Wednesday, August 25, 2010

Bai'at Dan Taubah

Lembaran Tarbiyat 01

BAI’AT DAN TAUBAH

“Dalam ba’iat, kita hendaklah ketahui apa faedahnya dan kenapa ia perlu? Selagi nilai sesuatu benda itu kita tidak tahu, maka ia tidak berapa diambil perhatian. Misalnya, di dalam rumah seseorang, ada berbagai jenis barang, ada duit, kayu dan sebagainya. Jadi, semua barang-barang yang ada itu, cara memeliharanya adalah bergantung kepada nilainya. Menyimpan kayu tidak sama dengan cara menyimpan wang, kayu dan barang yang senilai dengannya hanya akan diletakkan di penjuru rumah sahaja. Tetapi bagi barang yang berharga akan disimpan di tempat yang selamat. Begitu juga dalam bai’at, di dalamnya perkara yang besar ialah taubah yang bermaksud rujuk atau kembali. Taubah dinamakan sebagai keadaan di mana insan meninggalkan maksiat, yang mana ia telah berhubungan dengannya, menganggapnya sebagai watan, atau seolah-olah ia telah mengatur kediamannya di situ. Maksud meninggalkan watan tersebut dan rujuk ialah memilih jalan kesucian. Sekarang, meninggalkan watannya amat sukar dan banyak kesulitan yang dihadapi. Apabila insan meninggalkan rumah, banyak kesulitan yang dihadapi, dan meninggalkan watannya terpaksa berpisah dari saudara mara, meninggalkan barang-barang seperti katil, lorong-lorong dan pasar-pasar lalu pergi ke negara baru, yakni tidak akan datang kembali ke negara asal. Inilah yang dinamakan taubah. Kawan maksiat itu lain dan kawan takwa itu lain. Perubahan ini dikatakan maut oleh ahli sufi. Mereka yang bertaubat, terpaksa melalui keadaan yang sukar, dan taubah yang sebenar akan berhadapan dengan kesukaran-kesukaran yang besar, tetapi Allah Ta’ala Rahim dan Karim. Allah Ta’ala berfirman: INNALLAAHA YUHIBBUT TAUWABIIN (Al-Baqarah:223), ayat ini mengisyaratkan bahawa dengan taubah itu dia akan menjadi miskin dan asing, sebab itu Allah Ta’ala sayang kepadanya, dan akan memasukkannya ke dalam Jemaat orang-orang mulia”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 2)

HAKIKAT DOSA DAN TAUBAH

“Hakikat dosa bukanlah Allah yang menciptakannya, kemudian memberi keampunan setelah beribu-ribu tahun berlalu. Sebagaimana pada lalat itu ada dua sayap. Satu daripadanya membawa penawar dan satu lagi racun. Insan pun ada dua ‘sayap’, satu ialah maksiat dan satu lagi taubah, kerisauan. Inilah hakikatnya bahawa sekiranya ada seseorang yang memukul hambanya dengan teruk, selepas itu dia akan rasa menyesal. Seolah-olah sayap itu bekerja serentak. Bersama-sama dengan racun itu ada penawar. Sekarang, soalan yang timbul ialah kenapa racun itu dicipta? Jadi, jawapannya ialah walaupun ia racun, tetapi jika ia dijadikan penawar, maka ia akan bertindak sebagai penawar. Jika dosa tidak ada, maka racun kesombongan akan bertambah dalam diri insan sehingga memusnahkan diri. Dengan taubah, ia boleh diselamatkan. Dosa boleh menyelamatkan insan dari malapetaka sombong dan riak. Jika nabi s.a.w yang maksum itu beristighfar 70 kali, kita seharusnya bagaimana? Mereka yang suka dengan dosa itu tidak akan bertaubat, tetapi mereka yang kenal bahawa dosa itu adalah dosa, mereka itulah yang akhirnya akan meninggalkan dosa itu.

Ada dalam hadis, apabila insan berkali-kali menangis di hadapan Allah memohon keampunan, akhirnya Tuhan berfirman; “Kami telah ampunkan kamu, sekarang terserah kepada kamu apa yang kamu mahu lakukan”. maksudnya, hatinya telah diubah dan dia sudah mengetahui bahawa dosa itu buruk. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 3)

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...