Sesuai dengan janji Allah, bahawa kebangkitan Rasulullah s.a.w untuk kali kedua, maka pencinta sejati baginda s.a.w iaitu Hazrat Masih Mau’ud a.s telah dikirim sebagai Masih Mau’ud (Al-Masih yang dijanjikan), Mahdi Mau’ud (Al-Mahdi yang dijanjikan) dan juga sebagai nabi ummati, yang bersama-sama dengan orang-orang yang berhati suci dan berfitrat bersih, satu jemaat telah didirikan, iaitu jemaat yang sentiasa maju dalam kebaikan-kebaikan, dan berusaha membuat perubahan suci dalam diri, serta dapat bertemu dengan golongan awwalin.
Pada hari ini, saya hendak menceritakan kisah-kisah golongan awwalin di zaman akhir ini, yang mana mereka telah menjadi sahabat Hazrat Masih Mau’ud a.s, melihat beliau a.s dan dapat menyaksikan keindahan dan kecantikan akhlak beliau. Dengan riwayat ini, di mana kita akan dapat melihat bagaimana kesucian fitrat orang-orang yang mencari kebenaran ini, di sana juga kita akan dapat mengetahui bagaimana kelembutan, kasih sayang, quwwat qudsiah dan kedudukan Hazrat Masih Mau’ud a.s, yang mana ia boleh mengembangkan kerohanian seseorang insan. Dan, untuk orang-orang mulia ini juga terkeluar doa-doa, kerana riwayat mereka sampai kepada kita agar kita dapat mengukur kedudukan diri sendiri, dan juga apa yang diinginkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s berlaku di dalam jemaatnya.
Riwayat pertama ialah Hazrat Miya Fairoz Din Sahib dari Sialkot yang telah bai’at pada tahun 1892. Beliau ini menceritakan bahawa Hazrat Aqdas menulis Lecture Sialkot di atas bumbung rumah Mir Hisamuddin Sahib. Dakwatnya diletakkan di atas empat penjuru dinding. Lebih kurang waktu Asar. Beliau menulis sambil berjalan perlahan-lahan dan kadang-kadang sujud. Kami dapat melihat semua kejadian yang berlaku kerana kami berdiri di atas bumbung juga, dan selain kami, ada lagi orang lain yang turut sama melihat keadaan itu. Rumah kami berdekatan dengan rumah tempat tinggal beliau, malah lebih tinggi. Dengan itu semua keadaan dapat disaksikan. Apabila selesai menulis, beliau menghantarnya kepada penulis ke bawah. Penulis itu bernama Sirajudin. Apabila Huzur hendak menyampaikan ceramah di hadapan para tetamu, di perjalanan, di dua pintu masjid Mohallah Jinda Wala, seorang Hafiz Sultan Muhammad mengajar budak-budak. Tuan Hafiz yang mengajar budak-budak itu adalah seorang hafiz Qur’an. Dikatakan bahawa dia telah memberi cuti kepada anak-anak, dan dalam beg mereka diisikan dengan abu sambil berkata; apabila Mirza Sahib melintasi kawasan ini, buangkan abu ini ke atasnya. Tetapi, oleh kerana Hazrat Sahib berada dalam kereta tertutup, maka dia selamat berlalu. Dikatakan bahawa di sekitar itu, murid-murid Pir Jamaat Ali Syah membuang-buang rumput dan menghalang orang ramai masuk. Maulvi Ibrahim juga bersama-sama mereka. Pir Jamaat Ali Syah berdiri di atas tempat sembelihan yang lama. Sekarang, di tempat itu sedang dibina rumh Masteri Fatah Muhammad. Hafiz Zafar berdiri di atas tempat duduk Syahbaz Khan. Orang ini adalah orang kanan Pir Jamaat Ali Syah. Semua mullah-mullah ini mengapi-apikan orang ramai dan menghalang mereka masuk ke dalam. Apabila ceramah bermula, Hazrat Maulvi Abdul Karim telah membacakannya. Ada seorang lelaki bernama Ahmad Din, apabila dia hendak pergi ke dalam, beberapa orang mengejarnya dan mengangkatnya keluar agar tidak dapat mendengar ceramah itu. Pir Jamaat Ali Syah meninggalkan tempatnya, kemudian berlari kembali ke sana. Apabila Huzur balik, bapa saudara saya, Mira Bakhsy Sahib, Syeikh Maula Bakhsy Sahib, Malik Hayat Muhammad Sahib, Syed Amir Ali Sahib, Mira Baksy Sahib Attar dan lain-lain, semuanya pergi ke Wazir Abad. Apabila kereta yang dinaiki Huzur melalui kawasan pintu utama pejabat, para penentang sedang berdiri di hadapan dengan suara yang begitu keras disertai dengan balingan batu ke arah kereta yang dinaiki beliau. Berkata; apabila kami balik dan melihat keadaan itu, maka dapat diketahui bahawa kumpulan jahat itu telah mencederakan Maulvi Burhanuddin Sahib Jehlumi. Abang saya, Babu Aziz Din Sahib koyak di bahagian bibir terkena balingan batu. Cermin rumah Syeikh Maula Bakhsy Sahib pecah dibaling batu. Halaman rumah dan pokok-pokok bunga di rumahnya juga dirosakkan. Saya juga pergi ke Jehlum bersama Huzur. Dalam perjalanan itupun berbagai makhluk yang dijumpai. Apabila sampai di Jehlum, ada dua wanita Eropah bertanya, kenapa berkumpul beramai-ramai ini? Ada seorang kawan memberitahu; ini Hazrat Masih Mau’ud a.s. Mereka berkata; tolong bagi laluan, kami hendak ambil gambar. Orang ramai memberi laluan untuk mereka mengambil gambar. Subuh itu gelap, semua pejabat sudah tutup, hanya ada majistret yang masih buka iaitu tempat yang dituju oleh beliau. Di luar pejabat itu ada tersedia kerusi dan permaidani. Huzur duduk di atas kerusi itu, yang lain juga duduk di sekitar itu. Tidak berapa jauh dari saya, Maulvi Ibrahim Sialkoti menghamparkan tempat duduknya. Berkata; Huzur berkata, orang ramai beriman kepada saya atas arahan saya bahawa saya datang dari Tuhan. Jika saya berdusta, hukuman akan ditimpakan kepada saya, mereka tidak harus dihukum. Oleh kerana saya datang dari Tuhan, maka orang yang menerima saya akan mendapat pahala.
Ini sesuai dengan ayat Al-Qur’an WA IYYAKU KAAZIBAB FA 'ALAIHI KAZIBUHU (Al-Mu’min:29) sekiranya dia berdusta, maka akibat pendustaannya akan kembali kepadanya. Tetapi WA IYYAKU SHOODIQAI YUSIBKUM BA'DHUL LADZII YA'IDUKUM (Al-Mu’min:29) Jika dia benar, maka musibat yang dia nyatakan dengan kamu, akan berlaku ke atas kamu. Hari ini, seharusnya orang Islam menghayati ayat ini.
Kemudian berkata; di hadapan Maulvi Ibrahim ada sebuah kitab di atas seorang anggota. Dia mengangkat dan berkata; beginilah Al-Masih naik ke atas langit. Dalam kumpulan itu ada seorang fakir juga duduk. Sekarang dengar apa yang fakir buat. Fakir itu duduk, namanya Sain Azad. Dia memakai baju dari karung. Dengan penuh lantang dia bersuara; Oh baba! Kenapa engkau berbohong dan memesongkan orang ramai? Potonglah ayat Qur’an KULLU NAFSIN DZAA'IKATUL MAUTI (Ali Imran:186). Orang itu mengatakan hal ini sebanyak tiga kali dengan kuat sehingga berpeluh-peluh. Kemudian dia berkata; Saya bukan murid Mirza Sahib, tetapi saya tidak mahu sembunyikan kebenaran. Fakir itu sudah memahami hal ini, tetapi ulama masih tidak faham.
Berkata lagi; bilik di mana Huzur tidur, saya bersama abang saya Tajuddin tidur di bilik berdekatan. Oleh kerana dia sakit, sepanjang malam dia sentiasa batuk, sebab itu pada waktu Subuh, Huzur bertanya, siapa yang sakit dan batuk?
Berkata lagi; kami duduk di situ berdekatan Huzur, Sahibzada Abdul Latief Sahib berkata; Huzur! Darah saya mengalir keluar dari tubuh dan saya melihat ia akan menyirami Kabul. (Petikan dari Register Riwayat Sahabah, nombor 10, halaman 129-132)
Kemudian, ada lagi satu riwayat iaitu tentang Hazrat Umar Din Hijam r.a. Beliau ini berasal dari Gujrat, beliau bai’at melalui surat pada tahun 1899 dan bai’at secara langsung pada tahun 1900. Dia berkata; orang ghair Ahmadi berkata kamu akan menjadi Mirzai, tetapi apabila saya pergi kepada Jemaat, mereka membaca Al-Qur’an, solat dan sebagainya. Saya tidak faham mengenainya. Namun, saya berdoa kepada Allah; Wahai Tuhanku yang Maha Mulia! Jika ini datangnya dari Engkau, maka sedarkanlah aku supaya aku menerimanya dan tidak ketinggalan. Dan jika ini na’uzubillah tidak benar, maka laknat Engkau, Rasul, dan seluruh dunia atas mereka, kenapa dia membuat dakwaan palsu dan menyesatkan orang ramai. Pada malam itu, ketika hendak subuh, saya melihat Hazrat Masih Mau’ud a.s berdiri memegang payung dan saya telah melihatnya dengan begitu jelas dan beliau memandang ke bawah. Janggut beliau diwarnai dengan inai dan hatinya begitu gembira. (ini ceritanya mengenai mimpi yang dia lihat). Dalam hati saya mengatakan, ini adalah Rasulullah s.a.w sebab tidak pernah melihat orang sepertinya sebelum ini. Akhirnya saya dapat mengetahui bahawa doa yang saya pohonkan malam tadi, ini semua adalah hasilnya, dan doa saya telah dikabulkan.
Di tempat ini, saya pernah datang ke Qadian pada tahun 1900 dan duduk di Masjid Aqsa, berdoa; Ya Allah! Jika orang inilah yang telah datang dalam mimpi saya, yang Engkau perlihatkan saya di Afrika, maka saya akan ambil bai’at. Jika tidak, maka saya tidak akan bai’at, saya tidak akan solat bersamanya, saya tidak akan makan di sini dan saya akan pulang dengan segera. Ketika sedang sibuk berdoa, Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk dalam masjid. Melihat beliau, saya berkata bahawa inilah orang yang pernah saya lihat dalam mimpi di Afrika. Setelah mengenali beliau, saya bai’at hujung minggu dan mohon kebenaran untuk berangkat. Maka, Huzur berkata, untuk mengenali kebenaran itu sekurang-kurangnya tinggallah untuk 15 hari lagi. Saya menjawab; Huzur! Doakan saya supaya Allah memberi kemudahan untuk saya dapat datang lagi untuk menziarahi Huzur.
Kemudian Huzur berkata; sekiranya datang waktu kepada seseorang hamba iaitu dia tidak dapat datang ke sini, mereka hendaklah selalu menulis surat. Surat saya telah Huzur jawab dan masih lagi ada dengan saya. (Register Riwayat Sahabah nombor 5, halaman 32-33)
Hazrat Sufi Nabi Bakhsy Sahib r.a, ayah Miya Abdussamad Sahib Suknah, bandar Rawalpindi, Mohallah Miya Qatbuddin yang sekarang ini Darul Barkat Qadian. Beliau bai’at pada 27 Disember 1891. Dan dia pertama kali melihat Hazrat Masih Mau’ud mungkin dalam tahun 1886.
Peristiwa itu ialah; saya kebetulan datang ke Qadian pada Oktober 1886. Alasannya ialah Huzur pernah mengeluarkan isytihar bahawa seorang anak muda akan diberikan kepadanya yang banyak membawa berkat untuk bangsa. Huzur juga ada mengeluarkan isytihar berkenaan dengan Lekhram Peshawari. Dalam mencari kebenaran hal ini, saya mendapat peluang datang ke Qadian. Selepas beberapa lama, beliau juga menerbitkan buku Fatah Islam, Tauzih Muram, dan Izalah Auham yang di dalamnya menjelaskan bahawa Nabi Isa telah wafat dan tidak akan datang lagi ke dunia ini. Dan hadis tentang Nuzul Ibnu Maryam menjadi jelas kepada saya. Persoalan ini telah membuat perubahan agung dalam dunia. Dari satu arah para maulvi sibuk dalam membuat fatwa kafir. Hazrat Masih Mau’ud a.s juga menerbitkan satu lagi risalah bernama Asmani Feslah dan lebih kurang 80 orang yang hadir, jalsah ini adalah jalsah pertama di Qadian. Tujuan Huzur ialah supaya beliau diuji dengan Minhaajin Nubuwah, yakni menurut Al-Qur’an, siapa yang mu’min dan siapa yang kafir? Kemudian menulis lagi; saya juga telah dijemput untuk menghadiri jalsah ini. Pada zaman itu saya seorang Muhtamim Kutub Khana, dan selain bekerja, saya juga melakukan tugas di Himayat Islam kerana menganggapnya ia satu khidmat agama. Apabila saya sampai di Qadian, banyak anggota dari Himayat Islam yang ada di situ termasuk Haji Syamsuddin, Sekretari dan orang terhormat. Dalam jalsah ini, buku Asmani Feslah diperdengarkan. Setakat yang saya ingat, buku ini dibacakan oleh Maulvi Abdul Karim Sahib Marhum. Menulis; Jalsah diadakan di Masjid Aqsa. Hazrat Masih Mau’ud a.s orang yang paling terakhir datang. Dia mengatakan; semasa Huzur datang ke Masjid dan mata saya tepat pada wajah beliau, maka saya dapat mengenali Huzur dan secepat kilat timbul di fikiran saya; inilah wujud yang telah saya lihat dalam mimpi semasa menjadi pelajar dalam tahun 1882. Hazrat Sahib memakai pakaian pada hari itu sama seperti pakaian seperti dalam mimpi saya. Dia berkata; apabila Jalsah berakhir, maka Huzur berdiri dekat pintu di Masjid Aqsa. Setiap orang bersalaman dengan beliau sebelum pergi. Paling terkahir adalah saya sebab ada tujuan khas. Saya berkata; Huzur! Dulu saya telah bai’at pada tangan orang lain, apa yang harus saya lakukan? Huzur berkata; Jika orang itu baik, maka bai’at tuan adalah Nuurun Alaa Nuurin. Jika orang itu tidak baik, maka bai’at tuan akan rosak dan yang tinggal adalah bai’at kita. Saya mengatakan; saya mahu bai’at. Huzur berkata; kami sendiri akan memanggil kamu. Tidak lama kemudian, seorang khadim Huzur, Hamid Ali Sahib Marhum memanggil saya, dan saya telah meletakkan tangan saya pada tangan Huzur untuk bai’at. Alhamdulillah. (Register Riwayat Sahabah Nombor 5, halaman 41-43)
Satu riwayat lagi, Hazrat Nizam Din Tailor Master Sahib yang berasal dari Jehlum, Mohallah Milaha. Dia bai’at pada tahun 1902. Dia mengatakan; saya hairan, nikmat agung ini iaitu Ahmadiyah, saya dapat adalah semata-mata kerana kurnia daripada Allah. Saya berkata dengan benar, jika keadaan saya pada tahun itu berterusan, mungkin saya tidak akan datang dekat kepada Ahmadiyah. Tetapi, Pencipta aku telah berlaku ihsan atasku, jalan yang tidak pernah aku lalui, Tuhan telah menggerakkan hatiku malam itu untuk mengikuti jalan tersebut. Jalan itu ialah, menurut maulvi-maulvi kami, setiap kali bercakap dengan orang Ahmadi, kita hendaklah yakin bahawa maulvi adalah tiang agama kerana berusaha menjauhi kami daripada syirik, dan bid’ah semata-mata kerana Allah. Kami, Ahli Hadis menganggap diri sebagai muttaqi, dan sentiasa jauh daripada segala yang haram dan dusta. Satu kali dalam bulan Mac, tahun 1902, kami beberapa orang Ahli Hadis keluar dari Jehlum menuju Lahore, kebetulan dalam perjalanan kami melihat jalsah Anjuman Himayat Islam Lahore yang selalu diadakan setiap tahun. Apabila sampai di Lahore, kami masuk ke dalam Jalsah Gah, dan di luar dewan itu ada seorang maulvi sahib berdiri memberi nasihat. Pada satu tangannya ada Al-Qur’an, dan pada tangan yang lain membahagi-bahagikan lembaran-lembaran kecil. Dari mulutnya sentiasa keluar ucapan; Mirza na’uzubillah sudah gila kerana dia menghina nabi-nabi. Dia mengaku nabi Isa. Dia mengulang-ulang perkataanya dengan bersumpah atas nama Tuhan. Kami menjadi hairan mendengarnya, dan tidak pernah terlintas dalam hati kami bahawa ada orang yang begitu berani berdusta mengatasnamakan Tuhan dan berdusta sambil memegang Al-Qur’an. (Maulvi yang bercakap pada waktu itu, maulvi yang sekarang ini pun sama seperti itu). Apapun berkata lagi; kami bertiga, saya mengambil isytihar itu lalu membacanya. Di dalamnya mengatakan bahawa Mirza sudah jadi gila, menghina kehormatan nabi dan bermacam-macam lagi. Saya mengajak kawan-kawan saya; ayuh kita ke Qadian untuk melihat sendiri supaya kita dapat beritahu kepada Ahmadi di bandar kita yang selalu bercakap dengan kita dan mengkritik para ulama kita. Mereka mengatakan ulama kamu pada abad ke-14 suka berkata dusta. Penjelasan kita adalah melalui mata kita dan akan mendustakan kembali orang-orang Ahmadi itu. Pada mulanya mereka tidak mahu, tetapi saya mendesak sehingga mereka setuju. Kami bertolak dari Lahore sehingga Batala. Kemudian mengupah kereta kuda dari batala dan pertengahan petang dan waktu Asar, kami tiba di Qadian dan terus ke kediaman tetamu. Waktu itu dekat solat Maghrib. Saya bertanya kepada seseorang di mana selalu Mirza Sahib solat? Kami mahu solat berdekatan dengannya untuk melihatnya sendiri. Ada seseorang, mungkin orang yang kami tanya itu membawa kami pergi dan memberitahu di mana selalu Huzur berdiri ketika solat. Oleh kerana waktu sudah dekat, saya terus duduk di sana. Dua kawan saya yang lain duduk di sebelah kanan saya. Masjid ini bersambung dengan kediaman Huzur, yang dinamakan Masjid Mubarak. Waktu itu ruang masih kecil, agak sukar untuk memuatkan sehingga enam baris, dalam satu barisan pun tidak boleh melebihi enam orang. Beberapa minit kemudian azan Maghrib. Mungkin dalam dua tiga minit, Huzur akan datang. Pintu itu berdekatan dengan kami. Keluar dari pintu itu, Huzur berdiri berdekatan dengan saya. Janab Maulvi Abdul Karim Marhum maju ke hadapan. Muazzin memulakan takbir. Sehingga takbir itu selesai, saya telah melihat sendiri Huzur dari kaki sehingga kepala, melihat rambut dan janggutnya menyebabkan hati saya menjadi lain dan berkata dalam hati; Ya Ilahi! Saya tidak pernah melihat insan seperti ini. Rambut seperti emas. Matanya seperti mempunyai perasaan malu yang sempurna. Tangan dan kaki yang sempurna menarik perhatianku kepadanya. Dalam keadaan yang asyik itu tercetus dalam hati; Ya Ilahi! Inikah insan yang dikatakan oleh maulvi kami sebagai pendusta dan menghina para nabi-nabi? Saya tenggelam dalam fikiran itu sehingga imam memulakan takbir solat. Walaupun saya dalam solat, tetapi selagi salam belum diucapkan, saya masih kehairanan; Ya Ilahi! Maulvi kami berjanggut panjang, dari segi syariat bibir mereka baik, dan Al-Qur’an di tangan sambil bersumpah dan mengeluarkan kata-kata kotor terhadap Huzur, dengan mengatakan Huzur sudah gila. Dengan ini, fikiran saya menjadi ragu-ragu. Mana mungkin seorang yang memegang Al-Qur’an dan mengucapkan nama Tuhan adalah seorang pendusta? Yakni mana mungkin maulvi berdusta. Mungkin di sebelah saya ini bukan Mirza, mungkin orang lain, yang sengaja di suruh berdiri untuk menipu orang baru. Tetapi, mungkin juga orang yang bersumpah itu ada rasa permusuhan dengan beliau sehingga mengeluarkan kata-kata kotor? Akhirnya solat selesai, Huzur duduk bersila. Mula-mula sekali bertanya; Mufti Sahib ada? Sila ke depan. Apabila Mufti Sahib datang, Huzur berkata; Maulvi Sahib di mana? Saya melihat Maulvi Sahib duduk di belakang sekali, dia pun datang. Huzur mula bercerita mengenai taun. Berkata; kita telah beritahu orang ramai, bahawa saya melihat malaikat menanam tumbuhan hitam di Punjab dan bertanya; ini apa? Malaikat menjawab; ini adalah taun yang akan zahir pada masa akan datang. Tetapi orang ramai mentertwakan saya dengan mengatakan bahawa taun itu hanya berlaku di tepi laut, ia tidak akan datang ke bandar. Tetapi, lihat sekarang ini, di beberapa bandar di Punjab sudah meletus. Cerita itu berlanjutan sehingga Isyak. Selepas Isyak, Huzur masuk ke dalam. Kami pun balik dan bercakap sesama sendiri, apa sebenarnya rahsia yang tersembunyi? Apa yang diucapkan maulvi itu sama sekali bertentangan. Waktu Subuh kami datang dan bercadang akan bertanya kepada Maulvi Nuruddin Sahib yang tidak mungkin menipu. Apabila kami sampai di kliniknya, ada seorang maulvi bertanya kepada Khalifah Awal; Maulvi Sahib! Berapa banyak nabi dan wali yang telah berlalu, mereka hidup susah dan ada yang menahan kelaparan, makan pun hanya makanan biasa, tetapi kami mendengar Mirza Sahib makan palau dan zardah? Maulvi Sahib menjawab; Maulvi Sahib! Saya membaca di dalam Al-Qur’an bahawa palau dan zardah itu halal dimakan. Jika tuan jumpa bahawa ia haram, sila beritahu. Apabila maulvi itu diam seketika, saya mengeluarkan isytihar dari poket dan memberikan kepada Maulvi Nuruddin Sahib dan berkata; seorang maulvi kami dengan memegang Al-Qur’an, dia menyumpah dan mengatakan bahawa Mirza Sahib na’uzubillah sudah gila (tidak siuman). Dan kami diberitahu bahawa beliau itu adalah Mirza Sahib sedangkan beliau itu sihat. Tuan tolong beritahu adakah yang kami nampak ketika solat itu adalah Mirza Sahib atau orang lain? Maulvi Sahib menyeluk poketnya dan mengeluarkan isytihar yang sama dan berkata; lihat, maulvi kamu telah menyebarkan isytihar ini dan ini adalah Mirza, dan maulvi kamu yang memegang Al-Qur’an itu telah berdusta. Jadi, siapa yang kamu mahu, anggaplah ia benar.
Inilah usul seorang maulvi yang berterusan. Tetapi, sekarang ini di Pakistan, media juga telah bersama-sama dengan maulvi. Dan beberapa program mereka, para maulvi banyak memainkan peranan di dalamnya. Benar atau salah tidak lagi dikenali di negara ini.
Kemudian dia berkata; tidak semena-mena air mata saya mengalir, hati saya berkata; celaka! Sehingga sekarang pun masih tidak mahu bai’at? Hakikatnya, maulvi ini adalah dajjal zaman sekarang. Kami bertiga bercadang untuk bai’at pada waktu Zuhur. Huzur berkata; jangan tergesa-gesa, tinggallah untuk beberapa hari lagi. Jangan sampai maulvi akan menyesatkan kamu lagi dan kamu akan lebih banyak dosa. Saya berkata sambil menangis-nangis; Huzur! Mulai sekarang saya tidak akan tersesat lagi. Akhirnya, hari kedua kami bertiga telah bai’at. Kemudian balik ke rumah.
Kemudian menulis lagi; sayang sekali! Disebabkan penentangan, saya terpaksa tutup tulisan ini, jika tidak banyak lagi yang hendak saya tulis. (Register Riwayat Sahabah, Nombor 5, halaman 45-49)
Dia mengatakan bahawa maulvi sahib yang membuat sumpah-sumpah palsu sambil memegang Al-Qur’an telah berbuat ihsan atas saya, disebabkan itulah saya telah tertarik kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s selepas melihatnya, dapat mengetahui hakikat dan itulah juga penyebabnya saya menjadi Ahmadi.
Terdapat satu riwayat Hazrat Miya Abdul Aziz Sahib ayah kepada Miya Imam Din Sahib Sukna Aujalah Tahsil Gurdaspur. Dia telah bai’at pada tahun 1893. Dia menulis; apabila saya berpindah pada tahun 1891 ke Halqah Sikhwa, dan mendapat maklumat daripada Miya Jamal Din Sahib, Miya Imam Din Sahib dan Miya Khair Din Sahib. Mereka ini menceritakan bahawa Hazrat Masih Mau’ud a.s mendakwakan diri sebagai Al-Masih dan Al-Mahdi. Oleh kerana saya memang tidak ada rasa permusuhan dengan beliau, sebab itu saya tidak berburuk sangka atas beliau. Saya hanya tertanya-tanya kenapa para maulvi mengatakan demikian ke atas beliau. Sebabnya juga adalah nenek moyang kami mencintai para maulvi, dan ini jugalah sebabnya saya cinta kepada maulvi. Apabila mereka menunjukkan saya buku Kitabul Birriyah dan Izalah Auham, sebelum saya melihatnya saya telah berdoa; Ya Tuhan! Saya tidak tahu apa-apa, oleh sebab itu tetapkanlah hatiku atas ilmu yang hak. Doa itu telah dikabulkan dengan segera kerana apabila saya mulai membaca buku Izalah Auham, maka hati saya telah puas dan segala keraguan sudah hilang manakala keimanan pula yang semakin bertambah. Apabila saya pergi menziarahi Huzur buat kali pertama bersama Miya Khair Din Sahib, hati saya semakin puas kerana menyaksikan sendiri wajah Huzur yang tidak mungkin wajah ini seorang penipu. Waktu itu saya mengatakan kepada Miya Khair Din Sahib bahawa selama ini saya tidak pernah berkata yang bukan-bukan tentang beliau, kalau pun ada, maka saya memohon taubat atasnya. Wajah ini bukan wajah seorang pendusta. Saya begitu yakin dan Miya Khair Din Sahib mungkin ingat dan waktu ini pun dia boleh menjadi saksi.
Kemudian menulis lagi; kemudian Mohor Sawan Sahib r.a yang sekarang ini dikebumikan di Bahisyti Maqbarah, beliau seroang tuan tanah terhormat yang berasal dari Sikhwa. Kami saling mencintai dan kebetulan akidah yang saya pegang pun dia setuju. Walaupun sebelumnya ada dua perkara yang dia tidak setuju dengan Miya Jamal Din Sahib, namun selepas itu kami sudah sependapat. Dan pada tahun 1892, saya bersama Mohor Sahib telah bai’at. (di sini tertulis 1892, tetapi pada fikiran saya kisah itu pada tahun 1893). Kami selalu bergurau bahawa saya dan Mohor Sahib adalah kembar kerana tarikh kelahiran rohani kami adalah pada hari yang sama. Dikatakan lagi; oleh kerana nama saya yang pertama adalah disebabkan saya lahir di rumah datuk saya sebelah ibu, dan saya tidak tahu salasilah keluarga, maka diletakkan nama yang awal iaitu Miran Bakhsy. Perubahan itu telah diusahakan dan berlanjutan untuk beberapa lama, namun tidak secara menyeluruh. Kemudian Hazrat Masih Mau’ud a.s meletakkan nama Abdul Aziz, saya telah berdoa; Ya Tuhan! Sekarang ini Masih Mau’ud Engkau yang telah menukar nama saya, semoga ia berkekalan, dan padamkanlah nama yang pertama sehingga tidak ada seorang pun yang mengingatinya. Doa itu dikabulkan, dan dalam semur urusan kerajaan, nama ini yang dikenali dan tidak ada lagi yang menyebut nama pertama. Sehingga waktu ini, selagi nama belum bertukar, walaupun menghadiri acara Jalsah dan sebagainya, dalam urusan rasmi, nama yang pertama tidak lagi ada. (Register Riwayat Sahabah Nombor 5, halaman 69-70)
Hazrat Syeikhullah Bakhsy Sahib Sukna Banu, Wilayah Sarhad, bai’at pada tahun 1905. Beliau menulis; dalam zaman kanak-kanak, saya tidak diberi pendidikan agama. Dan dalam umur yang muda, saya dimasukkan ke sekolah, tetapi apabila saya berusia 17 tahun, secara semulajadi timbul dalam hati saya untuk belajar tentang agama. Jadi, setelah belajar Al-Qur’an dari seorang mullah, saya mula memperlajari terjemahan Al-Qur’an sendiri. Dan saya tidak perasan bagaimana saya boleh mempunyai sebuah kitab tentang soal jawab antara seorang Kristian dan mullah dari Mesir. Setelah membacanya, saya merasa sedih kerana dari segala segi, apa yang saya nampak ialah kedudukan Nabi Isa itu lebih tinggi dari Rasulullah s.a.w sehingga timbul bermacam-macam fikiran dalam hati. Disebabkan perasaan malu dan akibat kebodohan sendiri, saya tidak menceritakan hal itu dengan ayah dan mana-mana mullah, saya hanya diamkan dalam hati sahaja. Sehinggalah tahun 1905, dalam hujung tahun itu, ketika saya bekerja di Wanoon, saya kebetulan dapat melihat beberapa helaian akhbar Badar dari Doktor Alimuddin Sahib Gujrati dan juga mendengar dalil-dalil kewafatan Nabi Isa. Apabila soal kewafatan nabi Isa sudah teguh dalam diri, saya bersyukur kepada Tuhan, dan tanpa teragak-agak lagi, saya terus menulis surat permohonan bai’at kepada Hazrat Masih Mau’ud a.s. Apabila ayah saya mengetahui hal itu, dia menulis surat menzahirkan perasaan marah dan kecewa, di samping itu dia mengingatkan tentang doa yang dipanjatkan kepada Allah sebelum kelahiran saya, sebab selepas kelahiran anak pertama, dalam tempoh 12 tahun, tidak ada lagi anak yang lahir dalam keluarganya sehingga menyebabkan ayahnya membuat doa khas kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk; “Wahai Tuhan yang Arhamar Rahimin dan Wahhab! Sebagaimana Engkau mendengar rayuan dan memberi anak kepada nabi Ibrahim dalam zaman tuanya, dengarlah juga rayuanku dan berikanlah kami keturunan”. Inilah doa yang dipanjatkan oleh ayahnya. Dia mengatakan; saya telah mengingatkan kembali doa ayah saya dan menulis kepadanya bahawa doa ayah sekarang telah dikabulkan apabila saya telah dihindari dari kehancuran oleh Allah dan mendapat taufik bertemu dengan hamba utusan-Nya. Dia menulis lagi; lebih kurang dalam bulan April tahun 1906, saya telah dipindahkan dari tempat itu ke tempat asal saya. Dan sebelum berpindah, saya telah singgah di Qadian, lalu bai’at di tangan Hazrat Masih Mau’ud a.s dalam Masjid Mubarak. Gambaran semasa bai’at dan keadaan hati saya dapat diringkaskan seperti ini; satu fikiran yang tenang dan pemuda yang sederhana, setelah berperang dengan semua keinginan-keinginan nafsu amarahnya dan menentang pemberontakan, dia datang ke pintu dengan penuh bersedia berjumpa utusan, dan dalam penantian, matanya tertumpu pada tingkap di mana selalu Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk ke dalam masjid. Dalam masjid itu amat sedikit orang yang datang, semuanya senyap menantikan wujud suci itu. Tidak lama kemudian Hazrat Masih Mau’ud a.s masuk ke dalam masjid. Dan anak muda itu menitiskan air mata. Dan dia tidak tahu kenapa dia begitu. Tetapi, yang hanya dia sedar ialah, apabila Huzur masuk melalui tingkap itu seolah-olah kegelapan telah hilang. Pada kesempatan itu juga, Akbar Syah Khan memperdengarkan beberapa rangkap syair yang mana Huzur menyukainya. Selepas bai’at, saya balik pada hari kedua. Kemudian, dalam tahun 1907, ketika musim panas, ayah saya pergi ke Amritsar, di sana dia sakit dan saya bawa ke Qadian untuk berkenalan dengan Huzur. Saya berusaha supaya dia sendiri juga bai’at, tetapi malangnya dia tidak mendapat taufik untuk itu. Huzur berdoa untuknya dan meminta agar mengambil ubat dari Hazrat Maulvi Nuruddin Sahib. Selepas mengambil ubat, kami bertolak ke Amritsar. Untuk menenangkannya, Hazrat Khalifatul Masih Awal telah menceritakan kisah anak-anaknya, namun hati ayah saya sudah lama menderita, sebab itu agak lemah dan hanya menitiskan air mata. Dia terlalu bersedih dengan kematian anak pertama saya. Dia menulis lagi; malang sekali kerana selepas itu tidak ada lagi peluang bertemu dengan Hazrat Jariullah. Saya hanya dapat bersedih kerana mendengar kewafatan beliau a.s dari Akhbar Badar di mana waktu itu saya berada di Bannu. (Register Riwayat, nombor 5, halaman 94-96)
Hazrat Muhammad Hussin Khan Tailor bin Mukarram Khuda Bakhsy Sahib Sukna Gujranwala, bai’at pada tahun 1897. Dia menulis; ketika masih kanak-kanak, saya amat suka menonton rancangan gusti. Suatu hari, saya balik dari menonton gusti. Di sana ada seorang khawaja tinggal. Di rumah khawaja itu ada tetamu yang baru datang dari Larkana. Dia ditanya; tolong beritahu apa berita dari Larkana? Dia menjawab; saya mendengar satu perkara baru dari satu ceramah seorang maulvi di Larkana. Maulvi itu mengatakan bahawa dengan banyak belajar akan menyebabkan otak menjadi rosak. Dia juga menyatakan bahawa ada seorang Mirza di Qadian yang mengatakan aku adalah tuhan. Saya menjawab; maulvi sahib, berikan rujukan juga, jangan hanya cakap seperti itu. Maulvi itu menjawab; ada dalam Barahin Ahmadiyah. Di sana saya mencari seorang Ahmadi yang namanya Muhammad Hayat. Dia berasal dari Chiniot. Saya bertanya kepadanya; kamu ada buku Barahin Ahmadiyah? Dia menjawab; Ya. Saya berkata kepadanya; tolong buka dan perlihatkan di mana Hazrat Sahib tulis bahawa ‘aku adalah tuhan’. Pada waktu itu dia ini belum Ahmadi. Apabila dia buka, di sana ada tertulis bahawa Tuhan di dalam aku dan aku di dalam Tuhan. Saya pergi kepada syeikh sahib dan menunjukkan kandungan kitab itu bahawa ia hanya perkara biasa sahaja. Orang biasa yang dikuasai fikiran syaitan, di negara kita orang itu dianggap syaitan, jadi orang yang mempunyai fikiran ketuhanan, maka orang yang memiliki fikiran yang Rahman, apa yang anehnya di situ? Lalu dia menjawab; wah! Saudara pun sudah jadi mirzai. Saya menjawab; syeikh sahib! Mirzai itu benda yang baik. Di tempat kami mirzai itu adalah weskot yang mempunyai banyak kapas. Jika ada yang menderita suatu penyakit pneumonia, jika ia dipakai di leher, maka ia memberi kelegaan. Walau apa pun, mereka mentertawakan saya dan mengatakan; orang ini sudah jadi mirzai.
Hari ini pun, mereka memetik dari buku-buku Hazrat Masih Mau’ud a.s dengan memotong di sana sini dengan tujuan memesongkan orang ramai. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa di mana ada tangan para ulama, di situ juga ada tangan rancangan TV dan juga media. Mereka tidak membenarkan orang lain membaca kitab yang asli.
Selepas itu dia mengatakan; saya balik ke kedai. Sehari berlalu, waktu malam saya bermimpi dan diperlihatkan bahawa imam mahdi akhir zaman yang dijanjikan itu sudah datang. Saya pun bertanya; di mana tempatnya? Orang itu mengatakan; lebih kurang 50 batu dari sini. Dalam menceritakan mimpinya, dia berkata; saya bertanya di mana imam mahdi berada? Orang itu menjawab; ada dalam 50 batu dari sini ke arah Selatan. Atas ucapan orang itu, saya menuju ke Selatan. Apa yang saya lihat di hadapan ialah Hazrat Imam Mahdi sedang menunggang kuda, dan bersama-sama beliau ada dua orang lagi. Saya terus berkata: Huzur! Ambillah bai’at saya. Lalu saya bai’at dan berjalan bersama Huzur. Huzur berhenti di Lahore dan saya mengatakan; Huzur! Ambillah saya. Huzur berkata: orang yang memutuskan diri dengan agama, dia tidak akan mendapat apa-apa dari agama. Setiap orang hendaklah mendapatkan agama jika tinggal di dunia. Saya berkata: dari sini dekat ke Gujranwalah. Saya hendak pergi ke sana untuk bertemu ibu saya. Huzur membenarkan saya pergi. Kemudian saya pergi ke Gujranwalah, dan dari tangga rumah, saya mengatakan Imam Mahdi Akhir Zaman sudah datang. Sesiapa yang mahu bai’at atau mahu berkunjung, boleh pergi ke Lahore. Kemudian, mata saya terbuka. Saya menyedari masih berada di Sukhar. Pada hari kedua, dalam kedai di Sukhar, saya bermimpi lagi melihat Hazrat Imam Mahdi berada di sebuah tempat yang tinggi mengarah ke langit dan berkata kepada seseorang; di sini ada seorang hamba kami yang tinggal, bawa kepalanya ke sini. Apabila orang itu datang, saya telah memberikan kepala saya kepadanya dengan memegang kedua-dua belah telinga. Tidak lama kemudian Huzur berkata: cantumkan kepala itu dengannya dan berikan juga khazanah aku ini kepadanya. Dia datang dan mencantumkan balik kepala saya. Saya membaca banyak salawat dan berdiri. Saya berkata kepadanya; semua khazanah yang Huzur beri, tolong berikan kepada saya. Dia tidak mahu memberikannya. (Ini adalah cerita dalam mimpinya) Dalam keadaan itu, malam telah berlalu dan saya bangun untuk Subuh. Pada hari ketiga, lebih kurang jam 10 atau 11 malam, saya merasa badan saya seolah-olah dihimpit sesuatu, dan saya tidak tahu sama ada saya tidur atau terjaga. Dalam keadaan itu, Hazrat Imam Mahdi datang mendekati saya dan berkata; apa yang terjadi? Kalau dia tidak mahu berikan, biarkan saja, ada banyak lagi dengan kami. Sila hulurkan tangan. Saya hulurkan tangan dan Huzur meletakkannya pada tangan saya lalu saya terus masukkan ke dalam mulut. Seolah-olah saya bai’at kepada Huzur dalam cara seperti ini. Selepas itu saya pergi ke Qadian, saya sampai dan turun di Batala lebih kurang jam 11 malam, tidak ada tempat untuk berteduh. Saya hanya berdiri di tempat para musafir menunggu dan berkata dalam hati; Ya Allah! Ke mana harus saya pergi sekarang? Orang turun dari kenderaan dan pergi ke tempat mereka masing-masing. Kemudian, ada seseorang yang keluar dan bertanya kepada saya; ke mana tuan hendak pergi? Saya menjawab; pada mulanya saya hendak pergi ke Sukhar, tetapi sekarang saya bercadang hendak pergi menziarahi Hazrat Imam Mahdi Akhir Zaman. Dia berkata; di Sukhar ada orang bernama Hussin Bakhsy, adakah tuan kenal? Saya menjawab; Ya, saya kenal dia. Dia berkata; ayuh kita ke rumahnya, besok pagi barulah tuan bertolak. Saya pergi bersamanya ke rumah Hussin Bakhsy dan mengetuk pintu, tidak lama kemudian dia datang dan menyambut kami dengan gembira. Kami bermalam di rumahnya malam itu. Keesokan harinya, apabila saya hendak bertolak ke Qadian, dia berkata: saya tidak akan benarkan tuan pergi selagi tuan tidak makan di rumah saya. Kemudian dia pergi ke pasar dan memberi barang-barang lalu dimasak dan menghidangkannya kepada saya. Selepas itu saya bersiap dan duduk di atas kereta kuda. Di atasnya sudah sedia ada dua orang. Seorang berjanggut panjang yang telah diinai. Dia bertanya kepada saya ke mana hendak pergi? Saya menjawab; Saya hendak menziarahi Hazrat Imam Mahdi. Dia mencelah; saya tidak tahu apa sebabnya orang datang ke sini? Apa yang sudah jadi dengan otak semua orang? Dari Batala sehingga Qadian, itu sahaja dia perkatakan. Saya hanya duduk beristighfar dan membaca Laa Haula Walaa Quwwata Illaa Billa. Apabila sampai di Qadian, dia berjalan di hadapan dan saya mengikutinya. Di bawah Masjid Mubarak di mana ada kotak surat. Dia terus menuju ke arah rumah Mirza Gul, dan saya bertemu dengan seseorang yang bertanya ke mana saya hendak pergi. Saya mengatakan bahawa saya hendak berjumpa dengan Hazrat Nuruddin Sahib. Saya juga bertanya siapa yang berada di hadapan saya yang selalu mengeluarkan caci maki ke atas Hazrat Masih Mau’ud a.s. Dia menjawab bahawa orang itu adalah Mirza Imam Din. Kemudian saya pergi kepada Hazrat Maulvi Sahib. Saya menyerahkan surat dari Doktor Hasan Ali yang telah Ahmadi sebelumnya. Maulvi Sahib memberi isyarat dengan tangan; duduk di sebelah sana. Saya terus duduk di sana. Selepas beberapa lama, ada orang datang kepada saya dan memberitahu bahawa Hazrat Sahib sudah sampai di Masjid. Saya terus masuk ke Masjid Mubarak. Di hadapan masjid saya melihat Hazrat Sahib di satu sudut dan Maulvi Sahib di sudut yang lain. Beliau menceritakan mengenai saya kepada Huzur; Huzur, ini anak buah kepada Doktor Hasan Ali yang datang untuk bai’at. Kemudian, saya bai’at kepada Huzur, dan saya menceritakan pengalaman saya ketika kecil dan Huzur mendengar kisah saya. Saya juga menyentuh agar Huzur mendoakan adik saya agar bai’at. Saya telah melanggan Badar untuknya, dan apa sahaja buku Huzur saya turut berikan. Namun, dia tidak suka membacanya. Dia mengatakan bahawa di dalamnya penuh dengan sihir, dan sesiapa yang membacanya akan menjadi mirzai. Huzur doakan dia agar masuk dalam silsilah yang benar ini. Huzur berkata: keinginan tuan itu mulia, mudah-mudahan Tuhan memberikan kejayaan kepada tuan. Huzur melihat ke arah saya dan mendapati sebelah mata saya sakit. Huzur bertanya; sejak bila lagi rosak? Saya menjawab; sejak dari zaman muda lagi. Saya mendaki gunung Koh Miri, mula-mula masih lagi baik, tetapi selepas itu terus jadi seperti yang sekarang ini. Huzur berkata; kerja tuan di Koh Miri berjalan baik, teruskan bekerja di sana. Saya berkata; Huzur! Sekarang saya bekerja di Sukhar. Orang yang bersungguh-sungguh, sukar pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain kerana jaraknya sehingga 600 atau 700 batu. Huzur berkata; semoga Allah memberi kesembuhan kepada tuan. Tidak lama kemudian, saya merasa lega pada mata saya. Apabila saya turun dari masjid dan duduk dengan Maulvi Sahib, maka Maulvi Sahib memberi isyarat agar saya dapatkan ubat. Saya berkata; sekarang ini saya betul-betul rasa lega. Tidak lama selepas itu, Huzur telah berkunjung ke Lahore.
Dalam riwayat seterusnya, satu hari Deputy Commissioner dan Kapten Polis datang melawat Huzur. Mereka menghantar seseorang untuk menyatakan tujuan mereka datang. Huzur berkata: saya tidak ada waktu yang banyak, kalau mereka mahu, boleh berjumpa sekejap sahaja. Dengan berdiri di tangga, mereka datang melawat Huzur dan berkata. Malam semalam kami menerima laporan ada orang membaling batu, jika tuan mahu, kami boleh aturkan polis. Huzur menjawab; Pelindung kami adalah Allah Ta’ala. Namun, tuan boleh lakukan kewajipan tuan apa yang sesuai. Kemudian mereka balik.
Kemudian berkata; satu hari Huzur datang jam 10 pagi untuk memperbaiki masa jam. Jam itu dibalut dengan sapu tangan. Jam itu dikeluarkan dan waktu dibetulkan, kemudian beliau naik lagi ke atas. Satu kali saya datang ke Qadian, Huzur sedang diperdengarkan satu surat seorang Ahmadi dari Sialkot. Di dalamnya tertulis, Huzur! Besan saya meminta gendang dan juga pertunjukan api dalam acara perkahwinan. Huzur menjawab; gendang untuk tujuan pengumuman tidak ada salahnya, manakala pertunjukan api itu suatu yang dibenci. Katakan kepada mereka, gendang akan kami bawa, tetapi pertunjukan api harap dilupakan. Kemudian, pernah sekali Babu Muhammad Rasyid, setelah begitu lama sudah mulai cenderung kepada Ahmadiyah, terjadi perubahan dalam fikirannya, sebahagian disebabkan bersama saya. Selepas itu ada empat orang yang bersedia untuk datang ke Qadian atas tujuan bai’at. Babu Muhammad Rasyid, Maulvi Mahbub Alam, dan Masteri Ilm Din, yang keempat saya tidak ingat namanya. Saya telah bahawa empat orang ini ke Qadian untuk mengambil bai’at.
Satu lagi peristiwa yang ajaib, dia menulis; satu kali apabila Huzur datang ke masjid melalui jendela, maka semua orang bangkit menyambut beliau. Maka seorang pathan (orang yang tinggal di Barat Pakistan) yang menderita sejenis penyakit lutut, berjalan menggunakan dua tongkat, dia mengambil masa yang agak lambat untuk berdiri. Ketika Huzur keluar, maka kaki Huzur tersentuh kakinya hingga sebelah kaki yang tersentuh itu telah hilang rasa sakitnya. Kemudian, apabila Huzur hendak masuk kembali, dia berkata; Huzur! Harap Huzur juga letakkan kaki atas kaki sebelah ini. Huzur meletakkan kakinya sebentar, kemudian berlalu pergi. Selepas itu dia berkata kepada Hazrat Maulvi Sahib; saya telah berubat dengan tuan sejak enam bulan lepas, tetapi tidak ada perubahan apa-apa. Peristiwa hari ini di mana kaki Huzur bersentuhan dengan kaki saya telah menyebabkan semua kesakitan saya hilang. Khalifah Awal menjawab; saudara! Dia itu adalah rasul Tuhan, sedangkan saya hanya Hakim biasa sahaja. Saya berikan ubat apa yang saya rasa patut.
Dikatakan bahawa Huzur sedang duduk di dalam masjid. Kemudian, beliau pergi ke dalam untuk suatu hajat. Berdekatan dengan beliau ada weskot, beliau meletakkannya di atas bahu lalu beredar ke dalam. Selepas dua tiga minit, beliau datang lagi dan membawa weskot yang sama. Maka, Syed Fazal Syah Sahib berkata; Huzur! Di sini tidak ada orang yang duduk di atas, Huzur pergi dua tiga minit kemudian datang lagi dengan membawa weskot di bahu. Huzur menjawab; saya tidak mahu memberi peluang kepada sesiapa untuk membuat dosa. (Register Riwayat Sahabah, Nombor 5, halaman 97-103).
Sebenarnya ini bukanlah kerana takut, tetapi ia merupakan satu cara Hazrat Masih Mau’ud a.s memberi tarbiyat, yakni daripada wujud perasaan yang tidak senang, adalah lebih baik kamu ambil dan angkat barang kepunyaan sendiri.
Hazrat Syeikh Muhammad Ismail r.a yang tingga di Sarsawa daerah Saharanpur, beliau ini bai’at pada tahun 1894, beliau menulis bahawa Hazrat Masih Mau’ud a.s menyatakan rasa sedih berkenaan para maulvi dan sufi zaman ini kerana mereka memalingkan muka dari kebenaran dan menyebabkan orang ramai menjadi jauh dari Allah Ta’ala. Perbuatan mereka juga lebih dahsyat dari orang-orang dahulu supaya hamba-hamba Tuhan tidak menerima kebenaran. Jika Allah tidak memberi ketenangan kepadaku bahawa “Aku akan sampaikan tablighmu ke seluruh pelusuk dunia” dan “Aku tidak akan biarkan engkau gagal”, maka saya tidak tahu apa kesulitan yang akan terjadi akibat ucapan para maulvi ini? Berkata; jika orang-orang ini mendengar rintihanku, iaitu bagaimana aku menangis di hadapan Allah Ta’ala demi kebaikan dan hidayat untuk mereka, bahawa “wahai Pemilikku! Muhsinku! Kasihilah mereka, jauhilah kedegilan hati mereka, berilah mereka petunjuk untuk berjalan atas landasan yang lurus, dan selamatkan mereka dari tergelincir ke arah kegelapan”. Saya berkali-kali rebah di Istana Ilahi untuk mereka dengan ucapan; Ya Ilahi! Mereka ini tidak mengetahui apa sahaja yang aku minta daripada-Mu untuk mereka. Allah! Allah! Apabila Huzur mengucapkan kata-kata ini, maka kami dapat menggambarkan betapa sucinya beliau. Dan ini amat benar bahawa wujud-wujud suci yang Allah utuskan untuk memberi hidayat kepada hamba-hamba-Nya, wujud itu mempunyai keprihatinan dan sikap mengambil berat terhadap hamba-hamba-Nya. Rasa prihatin terhadap hamba-hamba Allah begitu tinggi melebihi keprihatinan dari ibu bapa. Dia menulis lagi, oleh kerana saya yang mendengar suara-suara itu, (maka saya sendiri dapat merasakan kerisauan yang beliau hadapi). (Register Riwayat Sahabah, Jilid 6, halaman 97-98).
Ada satu lagi riwayat Hazrat Syeikh Muhammad Ismail Sahib r.a bin Syeikh Masita Sahib Sukna Sarsawa daerah Saharanpur. Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s telah melahirkan quwwat qudsiah dalam diri sahabat-sahabatnya, iaitu meyakini Allah Ta’ala sebagai Pelindung, dan tidak akan pernah berdusta kerana ketakutan, tidak terhalang dari menyatakan kebenaran. Sentiasa menjauhi akhlak razilah dan menjadikan akhlak fadilah sebagai jalan kehidupan, dan setiap waktu sentiasa berharap agar Tuhan sentiasa bersama-samanya. Keyakinan seperti inilah yang telah menyebabkan musuh para sahabat mendapat kehinaan, manakala para sahabat sentiasa bersyukur kepada Allah. Kemudian, mereka dapat merasai bahawa Allah Ta’ala sentiasa bersama-sama mereka. Para sahabat begitu yakin kepada Allah, tidak teragak-agak dalam menyatakan kebenaran dan tidak pernah takut dengan sesiapa. Amal soleh mereka ialah hati mereka larut dalam kecintaan terhadap Allah, dan apa pun yang sedang mereka buat, semuanya itu adalah kerana Allah Ta’ala. Mereka terhindar dari perbuatan riak kerana Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata bahawa riak itu satu akhlak buruk yang berbahaya, ia boleh menyebabkan insan menjadi munafik. Saya tidak pernah melihat kelopak mata Hazrat Masih Mau’ud a.s naik ke atas, malah sentiasa meredupkan matanya. Begitu tinggi perasaan malu yang beliau miliki. Tetapi, apabila disentuh mengenai musuh Allah, atau cerita mempersendakan Rasulullah s.a.w, kelopak mata beliau akan kelihatan terangkat, jika tidak, mata beliau selalu tersembunyi dalam kelopak matanya. Beliau amat mencintai Rasulullah s.a.w, setiap kali ada zikir mengenai Rasulullah s.a.w, pasti beliau akan berkata: Jika rasul suci ini tidak datang ke dunia, pasti di dunia ini akan hilang dari hidayat, kegelapan demi kegelapan yang akan terjadi. Beliau amat menekankan anggota Jemaatnya agar berusaha menjauhi akhlak razilah, dan beliau selalu berkata: Jadikanlah diri kamu penzahiran Allah Ta’ala, amalkan akhlak fadilah supaya Allah Ta’ala mencintai kamu. Kita ini lebih mencintai Tuhan daripada mencintai ibu sendiri. Demikianlah akhlak Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s, apabila kita renungkan dengan mendalam terhadap akhlak beliau, minda kita akan mengakuinya, kemudian kita akan turut mencintainya dan tidak mahu lagi berpisah dengannya, akan terduduk ke kakinya, dan seperti bola yang walaupun di tendang-tendang, tetap tidak mahu berjauhan dengannya. Inilah akhlak hasanah Hazrat Aqdas Masih Mau’ud a.s. Beliau juga amat menekankan anggota Jemaat agar menjauhi perbuatan buruk sangka, beliau berkata; orang yang selalu berburuk sangka tidak mendapat cahaya iman yang hakiki kerana buruk sangka itu satu akhlak buruk yang berbahaya. Ini jugalah penyebabnya hilang rasa bergantung harapan kepada Allah Ta’ala.
Jadi, anggota Jemaat kita harus menjauhi perbuatan buruk sangka. Orang yang berburuk sangka tidak akan termasuk dalam Jemaat Tuhan. Inilah tanda Jemaat Ilahi. Hazrat Masih Mau’ud telah berkali-kali memberi nasihat agar kita meyakini bahawa Al-Qur’an merupakan sarana makrifat Ilahi, dan apa yang diberitahu di dalamnya merupakan amal soleh. Ini adalah kerana Al-Qur’an menyentuh tentang amalan yang boleh membawa kebaikan kepada dunia dan akhirat seseorang. Saya berkata dengan sebenar-benarnya bahawa inilah kitab yang apabila menyentuh tentang berkat-berkatnya, semua orang-orang suci di seluruh dunia telah membenarkannya dengan lidah. Oleh sebab itu, anggota Jemaat kita hendaklah menjadikan Al-Qur’an ini sebagai panduan hidup. (Register Riwayat Sahabah No. 6, halaman 66-68)
Mudah-mudahan Allah Ta’ala juga meninggikan darjat para sahabat-sahabat yang telah menyebabkan riwayat hidup mereka sampai kepada kita. Dan juga mudah-mudahan kita diberikan taufik oleh Allah agar dapat bersedia setiap masa untuk melakukan pengorbanan-pengorbanan bagi mengembangkan misi Hazrat Masih Mau’ud a.s iaitu menghidupkan kembali Islam. Kita harus memastikan kehidupan kita itu berjalan mengikut landasan Islam yang sebenar. Inilah yang diharapkan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s dari kita dan juga contoh para sahabat yang telah dipersembahkan di hadapan kita.
Khutbah Hazrat Mirza Masroor Ahmad (16 Julai 2010)
untuk teks MS Words atau PDF, sila email
barahin.ahmadi@gmail.com
No comments:
Post a Comment