Dalil pertama yang datang dari orang Kristian ialah bahawa Al-Masih disebut sebagai anak Tuhan di dalam Taurat dan Injil. Dari sini dapat diketahui bahawa Al-Masih adalah anak Tuhan.
Jawapan 1
Perkataan “anak Allah” di dalam Taurat dan Injil bukan hanya ditujukan kepada Al-Masih sendiri malah perkataan ini, selain Al-Masih ramai lagi yang disebut sebagai anak Tuhan, tetapi orang Kristian tidak mengakui mereka ini sebagai anak Tuhan. Sila rujuk:_
Keluaran 4:22
22. Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung.
Mazmur 89:26-27
26. Aku akan membuat tangannya menguasai laut, dan dan tangan kanannya menguasai sungai-sungai.
27. Dia pun akan berseru kepada-Ku: ‘Bapaku Engkau, Allahku dan gunung batu keselamatanku.’
1 Tawarikh 22:9-10
9. Sesungguhnya, seorang anak laki-laki akan lahir bagimu; ia akan menjadi seorang yang dikaruniai keamanan. Aku akan mengaruniakan keamanan kepadanya dari segala musuhnya di sekeliling. Ia akan bernama Salomo; sejahtera dan sentosa akan Kuberikan atas Israel pada zamannya.
10. Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan dialah yang akan menjadi anak-Ku dan Aku akan menjadi Bapanya; Aku akan mengokohkan takhta kerajaannya atas Israel sampai selama-lamanya.
Mazmur 82:6
6. Aku sendiri telah berfirman: “Kamu adalah allah, dan anak-anak Yang Maha Tinggi kamu sekalian.-
Roma 9:4
4. Sebab mereka adalah orang Israel, mereka telah diangkat menjadi anak, dan mereka telah menerima kemuliaan, dan perjanjian-perjanjian, dan hukum Taurat, dan Ibadah dan janji-janji.
Mazmur 68:6
6. Bapa bagi anak yatim dan pelindung bagi para janda, itulah Allah di kediaman-Nya yang kudus.
Jawapan 2
Jikalau orang Kristian menggambarkan Nabi Isa sebagai anak Tuhan kerana disebut “Anak Allah”, kita pula mengakui bahawa Nabi Isa adalah manusia kerana di dalam Injil dia dikatakan “anak manusia”. Buktinya:-
Matius 1:1
1. Inilah keturunan Yesus, anak Daud, anak Abraham
Matius 11:19
19. Kemudian Anak Manusia datang, Ia makan dan minum, dan mereka berkata: Lihatlah, Ia seorang pelahap dan peminum, sahabat pemungut cukai dan orang berdosa. Tetapi hikmat Allah dibenarkan oleh perbuatannya.”
Matius 8:20
20. Yesus berkata kepadanya: “Serigala mempunyai liang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kepala-Nya.”
Matius 9:6
6. Tetapi supaya kamu tahu, bahawa di dunia ini Anak Manusia berkuasa mengampuni dosa”- lalu berkata kepada orang lumpuh itu -: “Bangunlah, angkatlah tempat tidurmu dan pulanglah ke rumahmu!”
Matius 10:23
23. Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; kerana Aku berkata kepadamu: sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang.
Matius 4:4
4. Tetapi Yesus menjawab: “Ada tertulis: Manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi dari setiap firman yang keluar dari mulut Allah.”
Jawapan 3
Anak Tuhan bererti orang suci dan orang yang dicintai Tuhan
Matius 5:45
45. Kerana dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar.
Kita tidak tahu apa keistimewaan Nabi Isa sehingga dia digelar anak Tuhan sedangkan orang lain dianggap seperti biasa sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...
No comments:
Post a Comment