Khulasah
Khutbah Jumaat
HAZRAT
MIRZA MASROOR AHMAD
Hazrat
Khalifatul Maseeh al-Khamisatba
16-03-2018
(Masjid Baitul Futuh London)
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Setelah
membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, antara lain Huzur berkata:-
Hazrat
Maseeh Mau’udas dalam satu kesempatan menerangkan tentang kedudukan
para sahabat Rasulullahsaw, beliau berkata: “Para sahabat yang mulia
merupakan bukti tentang sirat Rasulullahsaw. Orang yang
mensia-siakan bukti-bukti ini seolah-olah mereka mahu mensia-siakan nubuat
Rasulullahsaw. Orang yang dapat menghargai Rasulullahsaw
dengan cara yang sebenar ialah mereka yang menghargai para sahabat. Orang yang
tidak menghargai para sahabat maka sudah tentu mereka tidak menghargai Rasulullahsaw.
Pendakwaan mereka itu dusta jika mengatakan cinta Rasulullahsaw,
sebab tidak mungkin boleh terjadi bahawa cinta kepada Rasulullahsaw
tetapi bermusuhan dengan para sahabat.
Hazrat
Maseeh Mau’udas berkata lagi:-
“Para
sahabat adalah satu jemaat suci, yang tidak pernah memisahkan diri dari
Rasulullahsaw. Dan mereka juga tidak teragak-agak memberikan nyawa
untuk baginda. Mereka begitu tenggelam dalam keitaatan, sehingga sentiasa
bersedia setiap waktu menanggung kesulitan dan musibat.”
Inilah
kedudukan para sahabat, setiap Ahmadi hendaklah merenungkannya. Uswah mereka, tingkat
ibadat dan keitaatan mereka seharusnya menjadi contoh kepada kita semua dan
berusaha menjadikan bahagian dalam kehidupan harian.
Seorang
sahabi yang bernama Hazrat Abu Dujana Ansari, telah memeluk Islam sebelum
Hijrah lagi, berasal dari Madinah. Ikut serta dalam perang Badar dengan
semangat keberanian yang sangat luar biasa. Dalam perang Uhud juga beliau ikut
serta di mana pada mulanya orang Islam yang menang, namun disebabkan umat Islam
meninggalkan kawasan, orang kafir membuat serangan balik. Sahabi yang
berdekatan Rasulullahsaw di antaranya Hazrat Abu Dujana. Dalam
mempertahankan Rasulullahsaw, walaupun cedera parah namun tidak
undur ke belakang.
Dalam
riwayat lain, suatu kali Rasulullahsaw mengangkat pedangnya dan
bertanya: “Hari ini siapa yang hendak menunaikan hak pedang ini?” Hazrat Abu
Dujana Ansari maju dan berkata: “Saya berjanji saya akan menunaikan hak pedang
ini”. Rasulullahsaw memberikan pedang itu kepadanya. Hazrat Abu
Dujana bertanya kembali: “Ya Rasulullahsaw! Bagaimana hendak
menunaikan hak pedang ini”. Rasulullahsaw menjawab: “Jangan
tumpahkan darah orang Islam, dan jangan ada musuh kafir yang terselamat
daripadanya”. Melihat semangat Hazrat Abu Dujana, Rasulullahsaw
bersabda: “Dalam situasi biasa, berjalan seperti ini adalah dilarang. Tetapi
dalam medan perang ini Allah Ta’ala menyukai semangat ini”.
Dalam
perang Yamamah ketika menghadapi Musailamah kazzab, beliau telah syahid. Beliau
begitu berani membuka pintu tembok. Beliau meminta sahabat yang lain agar
melemparkan beliau dari tembok yang begitu tinggi hingga menyebabkan kakinya
patah. Namun, dengan begitu berani berperang sehingga dapat membuka pintu
tembok yang menyebabkan orang Islam berjaya masuk. Namun, berperang dalam
keadaan itu telah menyebabkan beliau disyahidkan.
Ketika
sakit, beliau berkata kepada sahabatnya: “Mungkin Allah Ta’ala menerima dua
amalan saya. Satu, saya tidak mengumpat, tidak ghibat. Dan yang kedua ialah
tidak ada rasa permusuhan dan dengki ke atas orang Islam.”
Hazrat
Muhammad bin Muslamah seorang Ansari, dalam perang Uhud telah memperlihatkan
keberanian yang sangat luar biasa bersama dengan Rasulullahsaw.
Dalam satu kesempatan Rasulullahsaw memberikan pedangnya kepada Hazrat
Muhammad bin Muslamah dan berkata: “Selagi perang dengan kaum Musyrikin
berlanjutan, gunakan pedang ini. Tetapi apabila muncul satu zaman di mana orang
Islam berperang sesama sendiri, patahkan pedang ini dan duduk di rumah sahaja
sehinggalah kamu diserang atau kematian menjemput kamu.” Beliau telah beramal
atas wasiyat ini dan berlaku selepas kesyahidan Hazrat Usmanra.
Apapun, pedang itu telah dipatahkan dan membuat pedang kayu bagi
menggantikannya. Ketika orang bertanya, beliau menjawab: “Pedang kayu itu
dibuat supaya semangat tetap ada, dan saya telah menyempurnakan wasiyat
Rasulullahsaw. Pedang kayu tidak akan mencederakan sesiapa.”
Beliau
telah menghindarkan diri dari fitnah yang muncul selepas kesyahidan Hazrat
Usmanra. Beliau selalu berkata: “Selagi fitnah tidak dijauhkan, saya
akan memilih hidup di tempat yang terasing.” Inilah sahabat yang apabila
berperang, sebabnya ialah agama yang diserang, dan Rasulullahsaw
memerintahkan agar memerangi kaum musyrikin yang mahu menghapuskan agama.
Selagi umat Islam mengikuti perintah itu, kekuatan mereka berkekalan dan
sentiasa mendapat kemenangan. Tetapi disebabkan terpengaruh oleh orang munafik
sehingga berperang sesama sendiri, walaupun pemerintahan berkekalan, namun
sedikit demi sedikit umat Islam semakin lemah.
Hari
ini kita melihat apa yang telah disabdakan oleh Rasulullahsaw
menjadi kenyataan. Persengketaan sesama mereka begitu menyedihkan. Dan khabar
ghaib yang lain juga iaitu selepas zaman kegelapan, muncul cahaya iaitu dengan
datangnya Hazrat Maseeh Mau’udas. Mereka seharusnya menerima Imam
Mahdi dan bersatu di dalam jemaat. Di situ ada berkatnya. Tapi, apa yang kita
lihat mereka menumpahkan darah di negara sendiri.
Seorang
sahabi Hazrat Abu Ayub Ansari, ketika Rasulullahsaw ke Madinah,
beliau beruntung kerana atas kehendak Allah, Rasulullahsaw tinggal
di rumah beliau sehingga lebih enam bulan. Beliau melayan Rasulullahsaw
dengan begitu luar biasa. Beliau makan daripada lebihan Rasulullahsaw
dengan mencari bekas tangan Rasulullahsaw. Satu kali beliau tidak
mendapati bekas tangan Rasulullahsaw dan bertanya. Rasulullahsaw
menjawab: “Mulanya saya hendak makan, tetapi di dalamnya ada bawang merah dan
bawang putih, saya tidak suka memakannya.” Hazrat Abu Ayub berkata: “Kalau
huzur tidak suka, maka saya pun tidak akan memakannya lagi.” Inilah lambang
cinta yang begitu menakjubkan.
Dalam
perang Khaibar, seorang pemimpin Yahudi telah terbunuh, anak perempuannya Safia
telah dibawa kepada Rasulullahsaw. Keesokan harinya, apabila
Rasulullahsaw keluar untuk memimpin solat, baginda melihat Hazrat Abu
Ayub berdiri di luar. Apabila ditanya, beliau menjawab: “Keluarga Safia yang
telah terkorban, saya risau ada di antara keluarganya yang datang untuk
membalas dendam.” Rasulullahsaw berdoa: “Ya Allah! Lindungilah
sentiasa Hazrat Abu Ayub sebagaimana dia melindungi saya malam tadi.”
Kesan
daripada doa itu, Hazrat Abu Ayub Ansari terlibat dalam banyak perang.
Sehinggalah usia yang sudah tua dan sakit. Dalam pesan terakhir, beliau mahu
dikuburkan di tempat musuh sejauh mana yang dapat dijejaki. Sebab itu kubur
beliau ada di Turki.
Hazrat
Abdullah bin Rawahah, seorang penyair yang terkenal. Beliau juga antara orang
yang menyampaikan berita kemenangan perang Badar ke Madinah.
Dalam
satu riwayat, ketika perang Mu’tah Rasulullahsaw menjadikan Zaid bin
Haritsa sebagai penglima perang dan bersabda: “Kalau dia syahid, maka Jaafar
bin Abi Talib gantinya, jika dia syahid, maka Abdullah bin Rawahah gantinya,
kalau dia syahid, maka orang Islam boleh memilih siapa yang mereka sukai.”
Apabila
sampai di Mu’tah, dapat dilihat bahawa jumlah musuh sangat ramai, Harqil dari
Rom telah menghantar 200,000 orang tentera untuk memerangi orang Islam.
Abdullah bin Rawahah mencipta syair-syair untuk menaikkan semangat tentera
Islam waktu itu. Seramai 3000 orang Islam menghadapi 200,000 tentera musuh.
Hazrat Abdullah bin Rawahah memang menginginkan syahid di medan perang. Hazrat
Zaid bin Arqam menceritakan: “Satu malam saya mendengar Hazrat Abdullah bin
Rawahah membaca syair ini dalam mengenang orang rumahnya (isterinya) kali
ini aku tidak akan pulang ke rumah sampai bila-bila, pada petang hari Khamis
ketika untaku bersedia menghadap jalan menuju medan jihad, kali terakhir kamu
mendekatiku, keadaanmu begitu mubarak dan indah sekali, tidak ada aib atau
cacat celanya, tetapi aku sudah berada di medan perang, dan aku tidak akan kembali
lagi kepadamu.
Ketika
Hazrat Jaafar disyahidkan, orang ramai memanggil Hazrat Abdullah bin Rawahah.
Lalu beliau mara ke hadapan dengan suatu syair: Wahai jiwaku! Adakah kamu
tidak akan berperang dengan sebegitu rupa, bahawa kamu akan serahkan nyawamu?
Kamu sudah masuk dalam lembah kematian, syahid yang telah kamu harapkan dulu,
sudah tiba masanya untuk kamu penuhi, jika kamu persembahkan nyawamu, mungkin
kamu akan mendapat ganjaran kebaikan.
Beliau
berperang sehinggalah beliau disyahidkan, namun sehingga ke titisan darah yang
terakhir beliau terus menerus memberi semangat kepada tentera Islam agar terus
maju membela sahabat-sahabat yang telah terkorban, sehingga orang Islam
berperang dengan begitu bersemangat sekali.
Keistimewaan
beliau yang diriwayatkan ialah setiap kali keluar rumah, beliau akan solat dua
rakaat. Begitu juga setiap kali masuk ke dalam rumah, dua rakaat nafal akan
dikerjakan terlebih dahulu. Beliau juga begitu taat sehingga Rasulullahsaw
bersabda: Semoga Allah Ta’ala meningkatkan lagi semangat ketaatan yang kamu
miliki. Beliau juga banyak mendirikan majlis-majlis ilmu.
Kita
juga dapat membaca dalam sejarah dua orang adik beradik, Hazrat Muaz bin Harith
bin Rafa’ dan Hazrat Muawwiz bin Harith bin Rafa’. Mereka berdua telah berjaya
membunuh Abu Jahal. Tentera musuh tiga kali ganda jumlahnya. Kelengkapan mereka
juga cukup. Tentera Islam sedikit dan serba kekurangan. Namun, semangat mereka
dalam menegakkan tauhid begitu mendalam.
Hazrat
Abdul Rahman bin Auf menceritakan bahawa ketika perang bermula, saya melihat di
kiri dan kanan, saya dapati dua orang anak Ansari yang masih muda. Seorang
bertanya: “Pakcik! Mana Abu Jahal yang banyak menyusahkan Rasulullahsaw
ketika di Mekah? Aku akan berusaha membunuhnya.” Kemudian seorang lagi juga
bertanya soalan yang sama. Abu Jahal waktu itu dijaga oleh pahlawan mereka.
saya isyaratkan tangan menunjuk ‘itu Abu Jahal’. Mereka begitu laju
membuat serangan terhadap Abu Jahal, akhirnya mereka berdua telah berjaya
membunuh Abu Jahal walaupun mereka telah terkorban.
Hazrat
Maseeh Mau’udas bersabda:-
“Semangat
para sahabat seperti inilah yang saya hendak lihat di kalangan anggota
jemaatku. Beri keutamaan kepada Allah Ta’ala. … para sahabat mahu Allah Ta’ala
redha terhada mereka, walaupun mereka hidup dalam kesulitan, … mereka memahami
bahawa di sebalik kesulitan itu ada keredhaan Allah Ta’ala. … secara
kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala dan
menjadikan hal itu sebagai tujuan sebenar kita. Segala usaha kita hendaklah
semata-mata mengharapkan keredhaan Allah Ta’ala walaupun terpaksa mengharungi
kesulitan dan musibah. Keredhaan Ilahi lebih unggul berbanding dengan apa yang
ada di dunia ini.”
Semoga
Allah Ta’ala memberikan kita semua taufik ke arah itu.
<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>
Disediakan oleh:
Salahuddin
bin Syed Ali
Jamia
Ahmadiyya International Ghana
16-03-2018
No comments:
Post a Comment