Tuesday, August 24, 2010

Kisah Sahabi-Sahabi Hazrat Masih Mau'ud




Sesuai dengan janji Allah, bahawa kebangkitan Rasulullah s.a.w untuk kali kedua, maka pencinta sejati baginda s.a.w iaitu Hazrat Masih Mau’ud a.s telah dikirim sebagai Masih Mau’ud (Al-Masih yang dijanjikan), Mahdi Mau’ud (Al-Mahdi yang dijanjikan) dan juga sebagai nabi ummati, yang bersama-sama dengan orang-orang yang berhati suci dan berfitrat bersih, satu jemaat telah didirikan, iaitu jemaat yang sentiasa maju dalam kebaikan-kebaikan, dan berusaha membuat perubahan suci dalam diri, serta dapat bertemu dengan golongan awwalin.

Pada hari ini, saya hendak menceritakan kisah-kisah golongan awwalin di zaman akhir ini, yang mana mereka telah menjadi sahabat Hazrat Masih Mau’ud a.s, melihat beliau a.s dan dapat menyaksikan keindahan dan kecantikan akhlak beliau. Dengan riwayat ini, di mana kita akan dapat melihat bagaimana kesucian fitrat orang-orang yang mencari kebenaran ini, di sana juga kita akan dapat mengetahui bagaimana kelembutan, kasih sayang, quwwat qudsiah dan kedudukan Hazrat Masih Mau’ud a.s, yang mana ia boleh mengembangkan kerohanian seseorang insan. Dan, untuk orang-orang mulia ini juga terkeluar doa-doa, kerana riwayat mereka sampai kepada kita agar kita dapat mengukur kedudukan diri sendiri, dan juga apa yang diinginkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s berlaku di dalam jemaatnya.

Riwayat pertama ialah Hazrat Miya Fairoz Din Sahib dari Sialkot yang telah bai’at pada tahun 1892. Beliau ini menceritakan bahawa Hazrat Aqdas menulis Lecture Sialkot di atas bumbung rumah Mir Hisamuddin Sahib. Dakwatnya diletakkan di atas empat penjuru dinding. Lebih kurang waktu Asar. Beliau menulis sambil berjalan perlahan-lahan dan kadang-kadang sujud. Kami dapat melihat semua kejadian yang berlaku kerana kami berdiri di atas bumbung juga, dan selain kami, ada lagi orang lain yang turut sama melihat keadaan itu. Rumah kami berdekatan dengan rumah tempat tinggal beliau, malah lebih tinggi. Dengan itu semua keadaan dapat disaksikan. Apabila selesai menulis, beliau menghantarnya kepada penulis ke bawah. Penulis itu bernama Sirajudin. Apabila Huzur hendak menyampaikan ceramah di hadapan para tetamu, di perjalanan, di dua pintu masjid Mohallah Jinda Wala, seorang Hafiz Sultan Muhammad mengajar budak-budak. Tuan Hafiz yang mengajar budak-budak itu adalah seorang hafiz Qur’an. Dikatakan bahawa dia telah memberi cuti kepada anak-anak, dan dalam beg mereka diisikan dengan abu sambil berkata; apabila Mirza Sahib melintasi kawasan ini, buangkan abu ini ke atasnya. Tetapi, oleh kerana Hazrat Sahib berada dalam kereta tertutup, maka dia selamat berlalu. Dikatakan bahawa di sekitar itu, murid-murid Pir Jamaat Ali Syah membuang-buang rumput dan menghalang orang ramai masuk. Maulvi Ibrahim juga bersama-sama mereka. Pir Jamaat Ali Syah berdiri di atas tempat sembelihan yang lama. Sekarang, di tempat itu sedang dibina rumh Masteri Fatah Muhammad. Hafiz Zafar berdiri di atas tempat duduk Syahbaz Khan. Orang ini adalah orang kanan Pir Jamaat Ali Syah. Semua mullah-mullah ini mengapi-apikan orang ramai dan menghalang mereka masuk ke dalam. Apabila ceramah bermula, Hazrat Maulvi Abdul Karim telah membacakannya. Ada seorang lelaki bernama Ahmad Din, apabila dia hendak pergi ke dalam, beberapa orang mengejarnya dan mengangkatnya keluar agar tidak dapat mendengar ceramah itu. Pir Jamaat Ali Syah meninggalkan tempatnya, kemudian berlari kembali ke sana. Apabila Huzur balik, bapa saudara saya, Mira Bakhsy Sahib, Syeikh Maula Bakhsy Sahib, Malik Hayat Muhammad Sahib, Syed Amir Ali Sahib, Mira Baksy Sahib Attar dan lain-lain, semuanya pergi ke Wazir Abad. Apabila kereta yang dinaiki Huzur melalui kawasan pintu utama pejabat, para penentang sedang berdiri di hadapan dengan suara yang begitu keras disertai dengan balingan batu ke arah kereta yang dinaiki beliau. Berkata; apabila kami balik dan melihat keadaan itu, maka dapat diketahui bahawa kumpulan jahat itu telah mencederakan Maulvi Burhanuddin Sahib Jehlumi. Abang saya, Babu Aziz Din Sahib koyak di bahagian bibir terkena balingan batu. Cermin rumah Syeikh Maula Bakhsy Sahib pecah dibaling batu. Halaman rumah dan pokok-pokok bunga di rumahnya juga dirosakkan. Saya juga pergi ke Jehlum bersama Huzur. Dalam perjalanan itupun berbagai makhluk yang dijumpai. Apabila sampai di Jehlum, ada dua wanita Eropah bertanya, kenapa berkumpul beramai-ramai ini? Ada seorang kawan memberitahu; ini Hazrat Masih Mau’ud a.s. Mereka berkata; tolong bagi laluan, kami hendak ambil gambar. Orang ramai memberi laluan untuk mereka mengambil gambar. Subuh itu gelap, semua pejabat sudah tutup, hanya ada majistret yang masih buka iaitu tempat yang dituju oleh beliau. Di luar pejabat itu ada tersedia kerusi dan permaidani. Huzur duduk di atas kerusi itu, yang lain juga duduk di sekitar itu. Tidak berapa jauh dari saya, Maulvi Ibrahim Sialkoti menghamparkan tempat duduknya. Berkata; Huzur berkata, orang ramai beriman kepada saya atas arahan saya bahawa saya datang dari Tuhan. Jika saya berdusta, hukuman akan ditimpakan kepada saya, mereka tidak harus dihukum. Oleh kerana saya datang dari Tuhan, maka orang yang menerima saya akan mendapat pahala.

Ini sesuai dengan ayat Al-Qur’an WA IYYAKU KAAZIBAB FA 'ALAIHI KAZIBUHU (Al-Mu’min:29) sekiranya dia berdusta, maka akibat pendustaannya akan kembali kepadanya. Tetapi  WA IYYAKU SHOODIQAI YUSIBKUM BA'DHUL LADZII YA'IDUKUM (Al-Mu’min:29) Jika dia benar, maka musibat yang dia nyatakan dengan kamu, akan berlaku ke atas kamu. Hari ini, seharusnya orang Islam menghayati ayat ini.

Kemudian berkata; di hadapan Maulvi Ibrahim ada sebuah kitab di atas seorang anggota. Dia mengangkat dan berkata; beginilah Al-Masih naik ke atas langit. Dalam kumpulan itu ada seorang fakir juga duduk. Sekarang dengar apa yang fakir buat. Fakir itu duduk, namanya Sain Azad.  Dia memakai baju dari karung. Dengan penuh lantang dia bersuara; Oh baba! Kenapa engkau berbohong dan memesongkan orang ramai? Potonglah ayat Qur’an KULLU NAFSIN DZAA'IKATUL MAUTI  (Ali Imran:186). Orang itu mengatakan hal ini sebanyak tiga kali dengan kuat sehingga berpeluh-peluh. Kemudian dia berkata; Saya bukan murid Mirza Sahib, tetapi saya tidak mahu sembunyikan kebenaran. Fakir itu sudah memahami hal ini, tetapi ulama masih tidak faham.

Berkata lagi; bilik di mana Huzur tidur, saya bersama abang saya Tajuddin tidur di bilik berdekatan. Oleh kerana dia sakit, sepanjang malam dia sentiasa batuk, sebab itu pada waktu Subuh, Huzur bertanya, siapa yang sakit dan batuk?

Berkata lagi; kami duduk di situ berdekatan Huzur, Sahibzada Abdul Latief Sahib berkata; Huzur! Darah saya mengalir keluar dari tubuh dan saya melihat ia akan menyirami Kabul. (Petikan dari Register Riwayat Sahabah, nombor 10, halaman 129-132)

Kemudian, ada lagi satu riwayat iaitu tentang Hazrat Umar Din Hijam r.a. Beliau ini berasal dari Gujrat, beliau bai’at melalui surat pada tahun 1899 dan bai’at secara langsung pada tahun 1900. Dia berkata; orang ghair Ahmadi berkata kamu akan menjadi Mirzai, tetapi apabila saya pergi kepada Jemaat, mereka membaca Al-Qur’an, solat dan sebagainya. Saya tidak faham mengenainya. Namun, saya berdoa kepada Allah; Wahai Tuhanku yang Maha Mulia! Jika ini datangnya dari Engkau, maka sedarkanlah aku supaya aku menerimanya dan tidak ketinggalan. Dan jika ini na’uzubillah tidak benar, maka laknat Engkau, Rasul, dan seluruh dunia atas mereka, kenapa dia membuat dakwaan palsu dan menyesatkan orang ramai. Pada malam itu, ketika hendak subuh, saya melihat Hazrat Masih Mau’ud a.s berdiri memegang payung dan saya telah melihatnya dengan begitu jelas dan beliau memandang ke bawah. Janggut beliau diwarnai dengan inai dan hatinya begitu gembira. (ini ceritanya mengenai mimpi yang dia lihat). Dalam hati saya mengatakan, ini adalah Rasulullah s.a.w sebab tidak pernah melihat orang sepertinya sebelum ini. Akhirnya saya dapat mengetahui bahawa doa yang saya pohonkan malam tadi, ini semua adalah hasilnya, dan doa saya telah dikabulkan.

Di tempat ini, saya pernah datang ke Qadian pada tahun 1900 dan duduk di Masjid Aqsa, berdoa; Ya Allah! Jika orang inilah yang telah datang dalam mimpi saya, yang Engkau perlihatkan saya di Afrika, maka saya akan ambil bai’at. Jika tidak, maka saya tidak akan bai’at, saya tidak akan solat bersamanya, saya tidak akan makan di sini dan saya akan pulang dengan segera. Ketika sedang sibuk berdoa, Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk dalam masjid. Melihat beliau, saya berkata bahawa inilah orang yang pernah saya lihat dalam mimpi di Afrika. Setelah mengenali beliau, saya bai’at hujung minggu dan mohon kebenaran untuk berangkat. Maka, Huzur berkata, untuk mengenali kebenaran itu sekurang-kurangnya tinggallah untuk 15 hari lagi. Saya menjawab; Huzur! Doakan saya supaya Allah memberi kemudahan untuk saya dapat datang lagi untuk menziarahi Huzur.

Kemudian Huzur berkata; sekiranya datang waktu kepada seseorang hamba iaitu dia tidak dapat datang ke sini, mereka hendaklah selalu menulis surat. Surat saya telah Huzur jawab dan masih lagi ada dengan saya. (Register Riwayat Sahabah nombor 5, halaman 32-33)

Hazrat Sufi Nabi Bakhsy Sahib r.a, ayah Miya Abdussamad Sahib Suknah, bandar Rawalpindi, Mohallah Miya Qatbuddin yang sekarang ini Darul Barkat Qadian. Beliau bai’at pada 27 Disember 1891. Dan dia pertama kali melihat Hazrat Masih Mau’ud mungkin dalam tahun 1886.

Peristiwa itu ialah; saya kebetulan datang ke Qadian pada Oktober 1886. Alasannya ialah Huzur pernah mengeluarkan isytihar bahawa seorang anak muda akan diberikan kepadanya yang banyak membawa berkat untuk bangsa. Huzur juga ada mengeluarkan isytihar berkenaan dengan Lekhram Peshawari. Dalam mencari kebenaran hal ini, saya mendapat peluang datang ke Qadian. Selepas beberapa lama, beliau juga menerbitkan buku Fatah Islam, Tauzih Muram, dan Izalah Auham yang di dalamnya menjelaskan bahawa Nabi Isa telah wafat dan tidak akan datang lagi ke dunia ini. Dan hadis tentang Nuzul Ibnu Maryam menjadi jelas kepada saya. Persoalan ini telah membuat perubahan agung dalam dunia. Dari satu arah para maulvi sibuk dalam membuat fatwa kafir. Hazrat Masih Mau’ud a.s juga menerbitkan satu lagi risalah bernama Asmani Feslah dan lebih kurang 80 orang yang hadir, jalsah ini adalah jalsah pertama di Qadian. Tujuan Huzur ialah supaya beliau diuji dengan Minhaajin Nubuwah, yakni menurut Al-Qur’an, siapa yang mu’min dan siapa yang kafir? Kemudian menulis lagi; saya juga telah dijemput untuk menghadiri jalsah ini. Pada zaman itu saya seorang Muhtamim Kutub Khana, dan selain bekerja, saya juga melakukan tugas di Himayat Islam kerana menganggapnya ia satu khidmat agama. Apabila saya sampai di Qadian, banyak anggota dari Himayat Islam yang ada di situ termasuk Haji Syamsuddin, Sekretari dan orang terhormat. Dalam jalsah ini, buku Asmani Feslah diperdengarkan. Setakat yang saya ingat, buku ini dibacakan oleh Maulvi Abdul Karim Sahib Marhum. Menulis; Jalsah diadakan di Masjid Aqsa. Hazrat Masih Mau’ud a.s orang yang paling terakhir datang. Dia mengatakan; semasa Huzur datang ke Masjid dan mata saya tepat pada wajah beliau, maka saya dapat mengenali Huzur dan secepat kilat timbul di fikiran saya; inilah wujud yang telah saya lihat dalam mimpi semasa menjadi pelajar dalam tahun 1882. Hazrat Sahib memakai pakaian pada hari itu sama seperti pakaian seperti dalam mimpi saya. Dia berkata; apabila Jalsah berakhir, maka Huzur berdiri dekat pintu di Masjid Aqsa. Setiap orang bersalaman dengan beliau sebelum pergi. Paling terkahir adalah saya sebab ada tujuan khas. Saya berkata; Huzur! Dulu saya telah bai’at pada tangan orang lain, apa yang harus saya lakukan? Huzur berkata; Jika orang itu baik, maka bai’at tuan adalah Nuurun Alaa Nuurin. Jika orang itu tidak baik, maka bai’at tuan akan rosak dan yang tinggal adalah bai’at kita. Saya mengatakan; saya mahu bai’at. Huzur berkata; kami sendiri akan memanggil kamu. Tidak lama kemudian, seorang khadim Huzur, Hamid Ali Sahib Marhum memanggil saya, dan saya telah meletakkan tangan saya pada tangan Huzur untuk bai’at. Alhamdulillah. (Register Riwayat Sahabah Nombor 5, halaman 41-43)

Satu riwayat lagi, Hazrat Nizam Din Tailor Master Sahib yang berasal dari Jehlum, Mohallah Milaha. Dia bai’at pada tahun 1902. Dia mengatakan; saya hairan, nikmat agung ini iaitu Ahmadiyah, saya dapat adalah semata-mata kerana kurnia daripada Allah. Saya berkata dengan benar, jika keadaan saya pada tahun itu berterusan, mungkin saya tidak akan datang dekat kepada Ahmadiyah.  Tetapi, Pencipta aku telah berlaku ihsan atasku, jalan yang tidak pernah aku lalui, Tuhan telah menggerakkan hatiku malam itu untuk mengikuti jalan tersebut. Jalan itu ialah, menurut maulvi-maulvi kami, setiap kali bercakap dengan orang Ahmadi, kita hendaklah yakin bahawa maulvi adalah tiang agama kerana berusaha menjauhi kami daripada syirik, dan bid’ah semata-mata kerana Allah. Kami, Ahli Hadis menganggap diri sebagai muttaqi, dan sentiasa jauh daripada segala yang haram dan dusta. Satu kali dalam bulan Mac, tahun 1902, kami beberapa orang Ahli Hadis keluar dari Jehlum menuju Lahore, kebetulan dalam perjalanan kami melihat jalsah Anjuman Himayat Islam Lahore yang selalu diadakan setiap tahun. Apabila sampai di Lahore, kami masuk ke dalam Jalsah Gah, dan di luar dewan itu ada seorang maulvi sahib berdiri memberi nasihat. Pada satu tangannya ada Al-Qur’an, dan pada tangan yang lain membahagi-bahagikan lembaran-lembaran kecil. Dari mulutnya sentiasa keluar ucapan; Mirza na’uzubillah sudah gila kerana dia menghina nabi-nabi. Dia mengaku nabi Isa. Dia mengulang-ulang perkataanya dengan bersumpah atas nama Tuhan. Kami menjadi hairan mendengarnya, dan tidak pernah terlintas dalam hati kami bahawa ada orang yang begitu berani berdusta mengatasnamakan Tuhan dan berdusta sambil memegang Al-Qur’an. (Maulvi yang bercakap pada waktu itu, maulvi yang sekarang ini pun sama seperti itu). Apapun berkata lagi; kami bertiga, saya mengambil isytihar itu lalu membacanya. Di dalamnya mengatakan bahawa Mirza sudah jadi gila, menghina kehormatan nabi dan bermacam-macam lagi. Saya mengajak kawan-kawan saya; ayuh kita ke Qadian untuk melihat sendiri supaya kita dapat beritahu kepada Ahmadi di bandar kita yang selalu bercakap dengan kita dan mengkritik para ulama kita. Mereka mengatakan ulama kamu pada abad ke-14 suka berkata dusta. Penjelasan kita adalah melalui mata kita dan akan mendustakan kembali orang-orang Ahmadi itu. Pada mulanya mereka tidak mahu, tetapi saya mendesak sehingga mereka setuju. Kami bertolak dari Lahore sehingga Batala. Kemudian mengupah kereta kuda dari batala dan pertengahan petang dan waktu Asar, kami tiba di Qadian dan terus ke kediaman tetamu. Waktu itu dekat solat Maghrib. Saya bertanya kepada seseorang di mana selalu Mirza Sahib solat? Kami mahu solat berdekatan dengannya untuk melihatnya sendiri. Ada seseorang, mungkin orang yang kami tanya itu membawa kami pergi dan memberitahu di mana selalu Huzur berdiri ketika solat. Oleh kerana waktu sudah dekat, saya terus duduk di sana. Dua kawan saya yang lain duduk di sebelah kanan saya. Masjid ini bersambung dengan kediaman Huzur, yang dinamakan Masjid Mubarak. Waktu itu ruang masih kecil, agak sukar untuk memuatkan sehingga enam baris, dalam satu barisan pun tidak boleh melebihi enam orang. Beberapa minit kemudian azan Maghrib. Mungkin dalam dua tiga minit, Huzur akan datang. Pintu itu berdekatan dengan kami. Keluar dari pintu itu, Huzur berdiri berdekatan dengan saya. Janab Maulvi Abdul Karim Marhum maju ke hadapan. Muazzin memulakan takbir. Sehingga takbir itu selesai, saya telah melihat sendiri Huzur dari kaki sehingga kepala, melihat rambut dan janggutnya menyebabkan hati saya menjadi lain dan berkata dalam hati; Ya Ilahi! Saya tidak pernah melihat insan seperti ini. Rambut seperti emas. Matanya seperti mempunyai perasaan malu yang sempurna. Tangan dan kaki yang sempurna menarik perhatianku kepadanya. Dalam keadaan yang asyik itu tercetus dalam hati; Ya Ilahi! Inikah insan yang dikatakan oleh maulvi kami sebagai pendusta dan menghina para nabi-nabi? Saya tenggelam dalam fikiran itu sehingga imam memulakan takbir solat. Walaupun saya dalam solat, tetapi selagi salam belum diucapkan, saya masih kehairanan; Ya Ilahi! Maulvi kami berjanggut panjang, dari segi syariat bibir mereka baik, dan Al-Qur’an di tangan sambil bersumpah dan mengeluarkan kata-kata kotor terhadap Huzur, dengan mengatakan Huzur sudah gila. Dengan ini, fikiran saya menjadi ragu-ragu. Mana mungkin seorang yang memegang Al-Qur’an dan mengucapkan nama Tuhan adalah seorang pendusta? Yakni mana mungkin maulvi berdusta. Mungkin di sebelah saya ini bukan Mirza, mungkin orang lain, yang sengaja di suruh berdiri untuk menipu orang baru. Tetapi, mungkin juga orang yang bersumpah itu ada rasa permusuhan dengan beliau sehingga mengeluarkan kata-kata kotor? Akhirnya solat selesai, Huzur duduk bersila. Mula-mula sekali bertanya; Mufti Sahib ada? Sila ke depan. Apabila Mufti Sahib datang, Huzur berkata; Maulvi Sahib di mana? Saya melihat Maulvi Sahib duduk di belakang sekali, dia pun datang. Huzur mula bercerita mengenai taun. Berkata; kita telah beritahu orang ramai, bahawa saya melihat malaikat menanam tumbuhan hitam di Punjab dan bertanya; ini apa? Malaikat menjawab; ini adalah taun yang akan zahir pada masa akan datang. Tetapi orang ramai mentertwakan saya dengan mengatakan bahawa taun itu hanya berlaku di tepi laut, ia tidak akan datang ke bandar. Tetapi, lihat sekarang ini, di beberapa bandar di Punjab sudah meletus. Cerita itu berlanjutan sehingga Isyak. Selepas Isyak, Huzur masuk ke dalam. Kami pun balik dan bercakap sesama sendiri, apa sebenarnya rahsia yang tersembunyi? Apa yang diucapkan maulvi itu sama sekali bertentangan. Waktu Subuh kami datang dan bercadang akan bertanya kepada Maulvi Nuruddin Sahib yang tidak mungkin menipu. Apabila kami sampai di kliniknya, ada seorang maulvi bertanya kepada Khalifah Awal; Maulvi Sahib! Berapa banyak nabi dan wali yang telah berlalu, mereka hidup susah dan ada yang menahan kelaparan, makan pun hanya makanan biasa, tetapi kami mendengar Mirza Sahib makan palau dan zardah? Maulvi Sahib menjawab; Maulvi Sahib! Saya membaca di dalam Al-Qur’an bahawa palau dan zardah itu halal dimakan. Jika tuan jumpa bahawa ia haram, sila beritahu. Apabila maulvi itu diam seketika, saya mengeluarkan isytihar dari poket dan memberikan kepada Maulvi Nuruddin Sahib dan berkata; seorang maulvi kami dengan memegang Al-Qur’an, dia menyumpah dan mengatakan bahawa Mirza Sahib na’uzubillah sudah gila (tidak siuman). Dan kami diberitahu bahawa beliau itu adalah Mirza Sahib sedangkan beliau itu sihat. Tuan tolong beritahu adakah yang kami nampak ketika solat itu adalah Mirza Sahib atau orang lain? Maulvi Sahib menyeluk poketnya dan mengeluarkan isytihar yang sama dan berkata; lihat, maulvi kamu telah menyebarkan isytihar ini dan ini adalah Mirza, dan maulvi kamu yang memegang Al-Qur’an itu telah berdusta. Jadi, siapa yang kamu mahu, anggaplah ia benar.

Inilah usul seorang maulvi yang berterusan. Tetapi, sekarang ini di Pakistan, media juga telah bersama-sama dengan maulvi. Dan beberapa program mereka, para maulvi banyak memainkan peranan di dalamnya. Benar atau salah tidak lagi dikenali di negara ini.

Kemudian dia berkata; tidak semena-mena air mata saya mengalir, hati saya berkata; celaka! Sehingga sekarang pun masih tidak mahu bai’at? Hakikatnya, maulvi ini adalah dajjal zaman sekarang. Kami bertiga bercadang untuk bai’at pada waktu Zuhur. Huzur berkata; jangan tergesa-gesa, tinggallah untuk beberapa hari lagi. Jangan sampai maulvi akan menyesatkan kamu lagi dan kamu akan lebih banyak dosa. Saya berkata sambil menangis-nangis; Huzur! Mulai sekarang saya tidak akan tersesat lagi. Akhirnya, hari kedua kami bertiga telah bai’at. Kemudian balik ke rumah.

Kemudian menulis lagi; sayang sekali! Disebabkan penentangan, saya terpaksa tutup tulisan ini, jika tidak banyak lagi yang hendak saya tulis. (Register Riwayat Sahabah, Nombor 5, halaman 45-49)

Dia mengatakan bahawa maulvi sahib yang membuat sumpah-sumpah palsu sambil memegang Al-Qur’an telah berbuat ihsan atas saya, disebabkan itulah saya telah tertarik kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s selepas melihatnya, dapat mengetahui hakikat dan itulah juga penyebabnya saya menjadi Ahmadi.

Terdapat satu riwayat Hazrat Miya Abdul Aziz Sahib ayah kepada Miya Imam Din Sahib Sukna Aujalah Tahsil Gurdaspur. Dia telah bai’at pada tahun 1893. Dia menulis; apabila saya berpindah pada tahun 1891 ke Halqah Sikhwa, dan mendapat maklumat daripada Miya Jamal Din Sahib, Miya Imam Din Sahib dan Miya Khair Din Sahib. Mereka ini menceritakan bahawa Hazrat Masih Mau’ud a.s mendakwakan diri sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi. Oleh kerana saya memang tidak ada rasa permusuhan dengan beliau, sebab itu saya tidak berburuk sangka atas beliau. Saya hanya tertanya-tanya kenapa para maulvi mengatakan demikian ke atas beliau. Sebabnya juga adalah nenek moyang kami mencintai para maulvi, dan ini jugalah sebabnya saya cinta kepada maulvi. Apabila mereka menunjukkan saya buku Kitabul Birriyah dan Izalah Auham, sebelum saya melihatnya saya telah berdoa; Ya Tuhan! Saya tidak tahu apa-apa, oleh sebab itu tetapkanlah hatiku atas ilmu yang hak. Doa itu telah dikabulkan dengan segera kerana apabila saya mulai membaca buku Izalah Auham, maka hati saya telah puas dan segala keraguan sudah hilang manakala keimanan pula yang semakin bertambah. Apabila saya pergi menziarahi Huzur buat kali pertama bersama Miya Khair Din Sahib, hati saya semakin puas kerana menyaksikan sendiri wajah Huzur yang tidak mungkin wajah ini seorang penipu. Waktu itu saya mengatakan kepada Miya Khair Din Sahib bahawa selama ini saya tidak pernah berkata yang bukan-bukan tentang beliau, kalau pun ada, maka saya memohon taubat atasnya. Wajah ini bukan wajah seorang pendusta. Saya begitu yakin dan Miya Khair Din Sahib mungkin ingat dan waktu ini pun dia boleh menjadi saksi.

Kemudian menulis lagi; kemudian Mohor Sawan Sahib r.a yang sekarang ini dikebumikan di Bahisyti Maqbarah, beliau seroang tuan tanah terhormat yang berasal dari Sikhwa. Kami saling mencintai dan kebetulan akidah yang saya pegang pun dia setuju. Walaupun sebelumnya ada dua perkara yang dia tidak setuju dengan Miya Jamal Din Sahib, namun selepas itu kami sudah sependapat. Dan pada tahun 1892, saya bersama Mohor Sahib telah bai’at. (di sini tertulis 1892, tetapi pada fikiran saya kisah itu pada tahun 1893). Kami selalu bergurau bahawa saya dan Mohor Sahib adalah kembar kerana tarikh kelahiran rohani kami adalah pada hari yang sama. Dikatakan lagi; oleh kerana nama saya yang pertama adalah disebabkan saya lahir di rumah datuk saya sebelah ibu, dan saya tidak tahu salasilah keluarga, maka diletakkan nama yang awal iaitu Miran Bakhsy. Perubahan itu telah diusahakan dan berlanjutan untuk beberapa lama, namun tidak secara menyeluruh. Kemudian Hazrat Masih Mau’ud a.s meletakkan nama Abdul Aziz, saya telah berdoa; Ya Tuhan! Sekarang ini Masih Mau’ud Engkau yang telah menukar nama saya, semoga ia berkekalan, dan padamkanlah nama yang pertama sehingga tidak ada seorang pun yang mengingatinya. Doa itu dikabulkan, dan dalam semur urusan kerajaan, nama ini yang dikenali dan tidak ada lagi yang menyebut nama pertama. Sehingga waktu ini, selagi nama belum bertukar, walaupun menghadiri acara Jalsah dan sebagainya, dalam urusan rasmi, nama yang pertama tidak lagi ada. (Register Riwayat Sahabah Nombor 5, halaman 69-70)

Hazrat Syeikhullah Bakhsy Sahib Sukna Banu, Wilayah Sarhad, bai’at pada tahun 1905. Beliau menulis; dalam zaman kanak-kanak, saya tidak diberi pendidikan agama. Dan dalam umur yang muda, saya dimasukkan ke sekolah, tetapi apabila saya berusia 17 tahun, secara semulajadi timbul dalam hati saya untuk belajar tentang agama. Jadi, setelah belajar Al-Qur’an dari seorang mullah, saya mula memperlajari terjemahan Al-Qur’an sendiri. Dan saya tidak perasan bagaimana saya boleh mempunyai sebuah kitab tentang soal jawab antara seorang Kristian dan mullah dari Mesir. Setelah membacanya, saya merasa sedih kerana dari segala segi, apa yang saya nampak ialah kedudukan Nabi Isa itu lebih tinggi dari Rasulullah s.a.w sehingga timbul bermacam-macam fikiran dalam hati. Disebabkan perasaan malu dan akibat kebodohan sendiri, saya tidak menceritakan hal itu dengan ayah dan mana-mana mullah, saya hanya diamkan dalam hati sahaja.  Sehinggalah tahun 1905, dalam hujung tahun itu, ketika saya bekerja di Wanoon, saya kebetulan dapat melihat beberapa helaian akhbar Badar dari Doktor Alimuddin Sahib Gujrati dan juga mendengar dalil-dalil kewafatan Nabi Isa. Apabila soal kewafatan nabi Isa sudah teguh dalam diri, saya bersyukur kepada Tuhan, dan tanpa teragak-agak lagi, saya terus menulis surat permohonan bai’at kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Apabila ayah saya mengetahui hal itu, dia menulis surat menzahirkan perasaan marah dan kecewa, di samping itu dia mengingatkan tentang doa yang dipanjatkan kepada Allah sebelum kelahiran saya, sebab selepas kelahiran anak pertama, dalam tempoh 12 tahun, tidak ada lagi anak yang lahir dalam keluarganya sehingga menyebabkan ayahnya membuat doa khas kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk; “Wahai Tuhan yang Arhamar Rahimin dan Wahhab! Sebagaimana Engkau mendengar rayuan dan memberi anak kepada nabi Ibrahim dalam zaman tuanya, dengarlah juga rayuanku dan berikanlah kami keturunan”. Inilah doa yang dipanjatkan oleh ayahnya. Dia mengatakan; saya telah mengingatkan kembali doa ayah saya dan menulis kepadanya bahawa doa ayah sekarang telah dikabulkan apabila saya telah dihindari dari kehancuran oleh Allah dan mendapat taufik bertemu dengan hamba utusan-Nya. Dia menulis lagi; lebih kurang dalam bulan April tahun 1906, saya telah dipindahkan dari tempat itu ke tempat asal saya. Dan sebelum berpindah, saya telah singgah di Qadian, lalu bai’at di tangan Hazrat Masih Mau’ud a.s dalam Masjid Mubarak. Gambaran semasa bai’at dan keadaan hati saya dapat diringkaskan seperti ini; satu fikiran yang tenang dan pemuda yang sederhana, setelah berperang dengan semua keinginan-keinginan nafsu amarahnya dan menentang pemberontakan, dia datang ke pintu dengan penuh bersedia berjumpa utusan, dan dalam penantian, matanya tertumpu pada tingkap di mana selalu Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk ke dalam masjid. Dalam masjid itu amat sedikit orang yang datang, semuanya senyap menantikan wujud suci itu. Tidak lama kemudian Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk ke dalam masjid. Dan anak muda itu menitiskan air mata. Dan dia tidak tahu kenapa dia begitu. Tetapi, yang hanya dia sedar ialah, apabila Huzur masuk melalui tingkap itu seolah-olah kegelapan telah hilang. Pada kesempatan itu juga, Akbar Syah Khan memperdengarkan beberapa rangkap syair yang mana Huzur menyukainya. Selepas bai’at, saya balik pada hari kedua. Kemudian, dalam tahun 1907, ketika musim panas, ayah saya pergi ke Amritsar, di sana dia sakit dan saya bawa ke Qadian untuk berkenalan dengan Huzur. Saya berusaha supaya dia sendiri juga bai’at, tetapi malangnya dia tidak mendapat taufik untuk itu. Huzur berdoa untuknya dan meminta agar mengambil ubat dari Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib. Selepas mengambil ubat, kami bertolak ke Amritsar. Untuk menenangkannya, Hazrat Khalifatul Masih Awal telah menceritakan kisah anak-anaknya, namun hati ayah saya sudah lama menderita, sebab itu agak lemah dan hanya menitiskan air mata. Dia terlalu bersedih dengan kematian anak pertama saya. Dia menulis lagi; malang sekali kerana selepas itu tidak ada lagi peluang bertemu dengan Hazrat Jariullah. Saya hanya dapat bersedih kerana mendengar kewafatan beliau a.s dari Akhbar Badar di mana waktu itu saya berada di Bannu. (Register Riwayat, nombor 5, halaman 94-96)

Hazrat Muhammad Hussin Khan Tailor bin Mukarram Khuda Bakhsy Sahib Sukna Gujranwala, bai’at pada tahun 1897. Dia menulis; ketika masih kanak-kanak, saya amat suka menonton rancangan gusti. Suatu hari, saya balik dari menonton gusti. Di sana ada seorang khawaja tinggal. Di rumah khawaja itu ada tetamu yang baru datang dari Larkana. Dia ditanya; tolong beritahu apa berita dari Larkana? Dia menjawab; saya mendengar satu perkara baru dari satu ceramah seorang maulvi di Larkana. Maulvi itu mengatakan bahawa dengan banyak belajar akan menyebabkan otak menjadi rosak. Dia juga menyatakan bahawa ada seorang Mirza di Qadian yang mengatakan aku adalah tuhan. Saya menjawab; maulvi sahib, berikan rujukan juga, jangan hanya cakap seperti itu. Maulvi itu menjawab; ada dalam Barahin Ahmadiyah. Di sana saya mencari seorang Ahmadi yang namanya Muhammad Hayat. Dia berasal dari Chiniot. Saya bertanya kepadanya; kamu ada buku Barahin Ahmadiyah? Dia menjawab; Ya. Saya berkata kepadanya; tolong buka dan perlihatkan di mana Hazrat Sahib tulis bahawa ‘aku adalah tuhan’. Pada waktu itu dia ini belum Ahmadi. Apabila dia buka, di sana ada tertulis bahawa Tuhan di dalam aku dan aku di dalam Tuhan. Saya pergi kepada syeikh sahib dan menunjukkan kandungan kitab itu bahawa ia hanya perkara biasa sahaja. Orang biasa yang dikuasai fikiran syaitan, di negara kita orang itu dianggap syaitan, jadi orang yang mempunyai fikiran ketuhanan, maka orang yang memiliki fikiran yang Rahman, apa yang anehnya di situ? Lalu dia menjawab; wah! Saudara pun sudah jadi mirzai. Saya menjawab; syeikh sahib! Mirzai itu benda yang baik. Di tempat kami mirzai itu adalah weskot yang mempunyai banyak kapas. Jika ada yang menderita suatu penyakit pneumonia, jika ia dipakai di leher, maka ia memberi kelegaan. Walau apa pun, mereka mentertawakan saya dan mengatakan; orang ini sudah jadi mirzai.

Hari ini pun, mereka memetik dari buku-buku Hazrat Masih Mau’ud a.s dengan memotong di sana sini dengan tujuan memesongkan orang ramai. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa di mana ada tangan para ulama, di situ juga ada tangan rancangan TV dan juga media. Mereka tidak membenarkan orang lain membaca kitab yang asli.

Selepas itu dia mengatakan; saya balik ke kedai. Sehari berlalu, waktu malam saya bermimpi dan diperlihatkan bahawa imam mahdi akhir zaman yang dijanjikan itu sudah datang. Saya pun bertanya; di mana tempatnya? Orang itu mengatakan; lebih kurang 50 batu dari sini. Dalam menceritakan mimpinya, dia berkata; saya bertanya di mana imam mahdi berada? Orang itu menjawab; ada dalam 50 batu dari sini ke arah Selatan. Atas ucapan orang itu, saya menuju ke Selatan. Apa yang saya lihat di hadapan ialah Hazrat Imam Mahdi sedang menunggang kuda, dan bersama-sama beliau ada dua orang lagi. Saya terus berkata: Huzur! Ambillah bai’at saya. Lalu saya bai’at dan berjalan bersama Huzur. Huzur berhenti di Lahore dan saya mengatakan; Huzur! Ambillah saya. Huzur berkata: orang yang memutuskan diri dengan agama, dia tidak akan mendapat apa-apa dari agama. Setiap orang hendaklah mendapatkan agama jika tinggal di dunia. Saya berkata: dari sini dekat ke Gujranwalah. Saya hendak pergi ke sana untuk bertemu ibu saya. Huzur membenarkan saya pergi. Kemudian saya pergi ke Gujranwalah, dan dari tangga rumah, saya mengatakan Imam Mahdi Akhir Zaman sudah datang. Sesiapa yang mahu bai’at atau mahu berkunjung, boleh pergi ke Lahore. Kemudian, mata saya terbuka. Saya menyedari masih berada di Sukhar. Pada hari kedua, dalam kedai di Sukhar, saya bermimpi lagi melihat Hazrat Imam Mahdi berada di sebuah tempat yang tinggi mengarah ke langit dan berkata kepada seseorang; di sini ada seorang hamba kami yang tinggal, bawa kepalanya ke sini. Apabila orang itu datang, saya telah memberikan kepala saya kepadanya dengan memegang kedua-dua belah telinga. Tidak lama kemudian Huzur berkata: cantumkan kepala itu dengannya dan berikan juga khazanah aku ini kepadanya. Dia datang dan mencantumkan balik kepala saya. Saya membaca banyak salawat dan berdiri. Saya berkata kepadanya; semua khazanah yang Huzur beri, tolong berikan kepada saya. Dia tidak mahu memberikannya. (Ini adalah cerita dalam mimpinya) Dalam keadaan itu, malam telah berlalu dan saya bangun untuk Subuh. Pada hari ketiga, lebih kurang jam 10 atau 11 malam, saya merasa badan saya seolah-olah dihimpit sesuatu, dan saya tidak tahu sama ada saya tidur atau terjaga. Dalam keadaan itu, Hazrat Imam Mahdi datang mendekati saya dan berkata; apa yang terjadi? Kalau dia tidak mahu berikan, biarkan saja, ada banyak lagi dengan kami. Sila hulurkan tangan. Saya hulurkan tangan dan Huzur meletakkannya pada tangan saya lalu saya terus masukkan ke dalam mulut. Seolah-olah saya bai’at kepada Huzur dalam cara seperti ini. Selepas itu saya pergi ke Qadian, saya sampai dan turun di Batala lebih kurang jam 11 malam, tidak ada tempat untuk berteduh. Saya hanya berdiri di tempat para musafir menunggu dan berkata dalam hati; Ya Allah! Ke mana harus saya pergi sekarang? Orang turun dari kenderaan dan pergi ke tempat mereka masing-masing. Kemudian, ada seseorang yang keluar dan bertanya kepada saya; ke mana tuan hendak pergi? Saya menjawab; pada mulanya saya hendak pergi ke Sukhar, tetapi sekarang saya bercadang hendak pergi menziarahi Hazrat Imam Mahdi Akhir Zaman. Dia berkata; di Sukhar ada orang bernama Hussin Bakhsy, adakah tuan kenal? Saya menjawab; Ya, saya kenal dia.  Dia berkata; ayuh kita ke rumahnya, besok pagi barulah tuan bertolak. Saya pergi bersamanya ke rumah Hussin Bakhsy dan mengetuk pintu, tidak lama kemudian dia datang dan menyambut kami dengan gembira. Kami bermalam di rumahnya malam itu. Keesokan harinya, apabila saya hendak bertolak ke Qadian, dia berkata: saya tidak akan benarkan tuan pergi selagi tuan tidak makan di rumah saya. Kemudian dia pergi ke pasar dan memberi barang-barang lalu dimasak dan menghidangkannya kepada saya. Selepas itu saya bersiap dan duduk di atas kereta kuda. Di atasnya sudah sedia ada dua orang. Seorang berjanggut panjang yang telah diinai. Dia bertanya kepada saya ke mana hendak pergi? Saya menjawab; Saya hendak menziarahi Hazrat Imam Mahdi. Dia mencelah; saya tidak tahu apa sebabnya orang datang ke sini? Apa yang sudah jadi dengan otak semua orang? Dari Batala sehingga Qadian, itu sahaja dia perkatakan. Saya hanya duduk beristighfar dan membaca Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billa. Apabila sampai di Qadian, dia berjalan di hadapan dan saya mengikutinya. Di bawah Masjid Mubarak di mana ada kotak surat. Dia terus menuju ke arah rumah Mirza Gul, dan saya bertemu dengan seseorang yang bertanya ke mana saya hendak pergi. Saya mengatakan bahawa saya hendak berjumpa dengan Hazrat Nuruddin Sahib. Saya juga bertanya siapa yang berada di hadapan saya yang selalu mengeluarkan caci maki ke atas Hazrat Masih Mau’ud a.s. Dia menjawab bahawa orang itu adalah Mirza Imam Din. Kemudian saya pergi kepada Hazrat Maulvi Sahib. Saya menyerahkan surat dari Doktor Hasan Ali yang telah Ahmadi sebelumnya. Maulvi Sahib memberi isyarat dengan tangan; duduk di sebelah sana. Saya terus duduk di sana. Selepas beberapa lama, ada orang datang kepada saya dan memberitahu bahawa Hazrat Sahib sudah sampai di Masjid. Saya terus masuk ke Masjid Mubarak. Di hadapan masjid saya melihat Hazrat Sahib di satu sudut dan Maulvi Sahib di sudut yang lain. Beliau menceritakan mengenai saya kepada Huzur; Huzur, ini anak buah kepada Doktor Hasan Ali yang datang untuk bai’at. Kemudian, saya bai’at kepada Huzur, dan saya menceritakan pengalaman saya ketika kecil dan Huzur mendengar kisah saya. Saya juga menyentuh agar Huzur mendoakan adik saya agar bai’at. Saya telah melanggan Badar untuknya, dan apa sahaja buku Huzur saya turut berikan. Namun, dia tidak suka membacanya. Dia mengatakan bahawa di dalamnya penuh dengan sihir, dan sesiapa yang membacanya akan menjadi mirzai. Huzur doakan dia agar masuk dalam silsilah yang benar ini. Huzur berkata: keinginan tuan itu mulia, mudah-mudahan Tuhan memberikan kejayaan kepada tuan. Huzur melihat ke arah saya dan mendapati sebelah mata saya sakit. Huzur bertanya; sejak bila lagi rosak? Saya menjawab; sejak dari zaman muda lagi. Saya mendaki gunung Koh Miri, mula-mula masih lagi baik, tetapi selepas itu terus jadi seperti yang sekarang ini. Huzur berkata; kerja tuan di Koh Miri berjalan baik, teruskan bekerja di sana. Saya berkata; Huzur! Sekarang saya bekerja di Sukhar. Orang yang bersungguh-sungguh, sukar pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana jaraknya sehingga 600 atau 700 batu. Huzur berkata; semoga Allah memberi kesembuhan kepada tuan. Tidak lama kemudian, saya merasa lega pada mata saya. Apabila saya turun dari masjid dan duduk dengan Maulvi Sahib, maka Maulvi Sahib memberi isyarat agar saya dapatkan ubat. Saya berkata; sekarang ini saya betul-betul rasa lega. Tidak lama selepas itu, Huzur telah berkunjung ke Lahore.

Dalam riwayat seterusnya, satu hari Deputy Commissioner dan Kapten Polis datang melawat Huzur. Mereka menghantar seseorang untuk menyatakan tujuan mereka datang. Huzur berkata: saya tidak ada waktu yang banyak, kalau mereka mahu, boleh berjumpa sekejap sahaja. Dengan berdiri di tangga, mereka datang melawat Huzur dan berkata. Malam semalam kami menerima laporan ada orang membaling batu, jika tuan mahu, kami boleh aturkan polis. Huzur menjawab; Pelindung kami adalah Allah Ta’ala. Namun, tuan boleh lakukan kewajipan tuan apa yang sesuai. Kemudian mereka balik.

Kemudian berkata; satu hari Huzur datang jam 10 pagi untuk memperbaiki masa jam. Jam itu dibalut dengan sapu tangan. Jam itu dikeluarkan dan waktu dibetulkan, kemudian beliau naik lagi ke atas. Satu kali saya datang ke Qadian, Huzur sedang diperdengarkan satu surat seorang Ahmadi dari Sialkot. Di dalamnya tertulis, Huzur! Besan saya meminta gendang dan juga pertunjukan api dalam acara perkahwinan. Huzur menjawab; gendang untuk tujuan pengumuman tidak ada salahnya, manakala pertunjukan api itu suatu yang dibenci. Katakan kepada mereka, gendang akan kami bawa, tetapi pertunjukan api harap dilupakan. Kemudian, pernah sekali Babu Muhammad Rasyid, setelah begitu lama sudah mulai cenderung kepada Ahmadiyah, terjadi perubahan dalam fikirannya, sebahagian disebabkan bersama saya. Selepas itu ada empat orang yang bersedia untuk datang ke Qadian atas tujuan bai’at. Babu Muhammad Rasyid, Maulvi Mahbub Alam, dan Masteri Ilm Din, yang keempat saya tidak ingat namanya. Saya telah bahawa empat orang ini ke Qadian untuk mengambil bai’at.

Satu lagi peristiwa yang ajaib, dia menulis; satu kali apabila Huzur datang ke masjid melalui jendela, maka semua orang bangkit menyambut beliau. Maka seorang pathan (orang yang tinggal di Barat Pakistan) yang menderita sejenis penyakit lutut, berjalan menggunakan dua tongkat, dia mengambil masa yang agak lambat untuk berdiri. Ketika Huzur keluar, maka kaki Huzur tersentuh kakinya hingga sebelah kaki yang tersentuh itu telah hilang rasa sakitnya. Kemudian, apabila Huzur hendak masuk kembali, dia berkata; Huzur! Harap Huzur juga letakkan kaki atas kaki sebelah ini. Huzur meletakkan kakinya sebentar, kemudian berlalu pergi. Selepas itu dia berkata kepada Hazrat Maulvi Sahib; saya telah berubat dengan tuan sejak enam bulan lepas, tetapi tidak ada perubahan apa-apa. Peristiwa hari ini di mana kaki Huzur bersentuhan dengan kaki saya telah menyebabkan semua kesakitan saya hilang. Khalifah Awal menjawab; saudara! Dia itu adalah rasul Tuhan, sedangkan saya hanya Hakim biasa sahaja. Saya berikan ubat apa yang saya rasa patut.

Dikatakan bahawa Huzur sedang duduk di dalam masjid. Kemudian, beliau pergi ke dalam untuk suatu hajat. Berdekatan dengan beliau ada weskot, beliau meletakkannya di atas bahu lalu beredar ke dalam. Selepas dua tiga minit, beliau datang lagi dan membawa weskot yang sama. Maka, Syed Fazal Syah Sahib berkata; Huzur! Di sini tidak ada orang yang duduk di atas, Huzur pergi dua tiga minit kemudian datang lagi dengan membawa weskot di bahu. Huzur menjawab; saya tidak mahu memberi peluang kepada sesiapa untuk membuat dosa. (Register Riwayat Sahabah, Nombor 5, halaman 97-103).

Sebenarnya ini bukanlah kerana takut, tetapi ia merupakan satu cara Hazrat Masih Mau’ud a.s memberi tarbiyat, yakni daripada wujud perasaan yang tidak senang, adalah lebih baik kamu ambil dan angkat barang kepunyaan sendiri.

Hazrat Syeikh Muhammad Ismail r.a yang tingga di Sarsawa daerah Saharanpur, beliau ini bai’at pada tahun 1894, beliau menulis bahawa Hazrat Masih Mau’ud a.s menyatakan rasa sedih berkenaan para maulvi dan sufi zaman ini kerana mereka memalingkan muka dari kebenaran dan menyebabkan orang ramai menjadi jauh dari Allah Ta’ala. Perbuatan mereka juga lebih dahsyat dari orang-orang dahulu supaya hamba-hamba Tuhan tidak menerima kebenaran. Jika Allah tidak memberi ketenangan kepadaku bahawa “Aku akan sampaikan tablighmu ke seluruh pelusuk dunia” dan “Aku tidak akan biarkan engkau gagal”, maka saya tidak tahu apa kesulitan yang akan terjadi akibat ucapan para maulvi ini? Berkata; jika orang-orang ini mendengar rintihanku, iaitu bagaimana aku menangis di hadapan Allah Ta’ala demi kebaikan dan hidayat untuk mereka, bahawa “wahai Pemilikku! Muhsinku! Kasihilah mereka, jauhilah kedegilan hati mereka, berilah mereka petunjuk untuk berjalan atas landasan yang lurus, dan selamatkan mereka dari tergelincir ke arah kegelapan”. Saya berkali-kali rebah di Istana Ilahi untuk mereka dengan ucapan; Ya Ilahi! Mereka ini tidak mengetahui apa sahaja yang aku minta daripada-Mu untuk mereka. Allah! Allah! Apabila Huzur mengucapkan kata-kata ini, maka kami dapat menggambarkan betapa sucinya beliau. Dan ini amat benar bahawa wujud-wujud suci yang Allah utuskan untuk memberi hidayat kepada hamba-hamba-Nya, wujud itu mempunyai keprihatinan dan sikap mengambil berat terhadap hamba-hamba-Nya. Rasa prihatin terhadap hamba-hamba Allah begitu tinggi melebihi keprihatinan dari ibu bapa. Dia menulis lagi, oleh kerana saya yang mendengar suara-suara itu, (maka saya sendiri dapat merasakan kerisauan yang beliau hadapi). (Register Riwayat Sahabah, Jilid 6, halaman 97-98).

Ada satu lagi riwayat Hazrat Syeikh Muhammad Ismail Sahib r.a bin Syeikh Masita Sahib Sukna Sarsawa daerah Saharanpur. Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s telah melahirkan quwwat qudsiah dalam diri sahabat-sahabatnya, iaitu meyakini Allah Ta’ala sebagai Pelindung, dan tidak akan pernah berdusta kerana ketakutan, tidak terhalang dari menyatakan kebenaran. Sentiasa menjauhi akhlak razilah dan menjadikan akhlak fadilah sebagai jalan kehidupan, dan setiap waktu sentiasa berharap agar Tuhan sentiasa bersama-samanya. Keyakinan seperti inilah yang telah menyebabkan musuh para sahabat mendapat kehinaan, manakala para sahabat sentiasa bersyukur kepada Allah. Kemudian, mereka dapat merasai bahawa Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama mereka. Para sahabat begitu yakin kepada Allah, tidak teragak-agak dalam menyatakan kebenaran dan tidak pernah takut dengan sesiapa. Amal soleh mereka ialah hati mereka larut dalam kecintaan terhadap Allah, dan apa pun yang sedang mereka buat, semuanya itu adalah kerana Allah Ta’ala. Mereka terhindar dari perbuatan riak kerana Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata bahawa riak itu satu akhlak buruk yang berbahaya, ia boleh menyebabkan insan menjadi munafik. Saya tidak pernah melihat kelopak mata Hazrat Masih Mau’ud a.s naik ke atas, malah sentiasa meredupkan matanya. Begitu tinggi perasaan malu yang beliau miliki. Tetapi, apabila disentuh mengenai musuh Allah, atau cerita mempersendakan Rasulullah s.a.w, kelopak mata beliau akan kelihatan terangkat, jika tidak, mata beliau selalu tersembunyi dalam kelopak matanya. Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w, setiap kali ada zikir mengenai Rasulullah s.a.w, pasti beliau akan berkata: Jika rasul suci ini tidak datang ke dunia, pasti di dunia ini akan hilang dari hidayat, kegelapan demi kegelapan yang akan terjadi. Beliau amat menekankan anggota Jemaatnya agar berusaha menjauhi akhlak razilah, dan beliau selalu berkata: Jadikanlah diri kamu penzahiran Allah Ta’ala, amalkan akhlak fadilah supaya Allah Ta’ala mencintai kamu. Kita ini lebih mencintai Tuhan daripada mencintai ibu sendiri. Demikianlah akhlak Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s, apabila kita renungkan dengan mendalam terhadap akhlak beliau, minda kita akan mengakuinya, kemudian kita akan turut mencintainya dan tidak mahu lagi berpisah dengannya, akan terduduk ke kakinya, dan seperti bola yang walaupun di tendang-tendang, tetap tidak mahu berjauhan dengannya. Inilah akhlak hasanah Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s. Beliau juga amat menekankan anggota Jemaat agar menjauhi perbuatan buruk sangka, beliau berkata; orang yang selalu berburuk sangka tidak mendapat cahaya iman yang hakiki kerana buruk sangka itu satu akhlak buruk yang berbahaya. Ini jugalah penyebabnya hilang rasa bergantung harapan kepada Allah Ta’ala.

Jadi, anggota Jemaat kita harus menjauhi perbuatan buruk sangka. Orang yang berburuk sangka tidak akan termasuk dalam Jemaat Tuhan. Inilah tanda Jemaat Ilahi. Hazrat Masih Mau’ud telah berkali-kali memberi nasihat agar kita meyakini bahawa Al-Qur’an merupakan sarana makrifat Ilahi, dan apa yang diberitahu di dalamnya merupakan amal soleh. Ini adalah kerana Al-Qur’an menyentuh tentang amalan yang boleh membawa kebaikan kepada dunia dan akhirat seseorang. Saya berkata dengan sebenar-benarnya bahawa inilah kitab yang apabila menyentuh tentang berkat-berkatnya, semua orang-orang suci di seluruh dunia telah membenarkannya dengan lidah. Oleh sebab itu, anggota Jemaat kita hendaklah menjadikan Al-Qur’an ini sebagai panduan hidup. (Register Riwayat Sahabah No. 6, halaman 66-68)

Mudah-mudahan Allah Ta’ala juga meninggikan darjat para sahabat-sahabat yang telah menyebabkan riwayat hidup mereka sampai kepada kita. Dan juga mudah-mudahan kita diberikan taufik oleh Allah agar dapat bersedia setiap masa untuk melakukan pengorbanan-pengorbanan bagi mengembangkan misi Hazrat Masih Mau’ud a.s iaitu menghidupkan kembali Islam. Kita harus memastikan kehidupan kita itu berjalan mengikut landasan Islam yang sebenar. Inilah yang diharapkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s dari kita dan juga contoh para sahabat yang telah dipersembahkan di hadapan kita.

_____________________

Khutbah Hazrat Mirza Masroor Ahmad (16 Julai 2010)
untuk teks MS Words atau PDF, sila email
barahin.ahmadi@gmail.com


Bagaimana mengambil manfaat dari bulan Ramadhan


Satu keberuntungan kita ialah, dengan kurnia Allah sekali lagi kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang Mubarak.  Rasulullah s.a.w telah menetapkan bahawa bulan ini adalah SYAHRUN MUBAARAKUN, yakni bulan berberkat sehingga dikatakan sebagai SAIYIDUS SYAHUUR, iaitu penghulu segala bulan. Dalam bulan inilah amalan seorang insan diberi ganjaran sehingga 700 kali ganda. Bulan ini amat Mubarak dan juga bulan rahmat dan maghfirat. Jadi, kita seharusnya tahu bagaimana mengambil manfaat dari bukan Ramadhan Mubarak ini. Di sini ada diberikan beberapa tariqah (jalan atau cara) bagaimana untuk mengambil faedah daripadanya.

1.       Menunaikan Solat Secara Berjemaah

Al-Qur’an banyak kali menyentuh tentang seruan untuk solat berjemaah. Di dalam hadis, Rasulullah bersabda bahawa pahala orang yang solat berjemaah adalah 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Sebab itu, kita hendaklah berusaha untuk datang ke masjid bagi menunaikan solat secara berjemaah.

2.       Qiyamul Lail

Sepanjang bulan Ramadhan in harus diusahakan agar membuat Qiyamul Lail, menunaikan solat Tahajjud. Adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w menunaikan solat Tahajjud sebanyak lapan rakaat dan tiga rakaat Witir dalam bulan Ramadhan dan bulan-bulan yang lain. Setiap insan hendaklah berusaha menunaikan solat Tahajjud walaupun masa begitu singkat kerana doa pada waktu ini mempunyai peluang yang besar untuk dikabulkan oleh Allah. Ini kerana waktu inilah yang paling sesuai untuk bertemu dengan Allah.

Di dalam hadir Tirmizi, hadis Qudsi, menyatakan bahawa setiap malam, apabila malam tinggal sebahagian sahaja lagi, maka Allah Ta’ala akan mengumumkan, “sesiapa yang memohon kepada-Ku, maka Aku akan kabulkan doa-doanya, sesiapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku akan berikan, dan sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku, maka Aku akan ampunkan”.

Ada orang memberi alasan bahawa dia sudah penat bekerja pada waktu siang, sebab itu malam tidak dapat bangun untuk Tahajjud, sedangkan Allah Ta’ala menyakan bahawa kesibukan kerja itu tidak akan berakhir sampai bila-bila, malah akan berterusan dan semakin banyak pekerjaan. Oleh sebab itu kita hendaklah mahir dalam mengatur waktu, setidak-tidaknya dua rakaat setiap malam untuk Tahajjud pun sudah memadai, iaitu dengan bangun 10 minit lebih awal daripada waktu azan Subuh.

3.       Solat Tarawih

Oleh kerana dalam bulan Ramadhan telah diaturkan solat Tarawih, namun begitu, solat Tahajjud jangan ditinggalkan kerana manfaat atau kedudukan solat ini di sisi Tuhan amat mulia.

4.       Tilawat Al-Qur’an Karim

Ramadhan Mubarak dan Al-Qur’an Karim amat dalam hubungannya. Ini adalah kerana dalam bulan inilah Al-Qur’an mulai diturunkan. Dengan kata lain, bulan Ramadhan ini adalah bulan ulang tahun bagi Al-Qur’an. Oleh sebab itulah, dalam bulan Ramadhan ini hendaklah banyak membaca Al-Qur’an, banyak merenungkan pelajaran di dalamnya. Dan sesuai dengan sunnah Rasulullah s.a.w, kita seharusnya dapat menyempurnakan bacaan Al-Qur’an Karim sebanyak dua kali atau sekurang-kurang sekali.

5.       Berdoa, berdoa dan banyak berdoa

Tanpa diragukan lagi bahawa bulan Ramadhan ini adalah bulan pengabulan doa-doa. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Umar, Rasulullah s.a.w bersabda, “orang yang mengingati Allah akan diberi keampunan dan orang yang memohon daripada Allah tidak akan dibiarkan gagal”.

6.       Zikir Ilahi, Taubah, Istighfar dan Salawat

Sepanjang bulan Ramadhan, insan seharusnya banyak melakukan zikir Ilahi dan beristighfar, tetapi kelihatan bahawa insan lebih suka bercerita ke sana sini daripada memberi tumpuan terhadap zikir Ilahi. Rasulullah s.a.w bersabda; “permisalan orang yang melakukan zikir Ilahi dengan orang yang tidak melakukan zikir Ilahi adalah ibarat orang hidup dan orang mati”.

Rasulullah bersabda: “saya beristighfar setiap hari sehingga melebihi 100 kali”. (Bukhari)

Kemudian bersabda lagi: “Orang yang menjadikan istighfar satu kebiasaan, Allah akan memberikan sarana yang luas, segala kesulitan, kesedihan, dan kerisauan akan dihapuskan, dan mereka akan diberikan rezeki yang mereka sendiri tidak sangka-sangka”. (Abu Daud)

7.       Banyak bersedekah

Di dalam bulan Ramadhan juga menyeru agar memperhatikan orang miskin supaya memastikan mereka mendapat apa yang mereka perlukan. Rasulullah s.a.w seorang insan yang paling dermawan, tidak pernah seseorang peminta sedekah akan balik dengan tangan kosong. Dan apabila Ramadhan tiba, sifat dermawan ini akan kelihatan lebih terserlah lagi. Jadi, perhatikanlah orang-orang miskin dan orang yang memerlukan di sekitar kita. Pastikan mereka juga dapat bergembira seperti kita.

8.       Zakat Fitrah

Rasulullah s.a.w telah mewajibkan fitrah ini ke atas setiap Muslim sama ada anak-anak, orang tua, lelaki dan wanita, mereka hendaklah membayar fitrah. Ini boleh mensucikan puasa seseorang. Secepat yang mungkin, fitranah harus dibayar agar segera dapat diagihkan kepada orang yang memerlukan, supaya mereka juga dapat meraih kegembiraan dalan Hari Raya.

9.       10 Malam Terakhir, Iktikaf

Rasulullah s.a.w akan menghabiskan masa dengan zikir Ilahi semasa beriktikaf, oleh sebab itu, mereka yang mendapat taufik untuk beriktikaf hendaklah mencontohi Rasulullah s.a.w. Setiap waktu mereka harus disibukkan dengan zikir Ilahi, Taubah dan istighfar, salawat, doa-doa, ibadat dan banyak membaca Al-Qur’an serta nafal-nafal yang lain. Harus banyak berdoa demi kemenangan Islam, untuk orang-orang Islam, untuk orang-orang miskin dan ibu-ibu tunggal. Dan yang paling penting ialah seorang yang beriktikaf harus dapat membuat perubahan suci dalam dirinya.

10.   Lailatul Qadar

Di dalam Al-Qur’an dijelaskan bahawa malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Setiap orang yang tidak mendapat peluang untuk membanyakkan amalan dalam awal-awal Ramadhan itu, maka apabila tiba 10 malam terakhir Ramadhan, mereka perlu berusaha memperbanyakkan amalan di situ dengan tujuan mencari Lailatul Qadar. Rasulullah s.a.w bersabda; “Sesiapa yang dapat mengerjakan semua solat sejak mulai bulan Ramadhan sehingga akhir, maka mereka telah mendapat bahagian besar dalam Lailatul Qadar.”

11.   Aidil Fitri

Setelah Ramadhan berlalu, maka Allah Ta’ala telah memberikan hadiah berupa solat Aidil Fitri kepada orang-orang Mukmin. Semua lapisan manusia terlibat di dalamnya. Kegembiraan menyambut Aidil Fitri ini adalah hasil amalan yang telah dibuat sepanjang bulan Ramadhan.

Mudah-mudahan kita semua mendapat taufik untuk mengambil manfaat daripadanya.

  

Friday, July 30, 2010

Larangan Membunuh Tanpa Asas

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0727&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Larangan membunuh tanpa asas




Tindakan membunuh sesama Islam tanpa alasan yang benar adalah peristiwa hitam yang terjadi dalam sejarah Islam dari zaman ke zaman. Dewasa ini ia muncul dengan tajuk keganasan, terorisme atau militanisme yang dikaitkan dengan agama Islam.
Ia menjadi suatu isu besar yang turut mempengaruhi imej dan hubungan Islam dan agama-agama lain. Walaupun kita faham tidak semua label pengganas benar tetapi kita juga tidak dapat menafikan memang ada dalam kalangan penganut Islam, mereka yang bertindak ganas di luar kerangka hukum Islam.
Dalam memperjuangkan apa yang mereka rasa benar, mereka boleh sampai menghalalkan darah sesama Islam dan mengisytiharkan jihad perang tanpa hak terhadap mereka yang tidak sealiran.
Menyedari bahaya ini, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki dalam kitab Mafahim Yajib An Tusohhah menyambung perbahasan isu takfir dengan larangan mencaci dan membunuh sesama Islam.
Beliau menegaskan bahawa membenci, memutuskan hubungan dan memusuhi kaum Muslimin itu adalah haram. Mencaci seseorang Muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya tanpa alasan yang benar, adalah suatu kekufuran apabila dia menghalalkan perbuatan tersebut.
Sebagai bukti tegahan dalam permasalahan ini, memadailah diingat hadis melibatkan Khalid ibn al Walid r.a ketika diutuskan kepada kaum Bani Jazimah untuk mengajak mereka kepada Islam. Apabila beliau sampai, mereka pun menemuinya.
Lalu Khalid r.a berkata kepada mereka: "Masuklah kalian ke dalam Islam!" Mereka menjawab: "Kami adalah kaum Muslimin". Khalid ibn Walid berkata, "(Jika begitu) letakkanlah senjata kalian dan turunlah (dari bukit itu)". Mereka menjawab, "Tidak! Demi Allah, tidak ada sesuatu yang terjadi setelah meletakkan pedang, melainkan pembunuhan. Kami masih belum berasa aman denganmu dan orang-orang yang bersamamu."
Khalid berkata dengan tegas: "Tidak ada keamanan bagi kalian kecuali jika kalian turun (dari bukit itu)."
Setelah mendengar ancaman itu, sebahagian mereka pun turun manakala sebahagian yang lain berpecah.
Dalam riwayat lain disebutkan bahawa, ketika Khalid sampai kepada kaum Jazimah, mereka menyambutnya dengan baik.
Lalu Khalid r.a berkata: "Siapakah kalian? Sudah Muslim, atau masih kafir?"
Mereka menjawab: "Kami adalah Muslimin. Kami telah mendirikan solat, kami juga membenarkan kenabian Nabi Muhammad SAW, kami telah membangunkan beberapa buah masjid di halaman rumah kami, dan melaungkan azan di dalamnya."
Dalam satu lafaz, mereka tidak mengatakan, Aslamna (kami telah masuk Islam), tetapi menyebut Soba'naa! Soba'naa! (Kami telah meninggalkan agama kami dahulu, kami telah meninggalkannya)".
Kemudian Khalid berkata kepada mereka: "Mengapa kalian masih menyandang pedang?"
Mereka menjawab: "Sesungguhnya di antara kami dan sebahagian orang-orang Arab ada permusuhan. Kami takut, jikalau kalian adalah mereka. Maka kami pun tetap menyandang pedang."
Khalid r.a berkata: "(Sekarang) letaklah pedang kalian." Mereka akhirnya meletakkan senjata.
Kemudian Khalid berkata kepada angkatan tenteranya: "Tawanlah mereka". Maka sebahagiannya ditawan, sebahagian lagi diikat dan kemudian dibahagi-bahagikan di antara sahabat-sahabatnya.

Wednesday, July 28, 2010

Pardah Dalam Islam

Islami Pardah

Kebelakangan ini ada tentangan terhadap sistem pardah. Tetapi mereka itu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Pardah dalam Islam. Pardah bukan hanya bermaksud tudung, malah ia merupakan suatu penghalang di mana seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim terpisah antara satu sama lain. Sekiranya diamalkan sistem pardah yang betul, maka keburukan akan dapat dihindari. Dikatakan bahawa, bagaimana seorang lelaki dan wanita boleh terhindar dari keburukan dengan menahan gejolak nafsu sedangkan mereka berjumpa dengan rasa seronok dan gembira?

Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa seorang lelaki dan wanita yang bertemu di suatu rumah yang sunyi, dan pada waktu itu pintu rumah tertutup, mereka tidak kenal lagi erti MALU. Seolah-olah bagi mereka itu satu kebaikan.

Bagi menghalang akibat buruknya, sebab itulah Islam sama sekali tidak mengizinkan perbuatan seperti itu yang boleh membawa ke arah keburukan. Dikatakan bahawa jika ada wanita dan lelaki bukan muhrim duduk di tempat yang sunyi, maka yang ketiga di antara mereka adalah syaitan.

Perhatikanlah akibat buruknya dengan betul, mereka yang terpengaruh dengan budaya Eropah, di beberapa tempat kehidupan mereka telah dilanda taufan yang amat memalukan ini. Jika ingin suatu benda tidak mahu dikhianati, maka peliharalah benda itu, jika tidak dijaga, malah menganggapnya satu amalan yang mulia, benda itu akan musnah.
Ajaran Islam itu begitu indah, lelaki dan wanita yang bukan muhrim itu dipisahkan agar terhindar dari keburukan. Dan juga kehidupan insan tidak menjadi musnah yang mana di Eropah, saban hari kita melihat ada pergaduhan dan bunuh diri.

(Dipetik dan diterjemahkan dari Malfoozaat Jilid 1, halaman 21)

Dana Saiyidina Bilal

Dana Saiyidina Bilal untuk Para Syuhada

Saya hendak sampaikan satu perkara yang penting. Saya ditanya beberapa kali, bagaimana seharusnya membayar untuk DANA SYUHADA ini? Ada beberapa saudara menyarankan agar diwujudkan satu dana khas untuk para syuhada ini.

Itu adalah disebabkan ketidaktahuan mereka. Sebenarnya dana untuk para syuhada telah bermula pada zaman khalifah keempat atas nama “Saiyidina Bilal Fund”. Dan saya sudah jelaskan hal ini dalam Khutbah Hari Raya dan juga Khutbah Jumaat.

Dengan dana ini, kehidupan keluarga para syuhada dapat diambil berat. Mereka yang memerlukan akan dibantu dengan sebaik mungkin. Dan, sekiranya dana ini tidak wujud pun, adalah menjadi kewajipan bagi Jemaat untuk mengambil berat atas keluarga-keluarga para syuhada ini. Dan dengan kurnia Allah Ta’ala juga, kita sentiasa mengambil berat akan mereka semua. Jadi, “Dana Saiyidina Bilal” memang ada, dan anggota Jemaat boleh menyalurkan bantuan melalui dana ini.

(Petikan dari Khutbah Imam Jemaat Ahmadiyah, Hazrat Mirza Masroor Ahmad, 11 Jun 2010)

Wednesday, July 14, 2010

Kesabaran & Doa Untuk Ahmadi di Lahore


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Ha Mim Sajadah:31-33)
>Inilah terjemahan ayat yang telah saya tilawatkan tadi.
Setiap minggu, ribuan surat yang saya terima dan baca dalam pelbagai bentuk surat. Ada yang mohon doa untuk penyakit, ada yang mohon doa untuk saudaranya agar termasuk dalam kegembiraan perkahwinan, ada juga yang menzahirkan rasa risau dalam pencarian ahli keluarga, juga pelbagai jenis pekerjaan dan perkhidmatan agar diberikan berkat, para pelajar mohon kejayaan dalam peperiksaan mereka, juga untuk ibu bapa mereka, dan ada banyak lagi jenis surat yang saya baca.
>Tetapi, dalam minggu yang lepas, saya menerima surat-surat yang lebih banyak yang mengandungi isi yang hampir sama iaitu menzahirkan rasa sedih atas peristiwa yang berlaku di Lahore. Sedih, duka, marah, tetapi ayat mereka diakhiri dengan sabar dan doa-doa. Semua orang lupa tentang masalah mereka. Surat-surat itu juga datang dari Pakistan, negara-negara Arab, India, Australia dan juga dari pulau-pulau. Dari Eropah juga ada, Amerika, Afrika, yang mana semangat yang dizahirkan itu bukan kerana keluarga mereka ada tinggal di Pakistan, atau kerana bangsa mereka dizalimi, tetapi semuanya adalah kerana mereka bai’at kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Penzahiran emosi mereka seolah-olah ada ahli keluarga mereka yang telah ditindas. Kemudian, mereka yang mempunyai ahli keluarga yang turut terkorban samada adik, abang, ayah, atau suami yang syahid, mereka menyampaikan kepada saya bahawa mereka akan bersabar dan istiqomah semata-mata kerana Allah.
>Ketika saya membuat panggilan telefon ke setiap rumah yang mempunyai ahli keluarga yang syahid untuk mengucapkan takziah, saya mendapati ahli keluarga mereka yang syahid, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa, isteri-isteri dan saudara mereka, sudah redha atas takdir Ilahi. Jika ada rumah tertinggal, sila maklumkan kepada saya.
>Walaupun dalam surat, mungkin emosi boleh disembunyikan, namun dari suara mereka jelas kedengaran bahawa “kami mengutamakan firman Allah Ta’ala, orang Mukmin, sebagai ganti melakukan tindak balas, kami hanya menguncapkan Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’uun. Kami mengucapkan ini dengan penuh kesedaran bahawa kami pasrah atas keredhaan Allah. Apa yang ada pada satu-satu atau dua-dua korban, kami ini sanggup korbankan segala-galanya dan kami sedia mengorbankan setiap titisan darah kami semata-mata untuk Jemaat Hazrat Masih Mau’ud a.s ini.
>Sebab itu bersedialah, hari ini darah kita dan pengorbanan kitalah yang akan menzahirkan dan melaungkan kepada dunia bahawa Rasulullah s.a.w itu adalah rasul yang terbaik dan khatamul anbiya. Kita inilah yang akan mengekalkan contoh golongan yang awwalin. Kita inilah yang akan mempamerkan contoh para sahabat Rasulullah s.a.w.
>Dengan membaca semua surat dan mendengar semangat dari mereka, untuk menzahirkan perasaan sendiri berada di luar kemampuan. Tetapi Allah Ta’ala telah menetapkan atas keyakinan itu dan memberi kekuatan bahawa orang-orang ini dikasihi oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s, mereka semua ini telah dikurniakan oleh Allah kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s untuk mencapai matlamat yang besar.
>Sabar dan istiqomah ini mereka miliki, dan orang-orang yang telah pergi pun menunjukkan keteguhan hati mereka lalu hadir di hadapan Allah Ta’ala, dan sesuai dengan janji Allah Ta’ala iaitu (ayat dari Surah Al-Baqarah :155), golongan ini membenarkan ayat ini, dan mereka juga memberitahu kepada dunia bahawa jangan katakan kami ini mati, malah kami ini hidup. Di mana kami telah mendapat kehidupan yang kekal dari Allah Ta’ala, itu akan menjadi penyubur kepada agama Allah. Setiap titisan darah kami ini akan menjadikan ribuan buah-buah dan pohon akan menjadi indah. Malaikat telah meletakkan kami di pangkuan mereka. Kami sendiri pun tidak tahu di mana-mana dan berapa banyak butir peluru yang terkena pada tubuh kami. Kami juga tidak tahu jika kami cedera oleh bom.
>Orang-orang yang telah menyerahkan jiwa mereka kerana Allah Ta’ala telah menunjukkan satu kesabaran yang agung, berjam-jam lamanya mereka menahan kesakitan dan terus-menerus melihat darah yang mengalir dari tubuh saudaranya, mereka terus-menerus berdoa dan membaca salawat tanpa mengeluarkan kata-kata rungutan. Jika ada yang merungut, maka orang yang ada di hadapannya berkata; orang sanggup mengorbankan nyawa tanpa ada suatu maksud yang khas, tetapi kamu sedang berkorban untuk suatu maksud yang agung, maka orang yang merungut tadi hanya berdoa dan bersalawat sehingga ke titisan darah yang terakhir. Orang yang bersalawat ke atas nabi Muhammad s.a.w, mereka itu berusaha meyakinkan Allah dan Rasulullah s.a.w bahawa mereka sedang menyempurnakan janji yang dibuat kepada Masih Muhammadi.
>Saya telah melihat video yang menyayat hati yang telah dirakam oleh orang yang cedera. Jadi, mereka inilah, yang memang pengorbanan mereka diambil oleh Allah, tetapi malaikat telah memberikan ketenangan kepada mereka. Berjam-jam lamanya mereka hanya berdoa dan bersabar.
>Melalui telafon, seorang lelaki memberitahu saya bahawa abangnya berumur 19 tahun terkena empat lima das tembakan, tetapi berjam-jam lamanya dia berdoa dalam keadaan cedera dan tidak berganjak dari tempatnya. Jika polis sampai pada masanya, ramai nyawa yang boleh diselamatkan. Tetapi jika semua pentadbiran dalam masalah, apa yang boleh diharapkan dari mereka? Seorang pemuda telah menahan hand grenade dengan tangannya sehingga meletupkan dirinya untuk menyelamatkan yang lain. Ada seorang tua yang menjadikan dirinya perisai melindungi pemuda dan anak-anak ketika penyerang cuba menembak, sehingga semua peluru terkena dadanya.
>Hari ini, Inspector General police memberitahu dengan bangganya bahawa dua orang pengganas telah ditangkap. Apabila dari atasan sehingga bawahan sudah tidak peduli dengan kebenaran atau kepalsuan, sebab itu mereka memperkatakan seperti itu. Sebenarnya, dua pengganas itu telah ditangkap oleh dua anak muda kita. Penangkap itu memberitahu saya bahawa dia seorang anak yang lemah dari segi jasmani, tetapi penuh dengan keimanan. Dia telah menangkap leher pengganas itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menangkap tangan pengganas sehingga tidak dapat melepaskan diri.
>Pengganas yang malang itu masih muda, dalam umur 18-19 tahun atau 20-22 tahun. Dia anak orang miskin. Disebabkan kemiskinan, mereka menjadi zalim kerana diajar untuk bertindak ganas atas nama agama, dan mereka dibrainwash sehingga dijanjikan dengan syurga jika mereka sanggup membuat serangan berani mati. Sedangkan ini adalah bentuk kematian yang tidak disukai Allah. Tetapi hal ini jarang diketahui oleh manusia. Tidak pernah ada orang yang melihat pemimpin-pemimpin pengganas yang datang bersemuka, tidak pernah mereka mengorbankan anak-anak mereka, tetapi mereka hanya membrainwash anak-anak miskin untuk berani berkorban. Apapun, kedua-dua pengganas itu telah ditangkap oleh anak muda kita.
>Jadi, turunnya malaikat yang memberi ketenangan seperti yang kita lihat atas orang-orang yang cedera itu, ia juga memberi ketenangan kepada orang yang masih hidup. Keimanan yang kuat ke atas imam zaman telah menyebabkan Allah memerintahkan para malaikat; pergilah, jadilah penenang kepada hamba-hamba-Ku, jadilah sarana ketenangan dan kesabaran ke atas orang-orang yang berdoa. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa keadaan ini kelihatan dalam setiap rumah yang saya hubungi.
>Kita menjadi hairan apabila melihat pemandangan ini, bagaimana Allah Ta’ala mengurniakan kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s orang-orang seperti ini. Setiap dari mereka memperlihatkan gambaran (ayat dari surah Yusuf:87) sesungguhnya hanya kepada Allah sahaja aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku. Dan inilah ciri seorang Mukmin di mana mereka telah diperintahkan oleh Allah untuk bersabar atas kesedihan yang menimpa. Firman Allah Ta’ala (ayat dari surah Al-Baqarah:154) yakni hai orang-orang yang beriman! Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.
>Jadi, seorang hamba harus mempersembahkan segala-galanya di hadapan Tuhan. Seorang hamba Allah yang hakiki, iaitu abdurrahman, sebagai ganti dia melakukan keluh-kesah, membuat bising, mengadakan tunjuk perasaan, dan meninggalkan undang-undang, jika mereka menahan emosi dengan sabar dan doa, maka Allah akan memberikan mereka hak untuk mendapat khabar gembira. Jemaat orang-orang Mukmin telah diberitahu oleh Allah tentang ujian yang akan mereka hadapi dan pasti akan datang. Allah telah berfirman   (ayat dari surah Al-Baqarah:156) dan sungguh akan kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
>Jadi, Allah Ta’ala memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar dan berdoa. Mereka juga diberikan khabar tentang syurga. Orang-orang yang syahid di jalan Allah juga diberikan khabar gembira tentang syurga. Orang-orang yang menjalani kehidupan menurut keredhaan Allah juga mendapat khabar syurga. Keinginan orang-orang seperti itu ialah mendapatkan keredhaan Allah Ta’ala.
>Ayat yang saya tilawatkan tadi, Allah Ta’ala menceritakan tentang ciri-ciri keistimewaan orang Mukmin. Orang yang memperlihatkan istiqomah dalam ujian, malaikat menjadi sarana ketenangan bagi mereka. Apabila orang Mukmin ditimpa ujian dari pelbagai arah, banyak jiwa yang terkorban, harta benda dirampas, maruah juga dijatuhkan, kadang-kadang ujian datang dari pelbagai arah manakala pertolongan Allah seolah-olah tidak muncul, pada waktu itu, apabila seorang Mukmin yang memahami Bassyiris Shoobiriin memperlihatkan istiqomah, maka mereka akan mendapat kurnia Allah Ta’ala dan bernaung di bawah perlindungan Allah. Dengan segera kemenangan, kejayaan dan pertolongan akan datang mendadak sehingga tidak terfikir pun oleh seorang Mukmin.
>Allah Ta’ala juga akan memperlihatkan keajaiban-keajaiban yang tidak tergambar. Jadi, syaratnya ialah istiqomah, dan mubarak atas orang-orang Ahmadi Lahore, sama ada yang telah pergi atau yang masih tinggal, kerana telah memperlihatkan istiqomah. Allah Ta’ala akan menyempurnakan janji-Nya. Janji untuk memberi ketenangan hati yang kita dapat lihat, ini merupakan penyempurnaan janji Allah.
>Dalam hal ini Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Orang-orang yang berkata bahawa Tuhan kami adalah Allah dan terpisah dari tuhan-tuhan palsu, kemudian mereka istiqomah, yakni teguh ketika ada ujian dan musibat yang datang, malaikat-malaikat datang kepada mereka dan menyampaikan berita jangan takut dan jangan bersedih, bergembiralah kerana kamu akan menjadi pewaris kegembiraan seperti yang telah dijanjikan kepada kamu. Kami ini kawan bagi kamu di dunia dan juga di akhirat. Dari sini dapat kelihatan bahawa melalui istiqomah, keredhaan Allah Ta’ala itu dapat diperolehi. Ini adalah perkara yang benar bahawa istiqomat fauqul karamat (istiqomah itu mengatasi keajaiban). Istiqomah yang sempurna ialah ketika melihat musibat datang mengelilingi dari empat penjuru, dan mendapati bahawa nyawa, kehormatan dan maruah sedang dalam bahaya, dan tidak ada orang yang memberi ketenangan, sehingga Tuhan pun menutup kasyaf, mimpi dan ilham dan meninggalkan mereka dalam keadaan yang begitu menakutkan. Pada waktu itu pun mereka tidak memperlihatkan sikap pengecut dan tidak mundur ke belakang seperti orang penakut, juga tidak ada gangguan dalam sikap kesetiaan mereka, tidak tergelincir dalam hal kebenaran dan keteguhan, gembira atas kehinaan, redha atas kematian, tidak menunggu kawan untuk keteguhan bagi memberi sokongan, tidak juga mengharapkan khabar gembira daripada Allah bahawa waktu itu amat menakutkan, dan walaupun tidak ada sesiapa atau dalam keadaan lemah, dan tidak mempunyai orang yang memberi ketenangan, mereka tetap berdiri tegak, dan tanpa berkeluh-kesah menyerahkan leher ke hadapan, dan tidak menyalahkan qada’ dan qadar, dan tidak memperlihatkan ketidaksabaran sehinggalah ujian itu mencapai tahap sempurna. Inilah istiqomah yang melaluinya boleh berjumpa dengan Tuhan. Inilah bendanya yang sehingga sekarang ini datang wangian dari tanah para rasul, para nabi, para siddiq dan para syuhada. (Islam Usul Ki Filosofi, Rohani Khazain, Jilid nombor 10, halaman 419-420)
>Hari ini, dari tanah para syuhada kita juga akan keluar wangian yang akan menyegarkan otak kita. Istiqomah yang mereka telah tunjukkan menyeru kepada kita bahawa lapangan istiqomah dan sabar yang sedang kamu pegang ini, jangan pernah tinggalkan. Sesungguhnya janji Allah itu benar. Ujian yang panjang, jangan biarkan ia menggoyangkan keteguhan kamu. Jangan sampai ada kalimah tidak bersyukur yang keluar dari mulut kamu.
>Berkenaan dengan para syuhada ini, banyak orang yang telah melihat keadaan mereka dalam mimpi yang indah-indah. Mereka berjalan-jalan di syurga dengan penuh kegembiraan. Malah atas mereka dihiasi dengan bintang kehormatan. Bintang kehormatan di dunia ini hanya diberikan setelah lama berkhidmat. Dalam Jemaat ini, ada anak muda yang telah menerima bintang kehormatan dalam zaman mudanya lagi.
>Jadi, tangisan dan kesedihan kita adalah untuk Allah. Ia tidak seharusnya mengurangkan keimanan kita. Kalian adalah orang-orang Lahore di mana Hazrat Masih Mau’ud a.s menerima ilham “di Lahore ada anggota Jemaat kita yang suci”. (Ilham 13 Disember 1900) dan “di Lahore ada anggota yang mempunyai kecintaan suci”, (Ilham 13 Disember 1900). Inilah kemulian kalian yang harus dikekalkan. Berusahalah untuk mendapatkan keredhaan Allah melalui sabar dan berdoa. Dan, dalam perkara ini banyak lagi khabar gembira yang diberitahu oleh Allah kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Jadi, beruntunglah kalian yang khabar gembira ini diberikan kepada Masih a.s yang suci dengan menyebut nama bandar tempat tinggal kalian.
>Pada pendapat saya, musuh menyerang bukan hanya kerana untuk membunuh, malah ada maksud lain. Salah satunya ialah cuba memberi ketakutan dengan berfikiran bahawa orang-orang Ahmadi yang lemah akan menjauhi Ahmadiyah, juga menanamkan rasa tidak senang di kalangan anak muda. Tetapi mereka tidak tahu bahawa mereka itu adalah ibu kepada anak-anak yang dalam darah dan susu mereka mengalir janji untuk mengorbankan jiwa, harta, waktu dan kehormatan.
>Perkara kedua ialah, musuh beranggapan bahawa disebabkan ramai orang yang terkorban, orang Ahmadi tidak akan dapat bertahan dan akan pergi ke jalan-jalan. Akan melakukan kekacauan, membuat tunjuk perasaan, kemudian, kerajaan akan bertindak terhadap orang-orang Ahmadi. Dan dengan itu mereka akan memberi gambaran yang buruk mengenai Ahmadiyah di seluruh dunia.
>Tetapi, mereka tidak tahu bahawa orang Ahmadi dikurniakan kesabaran oleh Allah, dan meminta perlindungan daripada Allah. Orang-orang Ahmadi ini berkumpul di bawah bendera khilafat, dan tidak pernah akan menunjukkan tindak balas seperti itu. Apabila tindak balas yang diinginkan oleh para penentang tidak kelihatan, dan juga seluruh dunia riuh mengenai tindakan zalim ini, dan juga media telah menelanjangkan mereka, maka kerajaan pun berfikir agar perlu untuk mengasihani golongan tertindas ini, dan perasaan malu mereka dapat dipadamkan.
>Bermacam-macam hal yang mereka cuba perkatakan, berperikemanusiaan dan sebagainya. Yang menghairankan, kenapa sehingga sekarang ini mereka tidak tahu apa sebenarnya Ahmadiyah? Adakah setiap saat amalan orang-orang Ahmadi sejak 120 tahun yang lalu tidak membuka mata mereka? Ahmadi ini duduk bangun atas satu perintah daripada imam mereka. Ahmadi ini adalah golongan yang telah beriman kepada Masih Mau’ud yang datang ke dunia ini untuk membawa ajaran Rasulullah s.a.w, yang telah menjadikan orang-orang berperangai binatang menjadi insan dan dari insan menjadi insan yang bertuhan.
>Jadi, apabila sudah keluar dari kehidupan binatang untuk menjadi insan yang bertuhan, bagaimana mungkin boleh membuat huru-hara? Bagaimana kami boleh memperlihatkan pembunuhan dan tunjuk perasaan dan sebagainya? Kami ini lebih mengutamakan keredhaan Allah dan hanya mengucapkan Innaa Lilaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’un dan menyerahkan urusan itu kepada Allah Ta’ala. Kami hanya menyerahkan kesedihan dan kedukaan kami kepada Allah Ta’ala dan pasrah atas kehendak-Nya serta hanya menunggu keputusan daripada-Nya.
>Tahniah atas kebuasan dan kezaliman kamu kerana berpesta menggunakan darah makhluk Tuhan atas nama Tuhan. Atas nama agama, kamu telah membawa kembali kehidupan 14 atau 15 tahun yang lepas. Mereka ini mengatakan bahawa tidak perlu mana-mana Muslih. Tidak perlu datang mana-mana Masih Mau’ud. Sekarang ini pun tetap ingkar. Cukuplah bagi kami Qur’an dan syariat yang ada.
>Jadi, adakah amalan kamu ini berada di atas ajaran syariat atau Qur’an seperti yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w? Sama sekali tidak. Rasul yang berlaku ihsan atas manusia, dan sehingga kiamat tidak akan lahir seorang Rasul yang seperti itu, tetapi kamu tidak akan dapat memburukkan nama Rasulullah s.a.w ini. Pada hari kiamat kamu akan memegang kalimah Laa Ilaaha Illallaahu Muhammadur Rasuulullah tetapi ia akan membawa kamu ke arah akibat yang tidak baik. Kami hanya bersabar dan berdoa, insyaAllah, setiap Ahmadi akan berpegang pada ajaran ini.
>Apabila dunia melihat contoh kesabaran ini, mereka menjadi hairan. Apabila dunia melihat kebuasan dan kezaliman ini, mereka bukan sahaja menzahirkan rasa simpati malah mereka cenderung ke arah Ahmadiyah, sehinggakan ada yang menzahirkan rasa untuk bai’at. Jadi, kezaliman yang kamu lakukan atas kami ini, balasannya akan kami terima dalam bentuk kurnia.
>Dalam fikiran saya hendak memberikan beberapa kisah, tetapi saya takut saya tidak dapat mengawal perasaan kerana ia begitu menyayat hati. Saya hanya berikan sedikit daripadanya.
Naib Nazir  Islah-o-Irshad menulis bahawa apabila ada seseorang pergi melawat jenazah, dia berkata kepada seseorang, dapat lagi satu kurnia, saya anak kepada ayah yang telah syahid. Dia berkata kepada saya kuatkan azam dan semangat. Di Model Town, abang kepada Tuan I’jaz Sahib telah syahid dan dia mendapat tahu ketika di dalam masjid dan dikatakan kepadanya pergilah ke hospital. Dia berkata, orang yang pergi telah hadir di hadapan Tuhan, mungkin sekarang ini ada saudaraku Ahmadi yang memerlukan darah, sebab itu aku akan berada di sini. Seorang ibu berkata; saya telah meletakkan anak kecil dari pangkuanku di atas pangkuan Tuhan. Amanat yang dia telah berikan, saya serahkan kembali.
>Seorang Murabbi Jemaat Mahmud Ahmad Syad Sahib di Model Town telah memberikan semangat kepada anggota Jemaat, dalam khutbah beliau menyeru agar banyak membaca doa, istighfar, sabar dan salawat. Beliau juga mengulang-ulang ayat Al-Qur’an. Beliau berdoa dan membaca salawat dengan nada yang kuat, laungan takbir bergema, beliau juga telah turut disyahidkan. Sardar Abdus Sami’ Sahib memberitahu bahawa ketika solat Subuh beliau menceritakan tentang peristiwa kesyahidan di Chak Sikandar, kerana beliau waktu itu ada di sana.
>Ada seseorang menulis, di bawah tangga di beranda ada lebih kurang 150 orang berdiri. Ketika itu pengganas berdiri menembak dari penjuru dewan. Ada seseorang yang pergi betul-betul di penjuru beranda. Jika dia keluar, kemungkinan besar 150 orang yang berdiri di luar itu tidak wujud lagi. Tetapi, di depan mata saya seorang anshar dalam umur 65 tahun atau mungkin lebih, dia keluar dari belakang tiang berlari menuju ke arahnya sehingga semua peluru terkena di dadanya yang menyebabkan beliau syahid. Tetapi, disebabkan keberaniannya, pengganas itu mengambil masa untuk keluar dan orang Ahmadi yang lain dapat sampai  ke tempat yang selamat. Selepas itu barulah pengganas itu membaling bom tangan. Apabila kami keluar, ramai orang yang syahid berada di tangga.
>Ada seorang dari Jepun menulis kepada saya, kebetulan dia datang ke sana dan termasuk dalam acara pengkebumian. Dia menulis para syuhada golongan akhirin telah menyegarkan kembali ingatan ke zaman Rasulullah s.a.w. Suasana di bukit Rabwah di mana orang-orang syahid ini dikebumikan, beberapa kali terasa seperti bukan pada zaman ini. Kesabaran dan keredhaan yang mereka tunjukkan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ketika menunggu jenazah sampai, saya bertanya kepada seorang Ansharullah di sebelah kanan saya, “Pakcik, siapa keluarga pakcik yang meninggal?” Dia menjawab; “Anak saya telah syahid.” Penulis menceritakan bahawa dia tidak dapat berkata apa-apa. Kemudian orang itu menyambung lagi; “Alhamdulillah, ini kehendak Allah.” Penulis menceritakan bahawa dia begitu sedih sehingga terpaksa menahan kesedihan. Dia mengatakan “saya mendapati setiap orang, lain keadaan yang saya lihat. Saya berdiri di samping seorang syahid yang bermandikan darah, ada suara datang, “lihatlah pada orang syahid ini”. Begitu banyak penzahiran emosi yang seperti itu.
>Seorang wanita menulis “anak kecil saya juga pergi menunaikan solat Jumaat, namun dengan kurnia Tuhan dia telah terselamat. Apabila pertumpahan darah terjadi di masjid, jiran kami yang melihat di TV terus ke rumah kerana rumah saya berdekatan dengan masjid. Saya mengatakan kepadanya bahawa urusan kami adalah dengan Allah Ta’ala. Saya tidak perlu risau tentang anak-anak saya. Di sana semuanya anggota kami. Jika anak saya syahid, dia akan dekat dengan Allah, jika dia selamat, dia merupakan pejuang. Mendengar ucapan itu, wanita tersebut kehairanan dan terus balik ke rumah. Mungkin dalam fikirannya orang saya ini tidak betul. Kemudian wanita itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas orang-orang Rabwah yang siang dan malam berkhidmat di sana.
>Ada seorang ibu yang mempunyai anak tunggal lelaki, yang lain perempuan. Masih belajar di Medical College. Dia telah syahid dan ibu bapanya menzahirkan rasa sedih dengan penuh kesabaran dan redha atas ketentuan Ilahi. Mereka berkata; “kami juga sedia untuk berkorban demi Jemaat”.
>Muslimud Darobi Sahib dari Syria, dia juga ke sana dalam beberapa hari itu. Dia telah cedera sedikit di kaki. Dia merupakan Ahmadi dari Syam. Di mengatakan bahawa pemandangan seperti itu tidak pernah saya lihat. Tidak ada tanda-tanda kerisauan, tidak ada ketakutan. Semuanya menjalankan tugas dengan tenang. Sewaktu tembakan dilepaskan oleh pengganas, semua arahan dari pihak pengurusan tetap diamalkan. Dia mengatakan bagi saya, ini satu pemandangan yang ajaib yang tidak pernah saya lihat.
>Jadi, inilah orangnya, ini ibu-ibu yang telah dilahirkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s dalam Jemaat. Mereka menunjukkan contoh pengorbanan yang agung. Mereka tidak risau apa yang akan terjadi kepada anak-anak mereka. Mereka hanya berdoa untuk Jemaat.
>Jadi, wahai ibu-ibu Ahmadi! Jangan pernah matikan semangat dan fikiran yang baik dan suci ini. Selagi semangat ini kekal, selagi cara berfikir seperti ini wujud, tidak ada musuh yang akan dapat membengkokkan walaupun rambut anggota Jemaat.
>Seorang Ahmadi menulis, saya telah pergi ke Rabwah, waktu itu saya bersama-sama anak muda mengangkat mayat. Akhir sekali, saya bersamanya mengangkat satu mayat sehingga ke ambulance, lalu dia berkata ini adalah ayah saya. Kemudian, dia tidak pergi bersama ambulance, malah kembali ke tempatnya untuk meneruskan kerja yang telah diperintahkan.
>Inilah orang-orang yang hanya mempersembahkan semangat mereka kepada Allah Ta’ala. Banyak peristiwa seperti ini, insyaAllah akan dikumpulkan menjadi satu.
>Satu perkara yang semua orang menceritakan bahawa orang-orang yang melihat kejadian itu, setelah pengganas menyelesaikan semuanya, tidak ada yang panik. Atas petunjuk Amir Sahib dan Murabbi Sahib serta pegawai-pegawai yang lain, selagi pegawai-pegawai ini masih hidup, mereka beramal dengan tenang. Dan selepas itupun, tidak ada yang riuh menjerit untuk melarikan diri, malah mereka dengan begitu teratur duduk di tepi tembok untuk menyelamatkan diri dari peluru sambil berdoa. Ada seorang tua yang terus-menerus sujud dan tidak peduli tentang peluru di kiri dan kanannya. Inilah pemandangan orang-orang yang beriman.
>Ada juga surat-surat yang berkaitan dengan firman Allah dalam surah Ahzab:24 yakni dari kalangan orang-orang Mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah gugur, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah janjinya.
>Jadi, para musuh beranggapan bahawa dengan perbuatan mereka itu menyebabkan Ahmadi menjadi lemah dan menghapuskan kekuatan Jemaat. Mungkin orang-orang yang tinggal di sana tidak mempunyai keimanan seperti itu, dan juga mereka tidak tahu bahawa ada penduduk di situ yang penuh dengan kepanasan iman terhadap Masih Mau’ud a.s, yang sanggup melakukan sebesar-besar pengorbanan demi agama. Memang mereka juga mencari rezeki di dunia, tetapi bukan itu tujuan mereka yang sebenar. Sebaik sahaja mereka dipanggil untuk agama, mereka pasti datang dengan mengatakan labbaik. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa mereka ini jauh daripada sikap kebinatangan tetapi sarat dengan insaniat. Sedangkan orang-orang Ahmadi ini juga adalah dari bangsa yang sama, kabilah yang sama, kaum yang sama dengan orang-orang yang menggunakan agama untuk melakukan keganasan.
>Saya telah nyatakan bahawa media termasuk di Pakistan telah memuatkan peristiwa itu, semoga Allah memberi taufik untuk menulis apa yang benar. Jangan sampai, setelah mereka menulis apa yang benar, disebabkan takut kepada mullah, mereka kembali kepada adat yang lama. Demikian juga media dari pelbagai negara, kerajaan dan sebagainya, meluahkan rasa sedih dan mengucapkan takziah. Dari kerajaan di sini pun, anggota Parlimen di sini juga menyampaikan ucapan takziah. Mudah-mudahan Allah memberi ganjaran kepada mereka.
>Dan dari Khataman Nubuat juga ada akhbar yang menyatakan bahawa itu satu perbuatan yang salah, satu perbuatan yang bersikap binatang, itu tidak sepatutnya berlaku.
>Jadi, banner dan poster yang dilekat di dinding bangunan, di jalan raya, malah di bawah Name Plates peguam-peguam mahkamah tinggi, banyak digunakan kata-kata kesat, ucapan murtad, wajib dibunuh, siapa yang telah membuat itu semua? Kamu semua jugalah yang berbuat seperti itu yang menghasut orang-orang yang tidak berakal. Apabila kamu melihat perhatian dunia ke arah ini, kamu pun pura-pura menanamkan rasa simpati agar tidak termasuk dalam kezaliman ini. Sebab itu kamu menyatakan hal ini.
>Dalam penentangan terhadap Ahmadi, kedengkian seperti inilah yang diperlihatkan oleh orang yang bergelar ulama. Inilah punca segala-galanya, Chief Justice Sahib di Pakistan. Dia menulis kenyataan sendiri. Hal ini terdapat dalam akhbar. Kezaliman yang begitu besar ini seperti yang tertulis dalam banner dan poster, tidakkah timbul di fikirannya bahawa harus membuat penyelesaian dengan ulama-ulama? Adakah keadilan itu hanya berdasarkan kepada apa yang dia tulis sendiri?
>Sebagaimana yang telah saya katakan bahawa tangisan dan kesedihan kita dipersembahkan hanya di hadapan Tuhan. Kita tidak mengambil apa-apa tindakan. Saya hanya memberitahu tentang penilaian mereka atas kita. Bagi Ahmadi, selepas setiap ujian, maka pengorbanan demi Allah dan untuk mencapai keredhaan-Nya akan bertambah. Musuh tidak akan dapat menghapuskan kita dan tidak juga memberi apa-apa kepada kita.
>Memang dunia banyak berhadapan dengan keganasan, Pakistan juga tidak terlepas daripadanya. Tetapi, pengganas terhadap orang Ahmadi mendapat perlindungan daripada undang-undang. Sebab itu, apapun yang timbul di fikiran, mereka akan lakukan. Peristiwa di Mong Rasool juga pernah berlaku keganasan. Pengganas di situ telah ditangkap. Tetapi, apa yang diperlakukan terhadap pengganas itu? Adakah dia telah dihukum? Sehingga hari ini dia masih bebas di lorong-lorong Pakistan. Sebab itu, tidak ada Ahmadi yang mengharap apa-apa dari pemerintah seperti itu. Kita hanya bertawakkal kepada Allah. Dia adalah Penolong dan Pelindung kita sampai bila-bila, insyaAllah.
>Pada masa akan datang pun, kita tidak akan mengharapkan apa-apa kebaikan dari mereka. Sebab itu Ahmadi harus berhati-hati dan amat perlu untuk berdoa. Banyak berdoa Allahumma Innaa Naj Aluka Fii Nuhuu Rihim, Wana’uuzubika Min Syuruu Rihim. Perlu juga membaca doa ini Rabbi Kullu Syai’in Khoodimuka Rabbi Fah Faznii Wansurnii Warhamnii. Doa-doa selain itu juga harus dibaca.
>Doakan juga agar terus teguh pendirian. Doakan juga untuk anggota kita yang telah cedera di dua masjid itu. Dan hari ini di kalangan mereka yang cedera iaitu Doktor Imran Sahib telah syahid. Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’un.  Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada anggota yang masih cedera dan Ahmadi di sana terhindar dari segala keburukan. Dalam pembentukan Pakistan, orang-orang Ahmadi inilah yang lebih banyak berjuang daripada mereka yang mengatakan Pakistan adalah kepunyaan mereka, sebab itu kita juga perlu berdoa untuk Pakistan. Berdoalah supaya terhindar dari kejahatan orang-orang yang telah memburukkan nama Pakistan.  
>Seperkara lagi yang hendak saya nyatakan di sini. Ada seorang Ahmadi yang menulis surat dengan penuh perasaan, dia seorang terpelajar dan juga seorang pengkhidmat Jemaat, namun saya kehairanan dan berfikir kenapa dia boleh menulis “musuh telah menggiling mutiara-mutiara di dalam tanah”. Ini  salah sama sekali. Mutiara ini tidak digiling di dalam tanah. Memang musuh telah melakukan usaha jahat untuk menggiling mutiara ini, tetapi Tuhan telah lebih awal mengangkat mereka ke sisi-Nya, dan memberikan kehidupan yang kekal. Setiap mutiara yang pergi telah menjadikan mutiara yang masih ada lebih bersinar lagi. Mereka telah menghiasi langit Islam dan Ahmadiyah, dan juga telah memberikan jalan-jalan yang baru untuk kita. Setiap bintang yang terasing menjadi panduan bagi kita.
>Jadi, musuh tidak pernah akan berjaya dalam usaha jahat mereka. Orang-orang yang syahid itu akan memberikan buah-buah yang lebih baik lagi.
>Semoga Allah memberikan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang syahid, dan kita juga termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersedia memberikan pengorbanan.
Lebih kurang 85 orang telah syahid, untuk menceritakan kisah mereka memakan masa yang lama, insyaAllah, pada masa akan datang pasti diceritakan. Selepas Jumaat nanti insyaAllah, saya akan pimpin solat Jenazah.
>Berkaitan dengan ini, dua atau tiga hari selepas kejadian itu, di Narrow Wall, seorang Ahmadi telah disyahidkan. Nama beliau ialah Ni’matullah Sahib. Dia telah ditikan di rumahnya. Anaknya yang sulung cuba menyelamatkannya tetapi cedera. Sehingga kini masih di hospital. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepadanya. Beliau meninggalkan seorang isteri, tiga anak perempuan dan tiga anak lelaki. Dua orang ahli keluarganya yang terdekat juga telah syahid semasa di Lahore. Dan pembunuh itu ada kaitan dengan Tahaffuz Khataman Nubuat.
>Di satu arah mereka ini mengumumkan bahawa itu satu kejahatan, tetapi pada arah yang lain mereka juga menggalakkan anggotanya untuk bertindak ganas dan mendapat ganjaran syurga. Dia telah ditangkap dan menyatakan bahawa kami tidak akan membiarkan orang-orang Ahmadi hidup.
>Jadi, mudah-mudahan semua Ahmadi terhindar dari kejahatan mereka. Doakan orang-orang yang cedera agar diberikan kesembuhan yang sempurna oleh Allah.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Khutbah Jumaat Imam Jemaat Ahmadiyah

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASIH AL-KHAMISaba
04 JUN 2010 / 04 IHSAN 1389HS
22 JamadiS Tsani 1431HQ
Masjid Baitul Futuh, London
Untuk teks penuh barahin.ahmadi@gmail.com

Tuesday, July 6, 2010

FIRST AHMADI MOSQUE OPENED IN BERLIN


PRESS RELEASE   16 October 2008

FIRST AHMADI MOSQUE OPENED IN BERLIN

Head of Ahmadiyya Muslim Jamaat promises locals that there is ‘no
need to fear Ahmadiyya Mosque’

Hadhrat Mirza Masroor Ahmad today officially opened the Khadija Mosque in
Berlin. The opening took place with great success as hundreds of local officials
and neighbours came to attend the function. The entire event was broadcast
live via MTA International throughout the world.

The opening of the Khadija Mosque marked the fulfilment of a desire of the
Ahmadiyya Muslim Jamaat stretching back to the early 1920s when it was first
proposed that an Ahmadi Mosque be built in the city of Berlin. The advent of
the First World War put paid to the plans and thereafter until now the Jamaat
was unable to build a Mosque in the city.

The building of the Khadija Mosque was not without incident. Since plans to
build it were announced a number of groups had voiced their dissent fearing
that its building would be a precursor to acts of terror or violence. In his
address to the gathered audience, His Holiness, Hadhrat Mirza Masroor Ahmad
reassured the German people of the loyalty of the Ahmadiyya Muslim Jamaat
and explained the true purposes for erecting the Khadija Mosque. He said:
“This Mosque we have built has not been made for any Jihadi organisation or
any terrorist activity but simply it has been built for the worship of Allah…
From this Mosque of ours there will be no other call apart from love for
humanity, affection, reconciliation, justice and peace. And you will observe
that what I have said were not mere words but were acted upon. And time
will, God willing, prove it to be so.”

His Holiness further used the occasion to thank the German Government for
providing a haven for persecuted Ahmadis who had been forced to flee
Pakistan in fear of their lives. In this respect he applauded the Government for
not only allowing such immigrants to live freely but for positively embracing
them as part and parcel of the local society. He said that this warmth had been
accepted by the Ahmadis who now took great pride in being German and who
were all completely loyal to the State.

Developing his theme further, His Holiness rejected the fear voiced by segments
of society that the building of the Mosque could lead to division between
Muslims and non‐Muslims. He said that in fact the opposite would be true. A
prime example of the Jamaat’s integration was that the President of the
Ahmadiyya Muslim Jamaat was an indigenous German. He said:
“His appointment is not based upon any political motive such as that a
German should be made our President (Amir) or that we wish to receive any
benefit from the German Government. It is merely due to his extreme
sincerity, devotion and goodness that he has merited this status within the
Community.”

His Holiness concluded his address by stating that the protection and sanctity
of all places of worship was a basic part of the Islamic faith. In this respect he
told the audience of the extent to which all Ahmadis would go to observe this
principle. Their loyalty did not end with the four walls of their Mosques. He
said:
“If a Christian Church requires protection and an Ahmadi is called to help
then he must help. If a Jewish Synagogue requires protection and an Ahmadi
is called to help then he should be there. If a believer of any faith requires the
help of an Ahmadi to establish justice then the Ahmadi should be there by his
side.”

The opening also included short speeches by Wolfgang Thierse, Vice Speaker of
the German Parliament, Matthias Kohne, the local Mayor and Dr Heidi Knake‐
Werner, the State Minister for Integration. All three congratulated the Jamaat
upon the opening of the Mosque and expressed their hope that it would
become a beacon illustrating the peaceful co‐existence of different segments
of society in Berlin.

End of Release

Some News Links

First eastern German mosque opens in Berlin
Published: 17 Oct 08 07:59 CET Online
http://www.thelocal.de/14953/20081017/

Members of the Ahmadiya Muslim minority have inaugurated eastern Germany's
first mosque after years of controversy over its construction in a Berlin
neighbourhood. http://www.thelocal.de/14953/20081017/

Some 200 people slam the "Islamization of Europe" ‐
Mosque opening sparks protests in Germany
http://www.alarabiya.net/articles/2008/10/16/58385.html

First mosque opens in Germany's ex‐communist east
http://www.guardian.co.uk/world/feedarticle/7883692

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...