Sunday, November 7, 2010

Lembaran Tabligh 07



KEWAFATAN NABI ISA

KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN

AUYAKUUNA LAKA BAITUM MIN ZUKHRUFIN AU TARQAA FIS SAMAA’I, WALAN NU’MINA LIRUQIYYIKA HATTAA TUNAZZILA ‘ALAINAA KITAABAN NAQRA’AHU, QUL SUBHAANA RABBII HAL KUNTU ILLAA BASYAARAR RASUULA (Bani Israil:94)

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia biasa yang menjadi rasul?”

Apabila orang-orang kafir meminta Rasulullah s.a.w naik ke atas langit dan kembali dengan sebuah kitab untuk mereka baca, apa yang dijawab oleh Rasulullah s.a.w, “bukankah aku ini hanya seorang manusia biasa yang menjadi rasul?

Dan semasa Hijrah, Rasulullah s.a.w terpaksa bersembunyi bersama Abu Bakar bagi menghindari kezaliman orang kafir.

WAQAULIHIM INNAA QATALNAL MASIIHA ‘IISABNA MARYAMA RASUULALLAAHI, WAMAA QATALUUHU WAMAA SHOLAABUUHU WALAAKIN SYUBBIHA LAHUM, WA INNAL LAZIINAKH TALAFUU FIIHI LAFII SYAKKIM MINHU MAA LAHUM BIHII MIN ‘ILMIN ILLAT TIBAA’AZ ZHONNI, WAMAA QATALUUHU YAQIINA. BAR RAFA’AHUL LAAHU ILAIHI, WA KAANAL LAAHU ‘AZIIZAN HAKIIMA (An-Nisaa:158-159)

Dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak pula menyalibnya, tetapi keadaan itu disamarkan bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih pendapat tentang pembunuhan Isa, benar-benar dalam keadaan yang ragu-ragu tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak pula yakin yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi yang sebenarnya, Allah Ta’ala telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

>Dalam ayat ini tidak ada disentuh mengenai Nabi Isa hidup ataupun di angkat ke atas langit.

>SYUBBIHA LAHUM, yakni orang Yahudi samar-samar tentang kematian Nabi Isa. Dalam ayat ini hanya menyentuh tentang nabi Isa, tidak disebut berkenaan dengan penukaran wajah.

>Jika seseorang yang ditukar wajahnya menjadi Nabi Isa, maka ini satu perbuatan tidak adil dan Yahudi tidak dapat didakwa kerana mereka menyalib orang yang serupa dengan nabi Isa.

>Jika hanya itu sahaja cara Allah Ta’ala menyelamatkan Nabi Isa lalu mengangkatnya ke atas langit hidup-hidup (kerana takutkan Yahudi!), maka itu satu perbuatan tidak adil.

>Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, dan tidak akan ada perubahan dalam sunnah-Nya.

>AR-RAAFI’ adalah satu sifat Allah, yang mengurniakan orang-orang beriman suatu darjat atau kemuliaan dan mendekatkan diri mereka kepada-Nya (Lisaanul Arab)

>Jika Nabi Isa turun dari langit, maka ayat BAR RAFA’AHUL LAAHU ILAIHI akan mansukh.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...