No comments:
Post a Comment