Terbukti daripada Rasulullah(saw) bahawa baginda(saw) bersabda: "Apabila Jumaat dan ID jatuh pada hari yang sama, jika sesiapa yang mahu boleh menunaikan solat Zuhur sebagai ganti solat Jumaat. Tetapi kami tetap menunaikan solat Jumaat. (Ibnu Majah).
Semalam juga ada fatwa datang kepada saya dari seorang mufti, dia mengatakan bahawa beberapa sahabat-sahabat mengatakan jika solat Zuhur ditunaikan menggantikan solat Jumaat, maka banyak kemudahan bagi kita dalam korban, dan dia juga mengirimkan hadis-hadis tentang ini bersama-sama.
Saya jawab kepadanya; memang tidak dinafikan, jika ID dan solat Jumaat jatuh pada hari yang sama, maka sebagai ganti solat Jumaat, adalah diizinkan untuk solat Zuhur sahaja. Tetapi kami tetap akan melakukan apa yang dibuat oleh Rasulullah(saw). Rasulullah(saw) bersabda; jika ada yang mahu solat Zuhur sebagai ganti solat Jumaat, mereka diizinkan, tetapi kami akan menunaikan solat Jumaat. Saya juga mengatakan hal ini, mereka yang mahu menunaikan solat Zuhur sebagai ganti solat Jumaat, silakan, tetapi kenapa mereka berkeras agar saya juga harus tidak menunaikan solat Jumaat. Saya akan lakukan seperti yang Rasulullah(saw) buat, iaitu menunaikan solat Jumaat.
Allah Ta'ala amat Pemurah kerana mengurniakan kita dua ID dalam sehari, iaitu Jumaat dan juga Aidil Adha. Allah Ta'ala telah mengumpulkan dua ID ini kepada kita. Sekarang, mereka yang diberikan dua keping capati bersalut margerin, kenapa dia harus menyingkirkan sekeping? Sudah pasti akan diambil kedua-duanya, kecuali dia ada masalah yang tidak dapat dielakkan. Sebab itu Rasulullah(saw) memberi kebenaran, jika ada yang hanya solat Zuhur menggantikan solat Jumaat, dia tidak harus menyergah mereka yang mahu menunaikan solat Jumaat, yakni mereka yang ada kemampuan untuk solat ID dan juga solat Jumaat, orang lain tidak harus memberikan tekanan dengan mengatakan kenapa tidak mahu mengambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan?
Jika ID dan Jumaat jatuh pada hari yang sama, maka dibolehkan untuk menunaikan solat Zuhur sahaja sebagai ganti solat Jumaat, juga dibolehkan menunaikan kedua-duanya. Ini kerana syariat kita lebih mengutamakan kemudahan. Solat-solat Fardu dilakukan di tempat masing-masing dan solat Jumaat dilakukan di satu tempat sahaja, demikian juga solat ID dilakukan di satu tempat. Oleh kerana untuk berkumpul di satu tempat sebanyak dua kali pada hari yang sama mendatangkan kesulitan, sebab itu syariat membenarkan untuk solat Zuhur sahaja menggantikan solat Jumaat. Tujuan sebenarnya adalah supaya orang Islam lebih banyak masa untuk berkumpul, kerana Islam tidak hanya datang untuk mensucikan hati, tetapi Islam juga datang untuk kemajuan kaum dan masyarakat. Dan tanda kaum dan masyarakat ity wujud ialah dengan melihat mereka selalu berkumpul.
Juga dibolehkan sekiranya ID dan Jumaat jatuh pada hari sama, maka selepas menunaikan solat ID, tidak ada dilakukan solat Jumaat ataupun solat Zuhur, kemudian apabila waktu Asar, hanya solat Asar sahaja dilakukan. Ataa bin Abi Rubah mengatakan; pernah sekali ID dan Jumaat jatuh pada hari yang sama. Hazrat Abdullah bin Zubair(ra) mengatakan; Dalam satu hari, dua ID telah berkumpul, kedua-duanya akan dilakukan serentak. Kedua-duanya telah dilakukan dengan mengerjakan solat dua rakaat sebelum tengah hari, dan tidak ada solat sehingga waktu Asar. Jadi, pada hari itu, hanya solat Asar sahaja yang ditunaikan. (Abu Daud)
Hazrat Khalifatul Masih III(ra) pernah sekali beramal sesuai dengan riwayat ini, iaitu tidak ada solat sehingga solat Asar.
(Fiqah Ahmadiyah, Ibadat, halaman 176)
No comments:
Post a Comment