KEWAFATAN NABI ISA
KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN
MAL MASIIHUBNU MARYAMA ILLAA RASUULUN QOD KHOLAT MIN QOBLIHIR RUSUL, WA UMMUHUU SHIDDIIQOTUN, KAANAA YA’KULAANIT THO’AAM. (Al-Maidah:76) Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan.
Persoalan!
Adakah sekarang mereka berdua sudah tidak lagi makan makanan? Adakah kedua-duanya hidup di atas langit?
WAMAA JA’ALNAAHUM JASADAL LAA YA’KULUUNAT THO’AAMA, WA MAA KAANUU KHOOLIDIIN (Al-Anbiya:9) dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak pula mereka itu orang-orang yang kekal.
Renungan!
Jika mempunyai tubuh badan, maka wajib baginya untuk memakan makanan, dan jika sejak dahulu hidup sehingga hari kiamat, ia juga sebahagian daripada hidup yang kekal.
WAMAA ARSALNAAKA QOBLAKA MINAL MURSALIINA ILLAA INNAHUM LAYA’KULUUNAT THO’AAMA WAYAMSYUUNA FIL ASWAAQI. (Al-Furqaan:21) Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar.
Fikirkanlah!
Adakah di atas langit terdapat restoran atau pasar-pasar?
Ayat-ayat ini sebenarnya menjelaskan bahawa nabi Isa adalah manusia biasa dan beliau wafat seperti manusia yang lain.
WAMAA MUHAMMADUN ILLAA RASUULUN, QOD KHOLAT MIN QOBLIHIR RUSUL, AFA IMMAATA AU QUTILAN QOLABTUM ‘ALAA A’QOOBIKUM. (Ali Imran:145) Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?
Rasul-rasul sebelum baginda s.a.w telah wafat. Apabil secara mutlak digunakan lafaz KHOLA, ia merujuk kepada maksud WAFAT, ia tidak bermaksud melintasi suatu kawasan. Dalam bahasa Inggeris juga digunakan istilah ini seperti he passed away (wafat) dan he passed over a bridge (melintasi jambatan). Dalam bahasa Arab juga menggunakan kaedah yang sama.
Ayat ini mentafsirkan sendiri maksud perkataan KHOLA, yakni KHOLA ada dua keadaan iaitu mati atau terbunuh. Di sini langsung tidak ada kaitan dengan kenaikan ke atas langit.
Ketika Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat tidak dapat menerima kewafatan baginda s.a.w. Hazrat Abu Bakar datang dan membaca ayat ini, lalu akhirnya para sahabat dapat menerima hakikat bahawa Rasulullah s.a.w sudah wafat. Jika ada di antara para sahabat mempunyai keyakinan tentang nabi Isa masih hidup di atas langit, pasti mereka bangkit membuat persoalan. Ini membuktikan bahawa ijmak para sabahat meyakini akan kewafatan nabi Isa. (Bukhari Kitabul Maghazi)
No comments:
Post a Comment