Islami Pardah
Kebelakangan ini ada tentangan terhadap sistem pardah. Tetapi mereka itu tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan Pardah dalam Islam. Pardah bukan hanya bermaksud tudung, malah ia merupakan suatu penghalang di mana seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim terpisah antara satu sama lain. Sekiranya diamalkan sistem pardah yang betul, maka keburukan akan dapat dihindari. Dikatakan bahawa, bagaimana seorang lelaki dan wanita boleh terhindar dari keburukan dengan menahan gejolak nafsu sedangkan mereka berjumpa dengan rasa seronok dan gembira?
Banyak yang kita dengar dan lihat bahawa seorang lelaki dan wanita yang bertemu di suatu rumah yang sunyi, dan pada waktu itu pintu rumah tertutup, mereka tidak kenal lagi erti MALU. Seolah-olah bagi mereka itu satu kebaikan.
Bagi menghalang akibat buruknya, sebab itulah Islam sama sekali tidak mengizinkan perbuatan seperti itu yang boleh membawa ke arah keburukan. Dikatakan bahawa jika ada wanita dan lelaki bukan muhrim duduk di tempat yang sunyi, maka yang ketiga di antara mereka adalah syaitan.
Perhatikanlah akibat buruknya dengan betul, mereka yang terpengaruh dengan budaya Eropah, di beberapa tempat kehidupan mereka telah dilanda taufan yang amat memalukan ini. Jika ingin suatu benda tidak mahu dikhianati, maka peliharalah benda itu, jika tidak dijaga, malah menganggapnya satu amalan yang mulia, benda itu akan musnah.
Ajaran Islam itu begitu indah, lelaki dan wanita yang bukan muhrim itu dipisahkan agar terhindar dari keburukan. Dan juga kehidupan insan tidak menjadi musnah yang mana di Eropah, saban hari kita melihat ada pergaduhan dan bunuh diri.
(Dipetik dan diterjemahkan dari Malfoozaat Jilid 1, halaman 21)
No comments:
Post a Comment