Sebagaimana yang kita semua ketahui bahawa Islam mengakui persamaan hak antara lelaki dan wanita dan ia dijelaskan dengan ucapan LAHUNNA MISLUL LADZII ‘ALIHINNA iaitu sebagaimana tanggungjawab seorang lelaki begitu jugalah hak atau peranan wanita, dan sepertimana tanggungjawab seorang wanita begitu jugalah hak dan peranan lelaki. Tetapi kita tinggalkan hak persamaan tersebut dan beralih kepada soal mendidik anak-anak. Sejauh mana persoalan permulaan tarbiyat anak-anak, tanggungjawab wanita lebih mengatasi kaum lelaki kerana fitrat dan keadaan semulajadinya. Memang dari pelbagai aspek kelihatan bahawa tanggungjawab lelaki adalah lebih banyak, namun dalam hal mendidik dan mentarbiyah anak-anak, betapa penting dan berpengaruhnya, dan betapa dalam dan luasnya tanggungjawab wanita hingga dia dapat melaksanakan tugasnya dengan kejayaan. Kewujudannya memang amat diperlukan dan kaum harus menghormati mereka.
Berkenaan dengan wanita, Rasulullah s.a.w. bersabda “dalam banyak benda keduniaan yang ada pada kamu, dua benda yang amat istimewa bagiku, yang pertama ialah wanita dan kedua ialah minyak wangi dan penyejuk mataku ialah solat.” Atas sabda Rasulullah s.a.w. ini, jikalau kaum wanita hendak berbangga, itu adalah haknya. Kita juga turut merasa gembira atas kebanggan mereka. Tetapi adalah jelas bahawa bersama-sama dalam setiap nikmat yang Tuhan telah berikan, di dalamnya ada satu tanggungjawab yang khas. Wanita yang menerima nikmat yang diberikan, tetapi pada masa yang sama lupa terhadap tanggungjawab yang disertakan, maka mereka tidak akan diterima di hadapan Tuhan. Jangan hanya menerima nikmat yang ada tetapi berusahalah untuk menjadi muhsinah bagi bangsa dan negara. Jadi, secara ringkas, saya menyeru kepada kakak-kakak agar kembali kepada tanggungjawab mereka dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi ibu-ibu yang ideal, dari satu segi mereka menjadi kayu ukur atas nikmat Tuhan, dan pada segi yang lain mereka menjadi sumber kemajuan kaum dan agama.
Lelaki Muslim Harus Mengahwini Wanita-wanita Yang Kuat Keagamaannya.
Berkenaan dengan ini, terdapat satu sabda suci daripada Rasulullah s.a.w. yang memberi petunjuk dalam hal memilih pasangan terhadap kaum lelaki. Baginda s.a.w. bersabda:-
yakni dalam memilih pasangan, ada empat perkara yang menjadi asas. Sesetengah orang memilih isteri berdasarkan harta yang dimilikinya, sesetengah orang memilih pasangan berdasarkan asal keturunannya, sesetengan berdasarkan rupa paras, dan sesetengah orang lagi mengutamakan keadaan agama dan akhlaknya. Tetapi wahai orang Mukmin! Utamakan keadaan agama dan akhlaknya. jika tidak, tangan kamu akan dikotori lumpur.
Dalam hadis yang singkat ini jelas bahawa Rasulullah s.a.w. bukan sahaja mengatakan berkenaan dengan kebahagiaan semasa, tetapi juga memberikan panduan demi kebahagiaan keturunan pada masa akan datang, dan memberi petunjuk berkenaan dengan pengikatan hubungan yang tidak mengenal erti kata putus hubungan. Isteri yang baik, beriman dan juga berakhlak mulia bukan sahaja memberikan kebahagiaan kepada suami, bahkan dia juga bakal menjadi pendidik yang terbaik kepada anak-anak, demikian juga kini dan pada masa akan datang, kebahagiaan yang sempurna akan menjadi contoh kehidupan syurga. Adalah salah mengatakan bahawa dalam hadis ini hanya ada hukum untuk lelaki mencari pasangan yang bertakwa dan tiada hukum untuk wanita. Ini adalah kerana apabila ada hukum untuk mencari isteri yang soleh, di dalamnya juga terdapat hukum yang bersangkutan, iaitu wanita Islam harus berusaha untuk memiliki ketakwaan. Andainya di dunia ini tidak terdapat wanita yang beriman maka darimana lelaki hendak mendapatkan isteri yang solehah?
Sebenarnya hadis ini mengandungi dua hukum:-
1. Wanita Islam harus menjadi orang yang beriman dan berakhlak mulia, jika tidak, tiada lelaki yang ingin menjalinkan hubungan dengan mereka dan juga keturunan mereka yang akan datang tidak akan menjadi baik.
2. Lelaki Islam harus mengahwini wanita yang beriman agar bukan sahaja rumahnya menjadi contoh kehidupan di syurga, malah pintu syurga yang kekal juga akan terbuka untuk anak-anak mereka.
Dengan ini lelaki dan wanita Islam harus berusaha untuk menjadi yang terbaik sesuai dengan perintah Rasulullah s.a.w. agar dapat menikmati kehidupan yang baik.
SSA, 07:01 am, Jumaat, 11 September 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Fitnah Kristian itu sangat besar, sebab itu Allah Ta’ala di dalam Al-Quran telah memberikan satu surah khusus yang menyentuh tentang mereka....
-
Orang Mukmin telah diajarkan oleh Allah Ta’ala satu doa di dalam surah Al-Fatihah iaitu ihdinas shirootal mustaqiim yang bermaksud tunju...
No comments:
Post a Comment