Allah Ta’ala
berfirman di dalam Al-Qur’an (Ali
Imran:111)
Maksudnya, kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk
manfaat manusia, kamu menyeru berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat
kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah Ta’ala. Kemudian Allah Ta’ala juga
berfirman YUSAARI’UUNA FIL KHOIRAAT (Ali Imran:114) yakni berlumba-lumba di antara satu dengan yang lain dalam melakukan
kebaikan. Dan disebabkan perbuatan baik ini dan juga disebabkan menghindari
keburukan, Allah Ta’ala berfirman: ULAA’IKA MINAS SHOOLIHIIN yakni dan mereka inilah orang-orang yang baik. Inilah
orang-orang yang termasuk dalam golongan orang-orang soleh kerana berbuat
kebaikan.
Ini adalah perintah
untuk umat Islam. Jika kita buat penilaian, adakah hari ini kita melihat
perkara ini wujud dalam diri umat Islam yang memungkinkan mereka layak digelar sebagai
khaira ummah (umat terbaik)? Malang sekali kerana apa yang kita dapat saksikan
hari ini, di dunia Barat, dalam media massa, mereka mengekori umat Islam dan
menzahirkan segala kelemahan-kelemahan umat Islam. Jadi, siapa umat terbaik
yang dicipta untuk manfaat manusia, yang mengajak ke arah kebaikan dan menghalang
daripada melakukan keburukan?
Mereka itu adalah
orang-orang yang telah menerima Hazrat Maseeh Mau’ud as, iaitu pencinta sejati
Rasulullah saw dan juga berjanji bahawa “kami
akan mengamalkan segala perintah Allah dan Rasulullah saw dan juga akan
menghindari segala perkara yang dilarang oleh Allah Ta’ala dan juga Rasulullah
saw. Dan juga akan saling memajukan diri dalam soal kebaikan”. Dengan ini,
dalam diri sendiri akan dilengkapkan dengan kebaikan-kebaikan, dalam keluarga
juga akan dilengkapkan dengan kebaikan-kebaikan, dalam persekitaran juga akan
dilengkapkan dengan kebaikan-kebaikan, dalam masyarakat juga akan dilengkapkan
dengan kebaikan-kebaikan. Dan akhir sekali, dalam negara di mana mereka tinggal
juga mereka akan melengkapkannya dengan kebaikan-kebaikan. Dan seterusnya akan
tersebar di seluruh dunia bahawa kita adalah golongan yang menyeru berbuat
kebaikan dan melarang dari melakukan keburukan.
Lafaz umat yang
digunakan di sini merangkumi kaum lelaki dan juga wanita. Maknanya, apa yang
diperintahkan kepada kaum lelaki, itu juga yang diperintahkan untuk wanita.
Tidak ada dikatakan bahawa wanita di luar daripada umat Rasulullah saw. Jadi,
apa yang menjadi kewajipan lelaki, itu juga yang menjadi kewajipan seorang wanita.
Dan apabila wanita tidak melaksanakan kewajipan mereka, mereka boleh terkeluar
dari lafaz umat. Ini adalah antara satu ciri yang harus ada dalam diri
seseorang supaya termasuk dalam golongan umat. Jadi, ingatlah dengan
sebaik-baiknya perkara ini bahawa sebagaimana kaum lelaki diperintahkan untuk
melakukan kebaikan, demikian juga wanita mendapat perintah untuk melaksanakan
perkara yang sama, wanita yang tua atau masih kecil tetap diperintahkan untuk
melakukan kebaikan-kebaikan, menghindari keburukan-keburukan, dan mengamalkan
segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Dan sebagaimana kaum lelaki akan terkeluar
dari lingkungan ini jika mereka melakukan sesuatu yang bertentangan dengan apa
yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya, demikian juga kaum wanita akan
terkeluar dari lingkungan umat jika mereka melakukan perkara yang sama. Jadi,
ingatlah sentiasa bahawa wanita juga termasuk dalam golongan umat terbaik ini.
Namun, wanita yang bagaimana boleh digolongkan sebagai bahagian umat yang
terbaik? Sudah pasti, wanita itu ialah mereka yang memahami bahawa: aku orang Islam dan akan melakukan perkara
yang telah diperintahkan oleh Allah.
Di dalam Al-Qur’an
ada menyebut tentang wanita yang berkata benar, wanita yang kekal atas
kebaikan, wanita yang berpuasa dan wanita yang memelihara diri, semua ini perlu
ada pada wanita sebagaimana ada pada kaum lelaki. Jadi, ingatlah hal ini dengan
sebaik-baiknya. Kemudian, tidak pula bermakna bahawa setelah memiliki semua ini
maka ia telah berakhir. Tidak seperti itu. Malah, apa yang dikatakan ialah kamu
adalah orang yang dilahirkan semata-mata untuk memberi manfaat kepada manusia
lain. Tidak harus terjadi bahawa dari seorang mukmin lelaki dan dari seorang
mukmin wanita, ada pihak yang mengalami kerugian. Seorang mukminah, selama dia
mengamalkan hak sebagai seorang mukminah, sama ada dia seorang anak kecil,
seorang muda remaja atau yang sudah berumur, maka mereka hendaklah memastikan
orang lain mendapat manfaat. Jika orang lain tidak mendapat manfaat, maka
fikirkanlah sedalam-dalamnya, jangan sampai kamu tidak termasuk dalam golongan
yang dikatakan oleh Allah sebagai khaira ummah, lebih-lebih lagi bai’at kepada
imam zaman yang mana sekali lagi memperbaharui janji mereka untuk menghindari
segala keburukan dan mengamalkan segala jenis kebaikan, serta akan melaksanakan
segala perintah-perintah Allah.
Seorang mukminah
yang hakiki tidak akan mahu melihat suatu keburukan pada diri orang lain. Dia
harus berusaha supaya sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya akan mengatakan, saya tidak mendapat apa-apa daripadanya
selain kebaikan dan kebaikan. Namun, untuk mencapai hal itu harus
mempersiapkan diri lebih dahulu dengan kebaikan-kebaikan. Jika tidak, maka
Allah Ta’ala berfirman bahawa LIMA TAQUULUUNA MAA LAATAF’ALUUN (As-Shaff:3)
yakni kenapa kamu mengatakan sesuatu yang
kamu tidak lakukan? Jadi, jelas bahawa suatu kebaikan yang hendak kamu
persembahkan kepada orang lain, kebaikan itu harus dilakukan terlebih dahulu.
Kamu hendaklah melaksanakan huquuqullah dan huquuqul ibad (hak-hak Allah dan
hak-hak hamba).
Apa itu
huquuqullah? Huquuqullah ialah solat, puasa, zakat dan haji jika mampu. Tetapi
solat itu adalah fardu, kemudian menegakkan ketauhidan, berusaha menegakkan
perintah Allah di dunia ini. Berhala dalam diri hendaklah dihapuskan supaya
tauhid dapat didirikan dengan sempurna. Ada syirik yang tersembunyi yang selalu
mengajak ke arah yang tidak betul. Tinggalkan
solat, ada jemputan penting, ada majlis penting, ada keramaian di rumah kawan,
lebih baik pergi ke sana. Jangan ambil wudhu’, nanti rosak solekan atau make-up
kamu. Hal-hal kecil seperti ini adalah jenis syirik yang tersembunyi yang
berada dalam diri manusia.
Huquuqul ibad.
Antaranya ialah berbuat baik kepada ibu bapa. Dalam berbuat baik kepada ibu
bapa ialah mendoakan mereka: kasihilah
mereka ya Allah sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil.
Dan doa ini berlaku ketika mereka masih hidup dan juga setelah mereka meninggal
dunia. Doa ini adalah berterusan. Jika setiap anak-anak, setiap remaja, setiap
wanita membaca doa ini, mereka juga akan sedar. Bagi wanita yang sudah
mempunyai anak, apabila mereka berdoa untuk ibu bapa, mereka akan menyedari
bahawa; kita juga perlu mendapatkan doa
ini, kita perlu kekal atas kebaikan-kebaikan supaya berhak mendapatkan doa ini.
Jika doa ini dibaca dengan penuh perhatian, maka tidak akan timbul keinginan
untuk membuat suatu keburukan. Segala permasalahan di antara ibu mertua dan
menantu akan selesai, lebih-lebih lagi Hazrat Maseeh Mau’ud as mengatakan
bahawa ikatan kekeluargaan yang lahir
dari suami juga merupakan ibu dan bapa kamu. Untuk mereka juga akan lahir
doa dari seorang menantu. Ya Allah,
kasihilah juga ayah dan ibu suamiku. Apabila doa ini dibaca oleh seorang
menantu yang mempunyai anak, dalam hatinya juga akan timbul perasaan dan
harapan semoga anak-anaknya juga akan berdoa untuk kesejahteraan mereka.
Kemudian, perlu
juga untuk berbuat baik sesama keluarga. Perkara ini sangat penting kerana
melibatkan banyak pihak. Kadang-kadang kita melihat bahawa hanya disebabkan
perkara kecil sahaja, sebuah rumah tangga itu menjadi hancur. Oleh itu,
sekiranya dalam diri setiap ahli keluarga itu ada perasaan untuk berbuat
kebaikan sesama mereka, sudah pasti rumah yang diidamkan setiap orang akan
dapat dicapai.
Berbuat baik kepada
jiran tetangga juga sangat perlu untuk menjadikan seorang wanita sebagai
mukminah yang hakiki. Hazrat Maseeh Mau’ud as berkata bahawa jiran kamu bukan
sahaja mereka yang berdekatan rumah, malah orang yang tinggal jauh juga
merupakan jiran kamu. Semua anggota jemaat juga adalah jiran kamu. Perlu
diingat, amalan baik kepada jiran tetangga bukan hanya untuk sementara sahaja,
malah ia adalah perbuatan yang berterusan. Amalan ini akan dapat melahirkan
satu suasana yang cantik seperti yang diinginkan oleh ajaran Islam. Mereka akan
saling bantu-membantu di antara satu dengan yang lain dan bukannya saling
menjatuhkan. Islam tidak mengajarkan, tuntutlah
hak kamu, tetapi apa yang Islam ajarkan ialah sempurnakan hak-hak hamba. Jika ini dapat dilaksanakan, maka
suasana yang sangat indah akan menyerlah dalam masyarakat. Tidak akan ada dalam
fikiran untuk menuntut suatu hak, berikan
hak kami, berikan hak wanita.
Sebaliknya mereka
akan berkorban untuk menyempurnakan hak orang lain seperti yang dituntut dalam
ajaran Islam. Jadi, dasar berfikir seperti ini harus ada dalam diri setiap
Ahmadi terutama sekali kaum wanita kerana mereka yang akan memastikan keturunan
yang baik pada masa akan datang.
Memelihara amanah.
Satu penyakit yang sering terjadi di kalangan kaum lelaki, tetapi kebanyakannya
ada dalam diri kaum wanita. Kadang-kadang ada perbincangan tentang seseorang
yang ada kelemahan dan kekurangan dalam majlis amilah atau perjumpaan umum. Di
kalangan wanita ada yang menyebarkan cerita tersebut sehingga tersebar luas,
itu menandakan orang tersebut tidak memelihara amanah. Dan jika mereka tidak
boleh memelihara amanah, maka bagaimana mungkin mereka boleh tergolong dalam
khaira ummah.
Kemudian memelihara
janji. Satu janji ialah janji bai’at. Kemudian, dalam setiap pertemuan, ada
lafaz janji Lajnah dan juga janji Nasirat. Anak perempuan yang berumur 10 tahun
ke atas sudah dapat memahami apa yang dikatakan, apa yang harus dilakukan dan
bagaimana hendak melaksanakannya. Jika janji yang dilafazkan ini tidak
disempurnakan, maka itu juga merupakan satu kesalahan.
Menzahirkan
kebenaran. Menzahirkan kebenaran tidaklah bermaksud bahawa apa yang ada
dimulut, itu dikatakan dengan benar dalam mana-mana majlis. Kami berkata benar, ini
kekurangan-kekurangan si fulan dan si fulan yang telah kami lihat. Jika
memang ada kekurangan pun, kamu tidak ada hak untuk menzahirkannya. Ini bukan
kebenaran namanya. Kebenaran itu ialah apabila kamu dipanggil untuk menjadi
saksi, maka di sana kamu harus menzahirkan kebenaran. Selepas itu, adalah bukan
pekerjaan kamu untuk keluar dan menyebarkan berita itu kepada semua orang
bahawa dia begitu dan begini. Kemudian,
kebenaran juga termasuklah menzahirkan kebenaran walaupun anak sendiri yang
melakukan kesalahan. Jika pemimpin jemaat memanggil kamu bertanyakan tentang
anak kamu, maka jika memang kamu tahu anak kamu berbuat kesalahan,
tanggungjawab kamu ialah jujur berkata
ya, anak saya telah melakukan kesalahan. Jika kamu menyembunyikan kesalahan
anak-anak, maka kamu tidak dikatakan berbuat kebenaran.
Menunaikan amanah.
Sebelum menunaikan amanah, pertama sekali hendaklah memelihara amanah. Dalam
menunaikan amanah ini termasuklah para pemegang jawatan, tidak kira di
peringkat nasional atau muqami. Segala tugas yang telah diamanahkan hendaklah
dilaksanakan sesuai dengan tuntutannya.
Membuat pemilihan
calon yang tepat. Dalam organisasi, selalu diadakan pemilihan. Jadi, pemilihan
dilakukan hendaklah dengan jujur. Sebagai contoh, pardah adalah perkara yang
sangat perlu, jika memilih pemegang jawatan yang tidak mengamalkan pardah
dengan sempurna, itu adalah kesalahan kamu. Dan juga, jika sadr memilih anggota
amilah seorang lajnah yang tidak mengamalkan pardah, maka itu juga satu kesalahan.
Ringkasnya, menyempurnakan amanah itu berbagai jenis. Setiap perkara hendaklah
diperhatikan dengan mendalam, dengan itu kamu boleh tergolong sebagai khaira
ummat. Kemudian, harus bersedia berkorban untuk orang lain, jika ini ada dalam
diri setiap Ahmadi, maka pasti Tuhan akan redha.
Memperlihatkan
sikap merendah diri. Ini juga satu ciri yang sangat perlu untuk diamalkan.
Jangan pernah ada perasaan bahawa saya
ada wang yang lebih banyak daripadanya. Saya ada emas yang lebih banyak
daripadanya, pendidikan saya lebih tinggi daripadanya, saya ada anak sedangkan
dia tidak ada. Semua ini adalah penzahiran takbur yang tidak harus ada
dalam diri seorang wanita Ahmadi. Hal ini sangat dibenci dalam Islam. Kemudian,
dalam melakukan suatu khidmat pun hendaklah dilakukan dengan penuh kerendahan
hati.
Bersangka baik.
Berburuk sangka adalah akar segala keburukan dan menimbulkan fitnah serta
kerosakan. Jika keburukan ini hilang, banyak masalah rumah tangga dan masalah
masyarakat dapat dihapuskan.
Amalan bersyukur. Allah
Ta’ala berfirman, jika kamu bersyukur,
maka Aku akan berikan lebih banyak. Jadi, amalkanlah sikap bersyukur dan
hidup dalam kecukupan. Lihat pada pendapatan suami, berbelanjalah menurut
pendapatan yang ada dengan penuh kesyukuran. Terutama sekali pasangan yang baru
berkahwin, masing-masing tuduh-menuduh. Suami menuduh isterinya banyak
permintaan dan rungutan, dan memang banyak terjadi bahawa ada isteri yang
berkata, keinginan kami tidak
disempurnakan oleh suami, kami tidak dibawa ke pusat-pusat kecantikan, tidak
seminggu dan tidak sebulan. Padahal, pergi ke pusat kecantikan bukan tujuan
seorang Ahmadi, jika tidak berkemampuan, bagaimana untuk dibawa ke sana? Jadi,
hiduplah dalam kecukupan untuk memastikan keluarga yang bahagia. Kesabaran dan
ketabahan sangat penting untuk mencapai matlamat hidup berkeluarga.
Amalan memberi
maaf. Hal ini sangat penting. Berlaku adil, apa itu adil? Adil itu ialah,
walaupun hal itu tidak memihak keluarga kamu, tetapi jika kamu dipanggil untuk
memberi kesaksian, maka kamu hendaklah nyatakan. Inilah keadilan yang harus
ditegakkan. Jika keadilan ini tidak ada dalam jemaat Ahmadiyah, maka jemaat
Ahmadiyah tidak ada makna apa-apa, ataupun keberadaan seseorang dalam jemaat
Ahmadiyah tidak memberi makna apa-apa. Jika ketidakadilan ini terjadi
disebabkan oleh pemegang jawatan, maka dia yang akan bertanggungjawab. Jika
bukan Nizam Jemaat yang menghukumnya, namun Allah Ta’ala akan menangkapnya.
Sebab itu, keadilan harus ada dalam diri kamu. Berusahalah untuk mencapainya.
Berbuat ihsan.
Bukan hanya berlaku adil, malah dituntut juga untuk berbuat kebaikan, saling
sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Jika ada yang memberi kesusahan
terhadap kamu, maka tunjukkan kasih sayang, mungkin dengan cara itu dia sedar
akan kesilapannya. Jika dia tidak sedar pun, sekurang-kurangnya kamu mendapat
ganjaran daripada Allah Ta’ala.
Berakhlak mulia
juga merupakan satu ciri yang sangat baik. Gembira bila berjumpa, senyum bila
bertemu, bersalam ketika berjumpa. Kemudian, fikiran juga hendaklah bersih.
Sejauh mana orang-orang Ahmadi ditegaskan untuk menjaga kebersihan, di sana
juga ditegaskan untuk menjaga kebersihan rumah, persekitaran dan kebersihan
minda, jangan sampai ada fikiran kotor masuk dalam minda masing-masing.
Menahan kemarahan.
Ini juga satu perintah Allah Ta’ala untuk menahan kemarahan. Kemudian harus
juga menahan diri dari keburukan-keburukan dan menghalang orang lain dari
melakukan suatu keburukan.
Kedekut dan bakhil
itu sangat buruk di sisi Allah. Namun, dengan kurnia Allah Ta’ala, ramai wanita
Ahmadi yang giat berkorban, mereka sanggup mengosongkan poket mereka apabila
disuruh untuk berkorban, malah mereka juga sanggup mengosongkan poket suami
mereka yang mana kadang-kadang bertengkar dengan suami selepas itu.
Walaubagaimanapun, ada juga wanita Ahmadi yang masih lagi lemah dalam soal ini,
perbelanjaan rumah tangga boleh ditanggung, tetapi tidak berani untuk
berkorban. Jangan sampai hal ini berlanjutan.
Membuat tuduhan
palsu juga satu keburukan yang besar. Hal itu boleh menjadikan ikatan keluarga
boleh terputus dan masyarakat yang harmoni akan musnah. Jadi, setiap orang
hendaklah berusaha membersihkan diri dari perbuatan buruk ini.
Mempersendakan
orang lain. Walaupun harus bergurau, namun ada had atau batasnya. Ia harus
dilakukan dalam batas-batas akhlak. Ini terutama sekali wanita-wanita muda, 10
hingga 15 tahun, mereka selalu bergurau senda, kadang-kadang ada juga wanita
yang sudah berumur, masih tetap bergurau sesama sendiri. Jadi, elakkan daripada
perbuatan bergurau sehingga merendah-rendahkan orang lain.
Hasad juga
perbuatan buruk yang harus dielakkan. Jika dapat mengelakkan hasad dengki, maka
mereka boleh menyeru kepada orang lain agar dapat melakukan perkara yang sama.
Perkara laghu
(sia-sia). Khasnya kepada anak-anak, perkara sia-sia ini bukan hanya perkara
yang dilakukan oleh wanita-wanita yang sudah berumur, tetapi anak-anak wanita
remaja yang berumur antara 10 hingga 15 tahun sehinggalah meningkat remaja,
untuk mereka ini TV dan internet menjadi benda yang sia-sia pada zaman
sekarang. Jika kamu menonton TV sepanjang hari, rancangan yang tidak memberi
apa-apa tarbiyat, maka ini adalah sia-sia. Internet adalah satu halaman yang
mana apabila kamu telah sampai ke suatu tempat di dalamnya, maka kamu tidak
akan dapat keluar lagi sehingga menyebabkan keburukan tersebar luas, ini
menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah, kemudian meninggalkan nama buruk
kepada keluarga dan juga jemaat. Sebab itu, amat perlu sekali untuk menghindari
internet. Demikian juga di internet banyak program-program yang boleh meracuni
fikiran anak-anak. Sama ada dalam TV atau internet, jika ibu bapa mendapati ada
rancangan yang boleh meracuni fikiran sehingga menanamkan fikiran kotor dalam
minda mereka, ibu bapa hendaklah menyekat rancangan tersebut secara berterusan.
Apa yang diperbolehkan ialah menonton drama atau kartun yang bersih.
Kemudian, perlu
juga menghindari kebiasaan mengatakan sesuatu yang tidak diketahui dengan
mendalam. Kadang-kadang, apabila seseorang anggota telah dipilih memegang suatu
jawatan, maka orang yang tidak suka kepadanya mula mengatakan sesuatu yang
tidak benar, orang ini pernah berbuat
kesalahan, telah melanggar nizam, dan sebagainya. Apabila diselidik,
perkara itu telah berlaku beberapa tahun dahulu dan sudah pun mendapat pengampunan.
Jadi, perkara seperti ini hendaklah diperhatikan dan jangan dijadikan kebiasaan
mengungkit perkara-perkara yang telah lama berlalu.
Berkenaan dengan
ghibat (mengumpat) juga diterangkan di dalam Al-Qur’an bahawa ia merupakan satu
penyakit sehingga dikatakan mahukah kamu
memakan bangkai saudara kamu? Jika kamu tidak mahu memakannya, maka kamu
janganlah melakukan ghibat. Jangan berusaha mencari-cari dan menceritakan
kesalahan orang lain. Jika ada yang melakukan keburukan ini, bererti dia sedang
memakan bangkai saudaranya. Hazrat Khalifatul Maseeh Awal berkata mengenai
perkara ini sampai ke tahap ini iaitu andaikanlah
bahawa kamu sedang makan kebab yang dibuat dari bangkai saudara kamu, adakah
kamu tidak merasa jijik? Sudah pasti, mendengar perkara ini ada yang akan
mula merasa loya dan muntah. Tetapi, ketika sedang melakukan ghibat, dia merasa
sangat seronok. Dan ghibat itu ialah jika ada keburukan pada diri seseorang,
dia akan berusaha mengekori kesalahannya sehingga mendatangkan kesulitan pada
orang tersebut. Rasulullah saw bersabda; jika
tidak ada keburukan dalam diri seseorang dan kamu bercerita mengenainya, maka
kamu sedang melakukan pembohongan. (Muslim) Oleh itu, menjauhi perbuatan
ghibat adalah sangat perlu.
Dusta itu satu
kesyirikan dan satu adat yang sangat buruk. Jadi, kita semua harus tahu bahawa
tidak ada satu keburukan yang paling besar melainkan dusta. Dan dusta itu bukan
hanya bermaksud kamu menyatakan sesuatu yang tidak benar dalam perkara yang
besar sahaja. Perkara yang kecil pun jika ia disebarkan dengan cara yang tidak
betul juga satu pendustaan. Membawa cerita-cerita dusta yang tersebar secara
perlahan-lahan akan menjadikan kebiasaan sehingga besar. Dan apabila hal itu
terjadi maka, dia tidak akan dapat mengatakan sesuatu yang lurus (qoulan sadiidaa).
Perkara yang paling dikhuatiri ialah apabila anak-anak semakin meningkat dewasa,
ia akan menjadi punca masalah dan kerosakan dalam masyarakat. Sebab itu
Rasulullah saw pernah bersabda kepada seseorang supaya meninggalkan dusta
kerana dengan meninggalkan dusta, keburukan-keburukan yang lain turut hilang
dengan sendirinya. Sebab itu, setiap dari kita hendaklah berusaha meninggalkan
sekecil-kecil perbuatan dusta ini.
Kemudian,
kadang-kadang ada terjadi keluhan berkenaan dengan jemaat. Ini sama sekali
harus dielakkan. Banyak janji-janji yang telah diberikan oleh Allah kepada
Hazrat Maseeh Mau’ud as, dan sekarang ini ia sempurna satu persatu. Jadi,
seorang wanita Ahmadi dan anak-anak remaja harus berhati-hati terutama sekali
sekarang ini di internet banyak tersebar dalam website-website yang cuba
merosakkan fikiran anak-anak agar mereka putus asa dengan jemaat ini. Usahakan
agar kamu semua menjadi anak-anak atau wanita solehah sehingga menjadi
hamba-hamba wanita Allah yang diredhai, yang akan melakukan perkara-perkara
yang disukai Allah dan menghindari amalan-amalan yang dibenci oleh Allah.
Kemudian, ibu-ibu
dinasihatkan agar jangan membunuh anak-anak. Siapa ibu yang sanggup membunuh
anak-anak sendiri? Di sini bukanlah bermaksud membunuh secara zahir, tetapi
perkara yang cuba dibangkitkan di sini ialah ibu-ibu yang tidak memberi didikan
dan tarbiyat yang betul kepada anak-anak, menyebelahi atau membenarkan
kesalahan yang dibuat oleh anak-anak, tidak mempedulikan pelajaran atau
persekolahan anak-anak sama keadaannya seperti membunuh anak-anak itu sendiri.
Ada juga
wanita-wanita yang menghantar anak-anak ke sekolah, jika suami mereka bekerja
ke luar kawasan, maka di antara wanita-wanita yang tidak terbiasa mengamalkan
pardah dengan sempurna akan menghantar anak-anak ke sekolah dengan hanya
memakai selendang ringkas, kemudian berbual dengan jiran atau kawan-kawan
dengan pardah yang tidak sepatutnya lalu balik ke rumah pada waktu petang.
Anak-anak dibiarkan di rumah, dengan minum susu atau jus dan makan buah lalu
tidur sendirian. Maknanya, ada juga wanita seperti itu.
Jadi, kesedaran
harus bermula, jika tidak, ia juga termasuk dalam kategori membunuh anak-anak.
Kemudian, anak-anak menjadi rosak dan mereka sendiri pun tidak cenderung
terhadap tanggungjawab sendiri, apalagi kewajipan terhadap jemaat.
Anak-anak di sisi
wanita juga merupakan amanat jemaat dan tanggungjawab ini harus ditanggung oleh
ibu-ibu. Hal ini juga harus diberi perhatian. Jika kewajipan agama mereka tidak
diperhatikan oleh ibu-ibu, sama juga halnya seperti membunuh anak. Ibu bapa
harus peka sama ada anak-anak teratur dalam solat atau tidak. Anak-anak yang
berumur 10 tahun hendaklah dibiasakan mendirikan solat secara
berperingkat-peringkat. Selepas 10 tahun harus tegas sedikit, dan jika solat
telah biasa dilakukan dalam peringkat umur ini, maka akan timbul fikiran dalam
diri anak-anak lelaki atau wanita bahawa
solat adalah perintah Allah dan sebagai hamba Allah harus teratur dalam
mendirikannya. Kemudian, mereka juga harus diperhatikan dalam bacaan
Al-Qur’an mereka.
Kemudian, rakan
kepada anak-anak juga hendaklah diperhatikan. Anak perempuan tidak seharusnya
berkawan rapat dengan anak lelaki. Perempuan hendaklah berkawan dengan
perempuan juga. Dan kawan perempuan itu pun hendaklah kawan yang berakhlak
baik. Jika berkawan dengan orang yang pandai dan berakhlak baik, itu sudah
cukup memberi banyak manfaat. Jika tersalah memilih kawan untuk anak-anak
sehingga menjadi rosak, itu juga dikira sebagai membunuh anak-anak.
Dalam masyarakat, terdapat
juga keluarga yang suka bercerita sesuatu perkara yang menentang nizam jemaat
dan pemegang suatu jawatan. Hal ini boleh memberi kesan buruk kepada fikiran
anak-anak. Jika anak-anak sudah mula menaruh harapan yang tidak baik kepada
jemaat, maka secara perlahan-lahan mereka akan semakin jauh daripada jemaat.
Ini juga satu bentuk pembunuhan anak yang dilakukan oleh ibu bapa. Jadi,
sekiranya kamu mendapat ada suatu kelemahan pada jemaat atau keburukan pada
seseorang pemegang jawatan, biarkan hanya kamu yang mengetahuinya dan jangan
sebar-sebarkan kepada orang lain. Jangan pernah berkata-kata yang bertentangan
dengan jemaat di hadapan anak-anak. Maknanya, ini satu tanggungjawab yang
sangat berat diletakkan di atas bahu seorang mukminah kerana mereka inilah yang
boleh memastikan tarbiyat keturunan mereka dalam keadaan selamat. Dengan itu
juga mereka boleh tergolong dalam khaira ummat.
Allah tidak hanya
mengatakan bahawa ia adalah tanggungjawab lelaki. Jika lelaki melaksanakannya
akan dapat ganjaran, malah wanita yang sama melaksanakannya, mereka juga boleh
dihitung sebagai umat yang terbaik di samping mendapat ganjaran. Allah Ta’ala
berfirman: (An-Nisa:125) Dan barangsiapa
mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki atau wanita, sedang ia mukmin, maka mereka
itu akan masuk syurga, dan mereka sedikit pun tidak akan dianiaya biar sebesar
lubang kecil biji kurma.
Jadi, Allah Ta’ala
telah meletakkan lelaki dan wanita yang berbuat kebaikan, yang menunaikan
tanggungjawab dan menghindari keburukan berada pada satu tahap. Sesiapa yang
melaksanakan kewajipan mereka, maka mereka akan menjadi pewaris kurnia-kurnia
Allah Ta’ala dan pewaris syurga. Dan perkara ini juga hendaklah diingat selalu
bahawa jangan sampai perkara-perkara keduniaan ini boleh merosakkan keimanan.
Jika keimanan teguh, maka perhatian untuk melakukan kebaikan juga akan kuat, ia
juga akan terdorong untuk menghindari keburukan. Jadi, amalkan selalu berdoa
untuk keselamatan iman masing-masing. Allah Ta’ala berfirman bahawa keimanan
kepada Allah juga merupakan satu syarat. Maka, apabila iman dalam keadaan
selamat dan apabila keimanan kepada Allah semakin kuat, pada masa yang sama
keinginan untuk menghindari keburukan juga akan muncul serta terdorong untuk
melakukan kebaikan-kebaikan dengan lebih banyak. Huquuqullah dan huquuqul ibad
juga akan dapat dilaksanakan.
Saya telah
menyatakan bahawa dewasa ini bukanlah masanya untuk berjihad dengaan
senjata/pedang. Hazrat Maseeh Mau’ud as datang untuk memberitahu kepada dunia
bahawa sekarang ini bukan masanya untuk berjihad dengan pedang. Jihad yang
hendak kita laksanakan ini ialah jihad dengan akhlak yang tinggi. Kita
hendaklah menyebarkan kebaikan-kebaikan, mencegah keburukan dan menegakkan
ketauhidan Ilahi. Semua ini dipetik daripada ajaran Al-Qur’an tentang apa
kebaikan yang harus dilakukan dan apa keburukan yang harus dihindari.
Berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Hadis, kita semestinya menyebarkan
kebaikan-kebaikan, di samping itu juga kita hendaklah menghindari diri sendiri
dari keburukan dan mencegah dunia dari melakukannya. Inilah jihad yang boleh
menyebarkan tabligh Islam dengan cara yang sebenarnya. Banyak perkara, banyak
dalil-dalil yang boleh kamu persembahkan kepada dunia, tetapi dunia hendak
melihat sejauh mana pengamalan kamu terhadap segala apa yang kamu ajarkan. Jika
amalan kamu tidak sama seperti yang kamu ajarkan kepada dunia, maka segala
usaha kamu tidak akan memberi kesan. Dengan mengatakan Ukhrijat Linnaas, Allah Ta’ala meletakkan satu tanggungjawab yang
sangat besar di atas bahu setiap Ahmadi. Amalan kamu itu sebenarnya satu jalan
tabligh di dalam masyarakat di mana kamu tinggal, dan dalam kaum mana kamu
berada, ia menuntut satu amalan yang agung. Allah Ta’ala telah memberi kurnia
yang besar, ada yang kukuh kewangannya. Bangsa ini telah berlaku ihsan kerana
memberikan kamu peluang untuk tinggal di sini. Dan sebagai balasan atas
kemurahan hati mereka hanya boleh dilakukan dengan cara kamu menyampaikan
tabligh Islam dengan benar. Wanita-wanita zaman awal, para sahabat-sahabat
Rasulullah saw, kita tahu bahawa sejauh mana mereka menjalinkan hubungan yang
rapat dengan Zat Allah Ta’ala, di sana juga mereka meninggikan akhlak mereka.
Amalan mereka juga dijaga sebaik-baiknya sehingga orang yang melihat akhlak
mereka sangat terpengaruh. Mereka bukan hanya meningkat dari segi kerohanian, malah
mereka juga telah memberi tarbiyat kepada anak-anak mereka sehingga mencapai
tahap memberi manfaat kepada umat manusia. Mereka begitu terpaut dalam ajaran
Islam dan juga giat melakukan pengorbanan.
Inilah juga pekerjaan
ibu-ibu Ahmadi hari ini. Janji yang telah kamu lafazkan kepada Hazrat Maseeh
Mau’ud as, ia menuntut bahawa kamu harus menguatkan ikatan anak keturunan kamu
dengan jemaat sehingga mereka menjadi orang yang giat melakukan pengorbanan dan
juga mengutamakan agama di atas dunia. Jangan menjadi orang yang hanya sekadar
melafaz janji tetapi tidak ditunaikan.
Kemudian, dalam
medan pendidikan juga harus mengalami kemajuan. Ini juga adalah pekerjaan
seorang Ahmadi bahawa perlu meningkatkan tahap pendidikan dunia. Ini jugalah
yang dilakukan oleh wanita-wanita zaman awal. Mereka kuat dari sudut dunia
tetapi mereka juga telah menjadi orang yang berguna dan bersedia untuk
melakukan pengorbanan apabila diperlukan.
Kenapa ini terjadi?
Sebabnya ialah ibu-ibu dan wanita-wanita itu, mereka sendiri mengambil bahagian
dalam medan jihad. Pada zaman itu, ketika umat Islam diserang, umat Islam juga
diperintahkan untuk mengangkat senjata. Dalam mana-mana peperangan, tidak
pernah Rasulullah saw atau Khulafa Rasyidin memulakan perang terlebih dahulu.
Mereka yang selalu diserang dan umat Islam mempertahankan diri mereka. Dalam
jihad itu, wanita-wanita juga mengambil bahagian. Dalam perang Uhud, ada wanita
yang telah menitiskan darah semata-mata melindungi Rasulullah saw. Dia bersama
suami dan anak melindungi Rasulullah saw, sehingga Rasulullah saw bersabda
dengan penuh kesungguhan bahawa: melihat
anaknya luka para dikerjakan musuh, maka dia berkata; bangunlah dan tunaikan
hari ini hak untuk melindungi Rasulullah saw dan Islam.
Jadi, ada juga
wanita seperti itu yang berani mengangkat senjata untuk melawan musuh seperti
kaum lelaki. Dan dia sendiri sanggup mengorbankan anak dan dirinya tanpa
mempedulikan apa-apa. Hal ini terjadi adalah disebabkan keimanan mereka yang
membara. Dan disebabkan keimanan yang membara inilah, keberanian seperti ini
boleh muncul. Hari ini bukan jihad dengan pedang, tetapi jihad dengan
mempamerkan akhlak yang indah, jihad dengan mempersembahkan kebaikan-kebaikan,
jihad dengan mencegah orang dari melakukan keburukan, dan jihad dengan
melakukan tabligh Islam. Dan itu semua kita akan lakukan, insyaAllah. Dan di
dalamnya ada tanggungjawab wanita yang besar, tidak kira dia anak-anak, remaja,
dewasa ataupun yang sudah tua. Dan semangat keberanian seperti ini akan lahir hari
ini di kalangan kamu semua jika ada keimanan seperti yang ada pada wanita yang
dinyatakan di atas tadi. Dan dengan kurnia Allah, ramai di antara orang Ahmadi
seperti itu, dan mereka yang belum melaksanakannya, sedarlah dan beri perhatian
terhadap perkara ini. Hazrat Maseeh Mau’ud as berkata bahawa: hari ini kamu
tidak dipanggil untuk mengangkat senjata sehingga kamu ketakutan, kamu tidak
diminta untuk mengalirkan darah kamu, apa yang diminta dari kamu ialah
datanglah dengan segala apa yang kamu miliki untuk mempertahankan Islam, dan
mempertahankan Rasulullah saw. Jika kamu lakukan ini maka kamu akan termasuk
dalam golongan mukmin yang hakiki.
Allah Ta’ala telah
mempermudahkan ajaran Islam kepada kita. Kita melakukan satu pekerjaan, Allah
Ta’ala menyempurnakan pekerjaan kita berganda-ganda. Amanat Hazrat Maseeh
Mau’ud as yang merupakan amanat Islam yang hakiki, Allah Ta’ala telah
menyebarkannya di seluruh dunia, dan mereka yang berfitrat suci akan bergabung
dengan jemaat ini, insyaAllah. Apa yang dituntut daripada kita ialah berusaha
untuk menjadi khaira ummat dengan menyeru berbuat kebaikan dan mencegah dari
berbuat keburukan. Hal in hanya akan dapat dicapai apabila lelaki, wanita dan
anak-anak kita cenderung untuk membuat perubahan. Jangan condong ke arah dunia
malah sebaliknya beri perhatian kepada agama. Utamakan agama di atas dunia.
Satu perkara yang
perlu diambil perhatian, beberapa orang Arab berkata bahawa: Kami pergi ke masjid, tetapi di sana pardah
wanita Ahmadi tidak betul. Wanita Arab sangat menekankan tentang pardah
rambut dengan menutup secara rapi kepala mereka. Sebab itu mereka terkejut
melihat tentang pardah yang diamalkan oleh wanita Ahmadi kerana hanya memakai
selendang yang ringkas. Jadi, perkara ini harus diberi perhatian bahawa jangan
sampai disebabkan cara kamu ada orang yang susah hati.
Jadi, untuk
mencapai tingkat khaira ummat, masing-masing perlu memainkan peranan. Allah
Ta’ala telah membawa wanita-wanita masuk ke dalam jemaat yang kadang-kadang
lebih dahulu berbanding suami mereka.
Jadi, ketahuilah
tanggungjawab masing-masing walaupun sebagai seorang anak kecil, 10 hingga 15
tahun anak kecil sudah pandai berfikir. Anak-anak remaja juga hendaklah
mengenal kewajipan masing-masing. Jangan hanya tenggelam dalam era berfesyen
sahaja, tetapi pastikan kamu melakukan kewajipan terhadap apa yang telah
diperintahkan oleh Allah. Ingatlah bahawa kamu adalah golongan yang
dibangkitkan untuk memperbaiki dunia dan menyampaikan tabligh. Demikian juga
wanita yang sudah meningkat dewasa, jika kamu semua bekerjasama dengan kaum
lelaki untuk menyempurnakan tanggungjawab-tanggungjawab yang telah diletakkan
di atas bahu kamu, maka kamu adalah golongan yang menunaikan tujuan kebangkitan
Hazrat Maseeh Mau’ud as diutus ke dunia ini.
Semoga Allah
menjadikan kita orang yang menyempurnakan tujuan kebangkitan beliau dan
menunaikan hak terhadapnya. Amin.
---------------<<<<<>>>>>--------------
Dipetik dan diterjemahkan dari;-
CERAMAH HAZRAT KHALIFATUL MASEEH
V
DALAM IJTIMA TAHUNAN LAJNAH IMAILLAH JERMAN
17 SEPTEMBER 2011
boleh kongsi tak peranan belia dalam menunangi khaira ummah. terima kasih :)
ReplyDelete