Khulasah
Khutbah Jumaat
HAZRAT
MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
09-03-2018
(Masjid Baitul Futuh London)
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Antara lain Huzur berkata:-
Hazrat
Maseeh Mau’udas menceritakan tentang pengorbanan para sahabat
Rasulullahsaw, kedudukan mereka dan nikmat-nikmat yang telah
diberikan oleh Allah Ta’ala. Hazrat Abu Bakar telah menyerahkan segala hartanya
pada jalan Allah Ta’ala. Namun, Allah Ta’ala telah menjadikannya sebagai
penguasa Arab, Islam kembali dihidupkan dalam siri yang baru dan telah
menguasai Arab yang murtad.
Semangat
yang ditunjukkan oleh para sahabat Rasulullahsaw tidak diperolehi
misalnya dalam kehidupan para nabi-nabi sebelumnya.
Selagi
manusia menuju kepada Tuhan tanpa meninggalkan keinginan-keinginan duniawi,
mereka tidak akan mendapat hasil apa-apa malah sebaliknya merugikan diri
sendiri. Namun, jika mereka bersedia meninggalkan segala keinginan-keinginan
dan tujuan duniawi mereka, maka Allah Ta’ala akan memberikan kurnia atas
mereka, tetapi dengan syarat mereka bersedia untuk menerima kematian dan
sanggup menghadapi kesusahan pada jalan Allah.
Dunia
adalah fana, namun orang yang mendapat kebahagiaan di dunia adalah mereka yang
berada pada jalan Allah Ta’ala. Mereka yang sanggup meninggalkan segala-galanya
untuk Allah, mereka itulah yang akan mendapat kemuliaan di dunia yang tidak
diperolehi oleh orang-orang duniawi walaupun mereka berusaha keras ke arah itu.
Berkat
Quwwat Qudsiah Rasulullahsaw, kecintaan para sahabat ke arah dunia
telah dipalingkan ke arah Allah Ta’ala. Pengorbanan dan kesetiaan para sahabat
Rasulullahsaw juga tidak dapat dilihat misalnya dalam kehidupan
nabi-nabi sebelumnya.
Hazrat
Abad, seorang sahabi Ansar telah syahid pada usia 35 tahun. Ibadat dan tilawat
Al-Quran beliau diriwayatkan oleh Hazrat Aishahra. Ketika beliau
beribadat suatu malam sehingga kedengaran oleh Rasulullahsaw suara
beliau menilawatkan Al-Quran, maka Rasulullahsaw telah mendoakan “semoga
Allah mengasihi Hazrat Abad”. Beliau pernah bermimpi melihat langit terbelah
dua dan beliau masuk ke dalamnya, dari mimpi itu beliau yakin bahawa beliau
akan mendapat nikmat kesyahidan. Beliau syahid dalam perang Yamamah, di mana
beliau dengan penuh keberanian dalam peperangan itu sehingga wajahnya tidak
dikenal pasti kesan daripada pedang. Namun, disebabkan ada tanda pada badannya akhirnya
jasad beliau dapat dipastikan.
Satu
kafilah daripada Bani Amar meminta agar menghantar wakil untuk bertabligh
kepada orang-orang mereka. Namun, Rasulullahsaw risau akan
keselamatan mereka, tetapi ketua kafilah berani bertanggungjawab untuk
memastikan keselamatan mereka. Hazrat Aram telah dilantik sebagai ketua
rombongan. Apabila mendekati kawasan mereka, Hazrat Aram dapat mengetahui ada
sesuatu yang tidak kena. Dan memang itu yang berlaku di mana Hazrat Aram dan
para sahabat yang lain telah disyahidkan. Seramai 70 orang telah syahid pada
waktu itu dan kejadian itu telah diberitahu oleh Malaikat Jibril kepada
Rasulullahsaw. Kerana begitu sedih sekali, selama 30 hari
berturut-turut Rasulullahsaw mendoakan kehancuran kaum Bani Amar
yang telah berlaku zalim dan kesyahidan 70 orang itu dikatakan kesyahidan yang
agung.
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda berkenaan dengan kecintaan yang hakiki akan
menjadikan seseorang itu sanggup menghadapi segala kesulitan dan kesakitan yang
dilalui. Cuba lihat para sahabat Rasulullahsaw ketika kehidupan di
Mekah. Ada sahabat yang ditangkap dan dizalimi, bukan hanya kaum lelaki, kaum
wanita juga dizalimi dan menghadapi penentangan yang begitu keras. Ada seorang
sahabi yang ditangkap, ketika tangannya dipotong dia berkata; aku berwuduk.
Kemudian ketika kepalanya diserang, dia berkata; aku sujud. Akhirnya meninggal
dunia. Waktu itu dia berdoa kepada Allah agar memberi khabar ini kepada
Rasulullahsaw. Jibril memberitahu kejadian itu kepada Rasulullahsaw
di Madinah waktu itu. Inilah lambang kecintaan yang hakiki, mereka sanggup
menderita.
Inilah
tanda seorang mukmin iaitu mereka bersedia dan sanggup dibunuh. Demikian juga
apabila seseorang diberikan pilihan samada memilih menjadi Nasrani ataupun
dibunuh. Jadi, kalau orang itu memilih sanggup dibunuh, maka mereka adalah
mukmin hakiki, namun jika sebaliknya maka mereka itu adalah orang yang ingkar.
Kalau tidak merasai kelazatan, bagaimana para sahabat nabi itu sanggup
melaluinya? Mereka sanggup menghadapi segala kesulitan yang ada. Mereka adalah
golongan yang berbuat kebaikan, mereka dizalimi dan menghadapi kezaliman itu
dengan penuh ketakwaan.
Bukan
seperti hari ini kita melihat, ada golongan yang melakukan kezaliman, bila
terbunuh mereka mengatakan bahawa mereka telah mencapai tingkat kesyahidan,
padahal mereka adalah pembuat kezaliman. Para sahabat dahulu berusaha
menghapuskan kezaliman dan bukannya menyebarkan perbuatan zalim.
Hazrat
Abdullah bin Amar, seorang sahabi Ansar. Ketika hendak pergi ke medan perang
Uhud, dia berpesan kepada anaknya, selepas saya meninggal, jaga saudara
perempuan kamu dan bayar hutang kepada seorang Yahudi setelah kebun kurma
mengeluarkan hasil. Inilah lambing kecintaan dan takwa kepada Allah, kesucian
dan menunaikan hak. Dia gembira kerana akan mendapat darjat syahid. Tidak ada
perasaan takut bahawa dia ada anak perempuan yang harus dijaga. Dia menasihati
anak lelakinya dan juga bayar hutangnya. Begitulah tawakkal kepada Allah.
Berkenaan
dengan semangat pengorbanan dan kesyahidan Hazrat Amar, dia berjalan
kepincangan kerana sakit kaki. Sebab itu dalam perang Badar, anaknya tidak
mengizinkannya. Tetapi ketika perang Uhud, dia berkata anaknya, “dalam apa
keadaan sekalipun saya mesti ikut serta”. Ketika berjumpa Rasulullahsaw,
beliau menzahirkan supaya ikut serta dalam peperangan dan berkeinginan syahid
di medan perang. Akhirnya Rasulullahsaw memberikan izin. Beliau
banyak berdoa agar syahid di medan perang. Dan itu yang terjadi, dalam perang
Uhud beliau telah disyahidkan.
Inilah
sahabi yang penuh dengan keyakinan, mereka sentiasa bersedia untuk
mempersembahkan jiwa mereka pada jalan Allah.
Hazrat
Abu Talha seorang sahabi Ansar, dalam perang Badar beliau telah memperlihatkan
kehebatannya dalam menggunakan panah. Dalam perang Uhud, beliau menjadi perisai
kepada Rasulullahsaw. Tanpa ada perasaan takut, beliau melakukan
khidmatnya dalam perang dengan penuh semangat keberanian. Semuanya dilakukan
semata-mata untuk meraih keredhaan Allah Ta’ala.
Para
sahabat telah mempersembahkan diri mereka laksana ternakan yang siap untuk
dikorbankan. Para sahabat telah menyerlahkan sifat-sifat para nabi dari segi
kebenaran dan kesetiaan. Bukan hanya pengetahuan tetapi memperlihatkan dari
segi amalan mereka.
Cuba
lihat Hawari Nabi Isaas. Ada yang sanggup menjual Nabi Isa dengan harga
30 Rupee. Al-Quran menerangkan kepada kita bahawa pengikut nabi Isaas
ragu akan kebenarannya.
Kelompok
para sahabat sangat luar biasa, penuh dengan keyakinan, dengan keyakinan itu
mereka sanggup memberikan harta mereka, dan disebabkan keyakinan itu juga
mereka sanggup menyerahkan jiwa mereka. Sentiasa mencari jalan bagaimana
menzahirkan kecintaan mereka kepada Rasulullahsaw.
Hazrat
Abdullah bin Amar meminta anaknya Hazrat Jabir membawa makanan kepada
Rasulullahsaw. Setelah balik, Hazrat Abdullah bertanya, apa kata
Rasulullahsaw. Hazrat Jabir berkata bahawa Rasulullahsaw
bertanya: Jabir, adakah kamu bawa daging?. Maka Hazrat Abdullah telah
menyembelih kambing dan memasaknya lalu menghantarkannya kepada Rasulullahsaw.
Para
sahabat pada awalnya juga menghadapi kesulitan dalam melakukan tabligh. Ada
anak yang masuk Islam, keluarga yang lain tidak. Keluarga terdekat mengganggu.
Anak
Hazrat Amar memeluk Islam terlebih dahulu daripadanya. Anaknya sukar melakukan
tabligh sebab tidak mahu mendengarnya. Ayahnya seorang musyrik, dan disebabkan
tidak ada jalan lain, maka anaknya mengangkat patung di rumahnya dan dibuang dalam
sampah. Keesokan harinya ayahnya mencari dan membawanya kembali ke rumah. Malam
itu anaknya melakukan lagi perbuatan tersebut. Ayahnya begitu marah, kalau tahu
siapa yang berbuat begitu kepada patung itu maka dia akan dihukum. Suatu hari,
Hazrat Amar membersihkan dan menghias patung itu dan meletakkan pedang di sisi
patung tersebut. Dan berkata: saya tidak tahu siapa yang berbuat kepada kamu,
sekarang ini ada pedang, kamu sendiri yang jaga diri kamu”. Besoknya, patung
itu hilang lagi dan mendapati ia terikat pada bangkai seekor anjing. Hazrat
Amar berpikir, dengan pedang di sisi pun tidak boleh menjaga diri, bagaimana
kamu menjaga saya. Dan kalau kamu tuhan yang benar, tidak mungkin kamu boleh
terikat pada bangkai seekor anjing. Akhirnya Hazrat Amar memeluk Islam.
Berkenaan
dengan hubungan Hazrat Ubay dengan Allah Ta’ala, ada tercatat dalam Bukhari.
Satu kali Rasulullahsaw berkata kepadanya; Perintah Allah kepadaku
supaya memperdengarkan Al-Quran kepadamu. Hazrat Ubay kehairanan; Benarkah
Allah Ta’ala menyebut namaku untuk diperdengarkan Al-Quran. Rasulullahsaw
menjawab; Ya, namamu disebut. Lantas Hazrat Ubay menangis kegembiraan.
Hazrat
Maseeh Mau’udas berkata bahawa peningkatan itu adalah bertahap,
sebab itu para sahabat juga meningkat secara bertahap. Akhirnya para sahabat
telah mencapai apa yang dunia tidak capai, dan melihat apa yang dunia tidak
dapat melihatnya.
Hazrat
Maseeh Mau’udas berkata bahawa apabila kita merenungkan zaman para
sahabat mereka itu begitu lurus dan bersih. Hati mereka bersinar disebabkan cahaya
kalam Ilahi dan benar-benar bersih dari segala kotoran jiwa. Mereka bukan hanya
berpaling dari pemujaan berhala, mereka telah melihat Tuhan, begitu hanyut
dalam keredhaan Ilahi. Rasulullahsaw umpama satu badan dan para
sahabat umpama anggota badan itu.
Semoga
kita semua dapat mengetahui kedudukan para sahabat dan dapat mencontohi
keikhlasan dan kesetiaan mereka.
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Disediakan oleh:
Salahuddin
bin Syed Ali
Jamia
Ahmadiyya International Ghana
10-03-2018
No comments:
Post a Comment