Tuesday, November 3, 2009

Mungkinkah Ada Lagi Nabi (2)

DALIL KEMUNGKINAN ADA NABI DARI SUDUT AL-QUR’AN 
AYAT KEDUA (Surah Ali Imran:180)
 
 
  
Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.
Surah Ali Imran adalah adalah surah Madani, ia diturunkan lebih kurang 13 tahun selepas masa kenabian Rasulullah(saw) berlangsung, di mana orang yang suci dan yang tidak suci sudah boleh dibezakan. Sudah kelihatan perbezaan yang begitu jelas antara Abu Bakar dan Abu Jahal, perbezaan antara Umar dan Abu Lahab, perbezaan antara Uthman dan Utbah serta yang lain-lain. Tetapi Allah Ta’ala akan kembali lagi membezakan di antara orang yang bersih dan yang munafik.
Dengan kedatangan Rasulullah(saw), keadaan itu telah dibezakan. Tetapi dalam ayat ini menyatakan bahawa selepas zaman Rasulullah(saw), keadaan pembezaan itu akan berlaku sekali lagi. Ini membuktikan bahawa zaman kenabian itu masih wujud.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...