Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Kesesatan Golongan Qadiani/ Ahmadiah
Para sarjana Islam di India mengadakan debat dengan golongan ini dan berjaya mematahkan hujah mereka di semua tempat. Selain itu, sarjana Islam mengarang buku-buku dan risalah berkaitan bagi menyedarkan umat Islam akan bahaya ajaran Qadiani atau Ahmadiah ini. Buku ini mendedahkan sebahagian dari kesesatannya sebagai peringatan untuk pembaca dan bahan untuk menentang hujah mereka dan orang-orang sepertinya.
ISLAHDIN >> Tuan Guru, hujah hanya boleh ditentang jika hujah itu tidak ada dasarnya. Orang Ahmadiyah sudah mengkaji kesemua fitnah-fitnah yang akan Tuan Guru dan orang-orang seperti tuan guru lemparkan. sebab Ahmadiyah tahu bahawa tuan guru dan yang lain tidak mempunyai asas untuk menghadapi orang-orang Ahmadiyah, yang ada hanyalah fitnah-fitnah. Memang bagi orang yang baru dan tidak mempunyai pengetahuan, mereka boleh percaya kata-kata anda semua lalu ikut kepada anda, tetapi bagi orang Ahmadi yang sejati, mereka hanya tersenyum mendengar kuliah, ucapan, dan tulisan yang berunsurkan fitnah seperti ini.
Antara kesesatannya adalah:
• Dalam perkara ketuhanan, dia menyamakan Tuhan dengan makhluknya. Dia mendakwa Allah itu bersembahyang, berpuasa, tidur dan berjaga, menulis, betul dan salah, berjisim dan berjuzuk, bersetubuh dan mempunyai anak dan lain-lain.
ISLAHDIN >> Darimana dasarnya ucapan yang tuan guru ini petik.
• Dalam perkara kenabian, mereka menafikan Nabi Muhammad, itu adalah penutup para nabi dan rasul. Sebaliknya mereka mendakwa, nabi itu sentiasa ada termasuklah Ghulam Ahmad al-Qadiani dan ada lagi rasul selepasnya. Hujah mereka bertentangan dalam al-Quran surah al-Ahzab ayat 40,
“Muhammad itu bukanlah bapa daripada lelaki antara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi. Allah itu maha mengetahui segala sesuatu.”
ISLAHDIN >> Bukan hanya kalian, Ahmadiyah juga percaya Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. tidak ada lagi nabi dan rasul lain yang membawa syariat baru menandingi syariat yang telah dibawa oleh Rasulullah(saw), syariat Islam adalah syariat yang lengkap dan tidak ada penambahan dan pengurangan dalam ajarannya. jika ada suatu ajaran yang bertentangan dengan ajaran nabi Muhammad, pasti ajaran itu dengan sendirinya tertolak. Ahmadiyah hanya menyatakan bahawa pangkat kenabian boleh diperolehi oleh umat nabi Muhammad jika Allah mengkehendaki. Ini kerana, Allah sahaja yang mengetahui siapa yang layak mendapat pangkat nabi, dan tidak ada campurtangan makhluk di dalamnya.
• Para pengikut Ghulam Ahmad mendakwa dia menerima wahyu dan kitab daripada Malaikat Jibril. Kitab yang didakwa itu dinamakan kitab al-Mubin. Isi kandungannya penuh dengan kebodohan dan susunan ayat yang tidak tersusun. Ghulam Ahmad mendakwa malaikat yang datang menemuinya berwajah pemuda Inggeris. Pengikutnya percaya kedudukan Ghulam Ahmad dengan Nabi Muhammad seperiti kedudukan Nabi Harun dengan Nabi Musa.
ISLAHDIN >> Soal wahyu, siapa yang telah memutuskan silsilah wahyu? Siapa yang mengatakan bahawa Allah sekarang ini sudah berhenti bercakap-cakap sebagaimana Dia bercakap-cakap dahulu dengan hamba-hamba yang dikehendaki-Nya? Siapa yang mengatakan Malaikat Jibril sekarang sudah berhenti/pencen dalam melaksanakan tugasnya sebagai pembawa wahyu? Ahmadiyah percaya bahawa sifat Allah tidak berubah sampai bila-bila, dahulu Dia bercakap-cakap, sekarang dan akan datang pun akan terus bercakap-cakap.
Soal kitab, Ahmadiyah tetap berpegang teguh kepada kitab Al-Qur’an, janganlah ikut emosi anda dengan memberikan fitnah bahawa Ahmadiyah mempunyai kitab yang lain.
• Pengikut Qadiani mendakwa daerah Qadian adalah tanah suci yang lebih mulia daripada Mekah dan Madinah. Kedudukannya seperti tanah haram yang perlu dilakukan ibadah-ibadah tertentu bagi menghormatinya.
ISLAHDIN >> Sebagaimana umat Islam yang lain memuliakan sesuatu tempat, demikian juga Ahmadiyah memuliakan Qadian sebagai tempat kelahiran Pengasas Jemaat Ahmadiyah.
• Bagi mereka, haji adalah berhimpun di bandar Qadian.
ISLAHDIN >> Ini fitnah yang cukup besar buat Ahmadiyah, jikalau benar Ahmadiyah haji ke Qadian, tidak perlu susah-susah lagi orang Ahmadiyah pergi mendaftar diri untuk turut serta dalam melaksanakan haji di Mekah sehingga timbul kes Arab Saudi melarang orang Ahmadiyah menunaikan haji di Mekah. http://dunia.pelajar-islam.or.id/dunia.pii/209/saudi-larang-ahmadiyah-berhaji.html.
• Membatalkan jihad. Allah pernah membenarkan bunuh kanak-kanak pada zaman Nabi Musa. Amalan itu dimansuhkan oleh Nabi Muhammad dengan tidak membenarkan membunuh kanak-kanak dan perempuan. Kini, Ghulam Ahmad pula memansuhkan hukum jihad.
ISLAHDIN >> Jihad bermaksud berjuang di jalan Allah, tidak semestinnya jihad itu mesti membunuh orang lain dengan melakukan pengeboman berani mati. Kalau Ahmadiyah tidak berjihad, sudah tentu pengikutnya tidak boleh bertambah sehingga menurut kenyataan Kosmo bahawa sudah mencecah 200 juta orang di seluruh dunia. Ahmadiyah setiap hari berjihat mengorbankan masa, wang ringgit, tenaga, perasaan (tetap bersabar walau difitnah berbagai-bagai),
• Menghina para sahabat termasuk Husain dan Hasan, cucu kesayangan Nabi Muhammad. Dia pernah berkata dalam poket aku ini ada 100 Husin. Dia juga mendakwa dirinya lebih baik daripada Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para sahabat yang lain.
ISLAHDIN >> Pelajarilah dan kajilah lebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
• Wajib taat kepada kerajaan Inggeris kerana mereka menjadi pemerintah (wali amri) kepada orang-orang Islam. Umat Islam wajib memberi kesetiaan (walak) kepada mereka.
ISLAHDIN >> Ahmadiyah mengatakan taat kepada pemerintah (ulil amri), bukan taat kepada kerajaan Inggeris. mungkin benar kalau berada di negara orang Inggeris, tetapi kalau tinggal di Malaysia, taatlah kepada pemerintah Malaysia walau bangsa apapun, dan ketaatan itupun hanya pada soal pemerintahan duniawi. tetapi soal keyakinan, kerajaan tidak boleh paksa untuk menerima akidah atau kepercayaannya. apalagi kalau kerajaan berusaha melarang dari beribadat. tapi kerajaan Malaysia masih berpegang pada undang-undang, orang Hindu bebas beribadat mengikut caranya, Kristian dengan caranya, dan lain-lain. tetapi sayang, ada juga pihak yang tidak mahu menerima hakikat ini.
• Tidak membenarkan pengikutnya bersembahyang dan berkahwin dengan umat Islam. Namun, sembelihan orang-orang Islam boleh dimakan seperti hukum sembelihan ahli kitab.
ISLAHDIN >> Ketenangan dalam beribadat itu amat penting, dan juga kebahagian hidup berkeluarga itu juga tidak kurang pentingnya.
bagaimana seorang Ahmadi sanggup solat di belakang orang yang menganggapnya bukan Islam? Selain Ahmadiyah, banyak kes seperti ini berlaku, orang syiah tidak solat di belakang orang sunni, atau pengikut suatu parti politik tidak mahu solat di belakang pengikut parti politik yang lain. jadi, bukan hanya Ahmadiyah yang harus dipersoalkan. Ahmadiyah lebih mengutamakan ketenangan dalam beribadat, dilarang solat di sesuatu tempat, Ahmadiyah bukan berhenti solat tetapi mencari tempat yang lebih tenang dalam melaksanakan tanggungjawab kepada Allah ini.
Begitu juga soal perkahwinan, mana mungkin seorang Ahmadi sanggup menikahi orang yang mengatakan dirinya sesat atau bukan Islam dan lain-lain.
• Menghalalkan arak dan judi yang menjadi kegemaran Ghulam Ahmad dan beberapa pemimpin ajaran Qadiani. Bagi Ghulam Ahmad, khayal candu bukan mabuk tetapi tenggelam dalam makrifah Allah.
ISLAHDIN >> Mirza Ghulam Ahmad mengatakan; “Barangsiapa yang tidak benar-benar bertaubat dari tiap-tiap keburukan dan dari tiap perbuatan buruk seperti minum minuman keras, berjudi, memandang dengan pandangan berahi, khianat, memberi dan menerima rasuah, dan dari setiap perbuatan yang tidak halal, ia bukanlah dari Jemaatku”.
Jadi, bagaimana seorang yang bergelar TUAN GURU ini sanggup membuat tuduhan yang begitu hina?
sambungan respon : http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/benarkah-qadiani-jahat.html
sambungan respon : http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/benarkah-qadiani-jahat.html
Kuliyah Jumaat 14 September 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu...
ReplyDeletepertama sekali, saya berbangga menjadi ahli Jemaat Ahmadiyya sejak saya lahir ke dunia ini. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan, kecintaan saya terhadap Jemaat Ahmadiyya ini tidak akan pudar, dan akan terus mengejar cahaya. Amin, Insya Allah.
dengan seorang bapa (mubaligh) dan Ibu yang aktif dalam Jemaat, saya yakin, suatu hari nanti, kebenaran akan memihak kepada Jemaat Ahmadiyya. Amin, Insya Allah..
berkenaan dengan komen di blog ini, masih ramai orang yang tidak/kurang berminat untuk membahas isu2 seperti ini. yang hanya mereka tahu, hanya melemparkan fitnah semata-mata. Lihatlah, post ini sejak tahun 2007. dan sekarang sudah masuk 2010. tapi tidak ada seorang pun yang memberi komen. jika kita lihat di blog-blog yang membincangkan isu2 semasa, politik, sosia, seks dan lain2, bukan main sambutan nya begitu meriah sekali. sedangkan isu agama yang membincangkan soal kebenaran seperti Jemaat AHmadiyya kurang mendapat sambutan. KENAPA???? wahai orang2 Islam, renungkanlah baik2..
Wassalam.
penentang jemaat sebenarnya tiada asas utk berhujah kepada jemaat. yg ada hanya menulis@menerbitkan semula fitnah-fitnah yg sama sejak sekian lama..benda yg berulang, benda yg diCOPY & PASTE shj..Artikel ini tiada seorang pun yg beri komen.adakah benar apa yang diperkatakan oleh Tuan Guru Hadi Awang ataupun ulasan kepada ucapan beliau yang benar?
ReplyDeletesesekali mendongaklah ke langit, harap2 apa kita sampaikan akan diberkati Allah swt bukan mengundang kemurkaan-Nya
Salam
ReplyDeletesyuhei88,
sama2 kita doakan agar budak/remaja Jemaat Ahmadiyah akan terus mempertahankan Jemaat Ahmadiyah dan berbakti kepada Allah S.W.T walaupun fitnah t'hadap Jemaat Ahmadiyah masih lagi berterusan...
daripada ceramah di atas dan komen yang diberikan pembaca boleh menilai siapa yang pendusta, siapa yang penyebar fitnah dan siapa yang sengaja mereka-reka cerita untuk dijadikan bahan ceramah.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya tak kisah apa nama jemaah. Bagi saya, selagi seseorang itu mengakui Allah adalah Tuhan dan Muhamad adalah rasul, maka dia adalah Islam, tak peduli hal-hal lain yang dia percaya atau dia berbeza dari orang lain. Allah saja yang mengetahui. Lagi pun apa heran, kan Rasulullah (SAW) sendiri dah kata bahwa umatnya akan jadi sampai 73 aliran ygmana hanya satu yang benar iaitu yang mengikuti al-Quran dan as-Sunnah. Saya percaya Rasullullah kata 'satu' itu bermaksud 'semua' kerana semuanya ikut al-Quran dan as-Sunnah! Sebenarnya Iblis @ Syaitan dah kucar-kacirkan kita, kenapa? Sebab dah lebih 1300 tahun kita baca Quran tapi kita tak tahu makna yang kita baca, atau tahu sikit-sikit saja, tidak keseluruhan. Kita sibuk belajar baca WQuran dengan betul, dengan tajwid, dengan tarranum hingga orang Arab pun salute kita pandai dari mereka baca Quran tapi tak faham apa Quran kata. Hingga hari ini kita tak pernah tekankan nak faham Quran, kita lebih tekankan nak hafaz Quran!. Jadi bila berbalah bab agama kita tak merujuk Quran sebab tak faham Quran!. Kita pun jadi macam 'domba' di padang kerana dikoyok oleh pak ustaz2 yang kononnya 'ulama'. Mereka pun bukan faham sangat Quran tapi cukuplah nak 'jual' kita. Maka dari dulu kita mula berpecah-pecah mula-mula sunni dan syiah, kemudian pecah banyak lagi. Kita berbalah sama sendiri dan tak mahu balik kepada Quran dan Sunnah!, akhirnya hari ini lebih ramai orang Islam kerana berbunuhan sesama sendiri dari mati dibunuh Yahudi! Ingatlah, Syaitan dah sesatkan orang yanhudi dengan menimbulkan kesombongan kepada mereka bahawa orang yahudilah yang paling mulia manakala manusia lain adalah kelekapan bagi mereka yang setaraf dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan sahaja. Maka muncullah faham zionis! yang menghalalkan darah manusia selain yahudi!. Umat kristian pula dipesongkan syaitan dengan menyembah rasul (Jesus) sebagai tuhan, inilah sebesar-besar syirik di sisi Allah 'Manusia Menyembah Manusia Sebagai Tuhan'. Syaitan tak boleh syirikkan umat Islam sebegitu kerana syahadat kedua kita jelas mengatakan "Aku naik saksi Nabi Muhamad itu Rasul Allah", ya, Rasul bukan Allah, jadi orang Islam tak sembah Rasul seperti orang kristian! Tapi Syaitan tak putus asa, dia sesatkan orang Islam dengan RAJIN MEMBACA QURAN TAPI TAK FAHAM APA YANG DIBACANYA!. Sekian, renungkanlah, KITA KENA LAWAN SYAITAN!, kita kena rajin baca Quran dan kita kena betul-betul faham Quran!, barulah kita tak bergaduh sesama sendiri, insyaAllah.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteItulah yang terjadi dalam dunia beragama sekarang ini, disebabkan penuh taksub dalam memegang mana-mana mazhab atau anutan, atau kerana begitu yakin akan gurunya, maka mereka sanggup melakukan fitnah, pembunuhan, kezaliman dan kerosakan. Dan yang paling menyedihkan, semua itu mereka lakukan atas nama Islam, seolah-olah bagi mereka, Agama Islam itu mengizinkan fitnah, kezaliman, pembunuhan dan sebagainya dalam menjalankan dakwah.
Saya setuju dengan pendapat Sukimi, umat Islam sekarang ini lebih banyak mempelajari hukum BACAAN QUR'AN, tetapi HUKUM ALLAH di dalam Qur'an diketepikan. Takda rasa takut kepada Tuhan yang Maha Berkuasa.
Soal Ahmadiyah, para penentang berusaha sedapat mungkin untuk menghapuskan pengikutnya dari muka bumi ini dan seolah-olah menghalalkan segala cara bagi mencapai maksud mereka. Di situlah letaknya kesilapan umat Islam penentang Jemaat Ahmadiyah.
Alangkah baiknya kalau mereka kembali kepada perintah Al-Qur'an.
Assalamualaikum
ReplyDeleteNak tambah sikit lagi. Tak kisahlah apa jemaah anda, selagi anda mengaku Allah itu Tuhan dan Nabi Muhammad itu Rasul Tuhan, kita adalah bersaudara. Sesama Islam kita bersaudara macam abang-adik. Dengan ahli kitab (Nasrana, Yahudi) kita bersaudara macam sepupu-sepapan. Dengan yang bukan Islam dan bukan ahli kitab kira bersaudara sebagai anak-cucu Nabi Adam. Jadi semuanya kita bersaudara. Bila bersaudara kita kena saling memaafkan, jangan cepat melenting. Kalau orang bukan Islam kutuk Islam kita kena berjiwa besar, jangan cepat kutuk balik, ini peluang kita nak dakwah mereka, mungkin mereka kutuk sebab mereka tak faham, bila faham, ramai dari mereka masuk Islam!Jadi tugas kita dakwah!, tanya diri kita, apa dakwah yang kita buat? ada ke tak? Kalau belum ada jom kita dakwah, jom kita ajak orang baca Quran dan faham isi Quran! Bila faham Quran barulah kita dapat pahala dan hidayah! Cuba lihat, kenapa ramai orang barat masuk Islam selepas baca Quran? Sebab mereka baca Quran terjemahan dan mereka faham, lalu mereka dapat hidayah Allah, lalu mereka memeluk Islam! Kita pula baca Quran berpuluh kali tapi tak faham, dapat pahala tapi tak dapat hidayah, lalu kerja kita cuma nak bersengketa sesama sendiri atas perkara-perkara remeh! Ingatlah: Demi masa manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan pada kesabaran! Memanglah, dah lebih 1300 tahun kita kerugian sebab baca Quran tapi tak faham apa Allah firmankan dalam Quran itu! Pesan arah kebaikan: Jom tingkatkan kualiti kita dengan memahami dan meangamalkan perintah Allah dalam Quran. Pesanan kesabaran: Jangan mudah melenting dalam hal agama. Orang Islam kena berjiwa besar sebab kita memang ada kekuatan, kekuatan kita adalah kekuatan dan kebesaran Allah itu sendiri! Jadi samada anda Ahmediah, Qadiani, Sunni, Syiah dan apa-apa lagi, ingat! kita bersaudara dan marilah sama-sama kita dakwah ikut kemampuan masing-masing! InsyaAllah kita lebih khusyuk dalam solat dan doa dan ibadah lain jika kita faham Quran.
sila baca http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/09/nabi-isa-siapa-yang-keliru.html
ReplyDeleteBismillahirrahmanirrahim,
Quote dari post di atas:
"Kejadian yang sebenarnya ialah Nabi Isa hanya jatuh pengsan di atas tiang salib, kemudian apabila diturunkan dia kembali pulih. Dia meninggal dunia dengan kematian secara biasa pada umur 120 tahun."
Terjemahan Al-Quran
Surah An-Nisaa’ : 157 & 158
[157]
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah”. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang – salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
[158]
Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Ternyata kepercayaan anda (mungkin golongan ahmadiyah) tentang Nabi Isa a.s. amat bertentangan dengan Al-Quran. Nabi Isa a.s. "TIDAK PERNAH DISALIB" malah digantikan oleh Allah S.W.T dengan orang yang diserupakan seperti Nabi Isa.
Rukun Iman ada 6. Dengan kenyataan anda di atas pada pendapat saya, anda telah menolak salah satu daripada rukun Iman iaitu "Beriman Kepada Al-Quran".
Semoga komen saya ini menyedarkan anda.
akikage.
assalamualaikum kepada aki..
ReplyDeletesaya ingin bertanya kepada anda:
1. apa buktinya Nabi Isa as itu digantikan dengan orang lain? dalil dari mana anda perolehi? perbezaan tafsiran ayat berkenaan yang membezakan anda dgn ahmadiya.. anda tafsirkan Nabi isa tidak disalib lalu terus terbang ke langit, ahmadiya tafsirkan Nabi Isa hanya pengsan di atas salib (sehingga mengelirukan orang2 Yahudi - silakan baca dalil sepenuhnya dgn lapang dada)
2. Kejam sangatkah Allah swt sehingga menggantikan orang lain di tempat Nabi Isa as? kenapa harus Allah swt menggantikan dengan orang lain untuk menyelamatkan UtusanNYA?,.. Adakah Allah swt takut orang2 Yahudi mengejar Nabi Isa as ke langit?., anda gambarkan Nabi Isa as nabi paling mulia. Rasulullah saw bersama Abu BAkar melarikan diri dari kepungan Quraisy ke dalam gua dan ketika dalam perang Rasulullah patah gigi terkena panah musuh. kenapa Allah swt tidak melindungi Baginda saw dan kenapa tidak "diangkat" saja ke langit?
3. adakah maksud ayat Quran "mengangkat kepadaNya" bermaksud mengangkat Nabi Isa as ke langit?. Allah swt itu di mana? di langit ke?
semoga anda juga mendapat petunjuk dan hidayah
Nampaknya Ahmadiah Qadiani ini tidak mengikut tafsiran yang telah di kemukakan oleh ulama-ulama muktabar yang sememangnya ahli dalam bahasa Arab dan sangat memahami Al-Quran dan Hadis. Tetapi lebih suka mengambil tafsiran yang dilakukan Mirza ghulam.
ReplyDeleteIsu Allah itu di langit dan tafsirannya bukan menjadi pokok perbincangan disini. Yang jelas anda telah mengambil satu tafsiran yang salah yang jelas keluar dari maksud ayat Al-Quran yang sebenar.
Sekiranya Allah taala sebenarnya menggantikan Nabi Isa a.s dengan yang lain, dan terbukti benar dari dalil ayat Al-Quran dan Hadis. Maka ianya adalah benar. Dan sudah tentu Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui apa yang dilakukanNya dan perbuatanNya adalah bersih dari sifat zalim.
Dan Allah mentaqdirkan sesuatu itu dengan suatu hikmah, iaitu adalah sebab disebaliknya. Siapa yang mengkaji di dalam sumber-sumber Islam (Yang sebenar) dan kaedah ilmiah maka akan memahami bahawa yang digantikan itu adalah pengkhianat kepada Nabi Isa a.s sendiri.
Untuk mengatakan Allah dengan itu zalim, maka perbuatan itu mustahil berlaku, adalah fahaman akal anda sahaja yang terpengaruh dengan fahaman akal Mirza ghulam.
Sama juga bila anda bertanya kenapa Allah tidak mengangkat Nabi SAW ke langit semasa baginda menghadapi musibah. Jawapannya serupa sahaja seperti di atas, iaitu sudah tentu ada hikmahnya dan ada sebabnya samada anda tahu atau tidak tahu.
Allah itu Yang Maha Menghendaki, kehendakNya itu tidak tertakluk kepada logik-logik manusia atau apa-apa selain dari Dirinya. Dia melakukan sebagaimana kehendakNya. Dan setiap perbuatan itu ada hikmahnya bagi mereka yang menggunakan aqal.
Saya sungguh terkejut anda sanggup mengenepikan tafsiran ulama muktabar dan mengambil tafsiran yang menyimpang dari Mirza ghulam. Adakah anda juga penentang hadis?
terima kasih atas komen anda.
ReplyDelete1. boleh tak saya minta penjelasan Hadis Baginda saw yang mana telah menjelaskan pendapat bahawa Nabi Isa as di angkat ke langit?
2. Di dalam bukunya "The Message of the Quran" (Utusan al-Quran) yang diterbit oleh the Muslim World League of Makka pada dahun 1964, penulisnya, Muhammad Asad menterjemahkan Surah 3 ayat 55 kepada Bahasa Inggeris seperti berikut :
"Lo! God said: O Jesus! Verily, I shall cause thee to die, and exalt thee unto Me."
Terjemahannya :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan engkau dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu.."
Surah 5:117 pula diterjemahkan seperti berikut :
"And I bore witness to what they did as long as I dwelt amongst them; but since Thou hast caused me to die,
Thou alone hast been their keeper. For Thou art witness unto everything".
Terjemahannya :
"Dan Aku menjadi saksi atas mereka , selama aku hidup bersama mereka. Tatkala Engkau mewafatkan aku, Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu."
Pada nota kaki kepada surah 4 ayat 157 (yang menyangkal penyaliban Nabi Isa), penterjemah ini telah memberi penjelasan seperti berikut :
"Begitulah al-Quran kononnya menafikan cerita penyaliban Hazrat Isa. Di kalangan umat Muslim terwujud banyak cerita-cerita dongeng yaitu kononnya disaat-saat terakhir Allah telah menggantikan Nabi Isa dengan seorang lain yang menyerupai beliau (mengikut cerita sesetengah orang, orang itu Yudas, seorang pengikutnya).
Tetapi, cerita-cerita dongeng ini tidak ada sokongan sedikit pun daripada al-Quran mahu pun daripada Hadith-hadith yang sahih. Oleh itu, segala-gala cerita ini yang dipergunakan oleh ahli-ahli tafsir klasik haruslah ditolak sebulat-bulatnya."
3. Dalam Tafsir al-Qurannya, Ulamak Abdul Rahman Sa'di pula telah berkata bahawa :
"Allah telah memuliakan Isa dengan memperbanyakkan murid-muridnya di dunia ini, semasa hayatnya dan juga selepas kematiannya."
(Tafsir al-Manan, diterbitkan di MEKAH)
4 Ulamak Mesir yang terkenal Mufti Muhammad Abduh mempercayai bahawa Isa telah meninggal dunia:
i. "Dalam kitab Tafsir al-Manar, guru dan Imam Muhammad Abduh, setelah mengambil maksud jelas ayat tersebut dan menyatakan bahawa perkataan tawaffa di dalamnya membawa maksudnya yang jelas yakni 'membunuh'. 'Diangkatkannya' (raf'a) pula mengikuti selepasnya dan ini pula bermaksud kemuliaan rohaniah."
(Qasas al-Anbiya oleh Abdul Wahab al-Najar, ms. 428)
ii. "Tawaffa disini bererti membunuh atau mematikan seperti di fahami secara jelas dan biasa."
(Al-Manar)
5. Syaikh Mahmud Shaltut, bekas Mufti Besar Mesir dan bekas Rektor (Ketua universiti) Universiti al-Azhar,
Kaherah, telah mengeluarkan satu fatwa seperti berikut:
i. "Tidak terdapat alasan (autoriti) berasaskan kepada al-Quran atau pun Sunnah yang boleh membenarkan kepercayaan bahawa 'Isa telah diangkat ke Syurga dengan jasadnya dan beliau masih hidup disana dan beliau akan turun ke bumi dari sana pada Hari Qiyamat."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
ii. "Ayat-ayat al-Quran dalam nas tersebut (QS.4/157) menunjukkan bahawa Tuhan telah menjanjikan 'Isa bahawa beliau akan diwafatkan pada waktu yang ditetapkan, kemudian dimuliakan (diangkatkan) kepada hadhirat Allah (swt) sendiri dan seterusnya dilindungi daripada musuh-musuhnya. Janji ini sudah pun termakbul, Tuhan telah pun mewafatkan beliau dan seterusnya memuliakannya ke dalam hadirat Allah s.w.t."
(Al-Fatawa, diterbitkan oleh Al-Idara al-‘Ama lil-Saqafat al-Islamiyya bil-Azhar, ms. 52-58)
6. Al-Ustaz Mustafa al-Maraghi:
ReplyDeletei. Ustaz Mustafa memberi tafsirannya mengenai ungkapan, Ya 'Isa inna mutawaffi-ka
Dia menyatakan :
"Dalam ayat ini terdapat berita baik mengenai kejayaan `Isa di atas komplot musuh-musuh Yahudinya, serta hayat `Isa mencapai waktu penamatannya. Tawaffa membawa maksud kewafatan atau kematian sebagai insan di dunia ini. Dan raf`(kebangkitan) pula merujuk kepada keadaan roh selepas kematian. Maksudnya ialah "Saya akan mewafatkan ('mematikan') kamu (mumitu-ka), dan selepas kematianmu (maut) saya akan membawa kamu menaiki suatu kedudukan yang mulia di sisi Ku. Saperti mana Tuhan telah melakukan kepada Nabi Idris: 'Dia telah mengangkatkannya (iaitu Nabi Idris) kepada suatu kedudukan yang mulia'."
(Tafsir al-Maraghi, bahagian iii, ms. 165)
ii) Surah Ali-Imran 3 ayat 14 berbunyi :
"Sesungghnya kamu (Muhammad) telah bercita-cita hendak mati sebelum menemuinya,sesungguhnya kamu sudah melihatnya, sedang kamu memperhatikannya."
Di dalam penjelasan ayat al-Quran ini, beliau telah menulis :"Ini bermaksud bahawa Nabi Muhammad itu hanya insan yang fana dan akan meninggal dunia seperti manusia yang lain juga. Ada rasul-rasul yang lain juga yang telah mati sama seperti manusia biasa yang lain. Ada yang telah mati dibunuh seperti Zakaria dan Yahya. Tiada ada satu pun di antara rasul-rasul Allah yang dapat hidup selama-lamanya. Jadi, jika Nabi Muhammad saw sendiri meninggal dunia,ini sama sahaja seperti Musa, Isa (as) dan Nabi-nabi yang lain sebelumnya."
(Tafsir al-Maraghi, bahagian iv, ms. 87)
7. Al-Ustaz Abdul Wahab al-Najjar memberi tafsirnya mengenai ayat-ayat al-Quran :
Kuntu ‘alai-him shahid-an ma dumtu fi-him (5:117), saperti berikut :
"Isa telah menjadi saksi keatas semua pengikut-pengikutNya selama dia berada bersama-sama dengan mereka serta mengajarkan mereka firman Allah sehingga kematiannya (wafat). Selepas itu, Tuhanlah yang menjadi saksi diatas mereka."
(Qasas al-Anbiya, Edisi ke-4, 1956)
Tuhan mahakuasa sendiri telah menyentuh perkara kewafatan Nabi `Isa secara khusus; selepas Nabi `Isa naik doanya mengenai kewafatan beliau, Tuhan telah memberi jawapanNya seperti berikut :
"Allah berkata: 'Ya 'Isa, sesungguhnya Aku mewafatkan engkau dan meninggikan (darjat) engkau kepadaKu dan menyucikan engkau dari orang-orang kafir dan menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat.."
Surah 3 Ali Imran ayat 55
Dari ayat-ayat ini Allah telah memberi `Isa empat janji-janji, yaitu :
1."Diwafatkan oleh Tuhan sendiri" yaitu mengalami kematian ditangan serta dengan kebenaran Tuhan,
2."Darjat beliau akan ditinggikan ke hadhirat Allah (raf `a)" oleh Allah sendiri,
Yakni beliau akan menikmati keadaan bersama-sama kehadhiran Tuhan. Pada hakikatnya ungkapan raf `a (- kemuliaan) itu membawa erti yang bertentangan dengan wad `a (kehinaan).
3."Menyucikan Engkau dari orang-orang kafir (tathir)", iaitu beliau akan dibenarkan oleh Allah dari segala tuduhan-tuduhan musuh-musuh beliau.
4."Menjadikan pengikut2 engkau diatas mereka yang kafir sampai hari kiamat." Pengikut2 Hazrat `Isa akan sentiasa mengatasi musuh-musuh mereka serta para ahli kafir sehingga hari Kiamat!
Ayat-ayat diatas membuktikan tanpa apa-apa keraguan lagi bahawa al-Masih `Isa sudah pun mengalami kewafatan. Oleh kerana raf `a itu hanya berlaku setelah segala-gala lapisan-lapisan dan penghindar - penghindar jasmaniah yang lain telah dihapuskan. Setiap insan yang salih dianugerahkan dengan raf `a setelah tamat hayatnya. Rasullullah sendiri telah bersabda :
"Tatkala seorang yang beriman menghadapi kematiannya, datanglah malaikat maut kepadanya.Jika dia seorang yang salih, mereka akan berkata kepada rohnya : 'Wahai roh yang tidak tercela, keluarlah, kamu berada di dalam tubuh yang bersih'...Jadi, roh itu akan keluar dari tubuh itu, lalu diangkat ke Syurga dan pintu-pintu Syurga akan dibuka baginya."
(Mishkat)
Sumber-sumber daripada Hadith-hadith Sahih
ReplyDeleteSekarang, marilah kita mengkaji hadith-hadith Nabi Muhammad (saw).
Beliaulah pengantara serta pentafsir yang paling utama bagi wahyu-wahyu dalam al-Quran. Setelah mengkaji ulasan-ulasan Nabi sendiri, kita bolehlah membuat kesimpulan yang paling muktamad tanpa apa-apa kemusykilan lagi.
(i) Hadith yang Pertama : Maksudnya Tawaffa.
Ibni Abbas telah menyebut bahawa Nabi Agung pernah berkhutbah:
"Wahai umatku! Kamu akan semua dikumpul menghadapi Tuhanmu (pada hari Qiyamat)...dan ada diantara kalangan kamu yang akan diheret ke neraka. Saya akan berkata:
'Ya Allah, mereka ini adalah umatku'. Maka jawapanNya akan berbunyi: 'Kamu tidak mengetahui perbuatan-perbuatan mereka selepas permergian kamu'. Kemudian saya akan menjawab seperti hamba Tuhan yang salih itu (yaitu `Isa), 'Aku menjadi saksi atas mereka, selama aku hidup bersama mereka.(Tetapi) tatkala Engkau mewafatkan aku (tawaffaitani), Engkaulah mengawas mereka. Engkau menjadi saksi atas tiap-tiap satu.'"
(al-Bukhari, Kitab al-Tafsir, bahagian Surah Ma'idah)
Kata-kata terakhir Rasulullah ini ('Aku menjadi saksi atas mereka...') dipetik daripada al-Quran, Surah 5 ayat 117, di mana al-Masih `Isa dipetik sebagai menjawab dengan kata-kata sedemikian rupa pada hari Qiyamat. Semua umat Islam mempersetujui bahawa bila kata-kata tersebut telah dipakai oleh Rasulullah sendiri dalam lapuran Hadith ini, maksud tawaffaitani di sini adalah "Engkau telah mewafatkan aku." Jadi, ungkapan ini semestinya membawa maksud yang sama apabila telah digunakan oleh `Isa, yakni; ini bermaksud yang `Isa itu telah diambil daripada umatnya melalui kematian beliau, tidak pula dengan diangkat ke Syurga secara hidup-hidup.
(ii) Hadith yang Kedua : Semua Nabi-nabi kena Wafat (Mati)
Semasa Nabi sakit tenat, serta sebelum kewafatannya dia telah memasuki masjid dengan ditunjang oleh dua orang penolongnya dan telah memberi khutbahnya seperti berikut :
"Wahai Umatku! Telah saya mendengar yang kamu semua takut akan kewafatan Nabi-mu. Adakah mana-mana Nabi sebelum saya yang masih belum lagi mati ? Patutkah saya diharapkan untuk hidup selama-lamanya di antara kamu? Dengarlah! Sedikit masa lagi saya akan bersama-sama dengan Tuhan saya...Jadi, saya memohon supaya kamu semua melayani para muhajir yang akan datang dengan eloknya."
(Al-anwar ul-Muhammadiyya min al-Muwahib al-Ladinya, Mesir, m.s. 317)
Hadith ini mengesahkan maksud tiga ayat-ayat al-Quran yang berikut :
"Muhammad itu tidak lain, (dan) hanya seorang rasul (utusan), sesungguhnya telah terdahulu beberapa orang rasul sebelumnya (yang sudah mati atau terbunuh)."
QS 3 ayat 144
"Bukanlah Kami jadikan manusia sebelum engkau yang kekal abadi..."
QS 21 ayat 34
dan
"...Dan bukan pula mereka (para Nabi-nabi) itu kekal abadi."
QS 21 ayat 8.
Jika adanya mana-mana Rasul yang masih hidup atau belum lagi mengalami kematian, sudah tentu Rasullullah tidak akan menyebut kata-kata di atas. Jadi, kesimpulannya yang muktamad adalah: al-Masih `Isa sudah pun mengalami kewafatan beliau.
(Saya sungguh terkejut anda sanggup mengenepikan tafsiran ulama muktabar dan mengambil tafsiran yang menyimpang dari Mirza ghulam. Adakah anda juga penentang hadis? )
ReplyDeletesaya minta rujukan dari ulama muktabar yang anda maksudkan, kemudian kita BANDINGKAN dengan sabda Yang Mulia Nabi SAW.
saya tunggu rujukan dari anda...
Sila ikuti komen dalam youtube ini
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=jZOiDkfYqbA&feature=related
mengapa akikage senyap..dah kaget?
ReplyDeleteKenapa harus mempertahankan Nabi Isa agar tetap hidup? Tidakkah terfikirkan betapa mulianya Rasulullah s.a.w, Sabda Rasulullah cukup jelas, seandainya Musa dan Isa dua-dua masih hidup, mereka pasti mengikut aku. LAU KAANA MUUSAA WA IISAA HAIYAINI LAMAA WASI'AHUMAA ILLAT TIBAA'I. (Walyawaqitu Wal Jawahir) perkataan kalau itupun bagi yang tahu dan kaji bahasa, membuktikan dengan jelas lagi terang dan bersuluh bahawa dua-dua nabi Musa dan Isa itu sudah WAFAT. Awal Akhir pula bertanya kalau kita ini penentang Hadis??? Kita da guna Qur'an katanya tak ikut tafsiran ulama Muktabar, kita da guna hadis dicakap pula penentang hadis.
ReplyDelete