Khulasah
Khutbah Jumaat
HAZRAT
MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
23-03-2018
(Masjid Baitul Futuh London)
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:-
Hari
ini adalah 23 Mac bersamaan dengan Yaume Maseeh Mau’ud. Jemaat-jemaat di serata
dunia akan mengadakan program sempena hari ini. Hari ini juga saya akan
sampaikan beberapa sabda Hazrat Maseeh Mau’udas tentang tujuan
kedatangan Maseeh Mau’ud, keperluan dan kedudukannya. Selepas pendakwaan
beliau, ulama-ulama Islam berusaha sedaya upaya untuk menghalang beliau
sehinggalah sekarang, namun Allah Ta’ala sentiasa memberi dukungan kepada
Jemaat Hazrat Maseeh Mau’udas ini.
Sesuai
dengan janji Allah Ta’ala, Hazrat Maseeh Mau’udas mengumumkan:-
“Akulah Maseeh yang dijanjikan … serangan telah
dibuat terhadap tauhid yang hakiki, kehormatan dan kemuliaan Rasulullahsaw
dipersendakan, dan Kitab dari Tuhan juga dipermainkan dengan penuh kezaliman. Jadi,
dalam keadaan ini, adakah Tuhan tidak terpanggil untuk berbuat sesuatu? …
Adakah Tuhan telah lupa akan janji-Nya إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُون؟
Ingatlah bahawa janji Tuhan itu benar, dan telah
mengutus seorang pemberi peringatan, tetapi dunia tidak menerimanya. Tetapi
Tuhan akan menerimanya dan menzahirkan kebenarannya dengan luar biasa. …. Aku
berkata dengan sebenar-benarnya bahawa aku datang sesuai dengan janji Allah
sebagai Al-Maseeh. Terserah kepada kamu sama ada menerimanya atau menolaknya.
Tetapi dengan penolakan kamu tidak memberi apa-apa kesan. Apa yang diinginkan
oleh Allah akan tetap berlaku.”
“Ujilah silsilah ini atas ‘Minhaajin Nubuwah’
kemudian lihat kebenaran bersama dengan siapa? … dakwaanku ini adalah atas
‘Minhaajin Nubuwah’, … aku yakin bahawa orang yang merenungkannya dengan
teliti, pasti akan mendapat faedah dan menerimannya. Tetapi, mereka yang ada
dengki dalam hatinya, maka hal ini tidak akan bermanfaat atas dirinya.”
Memang
untuk mereka yang mencari kebenaran meminta bukti, dan itu hak mereka. Namun
kita akan berikan nas-nas dari Al-Quran, hadis-hadis dan dalil-dalil akli sesuai
dengan keperluan zaman, kemudian lebih daripada 150 tanda-tanda dari Tuhan.
Rasulullahsaw juga telah mengkhabarkan bahawa Maseeh Mau’ud akan
menjadi hakim yang adil. Tetapi, orang yang tidak mahu menerima akan memberikan
bantahan yang tidak patut. Tetapi Tuhan sudah berjanji bahawa akan memberikan
sokongan-Nya.
Mengingkari saya sebenarnya mengingkari Allah dan
Rasulullahsaw. Jika mereka mendustakan saya, maka mereka pertama
sekali mendustakan Allah Ta’ala kerana Allah Maha Melihat apa kerosakan yang
sedang berlaku. Dan janji Allah إِنَّا
نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُون
tidak dipenuhi walaupun keadaan sudah memerlukan.
Dan dalam ayat istikhlaf juga sebagaimana yang berlaku pada Nabi Musa, itu juga
akan berlaku pada Rasulullahsaw sebagai permisalan Musa, dan ma’azallah
janji ini tidak dipenuhi oleh Allah. Sedangkan hal itu diterangkan di dalam
Al-Quran. Demikian juga terpaksa mendustakan ayat Al-Quran وَآخَرِينَ
مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ, demikian
juga ayat-ayat yang lain terpaksa diingkari. Malah saya menyatakan bahawa dari
ayat Alhamd sehingga Wan-Naas terpaksa ditinggalkan. Sebab itu cuba renungkan,
adakah mendustakan saya suatu perkara yang mudah? Saya tidak katakan hal ini dari
diri sendiri, saya bersumpah atas nama Tuhan bahawa orang yang meninggalkan aku
dan mendustakan aku, walaupun bukan dengan ucapan, tetapi dengan amalan mereka
seolah-olah telah mendustakan seluruh Al-Quran dan Allah Ta’ala. … sebab itu
sebelum mendustakan aku, pertama sekali renungkan dalam hati kamu dan tanyakan
siapa yang kamu dustakan?
Bagaimana
boleh terjadi mengingkari Hazrat Maseeh Mau’udas adalah bererti
mengingkari Rasulullahsaw. Beliau menjelaskan:-
“Sabda Rasulullahsaw bahawa setiap 100
tahun, kemunculan mujaddid terpaksa didustakan. Dan juga sabda إمامكم
منكم menjadi dusta. Dan
khabar kedatangan seorang Al-Maseeh pada era kebangkitan Kristian juga menjadi
dusta, ini kerana fitnah itu sudah muncul tetapi yang sepatutnya datang tidak
muncul. … saya katakan sekali lagi bahawa mendustakan saya bukan suatu hal yang
mudah. Sebelum menuduh aku kafir, terlebih dahulu harus menjadi kafir. Sebelum
menuduh aku sesat, terlebih dahulu harus mengakui kesesatan diri sendiri.
Sebelum menuduh aku meninggalkan Quran dan Hadis, terlebih dahulu harus mengaku
meninggalkan Quran dan Hadis. Namun, aku tidak akan meninggalkan Al-Quran malah
aku membenarkan Al-Quran. Aku tidak sesat tetapi aku adalah Al-Mahdi, aku tidak
kafir tetapi aku adalah
وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ. Apa
sahaja yang aku katakan, Tuhan telah menyatakan kepadaku bahawa itu benar.
Orang yang yakin kepada Tuhan, yang mengakui kebenaran Al-Quran dan Rasulullahsaw,
hujah ini cukup baginya dengan mendiamkan diri setelah merenungkan apa yang aku
katakan. Tetapi bagi mereka yang berani dan tidak punya rasa takut, apa penawar
untuk mereka? Tuhan sendiri yang akan menyedarkan mereka. … Kalau mereka
menilai kedudukan saya dengan ketakwaan, maka hal ini cukup bahawa “adakah
Tuhan sedang memberi kemajuan kepada saya atau menghapuskan saya?” Dari
satu kampung yang kecil muncul seruan ini, sekarang telah berada lebih dari 200
buah Negara.
Satu
kisah di Benin (Afrika) tahun 2012, seorang yang bernama Ibrahim telah baiat
dan mula bertabligh kepada keluarganya. Dan melalui usahanya, tiga buah kampung
telah menerima Ahmadiyah. Abangnya yang terganggu dengan Ibrahim, bersama
dengan kawannya mula membuat kekacaun sehingga merancang untuk membunuhnya.
Ibrahim melihat di dalam mimpi berkenaan dengan abang dan kawannya. Selepas
tiga hari, kawan kepada abangnya telah jatuh sakit dan akhirnya meninggal
dunia. Abangnya mula menuduh bahawa Ahmadiyah menggunakan ilmu hitam. Selepas
itu Ibrahim mimpi abangnya mengukur saiznya pada sebatang pokok. Selepas
beberapa hari isteri abangnya juga sakit dan meninggal dua hari sebelumnya.
Anaknya juga menderita sakit. Abangnya berjumpa dengan (raja) ketua di daerah itu
dan menyatakan Ibrahim menggunakan ilmu hitam. Raja itu meminta bayaran dan
berjanji akan melakukan sesuatu. Setelah bayaran dibuat, Raja itu memanggil
Ibrahim dan mula memarahi, meminta Ibrahim bertaubat. Jika tidak, maka kamu
tidak akan hidup keesokan harinya katanya. Namun, Ibrahim menyatakan bahawa
saya tidak boleh tinggalkan sebab ini adalah Islam yang sejati. Soal mati,
itu ketentuan Allah Ta’ala. Akhirnya, keesokan harinya, raja yang mengaku
sebagai tuhan di daerah itu telah lumpuh dan meninggal selepas dua hari
berlalu. Selepas kematian raja itu, abangnya mahu berdamai dengan Ibrahim, dan
orang kampung juga banyak yang menerima Islam Ahmadiyah. Inilah contoh
pertolongan Allah Ta’ala ke atas jemaat Ilahi ini.
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda lagi:-
“Lihat! Saya bersumpah atas nama Tuhan, ribuan
tanda-tanda yang telah zahir untuk membenarkan aku, sedang zahir dan akan
zahir. Kalau jemaat ini cuma ciptaan manusia biasa, maka sudah tentu
pertolongan seperti ini tidak akan terjadi.”
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda lagi:-
“Sesuai dengan keadaan sekarang ini, di mana
Rasulullahsaw sudah dipermain-mainkan, pendustaan terhadap ayat-ayat
Allah sudah di luar batasan. Dalam keadaan seperti ini sudah tentu Allah Ta’ala
mempersiapkan utusan-Nya sebagaimana sunnah-Nya. Inilah tanda agung akan
kebenaran seorang nabi, rasul dan mujaddid ialah mereka muncul tepat pada
masanya. Cuba tanya diri kamu dengan bersumpah atas nama Allah, adakah sekarang
ini bukan masanya untuk dipersiapkan seorang pembaharu oleh Allah Ta’ala. …
Kalau kami dan jemaat kami terkurung di dalam bilik pun pekerjaan itu akan
berjalan. Dajjal akan mundur. …
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda lagi:-
“Seandainya tidak ada sebarang dalil pun pada kita,
namun melihat keadaan semasa, sepatutnya wajib untuk orang Islam keluar mencari
sebab kenapa sehingga sekarang Al-Maseeh tidak muncul untuk mematahkan salib.
Ini kerana pekerjaannya adalah mematahkan salib dan zaman ini menuntut
kedatangannya. … juga memerangi golongan atheist, sebab itu dia dikatakan
sebagai Al-Maseeh yang dijanjikan, jika para ulama memikirkan kebaikan manusia,
sudah tentu mereka tidak berkelakuan menentang seperti sekarang. … mereka
menulis fatwa berkenaan dengan kita, tetapi atas kehendak Allah, jemaat ini
akan terus berkembang.”
Tindakan
para penentang sebenarnya menjadi sarana tabligh kepada kita. Banyak orang
menyatakan bahawa dengan adanya fatwa, dengan penentangan, mereka terdorong
untuk mengambil tahu lebih mendalam tentang Ahmadiyah.
Hazrat
Maseeh Mau’udas menjawab persoalan tentang kenapa jemaat ini perlu
dengan bersabda:-
“Banyak orang mengkritik bahawa apa perlunya jemaat
ini? Adakah kami tidak solat, tidak berpuasa? … kami juga mendirikan solat,
kami juga berpuasa, kami juga mengamalkan wirid-wirid, kenapa jemaat ini
membuat pecahan firqah baru lagi? … jadi, ingat dengan sebaik-baiknya bahawa
ucapan ini hanyalah disebabkan tidak memahami dengan benar hakikat ini. Ini
bukan pekerjaan saya, kalau ini adalah menjadi pecahan, maka Allah Ta’ala yang
telah melakukannya. Ini kerana kekuatan iman telah menghilang. Dan Allah Ta’ala
mahu iman yang hakiki ditiupkan melalui jemaat yang baru ini, kritikan seumpama
itu tidak berasas.”
Jadi,
Ahmadi jangan ada perasaan syak wasangka dalam perkara ini. Ia boleh
membinasakan diri sendiri. Jangan hanya baiat secara zahir, tetapi dalami
tujuan kita bai’at, jangan menjadi seperti umat Islam biasa, yang hanya
melakukan amalan-amalan zahir, tetapi tidak ada buah daripada amalan mereka. Kelihatannya
mereka juga mengamalkan amalan Islam, kalimah, solat, puasa, zakat dan
sebagainya. Kalau mereka mukmin dan muttaqi, dan beramal saleh, mereka
seharusnya tidak memusuhi kebenaran. Mereka seharusnya tidak mengeluarkan fatwa
kepada kita, malah seharusnya berfikir jangan sampai kita ini melakukan sesuatu
yang menjadikan Allah murka.
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda lagi:-
“Rasulullahsaw telah memberikan khabar
berkenaan dua fitnah di akhir zaman iaitu dalaman dan luaran. Fitnah dalaman
ialah orang Islam tidak lagi kekal mengamalkan ajaran Islam dan mereka masuk
perangkap syaitan, tidak ada lagi amal soleh, judi, zina, minuman keras, dan
mereka keluar dari batasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Mereka juga tidak
mempedulikan larangan Allah. Mereka juga meninggalkan puasa dan solat.
Perintah-perintah Tuhan tidak diendahkan. Hukum Al-Quran dipersendahkan. Fitnah
luaran ialah serangan dibuat terhadap zat Rasulullahsaw yang suci,
pelbagai usaha dibuat untuk menghina ajaran Islam. Sedaya upaya untuk
menjadikan orang menerima ketuhanan Nabi Isa dan mengakui kepercayaan salib
mereka. Untuk ini, Rasulullahsaw telah menetapkan khabar gembira
untuk islah bagi fitnah dalaman dan luaran ini, bahawa seseorang akan
dibangkitkan dari umat baginda yang akan mematahkan kepercayaan salib, sebab
itu namanya Maseeh Ibnu Maryam. Dan juga untuk fitnah dalaman, yang akan
membawa mereka ke jalan yang hakiki, sebab itu dinamakan Mahdi, dan ini juga
yang diisyaratkan dalam ayat وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ.”
Jadi,
kita yang telah beriman kepada Hazrat Maseeh Mau’udas, hubungan kita
kepada Allah dan ketakwaan serta amalan kita hendaklah lebih baik daripada
mereka yang lain. Jangan hanya baiat sekadar percaya jemaat ini benar, itu
tidak cukup dan Allah tidak gembira dengannya. Usahakan menjadi baik, muttaqi,
menjauhi segala kejahatan, siang dan malam banyakkan berdoa kepada Allah.
Lembutkan lidah, banyak beristighfar, banyak berdoa dalam solat.
Amal
soleh itu ialah di dalamnya langsung tidak ada kejahatan sedikitpun. Ingatlah
dalam amalan sentiasa ada pencuri, iaitu sikap menunjuk-nunjuk, sombong,
kejahatan, dan dosa-dosa yang menyebabkan amalan menjadi batil. Jadi, amal
soleh juga tidak ada langsung pemikiran zalim, sombong, riak, takbur, dan tidak
ada keinginan merampas hak orang lain. … dengan amal soleh akan menjauhkan
seseorang daripada kesulitan-kesulitan di dunia.
Walaupun
hanya ada seorang yang beramal soleh di sebuah rumah, maka rumah itu akan
diselamatkan. … kamu telah bertaubat, sekarang Tuhan mahu melihat dengan taubat
itu apa yang akan kamu lakukan untuk menyucikan diri kamu. Zaman ini Tuhan
hendak membuat perbezaan melalui tingkat ketakwaan. Sekarang ini banyak orang
meragui Tuhan, tetapi tidak melihat diri mereka sendiri. Padahal Allah Ta’ala
itu Maha Pengasih dan Penyayang.
Ada
orang yang langsung tidak sedar sedang melakukan dosa. Sebab itu ada sarana
yang telah disediakan oleh Allah iaitu istighfar. Seorang insan hendaklah
banyak beristighfar atas dosa yang dia tahu atau tidak tahu, yang zahir atau
yang batin. Tangan, kaki, lidah, hidung, telinga, mata, dan sebagainya, yang boleh
menggelincirka untuk melakukan dosa, untuk itu juga banyakkan istighfar.
Setiap
Ahmadi hendaklah cenderung membaca doa Nabi Adam:-
{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ
تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِين}
Juga
selalu baca doa:-
Rabbii,
kullu syaiin khaadimuka, Rabbi fahfaznii wanshurnii warhamnii.
Setiap
Ahmadi hendaklah mengukur diri sendiri, giatkan diri dalam mendirikan solat,
banyakkan membaca istighfar. Orang yang tidak menerima Hazrat Maseeh Mau’udas
adalah golongan yang berdosa, tetapi kita yang telah beriman kepada Hazrat
Maseeh Mau’udas tetapi tidak melakukan perbaikan dalam diri sendiri,
kita juga berdosa. Jadi, renungkan sedalam-dalamnya.
Semoga
kita menjadi orang yang menghindarkan diri dari fitnah dalaman dan luaran.
Menjadi orang yang menunaikan hak baiat yang hakiki.
Satu
berita gembira iaitu akhbar al-Hakam, akan mula diterbitkan semula. Boleh
dibaca melalui internet www.alhakam.org, dan ada
aplikasi untuk mobile phone, apple dan android. Semoga Ahmadi dapat
memanfaatkannya.
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Disediakan oleh:
Salahuddin
bin Syed Ali
Jamia
Ahmadiyya International Ghana
24-03-2018
Teks
penuh akan menyusul, sila berhubung dengan Tuan Maulana Abdul Latief Ahmad,
Muballigh Jemaat Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment