Tuesday, November 3, 2009

Mungkinkah Ada Lagi Nabi (1)


DALIL KEMUNGKINAN ADA NABI DARI SUDUT AL-QUR’AN

AYAT PERTAMA (Surah Al-Hajj:76)



Allah memilih utusan-utusan-Nya dari malaikat dan dari manusia. Dalam ayat ini digunakan perkataan YASHTOFII , iaitu dari fi’il mudhori’ yang membawa maksud sedang berlaku dan akan berlaku. Jadi, maksud YASHTOFII di sini ialah memilih atau akan memilih. Dari ayat ini jelas bahawa ia tidak hanya sedang berlaku, tetapi ia juga akan berlaku. Ini kerana:-

1. Susunan ayat ini ialah Allah memilih utusan-utusan-Nya daripada kalangan malaikat dan Allah juga memilih utusan-utusan-Nya dari kalangan manusia. Lafaz rusul di sini adalah jamak, dan tidak boleh untuk Rasulullah(saw) sendirian. Dari sini kita hendaklah menerima bahawa kenabian sentiasa berlangsung berdasarkan penggunaan perkataan YASHTOFII ini.

2. YASHTOFII dihubungkan kepada zat Allah Ta’ala dan dalam ayat selanjutnya juga menjelaskan YA’LAMU MAA BAINA AIDIIHIM (Al-Hajj:77) yakni Tuhan mengetahui apa yang ada di hadapan mereka. Adakah Tuhan hanya mengetahui ketika ayat ini turun dan selepas itu, yakni sekarang ini tidak lagi mengetahui apa-apa. YA’LAMU juga adalah mudhori’.

GHAIR AHMADI >> Dalam ayat ini Allah Ta’ala mengatakan: kamu sendiri mengakui sunnah Tuhan yang dahulu iaitu memilih rasul-rasul dari kalangan manusia untuk bertabligh kepada mereka. Berdasarkan kepada sunnah ini sekarang pun nabi-nabi diutus. Tanpa kamu kemukakan dalil kenabian semasa (sekarang) bahawa mengutus rasul-rasul adalah dari sunnah Ilahi, kenapa kamu sentuh mengenai kenabian akan datang, itu terjemahan yang dangkal. (Muhammadiyah Pocket Book, halaman 428).

JAWAPAN >> Apabila mengutus rasul-rasul untuk menyampaikan tabligh adalah sunnah-Nya yang dahulu, itu menandakan bahawa kenabian tetap berjalan, sebab Allah Ta’ala berfirman WALANTAJIDA LISUNNATIL LAAHI TABDIILA (Al-Ahzab:63) yakni tidak ada perubahan dalam sunnah Ilahi. Sekarang, apakah mengingkari sunnah Ilahi yang mengutus rasul-rasul itu dangkal, atau kenyataan kami yang dangkal?

GHAIR AHMADI >> Mengutus nabi yang membawa syariat juga adalah sunnah Ilahi, kenapa ia telah berubah?

JAWAPAN >> Siapa yang mengatakan bahawa sunnah Ilahi mengutus nabi yang membawa syariat telah berubah. Mengutus nabi yang membawa syariat adalah sunnah Ilahi. Jika syariat sebelumnya dalam kekurangan, tidak sempurna, atau jika tidak dalam kekurangan pun tetapi telah ditokok tambah, maka syariat baru akan diturunkan. Sunnah mengutus nabi yang tidak membawa syariat ialah apabila zaman memerlukan seorang nabi, dan syariat sebelumnya tidak berada dalam kekurangan, yang ada cuma orangnya sahaja yang berada dalam kesesatan dan kegelapan, dalam keadaan itulah Allah Ta’ala akan mengutus nabi yang tidak membawa syariat untuk menyampaikan tabligh dan memperbaiki mereka.

Oleh kerana Al-Qur’an adalah kitab yang sempurna dan tidak ada perubahan di dalamnya, malah masih seperti keadaan asalnya, oleh sebab itu Allah tidak menurunkan nabi yang membawa syariat. Selagi kamu tidak dapat buktikan bahawa na’uzubillah Al-Qur’an itu dalam kekurangan, selama itu kamu tidak boleh mengatakan bahawa ketidakmunculan nabi yang membawa syariat adalah bertentangan dengan sunnah Ilahi, malah hakikatnya ialah dalam keadaan syariat yang sempurna dan tanpa ada perubahan, jika tidak muncul syariat baru, itu adalah sunnah Ilahi yang dahulu dan sedang berlaku sekarang.

Tetapi, adakah kamu boleh mengingkari bahawa keadaan dunia sekarang ini berada dalam kegelapan dan penuh dengan kebiadapan? Jika ya dan memang pun keadaan dunia sekarang ini penuh dengan perlakuan yang buruk, jadi, atas dasar sunnah Tuhan mengutus nabi (irsale rusul), kenapa tidak boleh datang nabi yang tidak membawa syariat?

Jadi, Allah Ta’ala memberitahu dalam ayat ini bahawa “Aku akan sentiasa memilih kenabian dari manusia dan menghantar malaikat dengan pelbagai tugas”. Ini menandakan silsilah kenabian akan terus berlanjutan. Ingatlah bahawa malaikat bukan hanya datang menyampaikan wahyu, malah untuk memastikan setiap hukum atau peraturan Allah Ta’ala terus berjalan, Allah Ta’ala sentiasa menghantar malaikat yang tidak terkira.

Jadi, pendapat orang yang mengingkari kenabian mengatakan bahawa untuk para nabi-nabi, hanya satu malaikat sahaja yang datang membawa wahyu, pendapat itu tidak tepat. Di sini bukan hanya menceritakan tentang menyampaikan wahyu malah malaikat-malaikat dipilih untuk memastikan undang-undang Ilahi terus berjalan.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...