Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda:-
Semua mazhab (agama) yang tidak dapat mempersembahkan sarana keyakinan adalah mazhab palsu. Semua agama yang tidak dapat memperlihatkan Tuhan melalui keyakinan adalah agama palsu. Semua agama yang hanya mengajarkan kisah-kisah dongeng dan hikayat-hikayat lama juga adalah palsu. Sekarang ini Tuhan tetap sama seperti dahulu. Sekarang pun Kudrat-Nya masih tetap berlaku sama seperti dahulu. Sebagaimana dahulu Dia berkuasa memperlihatkan tanda-tanda, sekarang pun tetap memperlihatkan tanda-tanda-Nya.
Oleh karena itu, mengapakah kamu merasa gembira atau puas hati hanya dengan mendengar kisah-kisah sahaja? Agama itu adalah agama yang sudah rosak jika mukjizatnya tinggal kisah-kisah sahaja, khabar ghaibnya juga tinggal kisah semata-mata. Suatu jemaat dianggap sudah rosak sekiranya Tuhan tidak lagi turun atas mereka dan tetap tidak suci melalui keyakinan dan tangan Tuhan.
Sebagaimana seorang insan yang tertarik apabila melihat sarana kelazatan dirinya, demikian juga mereka boleh mendapatkan kelazatan rohani melalui keyakinan sehingga tertarik kepada Tuhan. Dan kecantikannya dibuat begitu indah sehingga semua benda lain kelihatan tidak berharga dan harus ditolak.
Manusia benar-benar akan bebas dari dosa hanya apabila mengetahui dengan penuh keyakinan tentang kekuasaan Tuhan dan adanya hari pembalasan dari Tuhan. Kejahilan atau ketidaktahuan itu akar dari kelancangan dan keberanian untuk berbuat dosa. Orang yang mengambil suatu bahagian dari makrifat Ilahi, dia tidak akan bertindak lancang.
Apabila seorang pemilik rumah mengetahui bahawa banjir besar sedang menuju ke rumahnya atau di sekitar rumahnya api sedang menyala-nyala dan tinggal sedikit masa lagi akan membakar rumahnya, maka dia tidak akan tinggal di dalam rumahnya.
Jadi, seandainya kamu mengatakan bahawa kamu yakin akan kewujudan hari pembalasan daripada Tuhan, maka bagaimanakah kamu berani tetap dalam keadaan kamu yang berbahaya itu? Oleh itu, bukalah mata kamu, dan lihatlah hukum Tuhan yang terdapat di seluruh dunia. Janganlah jadi seperti seekor tikus yang keinginannya selalu menyorok ke bawah, malah jadilah kamu burung merpati yang gemar melayang-layang terbang bebas di angkasa.
(Kisyti Nuh, Rohani Khazain Jilid 19, halaman 67,68)
No comments:
Post a Comment