Tuesday, November 10, 2009

Benarkah Qadiani JAHAT?


Benarkah Qadiani ini JAHAT? Ikutilah kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berikut dan juga bandingkan dengan komen atau penjelasan terhadapnya.
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Bukti-Bukti Yang Mendedahkan Kejahatan Qadiani
Selain itu, ada bukti-bukti yang mendedahkan kejahatannya. Antaranya ialah:
·  Pihak Inggeris memberi imbuhan yang besar berjumlah beratus ribu paun bagi menyara hidup Ghulam Ahmad. Mereka juga menyediakan pengikut-pengikut daripada umat Islam yang mendapat pendidikan Inggeris di India dan memberi kemudahan kepada mereka. Selain itu, pihak Inggeris juga memberi kemudahan kepada pengikut-pengikut Qadiani bagi menyebarkan ajarannya di negara-negara Islam termasuk Malaysia. Selain itu, pihak Inggeris memberi kemudahan mendapat kerja dan kenaikan pangkat kepada para pengikutnya. Kerajaan Inggeris lebih bersemangat bagi membantu Qadiani apabila ajaran itu menyebarkan fahaman membatalkan jihad.
Pada masa yang sama, pengikut-pengikut Qadiani menyertai tentera Inggeris terutamanya diserapkan dalam bahagian pengintipan. Ia bertujuan mengintip pergerakan masyarakat Islam. Ia terbukti apabila kerajaan Afghanistan berjaya menangkap dua pengintip Inggeris daripada kalangan pengikut ajaran Qadiani. Para pengikutnya adalah antara yang bergembira apabila Inggeris dan sekutunya berjaya menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniah dan menamatkan sistem pemerintahan berkhalifah pada pertengahan abad ke-14 Hijrah. Pada ketika itu, umat Islam di seluruh dunia bersedih dengan berita itu dan berjuang bagi mengembalikan kedaulatan negara-negara Islam di bawah sistem khalifah. Mereka giat menganjurkan perjumpaan dan menubuhkan kesatuan bagi meneruskan perjuangan di seluruh pelusuk dunia Islam.
ISLAHDIN >>> Sepanjang saya bergabung dengan Jemaat Ahmadiyah, saya baru kali ini dengar bahawa Pihak Inggeris memberi imbuhan yang besar bagi menyara Mirza Ghulam Ahmad. Dan juga kononnya orang-orang Jemaat Ahmadiyah ini diberi pelbagai kemudahan untuk menyebarkan ajaran Qadiani di mana-mana. APA SEBENARNYA DASAR KENYATAAN INI DITULIS?
Kemudian, berkenaan dengan penangkapan dua orang pengintip Inggeris oleh kerajaan Afghanistan, kalau dia memang kata itu adalah orang Qadiani, rasanya mungkin itu Abdul Latief dan Abdur Rahman. Sebab kedua-duanya telah disyahidkan di Afghanistan. Saya tak berani komen lebih lanjut tentang ini, alangkah baiknya kalau Tuan Guru ini sebut nama kedua-dua orang yang dikatakan pengintip Inggeris itu, supaya kita boleh buka sejarah, benarkah mereka itu Qadiani, atau ada orang yang upah mereka, lalu bila dah kena tangkap, mereka di suruh mengaku ‘kami Pengintip Inggeris dari golongan Qadiani’, dan itu semata-mata untuk memburukkan Qadiani.
Tentang Khalifah dari kerajaan Turki, kenapa pula Jemaat Ahmadiyah yang dikaitkan apabila mereka jatuh. Sebenarnya saya sendiri pun rasa sedih juga kerana system khalifah boleh berakhir sedangkan Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an sudah berjanji dalam surah An-Nuur ayat 56
   









Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa (khalifah) di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Dari ayat ini, seharusnya orang-orang Islam dan kerajaan Islam berfikir dan renungkan sedalam-dalamnya, kalau benar-benar mereka itu beriman dengan keimanan yang sejati, dan amalan-amalan yang benar-benar soleh, tidak mungkin Tuhan akan memungkiri janji-Nya iaitu memastikan mereka terus berkuasa di muka bumi. Seharusnya, selidikilah kelemahan sendiri, bukan kejatuhan sesuatu kerajaan adalah disebabkan oleh orang lain.

Ia memberi pengajaran agar kita sedar, kembali rujuk kepada Allah, banyak menangis di hadapan Allah, merintih kepada Tuhan, kenapa orang-orang Islam semakin lemah, sehinggakan system khalifah yang ada pun boleh jatuh. Pasti ada jawapan daripada Allah yang Maha Penyayang. 

·  Mengemukakan ramalan-ramalan palsu yang tidak berlaku. Dia dengan berani membuat kenyataan ramalan-ramalan itu dan bersumpah menerima laknat dan hukuman sekiranya ramalan itu tidak betul. Antara ramalan itu ialah:
·  Ghulam Ahmad pernah berdebat dengan orang awam di bandar Amritusar pada tahun 1863. Apabila dia gagal mematahkan hujah orang itu, dia meramalkan orang itu akan mati dalam tempoh 15 hari sekiranya tidak mengikut agamanya. Namun selepas tempoh itu, orang itu masih hidup hingga beberapa tahun.

ISLAHDIN >>> Saya kurang pasti dengan tepat tentang tahun dan orang yang berkenaan, kalau memang pernah berlaku, insyaAllah akan dijelaskan.

·  Ghulam Ahmad meminang perempuan yang dicintainya di kalangan keluarganya. Dia mendakwa mendapat ilham daripada Allah supaya berkahwin dengan perempuan itu. Dia menjanjikan keluarga perempuan itu mendapat berkat dan kurnia yang besar. Sekiranya pinangannya ditolak, laknat dan azab Allah akan turun. Namun, pinangan itu tetap ditolak dan perempuan itu berkahwin dengan lelaki lain. Laknat yang dijanjikan tidak berlaku ke atas perempuan itu dan keluarganya. Sebaliknya Ghulam Ahmad berkata, Tuhan menikahkannya dengan perempuan itu di langit.

ISLAHDIN >>> insyaAllah, penjelasan mengenai fitnah ini akan diberikan sebab agak panjang.
sila baca: http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/pernikahan-yang-menjadi-fitnah.html

·  Ghulam Ahmad mempunyai empat anak lelaki. Dia membuat kenyataan meramalkan dengan wahyu, anak yang kelima akan dilahirkan adalah anak lelaki. Namun, isterinya melahirkan anak perempuan dan terus melahirkan anak perempuan walaupun dia menangguhkan ramalannya beberapa kali.
·  Dia berkata daerah Qadian tidak boleh dimasuki oleh wabak taun. Namun, Allah menurunkan bala taun sebagai hujah mendustakan ramalannya. Ghulam Ahmad juga mendakwa rumahnya seperti bahtera Nabi Nuh dan tidak sekali-kali dapat dimasuki taun. Sebaliknya wabak itu sampai ke rumahnya dan menjangkiti isi rumahnya termasuk dia.

ISLAHDIN >>> Di mana kenyataan yang mengatakan Ghulam Ahmad dijangkiti taun? Bahkan disebabkan penyakit taun yang menular itulah, maka ramai yang masuk ke dalam ‘bahtera’ Jemaat ini.

·  Seorang doktor muslim bernama Abdul Hakim berkata di hadapan Ghulam Ahmad, “Awak pembohong besar.” Doktor itu kemudiannya mencabarnya berdebat. Ghulam Ahmad mengancamnya dengan menurunkan bala, balasan daripada Allah dan doktor itu mati dahulu daripadanya. Dia juga mendakwa dia dapat melihat kematian Doktor Abdul Hakim semasa hayatnya. Doktor Abdul Hakim membalasnya, Ghulam Ahmad akan mati dalam tempoh 15 bulan. Allah mengurniakan pertolongan kepada doktor itu dengan melanjutkan umurnya. Ghulam Ahmad mati dahulu dengan menerima hukuman Allah ke atasnya.

ISLAHDIN >>> insyaAllah, penjelasan tentang hal ini akan diterbitkan juga.
Ada tanda-tanda kekurangan akal pada diri Ghulam Ahmad. Kadang-kadang, dia seperti hilang ingatannya sehingga dia tidak tahu membezakan antara garam dengan gula. Dia pernah ke kedai membeli gula tetapi dia mengambil garam. Pernah berlaku apabila menjadi kelazimannya membawa tanah keras untuk istinjak dan gula-gula untuk dimakan. Tetapi dia memamah tanah yang sepatutnya digunakan bagi istinjak dan bukannya gula-gula.
ISLAHDIN >>> Wah, hebat sekali. Mungkinkah seorang yang mempunyai kekurangan akal boleh menubuhkan sebuah Jemaat yang ditakuti oleh para penentangnya? Dan Mungkinkah seorang yang tidak tahu membezakan antara garam dan gula boleh menulis sehingga lebih 80 buah buku, yang tidak boleh dijawab kebenarannya oleh para penentangnya? Mungkinkah para sarjana yang cerdik pandai boleh terpengaruh oleh orang yang kurang akalnya. Atau juga, kalau benar demikian keadaanya, mungkin Tuhan telah berlaku kasih sayang atas beliau, sehingga dari kekurangan akal itu, beliau dikurniakan dengan ilmu-ilmu yang tidak mampu ditentang oleh ulama-ulama Islam sehingga hal-hal yang remeh seperti ini dijadikan bahan kritikan. Dan kalaupun kejadian ini benar, tidakkah wajar manusia itu boleh sahaja melakukan kesilapan. 
Antara sarjana Islam yang masyhur dapat menghalang Qadyani adalah Syeikh Thana’u Allah al-Amratsori. Beliau adalah alim terkenal dari India dan mengemukakan hujah-hujah yang kuat setiap kali menghadapi ajaran itu. Oleh kerana Ghulam Ahmad berdegil, beliau mencabar dengan menentukan Ghulam Ahmad akan dibinasakan dan mati dalam kehinaan. Selepas beberapa hari sahaja, Ghulam Ahmad dibinasakan dengan mati yang hina.
ISLAHDIN >>> Penjelasannya agak panjang, insyaAllah akan dikirimkan. Kita akan dapat lihat setakat mana kebenaran kisah ini. 
sila klik: http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/tentang-maulana-tsanaullah-amratsari.html
PERPECAHAN DI KALANGAN QADIANI
Selepas Ghulam Ahmad dibinasakan, pengikut-pengikutnya berpecah kepada dua golongan:
ISLAHDIN >>> Untuk pengetahuan para pembaca, perpecahan tidak berlaku sejurus selepas kewafatan Mirza Ghulam Ahmad, hal ini perlu diketahui oleh setiap pengkritik, apa yang sebenarnya berlaku, dan apa hikmah di sebaliknya.
Nuruddin
Mereka percaya Ghulam Ahmad adalah Nabi Allah dan Rasulnya, al-Masih (Nabi Isa) yang dijanjikan dan Imam Mahdi yang ditunggu kemunculannya. Dia lebih baik daripada semua nabi dan rasul. Sesiapa yang tidak percaya ajarannya didakwa kafir masuk neraka. Antara pemimpin golongan ini ialah Mahmud Ahmad bin Ghulam Ahmad dan Ahmad Sodiq yang dianggap Mufti Qadiani.
Muhammad Ali
Mereka berkata, Ghulam Ahmad bukannya nabi tetapi mujaddid. Sesiapa yang mengingkarinya menjadi fasiq. Antara pemimpin golongan ini ialah Khoja Kamaluddin dan Muhammad Ahsan Amruhi.
Kuliyah Jumaat 21 September 2007
Dari Masjid Rusila, Marang, Terengganu

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...