Tuesday, September 8, 2009

Respon Kpd Penulis Kosmo


Pada 3 ogos yang lepas, ada artikel tentang Jemaat dimuatkan dalam Kosmo, mungkin mereka berbangga kerana dapat menulis tentang isu ini, apalagi barangkali hendak membantu pihak tertentu untuk menghalang pergerakan Jemaat ini.

tetapi, sejauh mana kebenaran berita yang disampaikan oleh mereka ini?????

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

NEGARA

Qadiani ada 200 juta pengikut seluruh dunia

KUALA LUMPUR - Ajaran Qadiani atau Jamaah Ahmadiyya Muslim yang cuba dihidupkan semula di Malaysia ternyata menimbulkan kegemparan di kalangan umat Islam.

Sebenarnya, ajaran itu telah bertapak di Malaysia pada tahun 1930-an yang mana ketika itu aktiviti mereka berpusat di Jeram, Kuala Selangor.

Ini bermakna hampir 80 tahun ajaran Qadiani sudah menyusup masuk sehingga satu persidangan diadakan antara ulama dan Sultan Selangor pada tahun 1953 setelah kerajaan menerima bantahan masyarakat pada ketika itu.

Akhirnya pada tahun 1975, Jawatankuasa Fatwa Selangor mengisytiharkan Qadiani bukan ajaran Islam kerana bertentangan dengan Islam yang sebenar seperti pemimpin ajaran itu yang mendakwa sebagai Nabi dan menerima wahyu.

Ada pula pemimpin Qadiani yang mendakwa diri mereka sebagai Nabi Isa dan Imam Mahdi serta mempunyai mukjizat manakala ibadah haji didakwa boleh dilakukan di Qadian, Pakistan serta terdapat aktiviti mengubah ayat-ayat al-Quran.

komen:--

darimana sumber anda yang mengatakan orang-orang Ahmadi membolehkan ibadah haji di Qadian, pernahkah berkunjung ke Qadian? dan mungkin kalau pergi ke Pakistan dan bertanya di mana letaknya Qadian, saya tidak tahu apa yang akan dijawab oleh orang Pakistan. klik-klik lah di google ka kata 'qadian', anda pasti akan datang ke India jika hendak pergi ke Qadian. jangan takut, tidak pernah tetamu yang datang ke sana akan mendapat pangkat "HAJI" seperti yang anda sebar-sebarkan.

anda mengatakan terdapat aktiviti mengubah ayat-ayat al-Quran. saya cabar anda bolehkah tunjukkan ayat mana yang telah diubah, ditukar oleh pengikut Jemaat Ahmadiyah ini? untuk pengetahuan anda, Jemaat Ahmadiyah sekarang ini telah menterjemahkan Al-Quran kepada 69 buah bahasa di dunia. saya dengan yakin mengatakan jika anda kumpulkan semua terjemahan itu, jangankan ayat, dengan kurnia Allah Ta'ala, satu titik atau satu huruf pun tidak ada yang berubah.

Kemunculan terbaru Qadiani menyebabkan ada yang marah dan tidak kurang pula yang risau kalau-kalau ahli keluarga mereka secara tidak sengaja terjebak dalam ajaran Qadiani yang mana ciri dan perbuatannya begitu mirip kepada amalan Islam.

Lebih membimbangkan, kepimpinan Qadiani terbaru yang dikepalai oleh seorang warga emas telah menjalankan aktiviti mereka secara terang-terangan di Selayang tanpa mempedulikan sensitiviti orang sekeliling.

"Saya cukup takut anak-anak muda kampung terpengaruh kerana apa yang saya tahu pendekatan Qadiani cukup berhemah.

"Sama ada anda percaya atau tidak, saya sendiri pernah diajak mendalami ajaran mereka, sungguh tidak patut," kata seorang penduduk kepada Kosmo! baru-baru ini.

komen:--

itulah punca sebenar fitnah berlaku dengan berleluasa, dengan mengatakan tidak patut untuk mendalami suatu ajaran, bagaimana hendak mengetahui kebenaran dan kepalsuan suatu ajaran? jika alasan itu dijadikan penghalang, masalah tidak akan selesai sampai bila-bila sebab orang ramai akan menjadi seperti anda mengatakan orang Ahmadiyah naik haji ke Qadian, dan seperti yang anda tulis, Qadian itu di Pakistan. itulah hasil daripada tidak mahu mengkaji dan menyelidik.

Pengikut Qadiani dikatakan 'berani' meluaskan pengaruh mereka kembali disebabkan pertubuhan itu dinaungi oleh rangkaian antarabangsa.

Komen:-

Jangan salah faham la encik, 'berani' bukan kerana ada rangkaian antarabangsa, ini tidak seperti rangkaian pengganas yang berani melakukan pengeboman di sana sini. bukan juga berani "ASAL TULIS BERITA" tanpa mengkaji keberanan berita itu terlebih dahulu.

Rasulullah s.a.w dahulu berani mempertahankan Islam bukan kerana ada rangkaian antarabangsa, tetapi atas perintah daripada Allah agar terus menyebarkan ajaran Islam. demikian juga 'BERANI' di sini bukan kerana ada rangkaian antarabangsa tetapi "BERANI" kerana yakin akan kebenaran ajaran ini. LOVE FOR ALL, HATRED FOR NONE.

Difahamkan mereka mempunyai kira-kira 200 juta penganut ajaran itu di seluruh dunia meliputi negara-negara Asia, Afrika, Australia, Eropah termasuk negara-negara utara dan selatan Amerika.

Tidak seperti pertubuhan sesat lain, Qadiani atau Ahmadiyya Muslim Community (AMC) mempunyai kewangan yang paling kukuh sehingga mampu memiliki stesen TV satelit sendiri yang boleh diakses di laman web.

orang-orang Islam yang lain berterima kasih atas rancangan Muslim Television Ahmadiyya (MTA) kerana sudah mendapat jawapan untuk menangkis dalil-dalil atau kenyataan orang-orang Kristian berkenaan pelbagai isu Islam di Barat, tetapi, kita di sini bukannya bersyukur, malah menjadikan teknologi ini satu perkara yang menyesatkan pula. sayang sekali, ada mata tapi tidak dapat melihat dan ada telinga tapi tidak dapat mendengar.

Melalui teknologi itu juga, segala aktiviti mahu pun perkembangan semasa Qadiani dapat diketahui dan membuktikan ajaran tersebut bertaraf global di samping terdapat lebih daripada 25 terjemahan bahasa seperti bahasa Jepun dan Uzbek dalam web itu.

Selain sarat dengan pelbagai informasi tentang ajaran, antara yang boleh dilihat ialah beberapa paparan dokumentari, kenyataan akhbar, buletin semasa, tafsiran al-Quran yang mempunyai lebih 100 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Terkini, pengendalinya memaklumkan, laman web itu kini boleh dilayari menerusi telefon bimbit.

Sesungguhnya, teknologi menjadi 'pertaruhan' penting dalam mengembangkan ajaran itu.

Dalam satu temu bual dengan pegawai di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), mereka memberitahu, dalam usaha untuk membanteras ajaran itu, pernah suatu ketika JAIS didatangi pemimpin terbesar Qadiani yang cuba menghalang usaha murni JAIS.

"Mereka ada rantaian antarabangsa tetapi kita sentiasa mencari jalan untuk melumpuhkan Qadiani di Malaysia," kata Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Mohd. Hidayat Abd. Rani.

Apa juga halangan yang ditempuh oleh pihak berkuasa, pertubuhan itu perlu dilumpuhkan kerana bukan sahaja boleh menjejaskan keselamatan negara malah boleh merosakkan akidah generasi muda yang kini dihambat dengan pelbagai teori kehidupan.

pesanan>>
Al-Qur'an menyeru agar jelajahilah muka bumi ini dan lihatlah bagaimana nasib orang-orang yang ingkar.


SSA, 4.29 AM, SELASA, 08-SEPTEMBER 2009

12 comments:

  1. Ajaran Qadiani atau ahmadia itu memang sesat dan bukan islam. Insaflah...lihat sendiri disini:
    http://www.alislam.org/introduction/index.html

    kajilah dahulu siapa mirza itu....

    ReplyDelete
  2. Bagi mereka yang tidak mahu mengkaji secara mendalam, pasti akan berkata seperti yang anda katakan. daripada huraian atau respon yang saya berikan, adakah anda telah kaji sedalam-dalamnya? kenapa harus membuat kenyataan yang palsu kalau menyedari anda semua benar?

    Ahmadiya bukan tidak mempunyai dalil atau hujah untuk menghadapi penentang-penentang Jemaat Ahmadiyah, tetapi pihak penentang yang tidak mahu mendengar hujah-hujah dari pihak Jemaat Ahmadiyah.

    renungkanlah.

    ReplyDelete
  3. majoriti umat Islam mendakwa mencintai dan rindukan Rasulullah saw. tetapi jika kita pelajari banyak sebenarnya gambaran2 tentang akhir zaman yang Baginda saw telah nubuatkan. antaranya tentang keadaan umat akhir zaman yang akan terpecah kepada 73 aliran, tetapi Baginda saw menjelaskan hanya 1 aliran yg selamat. ada juga nubuatan tentang seorang Utusan yang Baginda saw janjikan akan datang di akhir zaman untuk menyatukan semua umat manusia ke dalam Islam. persoalannya bagaimanakah untuk mengenal 1 aliran yang Rasulullah saw gambarkan itu? dan bagaimanakah mengenal Utusan di akhir zaman yang Baginda saw janjikan?..Rasulullah saw sendiri ditentang habis-habisan semasa hidup Baginda. Sudah tentu Utusan akhir zaman yang Baginda janjikan juga itu pasti dan akan merasai seperti kesusahan yang Baginda saw alami. semoga Allah swt memberikan kita hidayah

    ReplyDelete
  4. Insaflah, betapa malangnya apabila merasakan agama yang diamalkan itu Islam tetapi sebenarnya bukan agama Islam disebabkan telah gugurnya kalimah shahadah. Akhirnya mati dalam keadaan bukan Islam.

    ReplyDelete
  5. Allah SWT berfirman dalam Surah Bani Israil ayat 36, "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, karena sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan ditanya"

    ayat ini saya muatkan untuk peringatan bersama. Soal keimanan dan dan akidah bukan terletak di tangan makhluk untuk menentukannya samada dia Islam atau tidak. renungkan amaran Baginda saw seperti berikut :
    “Sesiapa yang memanggil orang lain dengan ‘kafir’ atau ‘musuh Allah’ sedang dia tidak begitu, maka tuduhan itu kembali kepadanya (penuduh)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    ReplyDelete
  6. Sedarlah Nabi SAW itu sendiri memerangi Nabi2 Palsu yang datang selepasnya.

    Sesiapa yang mengingkari hadis Nabi SAW "La nabiyya ba'di" dan seterusnya mengingkari bahawa Nabi SAW itu Nabi yang terakhir dengan itu telah mengingkari apa yang telah dibawa oleh Nabi SAW sendiri.

    Apatah lagi seseorang itu hanya mengikut kata-kata seorang yg bernama Mirza Ghulam. Seorang yang memesongkan ajaran Nabi SAW dan mendakwa pula sebagai nabi.

    Sekiranya jelas bahawa seseorang itu telah mengingkari ajaran Nabi SAW maka dia itu kafir. Kalau tak sedar lagi, nanti akan sedar di alam barzakh / akhirat. Dimana sudah terlambat.

    Mengapa memetik riwayat al-Bukhari dan Muslim sedangkan ulama-ulama hadis itu beriman bahawa Nabi SAW adalah Nabi yang terakhir dan bukannya seperti fahaman sesat Mirza Ghulam.

    Anda terang-terangan mempercayai Mirza Ghulam melebihi ulama-ulama muktabar dalam Islam itu sendiri. Tetapi anda menggunapakai hadis riwayat mereka bagi dimanipulasikan utk ajaran sesat Mirza Ghulam.

    Sekiranya ada yang tidak menjelaskan kekufuran anda dan Mirza Ghulam itu maka dia juga dipertanggungjawabkan kelak di akhirat. Disini saya mengingatkan.

    ReplyDelete
  7. 2 Jangan terlepas pandang, bahawa Nabi SAW juga ada bersabda tentang kedatangan NABIYULLAH ISA di akhir zaman. Dalam Hadis Muslim, Juz II, Bab Dzkrud-Dajal dan Hadis Ibnu Majah, Isa as itu telah disebutkan dengan “NABIYULLAH” sehingga empat kali (maksudnya memang dia akan berpangkat nabi selepas kewafatan Nabi SAW).
    Ulama Ahli Sunnah yang terkemuka, Syeikh Ibnu Arabi menulis tentang Isa as yang akan datang : “ tidak ada perselisihan di antara Ulama Ahli Sunnah Wal- Jamaah bahawa Isa itu berpangkat Nabi dan Rasul, dan tiada perselisihan bahawa dia akan turun di akhir zaman” (Al-Futukhatul Makkiyah, Juz II, hal 3)
    Imam Asy Syaukani menyebut bahawa : “Hadis-hadis yang menerangkan turunnnya Isa as di akhir zaman itu mutawatir” (Khujajul Kiramah, hal 434)
    Jadi, kalau Hadis-hadis Mutawatir menetapkan bahawa seorang NABI akan datang di akhir zaman, bagaimana mungkin orang dapat mengatakan bahawa sebarang Nabi tidak akan datang sesudah Nabi SAW?

    ReplyDelete
  8. 3. BEBERAPA HADIS MENJELASKAN KEDATANGAN NABI DALAM UMAT ISLAM:
    1. “Abu Bakar itu lebih afdhal (mulia) daripada semua manusia, kecuali nanti ada Nabi lagi” (Ath-Thabrani, Al-Jamius-shagir Lis Sayuti, hal 5 dan Kanzul Ummal Jilid VI hal 137 dari Salamah bin Al-akwa)
    2. “Jika anakku (Ibrahim) ini hidup, tentu menjadi seorang Siddiq lagi Nabi” (Ibnu Majah, Juz I, kitab Janaiz). Baginda SAW melafazkan hadis ini pada tahun 9Hijrah, ayat Kahatamun Nabiyyin pula turun pada 5Hijrah.
    3. “Kenabian ini sedang berada di kalangan kalian selama yang dikehendaki Allah, kemudian Allah Taala akan mengangkatnya. Kemudian akan ada Khalifah-khalifah yang sejalan(sistem) Kenabian yang keberadaanya selama yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah Taala akan mengangkatnya. Kemudian akan ada Kerajaan-kerajaan yang menggigit (yang kasar dan tidak baik), lalu akan berada selama Allah menghendakinya. Kemudian Allah Taala akan mengangkatnya, kemudian akan ada Kerajaan-kerajaan yang suka memaksa (diktator), lalu itu akan berada selama Allah menghendakinya. Kemudian Allah taala akan mengangkatnya. Kemudian akan ada Khalifah-khalifah sistem kenabian, lalu beliau SAW diam” (Al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah dari Al-Nu’man bin Basyir ra dari Khudzaifah ra dan Misykatu Syarif, Jilid II/5143)

    Supaya ADIL DAN SAKSAMA, saya minta anda juga gunakan tafsiran ulama muktabar untuk membalas huiah di atas, sekiranya ada Nas daripada Hadis Nabi SAW itu lebih utama. Saya minta anda nyatakan di sini agar menjadi pedoman bersama

    ReplyDelete
  9. Terima kasih peringatan dan respon anda. Hadis berkenaan adalah Sahih. Tetapi adakah maksudnya adalah seperti yang anda fahami atau ada maksud tersirat?
    1. Beberapa tafsir dan keterangan tentang makna hadis “ LA NABIYYA BA’DIY”
    a. Syeikh Ibnu Arabi berkata: “Sabda Nabi SAW ‘ LA NABIYYA BA’DIY WALA RASULA itu bererti “Tidak ada Nabi dan Rasul yang membawa syariat baru sesudahku” (AL- Futuhatul Makkiyah, Juz II, hal 73)
    b. Imam Muhammad Thahir menulis : “ Hadis LA NABIYYA BA’DIY itu Nabi kita SAW bermaksud bahawa tidak ada lagi Nabi yang memansukhkan syariat beliau – bunyi perkataannya itu begini ‘IRADAN LA NABIYYA YANSAKHU SYAR’AHU’ Yakni maksud ‘LA NABIYYA BA’DIY’ ialah tidak ada lagi nabi yang membatalkan syarit Nabi Muhammad SAW. (Takmiluhu Majma’ul Bihkar, hal 85)
    c. Imam Abdul Wahhab Asy Sya’rani menulis : “Sabda Nabi SAW ‘LA NABIYYA BA’DIY WALA RASULA’ itu bererti : Tidak ada Nabi dan Rasul yang membawa Syariat baru sesudahku (Al-Yawaqitu Wal –Jawahir, Juz II, hal 22)
    d. Dalam kitab Al-Mukhtashurat-Tadzkiratul Qurthubiyah, hal 151 disebut “Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah berkata bahawa apabila Nabiyullah Isa akan datang, beliau akan menguatkan dan memajukan syariat Nabi Muhammad SAW saja, kerana tidak ada sesudah Sayyidina Muhammad SAW seorang Nabi pun yang berhukum dengan syariat selain syariat beliau (saw) – syariat Islam adalah penghabisan semua syariat dan Rasulullah SAW adalah Kahatamun –nabiyyin”
    Keterangan di atas menyatakan bahawa Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah mengakui bahawa: A. Seorang Nabi Allah akan datang di akhir zaman, B. Nabi itu hanya akan mengikuti, menguatkan dan memajukan Syariat Islam sahaja, C. Nabi yang boleh datang ialah nabi yang tidak membawa syariat baru

    ReplyDelete
  10. Salam kenal bang Islah Din

    Sila kunjungi blog saya juga...

    ReplyDelete
  11. Kasus Musailamah Sebagai Alat Legitimasi Kekerasan Terhadap Suatu Pendakwaan Kenabian

    Banyak orang Islam mengatakan bahwa legilitas dan legitimasi untuk melakukan tindakan kekerasan fisik terhadap para pengikut nabi palsu atau orang yang dianggap sebagai nabi palsu, adalah sesuai dan dibenarkan oleh ajaran Islam.

    Mereka sering mengambil argument serta alasan bahwa Musailamah yang mengaku sebagai Nabi beserta para pengikutnya di masa awal Islam 1500 tahun yang lalu, juga pernah ditindak secara fisik oleh Jemaat Islam. Argumentasi itu tidak ada dasarnya sama sekali.

    Sikap Rasulullah Muhammad saw
    Ketika Hadhrat Sayyidina Muhammad s.a.w. masih hidup dan telah mendakwakan diri beliau sebagai Nabi, Musailamah pada masa yang sama juga kemudian mendakwakan diri sebagai Nabi di Jazirah Arabia. Atas pendakwaan Musailimah itu, Hadhrat Rasulullah saw tidak pernah memerintahkan Jemaat Islam untuk mengambil tindakan dan kekerasan fisik untuk memerangi pendakwaan kenabian Musailamah.
    Mengutip dari buku Sejarah Hidup Muhammad, Haekal menerangkan mengenai sikap Rasulullah saw kepada para pendakwa kenabian sebagai berikut:

    “itu sebabnya tatkala ada tiga orang (Tulaiha, Musailamah dan Aswad al-Ansi) yang mendakwakan diri sebagai nabi, oleh Muhammad tidak banyak dihiraukan. Memang ada kabilah yang berjauhan dari Mekkah begitu mengetahui Muhammad mendapat sukses dengan ajarannya itu cepat-cepat pula mereka menyambut orang yang datang mendakwakan diri nabi dari kabilah mereka itu.dengan harapan mereka akan bernasib seperti yang ada pada Quraisy, …..Setiap ada orang yang mendakwakan kenabian tidak pernah ia dalam nasibnya akan mendapat sukses secara berarti.” (Muhammad Husain Haekal, hlm, 559)

    “Musailamah ini pernah mengirim surat kepada Nabi dengan mengatakan bahwa dia Nabi, dan “Separuh bumi ini buat kami dan yang separuh lagi buat Quraisy; tapi Quraisy adalah golongan yang tidak suka berlaku adil.” Setelah surat itu dibaca, ke dua orang utusan Musailamah itu oleh Nabi ditatapnya, dan hendak memberikan kesan kepada mereka, bahwa Nabi akan menyuruh supaya mereka dibunuh, kalau tidak karena memang adanya ketentuan bahwa para utusan harus dijamin keselamatannya. Kemudian Nabi membalas surat Musailamah dengan mengatakan ia sudah membaca isi suratnya dengan segala kebohongannya itu, dan bahwa bumi ini kepunyaan Allah yang akan diwarisi oleh hamba-hamba yang berbuat kebaikan. Dan selamat dan sejahtera bagi orang yang mengikuti bimbingan yang benar.” (Muhammad Husain Haekal, hlm. 560)

    Artinya, tidak pernah ada contoh (sunnah) dari Sayyidina Muhammad s.a.w. untuk mengambil tindakan dan kekerasan fisik terhadap seorang pendakwa kenabian dan para pengikutnya, meski pun beliau saw mengetahui bahwa Musailamah adalah seorang pendusta belaka.
    Pada kenyataannya, kehidupan serta pendakwaan Musailamah sebagai Nabi tidak terancam dengan adanya Hadhrat Muhammad saw dan Jemaat Islam. Sampai kewafatan beliau saw Musailimah masih tetap hidup dan mengaku sebagai Nabi.

    ReplyDelete
  12. Alasan Peperangan dengan Musailamah
    Lalu mengapa Khalifah Abu Bakr ra kemudian memerintahkan umat Islam untuk menghadapi makar Musailamah dan para pengikutnya di Yamama?
    Tindakan pencegahan yang diambil oleh Abu Bakar Siddiq ra dan Jemaat Islam terhadap Musailamah dan para pengikutnya bukan karena pendakwaan kenabiannya. Tindakan militer yang diambil itu karena Musailamah dan para pengikutnya bersekutu dengan Banu Hanifah yang bertujuan untuk menghancurkan sendi-sendi kehidupan dan persatuan Islami Jemaat Muslim yang baru lahir tumbuh berkembang setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w.

    Lebih lanjut Haekal menerangkan:

    “Apapun motif yang mendorong Aswad mengadakan pengacauan ,kemudian disusul oleh Tulaihah dan Musailamah serta pemberontakan warga pedalaman terhadap kewibawaan Muslimin sampai ke dekat kota Madinah, yang jelas ialah bahwa wafatnya Nabi menjadi sebab timbulnya fitnah itu. Bagaimana siasat Abu Bakar Siddiq ra menghadapi pengacauan dan kemudian membasminya itu? Bagaimana ia mampu mengalahkan segala anasir fitnah dan pengacauan itu dan mempersatukan kembali segenap warga Arab muslimin? dan bagaimana ia merintis kedaulatan Islam agar para Khalifahnya dapat tegak diatas dasar yang kukuh dan kuat? Inilah yang ingin kita lihat dan kaji dalam buku ini.” (Muhammad Husain Haekal, hlm.70)

    Musailamah dan Banu Hanifah dengan kekuatan militer yang besar telah siap di medan pertempuran dengan dalih untuk “memerdekakan”mayoritas penduduk Arabia (umat Islam) agar meninggalkan ajaran Islam yang sarat dengan Syari’at yang teratur dan ketat supaya penduduk Arabia dapat kembali kepada ajaran nenek moyang mereka yang sarat dengan kebebasan, ketidak teraturan dan kejahilan.
    Selanjutnya kita dapatkan keterangan Haekal:

    “Sebaliknya Musailamah, dia dan pengikut-pengikutnya di Yamamah tidak mau mengakui Muhammad sebagai Rasululla atas mereka Sebagaimana Quraisy,mereka berhak juga punya nabi dan rasul sendiri.Jumlah prajurit-prajurit pemberani di kalangan mereka lebih banyak daripada di kalangan Quraisy. Disamping itu kelompok mereka merupakan satu kesatuan,tidak ada perselisihan dan persaingan yang akan membuat mereka jadi lemah .Juga dalam kepercayaan dan macamnya kelompok, di kalangan mereka tak terdapat perbedaan seperti pada orang-orang Yaman. Dalam keadaan serupa itu, sudah tentu mereka dapat menggalang kekuatan besar yang harus benar-benar diperhitungkan oleh Abu bakr.”( Muhammad Husain Haekal, hlm.136)

    Kekerasan Terhadap Pendakwaan Kenabian Tidak Sesuai Dengan Sunnah Rasul

    Oleh sebab itu, adalah tidak sesuai dengan ajaran Al-Quran dan ajaran Hadhrat Muhammad s.a.w. serta para Khalifah Rasyidin r.a. jika umat Islam di masa sekarang ini gemar menggunakan kekerasan fisik untuk memerangi suatu pendakwaan kenabian, berikut para pengikut pendakwa kenabian itu.

    Zaman ini, Millenium ini, seluruh umat Islam telah terbebaskan dari pengaruh tekanan kekuatan militer/senjata untuk melakukan ibadahnya dengan leluasa, aman dan sebebas-bebasnya. Artinya kemungkinan musnahnya ajaran dan orang Islam boleh jadi tidak ada lagi pada masa sekarang.

    Laa ikraha fiddyn (tidak ada paksaan dalam diyn/agama) dan lakum diinukum waliyadiyn ( untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku),inilah ajaran universal Al-Qur’an yang menjadi pegangan Hadhrat Sayyidina Muhammad Musthofa s.a.w. dan para Khalifah Rasyidah r.a. selama hidup mereka,yang juga harus menjadi pegangan bagi seluruh umat Islam di akhir zaman ini.

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...