Seringkali menjadi isu perdebatan sesama umat Islam bahawa ‘masih hidupkah Nabi Isa(as) atau sudah wafat sebagai manusia biasa? Untuk menjelaskannya, di sini diberikan dalil-dalil yang menyokong pernyataan bahawa Nabi Isa(as) sebenarnya sudah wafat.
Dalil No.1 (Petikan Al-Qur’an)
Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an Surah Al-Maidah ayat 118 "Dan aku menjadi saksi atas mereka selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau mewafatkan aku, Engkaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu."
Keterangan 1;-
Ayat ini menjelaskan dua zaman bagi Nabi IsaAS. Zaman yang pertama ialah ketika dia hidup bersama-sama dengan kaumnya, (selama aku berada di antara mereka) dan zaman yang kedua ialah ketika sudah tidak bersama lagi dengan kaumnya, (Engkaulah yang mengawasi mereka). Manakala di antara kedua-dua zaman ini ada perkataan (setelah Engkau mewafatkan aku). Jadi, persoalan yang timbul ialah adakah Nabi IsaAS masih bersama kaumnya? Jika tidak, itu bermakna dia sudah wafat.
Keterangan 2;-
Dalam ayat ini Nabi Isa(as) menegaskan bahawa akidah Triniti bukan pada zamanku, tetapi tersebar selepas kewafatanku. Pada zaman ini akidah Triniti begitu meluas. Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Qur’an "sesungguhnya telah menjadi kafir orang-orang yang berkata bahawa Tuhan itu adalah satu di antara tiga" (Al-Maidah:74), dan "telah menjadi kafir orang yang mengatakan bahawa Tuhan itu ialah Al-Masih putera Maryam" (Al-Maidah:18)
Dari ayat itu memang jelas bahawa Nabi Isa(as) sudah wafat.
Dalil No 2
Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 56 "Ingatlah ketika Allah Ta’ala berfirman, Hai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkan engkau dan mengangkat engkau kepada-Ku serta membersihkan engkau dari orang-orang kafir, dan menjadikan orang yang mengikut engkau di atas orang-orang kafir sehingga hari kiamat."
Keterangan;-
Allah Ta’ala meletakkan kata "Aku akan mewafatkan engkau" lebih dahulu dan kita tidak ada hak mengubah tertib ayat-ayat Allah. Dalam ayat ini Allah mewafatkan nabi Isa terlebih dahulu, kemudian baru di angkat kepada-Nya. Kita tidak boleh mengatakan nabi Isa diangkat dahulu kemudian baru dimatikan.
Dari ayat ini juga, amat jelas bahawa Nabi Isa(as) sudah wafat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...
No comments:
Post a Comment