Saturday, October 10, 2009

Dalil Bible Nabi Isa Wafat

10 Keterangan Bible Mengenai Kewafatan Nabi Isa

Dr Zwemer, seorang muballigh Amerika yang terkenal ada mengatakan:

“Jika kepercayaan kita mengenai kematian Jesus di atas salib tidak benar maka seluruh orang Kristian akan porak peranda.”

I- Tanda Nabi Yunus

Sekarang kami akan meneruskan perbincangan dengan mengemukakan bukti-bukti dari Bible sendiri untuk menunjukkan bahawa Yesus tidak mati di atas salib. Kita baca dalam Perjanjian Baru:

“Ketika orang banyak mengerumuninya, berkatalah Yesus: “Angkatan ini adalah angkatan yang jahat. Mereka menghendaki suatu tanda, tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus. Sebab seperti Yunus menjadi tanda untuk orang Niniwe, demikian pulalah menjadi tanda untuk orang Niniwe, demikian pulalah Anak manusia akan menjadi tanda untuk angkatan ini.” (Lukas 11:29,30)

Lagi:

“Tetapi jawabnya kepada mereka: “Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus. Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.” (Matius 12:39,40)

Yesus di sini membuat perbandingan takdirnya dengan Nabi Yunus. Sekarang tanda apa yang telah nabi Yunus berikan kepada kaum Niniwe? Bible mengatakan:

“Maka atas penentuan TUHAN datanglah seekor ikan besar yang menelan Yunus; dan Yunus tinggal di dalam perut ikan itu tiga hari tiga malam lamanya.”

“Berdoalah Yunus kepada TUHAN, Allahnya, dari dalam perut ikan itu, katanya: Dalam kesusahanku aku berseru kepada TUHAN, dan Ia menjawab aku dari tengah-tengah dunia orang mati aku berteriak dan Kau dengarkan suaraku.” (Yunus 1:17 & 2:1,2)

Menurut ayat Bible ini, Nabi Yunus ditelan ikan yang besar di mana dia telah berada dalam perut ikan itu selama tiga hari tiga malam kemudian keluar dari perut ikan dalam keadaan hidup. Ini adalah tanda yang diberikan kepada kaum Niniwe. Nabi Yunus berdoa kepada Tuhan untuk pembebasan dirinya semasa dalam perut ikan, Tuhan mendengar doanya dan keluar dari perut ikan dalam keadaan hidup. Jesus mengatakan tiada tanda yang harus diberikan kepada kaum yang jahat pada masanya kecuali tanda nabi Yunus. Sekarang apa persamaan di antara dua tanda daripada Nabi Yunus dan Yesus? Tiada yang lain kecuali ‘hidup’ ketika masuk ke dalam perut ikan dan ke dalam perut bumi dan ‘hidup’ ketika keluar. Kedua-duanya menangis atas sebab penderitaan mereka dan berdoa kepada Tuhan untuk kebebasan mereka. Dan doa mereka dikabulkan. Jika Yesus tidak masuk dalam perut bumi dalam keadaan ‘hidup’ dan keluar dalam keadaan ‘hidup’, di mana terdapat persamaan antara kedua tanda ini?

Yesus berjanji hanya akan menunjukkan satu tanda kepada generasi pada masanya tetapi jika tanda itu terbukti tidak benar, apakah ada tanda lain lagi untuk membuktikan dakwaannya sebagai seorang nabi yang benar? Yesus merujuk kepada tanda nabi Yunus bererti bahawa dia tidak mati di atas salib. Walaubagaimanapun, terdapat setiap alasan untuk mempercayai bahawa teori pengsan adalah tidak berasaskan hipotesis yang salah.

II- Isteri Pilatus Melihat Mimpi

“Ketika Pilatus sedang duduk di kursi pengadilan, isterinya mengirim pesan kepadanya: Jangan engkau mencampuri perkara orang benar itu, sebab kerana dia aku sangat menderita dalam mimpi tadi malam.” (Matius 27:19)

Mimpi isteri Pilatus amatlah benar dan memang merupakan satu peluang. Ini bererti Yesus boleh diselamatkan daripada kematian terkutuk di atas salib. Tuhan menyelamatkan kekasih-Nya dengan memberikan mimpi pada orang lain sebagaimana kes nabi Yusuf yang dibebaskan daripada penjara kerana mentafsirkan dua mimpi Firaun. Tuhan mahu melindungi Yesus daripada musuhnya, maka mimpi isteri seorang gabenor Rom telah memberikan pengaruh dalam pengadilannya.

III- Perasaan Simpati Gabenor Rom

Yahudi mempersembahkan kes Jesus kepada Pilatus, seorang gabenor Rom dari Palestin. Dia mengambil lalu membuat siasatan rasmi ke atas kes itu dan mengumumkan bahawa dia tidak bersalah terhadap apa yang mereka pertuduhkan. Dia mengatakan kepada mereka:

Dan berkata kepada mereka: “Kamu telah membawa orang ini kepadaku sebagai seorang yang menyesatkan rakyat. Kamu lihat sendiri aku telah memeriksanya, dan dari kesalahan-kesalahan yang kamu tuduhkan kepadanya tidak ada yang ku dapati padanya.” (Lukas 23:14)

Sesudah mengatakan demikian, keluarlah Pilatus lagi mendapatkan orang-orang Yahudi dan berkata kepada mereka: “Aku tidak mendapati apa pun kesalahan padanya. Tetapi pada kamu ada kebiasaan, bahawa pada Paskah aku membebaskan seorang bagimu. Maukah kamu, supaya aku membebaskan raja orang Yahudi bagimu?” Mereka berteriak pula: “Jangan dia, melainkan Barabbas!” Barabbas adalah seorang penyamun. (Yohanes 18:38-40)

Sejak itu Pilatus berusaha untuk membebaskan dia, tetapi orang-orang Yahudi berteriak: “Jikalau engkau membebaskan dia, engkau bukanlah sahabat Kaisar. Setiap orang yang menganggap dirinya sebagai raja, ia melawan Kaisar.” (Yohanes 19:12)

Daripada rujukan yang diberikan di atas membuktikan bahawa Gabenor mendapati Yesus tidak bersalah dari semua apa yang Yahudi pertuduhkan kepadanya. Dia berusaha untuk membebaskannya namun apabila Yahudi mendapat tahu tentang hal itu mereka mengancam untuk melaporkan kepada Kaisar Rom, dia akhirnya tunduk kepada mereka dan menangani Yesus untuk mereka tetapi secara diam-diam dia membuat ikhtiar untuk memastikan Yesus selamat. Dia ada khabar tentang mimpi isterinya dan dia tahu dengan benar bahawa ketua para paderi mempunyai pakatan menentangnya kerana perasaan cemburu.

IV- Percubaan Pilatus Menyelamatkan Kristus

Pilatus, seorang Gabenor amat yakin bahawa Yesus tidak bersalah. Justeru itu dia membuat perancangan untuk menyelamatkan hidup Yesus. Atas tanggungjawab rasmi kepada Empayar Rom, dia tidak harus berada di hadapan dengan berterus terang, tetapi dia adalah watak utama yang berperanan memimpin semua drama tersebut. Watak lain dari pertunjukan itu ialah Yusuf Arimathaea, seorang anggota majlis terhormat dan juga murid Yesus Kristus. Dia sudah bersedia dengan sebuah makam di balik batu dalam kebun yang berdekatan. Watak yang lain ialah Nikodamus, orang terpelajar Yahudi juga tahu mengenai rahsia dalam keseluruhan perkara.

Kita membaca mengenainya dalam Yohanes:

Juga Nikodamus datang ke situ. Dialah yang mula-mula datang waktu malam kepada Yesus. Ia membawa campuran minyak mur dengan minyak gaharu, kira-kira lima puluh kati beratnya. (Yohanes 19:39)

Kebijakan Pilatus ialah memilih waktu petang pada hari Jumaat sebagai masa untuk menyalibkan Jesus agar dia tidak berada di salib selepas matahari terbenam. Hari berikutnya ialah hari Sabbath yang merupakan hari Suci bagi orang Yahudi. Dia memilih kawan yang amat dipercayai iaitu Yusuf dan Nikodamus untuk melaksanakan rancangannya. Semua ukuran perlu dibuat untuk memastikan Yesus jatuh pengsan. Kalau tidak, untuk apa Nikodamus membawa campuran minyak mur dengan minyak gaharu? Yesus mesti kelihatan mati untuk laporan rasmi bagi mengamankan orang Yahudi dan pemerintah kerajaan di Rom. Yusuf Arimathaea dengan berani meminta dari Gabenor untuk menguruskan mayat Yesus, permintaannya telah sedia diperkenankan. Jika dianggap itu bukan perancangan, bagaimana boleh Gabenor memberikan mayat Yesus untuk diuruskan oleh pihak asing dari luar? Itu adalah alasan untuk meyakini bahawa Yesus sebelumnya sudah dimaklumi dengan perancangan itu, jadi khabar ghaib menjadi terbukti benar; “Sebagaimana Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam.” Pertemuan Nikodamus dengan Yesus Kristus malam sebelumnya telah menjelaskan lagi keseluruhan cerita.

V- Tempoh Masa Penyaliban

Tempoh masa penyaliban terhadap Yesus tidak cukup lama yang memungkinkan dia mati di atas salib. Pesalah biasanya mengambil masa beberapa hari untuk mati dengan terseksa di atas salib yang disebabkan kehilangan darah dari kecederaan pada tangan dan kaki, keletihan fizikal, kesakitan, dan menderita kelaparan dan kehausan. Tempoh minimum yang menyebabkan kematian pada kayu salib ialah di antara 24 hingga 28 jam namun dalam sesetengah kes ia mengambil masa beberapa hari untuk mati. Dalam beberapa kes ada digunakan cara lain iaitu dengan mematahkan kaki pesalah dengan cruciflagram supaya proses kematian menjadi lebih cepat melalui pendarahan dalaman.

Penyelidikan lanjut berkenaan dengan penyaliban Yesus memberitahu kita bahawa Yesus tinggal di tiang salib hanya beberapa jam sahaja. Masa sebenar Yesus tergantung di tiang salib ialah tidak lebih dari tiga atau empat jam. Yesus, seorang yang masih muda (33 tahun) dan yang mempunyai kesihatan yang baik tidak mungkin dapat dijangkakan boleh mati dalam masa yang singkat terutama sekali kakinya yang tidak dipatahkan sebagaimana yang dilakukan terhadap dua orang pencuri yang disalib bersamanya pada hari yang sama.

Tidak lupa juga untuk dinyatakan di sini bahawa menurut kalendar Rom, hari bermula apabila matahari terbit dan berakhir apabila matahari terbenam. Kebiasaan yang sama juga berlaku pada hari ini di Negara-negara Arab. Menurut Yohanes 19:14, lebih kurang jam keenam pada hari Jumaat, Pilatus berkata yang terakhir kepada Yahudi tentang penyaliban Yesus dan menanganinya untuk mereka:

Pada jam dua belas, kegelapan meliputi seluruh daerah itu dan berlangsung sampai jam tiga. Dan pada jam tiga berserulah Yesus dengan suara nyaring “Eloi, Eloi, lama sabakhtani?”, yang bererti Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? (Markus 15:33-34)

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Yesus masih dalam keadaan sedar pada jam ke sembilan hari itu dan kemudian jatuh pengsan atau tidak sedarkan diri. Inilah yang dikatakan oleh penulis Perjanjian Baru “giving up the ghost.” Tiada seorang pun dari penulis masa kini yang serta-merta berdiri sebagai saksi mata. Makna ‘Pitam’ diambil sebagai ‘kematian’ dan ‘kematian atas salib’ bererti kematian yang terkutuk. Tidakkah kita membaca dalam Bible, “sebab seorang yang digantung terkutuk oleh Allah.” Ulangan 21:23. Berani sangatkah orang Kristian mengatakan seorang utusan Tuhan yang benar sebagai dikutuk oleh Tuhan?

VI- Darah Dan Air

Maka datanglah prajurit-prajurit lalu mematahkan kaki orang yang pertama dan kaki orang yang lain yang disalibkan bersama-sama dengan Yesus; tetapi ketika mereka sampai kepada Yesus dan melihat bahawa ia telah mati, mereka tidak mematahkan kakinya, tetapi seorang dari antara prajurit itu menikam lambungnya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air. (Yohanes 19:32-34)

Askar-askar tidak mematahkan kaki-kaki Yesus kerana mereka melihatnya sebagai orang mati, padahal sebenarnya dia cuma pengsan atau sekadar menenangkan kemarahan Yahudi, dia diisytiharkan sebagai orang ‘mati’. Tetapi seorang dari antara prajurit itu ‘menikam lambungnya dengan tombak, dan segera mengalir keluar darah dan air’ yang merupakan tanda pasti orang itu masih hidup. Darah dan air tidak akan mengalir keluar dari tubuh seorang yang sudah mati kerana jantung telah berhenti mengepam darah.

VII- Tiada Saksi Mata

Tiga penulis Gospel menyatakan bahawa keadaan gelap-gelita dipermukaan bumi dari jam keenam hingga jam kesembilan dan juga terjadi gempa bumi dan batu-batu pecah dan atap kuil telah terbelah dua. Ini adalah hal pengalaman biasa, pada masa itu ribut debu yang teruk berserta dengan gempa bumi, orang ramai kebanyakannya segera balik ke rumah masing-masing dan mereka tidak menyaksikan dengan mata tentang penumpahan darah itu. Sekarang fikirkan sejenak, siapakah yang tinggal sebagai saksi mata untuk memberitahu bahawa Yesus mati di atas salib? Jika ada orang Yahudi pada waktu itu sudah pasti dengan segera mereka akan bertempiaran lari ketakutan meninggalkan tempat itu kerana ribut melanda dan bumi bergegar dan menuju ke rumah mereka. Bagi murid-muridnya, mereka sudah sedia melarikan diri dari pemandangan penyaliban itu.

Maka mulailah Petrus mengutuk dan bersumpah: “Aku tidak kenal orang yang kamu sebut-sebut ini!” (Markus 14:71)

Lalu semua murid itu meninggalkan dia dan melarikan diri. (Markus 14:50)

Ringkasnya, tiada sesiapa yang hadir semasa kejadian itu yang dapat memberitahu dengan tepat dan meyakinkan bahawa dia melihat Yesus “menyerahkan nyawanya.” Itu semua hanya sekadar tekaan dan khayalan sahaja.

VIII- Misi Yesus Untuk Domba-domba Israil Yang hilang

1- “Sebab Anak manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan yang hilang.” (Lukas 19:10)

2- “Ada lagi padaku domba-domba lain, yang bukan dari kandang ini; domba-domba ini harus ku tuntun juga dan mereka akan mendengarkan suaraku dan mereka akan menjadi kawanan dengan satu gembala.” (Yohanes 10:16)

3- “Tetapi ia berkata kepada mereka: “Juga di kota-kota lain aku harus memberitakan Injil Kerajaan Allah, sebab itulah aku diutus.” (Lukas 4:43)

4- “Jawab Yesus: “Aku diutus hanya kepada domba-domba yang hilang dari umat Israel.” (Matius 15:24)

Daripada petikan yang diberikan di atas, jelas bahawa misi Yesus ialah bertabligh kepada dua belas bangsa Israil sahaja. Mereka telah bertebaran di Negara-negara Timur bermula dari Palestin sehingga India pada masa kewujudan Yesus. Pada masa itu hanya ada dua suku sahaja dari bangsa Israil di Palestin. Sepuluh bangsa yang lain telah berserakan bermula dari Palestin hingga ke India. Tidak boleh dikatakan bahawa Yesus telah menyempurnakan misinya jika dia tidak menyampaikan pesan kepada sepuluh lagi bangsa Israil yang lain. Jangkaan kematian Yesus di atas salib pada awal umur 33 tahun merupakan satu tamparan yang menghancurkan misinya yang mana dia telah diutus. Perkara sebenar mengenai perkara itu ialah selepas Yesus terhindar dari penyaliban, dia berhijrah ke Timur untuk mencari domba-domba yang hilang. Terdapat bukti sejarah yang lebih dari cukup untuk ini yang disokong oleh penemuan terkini dalam bidang arkeologi. Yesus menjumpai domba-domba yang hilang itu di Parsi, Afghanistan dan Kashmir, bertabligh kepada mereka dan secara perbandingan, di sini dia lebih berjaya berbanding di Palestin. Dia kemudian mati secara kematian biasa dan dikuburkan di Srinagar, Kashmir.

IX- Yesus Mengatasi Musuh-musuhnya

Berucap kepada murid-muridnya Yesus mengatakan:

“Lihat, saatnya datang, bahkan sudah datang, bahawa kamu dicerai-beraikan masing-masing ke tempatnya sendiri dan kamu meninggalkan aku seorang diri. Namun aku tidak seorang diri, sebab bapa menyertai aku. Semuanya itu ku katakan kepadamu, supaya kamu beroleh damai sejahtera dalam aku. Dalam dunia kamu menderita penganiayaan, tetapi kuatkanlah hatimu, aku telah mengalahkan dunia.” (Yohanes 16:32-33)

Terdiri daripada apakah kejayaan yang telah Yesus perolehi? Kematiannya di atas salib atau terhindarnya dia daripada salib? Jika dia mati di atas salib, Yahudi yang menang kerana mereka benar-benar mahu membuktikan bahawa dakwaan Yesus yang mengatakan dirinya sebagai Al-Masih adalah palsu. Kenyataan mereka disokong oleh Bible bahawa,
“… seorang yang digantung terkutuk oleh Allah.” (Ulangan 21:23)

Tetapi jika kita berkeyakinan bahawa dia diturunkan dari tiang salib dalam keadaan hidup, tidak sedarkan diri dan dia dimasukkan ke dalam perut bumi dalam keadaan hidup serta keluar daripadanya dalam keadaan hidup, maka dia dengan secara benar dikatakan bahawa dia telah mengatasi para musuhnya dan mematahkan semua rencana jahat mereka. Yesus berkata:

“Sebab seperti Yunus menjadi tanda untuk orang-orang Niniwe, demikian pulalah Anak manusia akan menjadi tanda untuk angkatan ini.” (Lukas 11:30)

Dengan perkataan lain, Yesus mengatakan kepada Yahudi bahawa Tuhan akan menyelamatkannya daripada cengkaman kematian sebagaimana Dia menyelamatkan Yunus daripada perut ikan paus. Persamaan di antara kedua hanya akan terbukti dan asli seandainya Yesus masuk ke dalam perut bumi (kubur) dalam keadaan hidup dan keluar daripadanya dalam keadaan hidup.

X- Doanya Dikabulkan

Dengan mengkaji Bible, kita dapat mempelajari bahawa Tuhan mendengar doa rasul-rasul-Nya dan menyelamatkan mereka daripada kesusahan dan percubaan. Dalam Perjanjian Baru kita ada membaca:

“… Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya. Elia adalah manusia biasa sama seperti kita, dan ia telah bersungguh-sungguh berdoa, supaya hujan jangan turun, dan hujan pun tidak turun di bumi selama tiga tahun dan enam bulan. Lalu ia berdoa pula dan langit menurunkan hujan dan bumi pun mengeluarkan buahnya.” (Yakobus 5:16-18)

Kemudian kita baca lagi:

“… Lalu Yesus menengadah ke atas dan berkata: “Bapa, aku mengucap syukur kepada-Mu, kerana Engkau telah mendengarkan aku. Aku tahu bahawa Engkau selalu mendengarkan aku tetapi oleh kerana orang banyak yang berdiri di sini mengelilingi aku, aku mengatakannya, supaya mereka percaya, bahawa Engkaulah yang telah mengutus aku.” (Yohanes 11:41-42)

“Katanya: “Ya Abba, ya Bapa, tidak ada yang mustahil bagi-Mu, ambillah cawan ini daripadaku, tetapi janganlah apa yang aku kehendaki, melainkan apa yang Engaku kehendaki.” (Markus 14:36)

Daripada petikan yang diberikan di atas, jelas bahawa Yesus benar-benar ketakutan untuk diletakkan di atas salib. Jadi, dia bersungguh-sungguh berdoa supaya cawan penderitaan itu dijauhkan daripadanya. Yesus dengan penuh harapan dan kesungguhan berdoa kepada Tuhan agar dia dapat terhindar daripada kematian yang terkutuk di atas salib. Bagaimana mungkin dia mengatakan bahawa dia dapat mengatasi dunia? Sekiranya dia mati di atas salib, semua misi kehidupannya menjadi usang (kosong) dan pembuat kerosakan dapat mencabar dakwaannya sebagai seorang nabi. Fikiran bahawa dia mati di atas salib tidak boleh diterima untuknya. Sebagai seorang nabi, dia tidak takut kalau setakat menghadapi kematian. Dia cuma takut menerima kematian di atas salib yang mana kematian itu ditafsirkan sebagai kematian yang terkutuk dan amatlah tidak baik untuk misi kenabiannya.

“Dalam hidupnya sebagai manusia, ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, yang sanggup menyelamatkan dia dari maut, dan kerana kesalehannya dia telah didengarkan.” (Ibrani 5:7)

Maka, kita mesti menganggap bahawa doanya yang bersungguh-sungguh itu, tidak diragukan lagi telah didengar dan dia dengan begitu menakjubkan telah terhindar dari kematian penyaliban dan telah hidup cukup lama untuk menyebarkan misinya kepada domba-domba Israil yang telah hilang di Timur:

“Tetapi ia berkata kepada mereka: “Juga di kota-kota lain, aku harus memberitakan Injil Kerajaan Allah, sebab untuk itulah aku di utus.” (Lukas 4:43)

Saudara-saudara yang dihormati!

Keterangan-keterangan ini membuktikan bahawa idea kematian Yesus melalui penyaliban adalah tidak boleh diterima berdasarkan pandangan Bible. Justeru itu, ini ialah bukti bahawa Kristian zaman sekarang berpegang pada idea yang silap dan ia tidak boleh dikekalkan.

Sumber Asli:
DEATH ON THE CROSS?
By Maulana Abul-Ata Jalandhri, H.A.

10 comments:

  1. Akidah mempercayai kehidupan Nabi Isa di atas langit tidak memberi faedah kepada Islam, malah ia memberi peluang kepada penganut Kristian untuk lebih berusaha mempengaruhi umat Islam dengan keterangan-keterangan mereka yang mudah dipercayai oleh umat Islam yang kurang ilmu. So, biarkanlah Nabi Isa mati, yang penting agama Islam itu hidup. Sesungguhnya, kehidupan Islam di mata Kristian ialah dengan berhasilnya kita mengemukakan dalil kewafatan Nabi Isa.

    ReplyDelete
  2. Segelintir umat Islam tidak mahu membahas soal hidup matinya nabi Isa. Katanya ia tidak memberi pengaruh ke atas akidah Umat Islam, sedangkan inilah senjata yang paling ampu untuk menghadapi orang Kristian.

    ReplyDelete
  3. adkah nabi muhammad saw nabi terakhir???

    ReplyDelete
  4. Satu persoalan yang mungkin boleh ditimbulkan ialah kenapa orang selalu mempertikaikan kewujudan nabi selepas Nabi Muhammad(saw)? Tidakkah kita merasa berbangga jika ada di antara pengikut nabi Muhammad mendapat pangkat nabi? Kita selalu berdoa dalam solat, dalam tahiyat akhir, memohon kepada Allah agar nabi Muhammad diberikan berkat seperti Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan kita tahu keturunan Ibrahim ada yang menjadi nabi yang merupakan darjat tertinggi, persoalannya, kenapa dalam umat Muhammad tidak boleh yang menjadi nabi?

    ReplyDelete
  5. ustaz n ustazah kt skol tu xcaya bhawa Hazrat Masih a.s b'pgkat nabi.
    dorang ckp Nabi SAW adlh nabi yg t'akhir.
    dorang pun xcaya Nabi Isa a.s sudah wafat.
    dia langsung xmaw baca buku KUPASAN KESESATAN AHMADIYAH/QADIANI...

    ReplyDelete
  6. Menarik juga, mereka percaya nabi Muhammad(saw) adalah nabi terakhir, tapi kata "TERAKHIR" di situ mereka tak jelaskan, Ahmadi juga percaya nabi Muhammad adalah nabi terakhir, tapi dengan penjelasan bahawa "TERAKHIR" dari segi nabi yang membawa syariat. soal nabi yang tidak membawa syariat adalah seperti nabi isa yang akan datang diakhir zaman nanti. kalau nabi Isa yang menurut hadis itu akan membawa syariat, Ahmadi juga tidak akan menerimanya.
    rujuk blog dalam tajuk "Nabi, Siddiq, Syahid, & Soleh".

    ReplyDelete
  7. adkh nabi Isa a.s disalib @ trus dtukarkan oleh Tuhan dgn Yahuza yg menyerupainya???
    apakah kitab injil dsembunyikan dari dulu sampai skrg???

    ReplyDelete
  8. (Memang bagi orang yang baru dan tidak mempunyai pengetahuan, mereka boleh percaya kata-kata anda semua lalu ikut kepada anda, tetapi bagi orang Ahmadi yang sejati, mereka hanya tersenyum mendengar kuliah, ucapan, dan tulisan yang berunsurkan fitnah seperti ini.) ustaz 2 tanya knapa konon ahmadi yg sejati hanya t'senyum jika dfitnah terus-terusan???
    bila tegur sy, dia pandai pula tp bila sy sruh dia jmpa n bg no Tuan Halim, c otok n rmai lg mubaligh ahmadiyah kt malaysia ni,dia xmaw pula ambik n jumpa. dia ckp dia xckup pgtahuan lg...

    ReplyDelete
  9. dia ckp lg dia xtakut kepada sesiapa Tanpa ada p'kataan KECUALI ALLAH..Habis p'kataan sesiapa, dia trus b'henti b'ckp...
    dia b'ckp camtu seakan dia xtakut akan kpd Tuhan...
    adkh dia d anggap b'dosa???
    kata org, manusia tak pernah lepas dari kesalahan tp xkan ustaz sndiri blh lakukan kslahan 2 sdgkan itu sgt penting bg manusia yg b'agama islam...

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...