Showing posts with label Lembaran Tabligh. Show all posts
Showing posts with label Lembaran Tabligh. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Lembaran Tabligh 10




KEWAFATAN NABI ISA

CONTOH-CONTOH AYAT AL-QUR’AN TENTANG ISTILAHKHOLA

1.      WA QOD KHOLAATIL QURUUNU MIN QOBLII (Al-Ahqaaf:18), Sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumku.
2.      WA HAQQOL QOULU FII UMAMIN QOD KHOLAT MIN QOBLIHIM MINAL JINNI WAL INSI, INNAHUM KAANUU KHOOSIRIIN (Ha Mim:26), Dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu berlalu sebelum mereka dari jin dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.
3.      KAZAALIKA ARSALNAAKA FII UMMATIN QOD KHOLAT MIN QOBLIHAA UMAMUN (Ar-Ra’ad:31), Demikianlah, Kami telah mengutus kamu pada suatu umat yang sungguh telah berlalu beberapa umat sebelumnya.
4.      TILKA UMMATUN QOD KHOLAT (Al-Baqarah:135), Itu adalah umat yang lalu.
5.      SUNNATAL LOOHI FIL LAZIINA KHOLAU MIN QOBLU (Al-Ahzab:39), Allah Ta’ala telah menetapkan demikian sebagai sunnah-Nya pada orang-orang terdahulu.
6.      MINAL LAZIINA KHOLAU MIN QOBLIKUM (An-Nuur:35), Contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu.
7.      FAHAL YANTAZIRUUNA ILLAA MITSLA AIYAAMIL LAZIINA KHOLAU MIN QOBLIHIM (Yunus:103), Mereka tidak menunggu-nunggu kecuali kejadian-kejadian yang sama dengan kejadian-kejadian yang menimpa orang-orang yang telah terdahulu sebelum mereka.
8.      MAL MASIIHUBNU MARYAMA ILLAA RASUULUN, QOD KHOLAT MIN QOBLIHIR RUSUL (Al-Maidah:76), Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang rasul, sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul.

WALAKUM FIL ARDHI MUSTAQARRUW WAMATAA’UN ILAA HIIN, QOOLA FIIHAA TAHYAUNA WA FIIHAA TAMUUTUUNA WA MINHAA TUKHRAJUUN (Al-A’raaf:26), Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan di muka bumi sampai waktu yang ditentukan. Allah berfirman; “Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu pula kamu akan dibangkitkan.

Satu peraturan Kudrat bahawa setiap insan hanya boleh hidup di muka bumi, tidak di langit.

ALAM NAJ’ALIL ARDHO KIFAATA, AHYAA’AU WA AMWAATA (Al-Mursalat:26-27), Bukankah Kami menjadikan bumi termpat berkumpul, orang-orang hidup dan orang-orang mati.

Maknanya, jisim manusia itu hanya boleh tinggal di bumi.

WALAKUM FIL ARDHI MUSTAQARRUW WAMATAA’UN ILAAHIIN (Al-Baqarah:37) Dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan.

Ini membuktikan bahawa tempat kediaman bagi manusia hanyalah di muka bumi sahaja berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an.


Lembaran Tabligh 09



KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN

MAL MASIIHUBNU MARYAMA ILLAA RASUULUN QOD KHOLAT MIN QOBLIHIR RUSUL, WA UMMUHUU SHIDDIIQOTUN, KAANAA YA’KULAANIT THO’AAM. (Al-Maidah:76) Al-Masih putera Maryam itu hanyalah seorang Rasul yang sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar, kedua-duanya biasa memakan makanan.

Persoalan!
Adakah sekarang mereka berdua sudah tidak lagi makan makanan? Adakah kedua-duanya hidup di atas langit?

WAMAA JA’ALNAAHUM JASADAL LAA YA’KULUUNAT THO’AAMA, WA MAA KAANUU KHOOLIDIIN (Al-Anbiya:9) dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak pula mereka itu orang-orang yang kekal.

Renungan!
Jika mempunyai tubuh badan, maka wajib baginya untuk memakan makanan, dan jika sejak dahulu hidup sehingga hari kiamat, ia juga sebahagian daripada hidup yang kekal.

WAMAA ARSALNAAKA QOBLAKA MINAL MURSALIINA ILLAA INNAHUM LAYA’KULUUNAT THO’AAMA WAYAMSYUUNA FIL ASWAAQI. (Al-Furqaan:21) Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar.

Fikirkanlah!
Adakah di atas langit terdapat restoran atau pasar-pasar?

Ayat-ayat ini sebenarnya menjelaskan bahawa nabi Isa adalah manusia biasa dan beliau wafat seperti manusia yang lain.

WAMAA MUHAMMADUN ILLAA RASUULUN, QOD KHOLAT MIN QOBLIHIR RUSUL, AFA IMMAATA AU QUTILAN QOLABTUM ‘ALAA A’QOOBIKUM. (Ali Imran:145) Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)?

Rasul-rasul sebelum baginda s.a.w telah wafat. Apabil secara mutlak digunakan lafaz KHOLA, ia merujuk kepada maksud WAFAT, ia tidak bermaksud melintasi suatu kawasan. Dalam bahasa Inggeris juga digunakan istilah ini seperti he passed away (wafat) dan he passed over a bridge (melintasi jambatan). Dalam bahasa Arab juga menggunakan kaedah yang sama.

Ayat ini mentafsirkan sendiri maksud perkataan KHOLA, yakni KHOLA ada dua keadaan iaitu mati atau terbunuh. Di sini langsung tidak ada kaitan dengan kenaikan ke atas langit.

Ketika Rasulullah s.a.w wafat, para sahabat tidak dapat menerima kewafatan baginda s.a.w. Hazrat Abu Bakar datang dan membaca ayat ini, lalu akhirnya para sahabat dapat menerima hakikat bahawa Rasulullah s.a.w sudah wafat. Jika ada di antara para sahabat mempunyai keyakinan tentang nabi Isa masih hidup di atas langit, pasti mereka bangkit membuat persoalan. Ini membuktikan bahawa ijmak para sabahat meyakini akan kewafatan nabi Isa. (Bukhari Kitabul Maghazi)


Sunday, November 7, 2010

Lembaran Tabligh 08


KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN

>Menurut Sains, tubuh manusia tidak boleh berada di luar kawasan bumi.

>Peristiwa Mikraj berlaku secara rohani dan merupakan darjat kasyaf yang paling tinggi. Tubuh baginda s.a.w tetap berada di bumi.

FA AUHAA ILAA ‘ABDIHII MAA AUHAA (An-Najm:11) Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya apa yang telah Dia wahyukan.

WAMAA JA’ALNAR RU’YAL LATII ARAINAAKA ILLAA FITNATAL LINNAASI (Bani Israil:61) Dan Kami tidak menjadikan mimpi yang telah Kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai ujian bagi manusia.

MAKNA LAFAZ ILALLAAHI

Makna lafaz ILALLAAH ialah kepada Allah, dalam ayat-ayat yang diberikan di bawah, ia tidak menyentuh tentang tubuh kasar manusia.

>Al-Ankabut:27 QOOLA INNII MUHAAJIRUN ILAA ROBBI, yakni “dan dia berkata; sesungguhnya aku akan berhijrah ke tempat yang diperintahkan Tuhanku”.

>Al-Fajr:29 IRJI’II ILAA ROBBIKI, yakni “kembalilah kepada Tuhanmu”.

>Al-Baqarah:157 INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN, yakni “Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada Allah tempat kami kembali”.

>As-Shaffaat:100 QOOLA INNII ZAAHIBUN ILAA ROBBII, yakni “dan berkata; sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku”.

>Ad-Zaariyat:51 FAFIRRUU ILALLAAH, yakni “segeralah kembali kepada Allah

ALLAH BERADA DI MANA-MANA SAHAJA

>Al-An’am:4 HUWAL LAAHU FIS SAMAAWAATI WA FIL ARDH, yakni “Dialah Allah di seluruh langit dan bumi”.

>Qaaf:17 NAHNU AQRABU ILAIHI MIN HABLIL WARIID, yakni “Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”.

Lembaran Tabligh 07



KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN

AUYAKUUNA LAKA BAITUM MIN ZUKHRUFIN AU TARQAA FIS SAMAA’I, WALAN NU’MINA LIRUQIYYIKA HATTAA TUNAZZILA ‘ALAINAA KITAABAN NAQRA’AHU, QUL SUBHAANA RABBII HAL KUNTU ILLAA BASYAARAR RASUULA (Bani Israil:94)

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia biasa yang menjadi rasul?”

Apabila orang-orang kafir meminta Rasulullah s.a.w naik ke atas langit dan kembali dengan sebuah kitab untuk mereka baca, apa yang dijawab oleh Rasulullah s.a.w, “bukankah aku ini hanya seorang manusia biasa yang menjadi rasul?

Dan semasa Hijrah, Rasulullah s.a.w terpaksa bersembunyi bersama Abu Bakar bagi menghindari kezaliman orang kafir.

WAQAULIHIM INNAA QATALNAL MASIIHA ‘IISABNA MARYAMA RASUULALLAAHI, WAMAA QATALUUHU WAMAA SHOLAABUUHU WALAAKIN SYUBBIHA LAHUM, WA INNAL LAZIINAKH TALAFUU FIIHI LAFII SYAKKIM MINHU MAA LAHUM BIHII MIN ‘ILMIN ILLAT TIBAA’AZ ZHONNI, WAMAA QATALUUHU YAQIINA. BAR RAFA’AHUL LAAHU ILAIHI, WA KAANAL LAAHU ‘AZIIZAN HAKIIMA (An-Nisaa:158-159)

Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi keadaan itu disamarkan bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih pendapat tentang pembunuhan Isa, benar-benar dalam keadaan yang ragu-ragu tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi yang sebenarnya, Allah Ta’ala telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

>Dalam ayat ini tidak ada disentuh mengenai Nabi Isa hidup ataupun di angkat ke atas langit.

>SYUBBIHA LAHUM, yakni orang Yahudi samar-samar tentang kematian Nabi Isa. Dalam ayat ini hanya menyentuh tentang nabi Isa, tidak disebut berkenaan dengan penukaran wajah.

>Jika seseorang yang ditukar wajahnya menjadi Nabi Isa, maka ini satu perbuatan tidak adil dan Yahudi tidak dapat didakwa kerana mereka menyalib orang yang serupa dengan nabi Isa.

>Jika hanya itu sahaja cara Allah Ta’ala menyelamatkan Nabi Isa lalu mengangkatnya ke atas langit hidup-hidup (kerana takutkan Yahudi!), maka itu satu perbuatan tidak adil.

>Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan tidak akan ada perubahan dalam sunnah-Nya.

>AR-RAAFI’ adalah satu sifat Allah, yang mengurniakan orang-orang beriman suatu darjat atau kemuliaan dan mendekatkan diri mereka kepada-Nya (Lisaanul Arab)

>Jika Nabi Isa turun dari langit, maka ayat BAR RAFA’AHUL LAAHU ILAIHI akan mansukh.

Lembaran Tabligh 06


KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN - 02

IZ QOOLAL LAAHU YAA ‘IISAA INNII MUTAWAFFIIKA WA ROOFI’UKA ILAIYA WA MUTAHHIRUKA MINAL LAZIINA KAFARUU WAJAA ‘ILUL LAZIINAT TABA’UUKA FAUQAL LAZIINA KAFARUU ILAA YAUMIL QIYAAMATI.

Ali Imran:56, dalam ayat ini ada empat perkara yang dinyatakan: (1)Akan mewafatkan engkau, (2)Akan mengangkat engkau kepada-Ku, (3)Akan mensucikan engkau, dan (4)Akan menjadikan pengikut-pengikut engkau unggul di atas orang-orang yang ingkar.

Kata RAFA’ datang selepas kata TAWAFFA, ini bererti yang diangkat adalah ruh dan bukannya jisim. Apabila Allah melakukan RAFA’, ia bermaksud meninggikan darjat seseorang.

LAFAZ RAFA’ DI DALAM AL-QUR’AN

>Maryam:58 – WA RAFA’NAAHU MAKAANAN ‘ALIYAN, Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.

>Al-A’raaf:177 – WALAU SYI’NAA LARAFA’NAAHU BIHAA, Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan darjatnya dengan ayat-ayat itu.

>An-Nuur:37 – FII BUYUUTIN AZINALLAAHU ANTURFA’A WA YUZKARA FIIHAAS MUHU, Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.

>Al-Mujaadilah:12 – WA IDZAA QIILAN SYUZUU FANSYUZU YARFA’IL LAAHUL LADZIINA AAMANUU MINKUM, Dan apabila dikatakan kepada mereka “berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu.

LAFAZ RAFA’ MENURUT HADIS, KAMUS DAN TAFSIR

>WARFA’NIterdapat dalam bacaan duduk antara dua sujud (Ibnu Majah)

>RAFA’ bagi Rasulullah s.a.w (Tafsir Shofi, bawah ayat Ali Imran:145)

>WA IDZAA TAWAADHO’AL ‘ABDU RAFA’AHUL LAAHU ILAS SAMAA’IS SAABI’ATI, yakni Tuhan mengangkat hamba-Nya sampai kelangit ketujuh (Kanzul Ummat Jilid 2). Di sini ada perkataan ILAA dan SAMA’ (langit), tetapi tidak ada pula disentuh mengenai tubuh kasar yang diangkat.

>MAA TAWAADHO’A AHADUN LILLAAHI ILLAA RAFA’AHUL LAAHU, tidak ada hamba yang tunduk patuh kepada Allah akan dibiarkan tanpa memberikan suatu darjat kepada mereka. (Muslim Jilid 2)

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...