MALFOOZAAT JILID 1
HAZRAT MASEEH MAU’UD alaihissalam
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
KEISTIMEWAAN BAHASA ARAB
Bahasa Arab sungguh ajaib. RIBATH yang telah disentuh, sejauh mana ia berkaitan peperangan, pertempuran duniawi dan taktik peperangan, ia juga menzahirkan hakikat dan keistimewaan peperangan dalaman dan mujahadah jiwa. Ia satu silsilah yang menakjubkan. Sebab itu Bahasa Arab dikatakan sebagai ummul al-sinah (ibu bahasa). Ia mengeluarkan suatu perkara yang tidak mungkin dapat dijelaskan oleh bahasa lain dan insyaAllah makrifat ini akan zahir dengan begitu jelas dan halus melalui kitab Minanur Rahman. Sekarang ini saya telah mula menulis tentang kelebihan Bahasa Arab dan juga untuk membuktikannya sebagai ibu segala bahasa. Nanti akan dapat diketahui bahawa kajian orang-orang Eropah sangat lemah. Dan mereka juga akan tahu bahawa ibu segala bahasa yang telah dilupakan bukan hanya pada zaman ini di mana kebenaran suatu agama yang telah ditinggalkan dapat ditemui. Ia telah dijumpai dan ia adalah Bahasa Arab. Dalam silsilah jasmani loghat bahasa Arab, ia juga memperlihatkan silsilah rohani. Sebabnya, perkara jasmani dan urusan jasmani dapat kita saksikan secara langsung dan hakikatnya kita boleh fahami dengan mudah dan senang. Jadi, dengan mengkiaskan atasnya, falsafah silsilah rohani dan urusan rohani tidaklah sukar untuk difahami, dan ini adalah kurnia dan berkat yang khas dari Allah Ta’ala, dalam zaman yang penuh dengan kegelapan dan kesesatan ini Dia telah menurunkan nur makrifat dari langit. Tujuannya ialah supaya orang-orang yang lupa dan tersasar dapat diperlihatkan jalan mereka, dan juga menzahirkan jalan-jalan yang sebelum ini masih tersembunyi. Apakah itu? Perkara itu ialah falsafah dan hakikat bahasa Arab. Mubarak atas mereka yang menghargai kurnia Allah Ta’ala dan mereka yang bersedia untuk mengambilnya.
ISLAM DIBERIKAN DUA KEKUATAN PERANG
Sekarang lihat, inilah RIBATH yang disebut sebagai kuda-kuda yang ditugaskan untuk menjaga sempadan daripada ditembusi oleh musuh-musuh. Ini jugalah yang disebut terhadap jiwa-jiwa yang mendapat didikan untuk persediaan perang dengan syaitan yang sentiasa bergerak dalam diri insan. Memang benar apa yang dikatakan bahawa Islam diberikan dua kekuatan perang. Satu kekuatan ialah yang digunakan di barisan awal sebagai pertahanan dan serangan balas. Yakni apabila Arab Musyrikin memberikan kesusahan, maka 1000 orang akan menghadapi 100,000 orang kuffar dengan memperlihatkan semangat keberanian mereka dan dalam setiap halangan, mereka membuktikan kekuatan dan keagungan mereka yang suci. Zaman itu telah berlalu dan falsafah kekuatan perang yang zahir dan kemahiran perang yang tersembunyi dalam lafaz RIBATH, ia telah zahir.
ZAMAN INI DITUNTUT MEMPERLIHATKAN CONTOH PERANG BATIN
Dalam zaman yang kita lalui sekarang ini, perang zahir tidak lagi diperlukan dan diinginkan. Malah dalam hari-hari yang terakhir ini sangat dituntut untuk memperlihatkan contoh perang batin dan memperhatikan pertempuran rohani, kerana waktu ini, penyebaran untuk pemesongan batin, berbagai sarana dan senjata yang besar telah dicipta. Sebab itu, untuk menghadapinya harus menggunakan sarana atau kaedah yang sama kerana zaman ini zaman keamanan dan kita semua mendapat keamanan dan kesenangan dari pelbagai segi. Dengan amalan kebebasan, setiap orang boleh menyebarkan, bertabligh atau mengamalkan hukum agama masing-masing. Kemudian, Islam sebagai pembawa keamanan yang sejati, malah penyebar keamanan, keselamatan dan kesenangan yang sebenar ialah Islam, bagaimana pada zaman yang aman dan bebas ini harus memperlihatkan contoh berperang yang dahulu? Jadi, hari ini contoh kedua yang dituntut iaitu mujahadah rohani.
JIHAD ZAMAN SEKARANG
Ada satu perkara lagi iaitu dalam memperlihatkan contoh yang dahulu ada satu lagi perkara yang harus diperhatikan. Waktu dahulu perlu menzahirkan keberanian, sebabnya waktu itu ia memang sifat yang dianggap terpuji dan disukai di dunia dan waktu ini, peperangan merupakan satu kemahiran, yakni duduk dari sahaja boleh menembak dengan meriam atau senapang. Tetapi, pada zaman dahulu orang yang paling berani ialah sanggup berhadapan dengan pedang. Sekarang ini, kemahiran berperang menjadi tempat berlindung orang penakut. Sekarang ini bukanlah lagi masanya menunjukkan keberanian, malah orang yang mempunyai peralatan perang yang moden dan meriam yang baru dan sebagainya, kemudian dia mahir menggunakannya, dia yang akan menang. Tujuan berperang dahulu adalah untuk menzahirkan semangan keberanian yang tersembunyi dalam diri orang mukmin. Dan sebagaimana yang Allah Ta’ala inginkan, ia dizahirkan dengan begitu jelas di dunia. Sekarang, hal seperti itu tidak lagi diperlukan, sebab itu, perang sekarang telah menjadi bentuk kemahiran, dan alat-alat perang yang baru serta kemahiran yang ada sekarang ini telah menutupi mutiara yang sangat berharga dan terpuji ini. Dalam permulaan Islam, perang untuk pertahanan dan perang jasmani juga perlu kerana pada zaman itu orang yang tidak suka kepada dakwah Islam menentang bukan melalui dalil tetapi melalui pedang. Sebab itu untuk pertahanan, pedang juga harus diangkat, tetapi sekarang ini penentangan bukan lagi dengan pedang, malah melalui pen atau kenyataan mereka, Islam banyak menerima ucapan yang buruk. Sebab itu, dalam zaman ini Tuhan berkehendak agar pekerjaan pedang itu diganti dengan pen lalu mengalahkan para penentang dengan tulisan. Sebab itu, bukan satu tindakan bijak jika sekarang ini berusaha mengalahkan pen dengan pedang.
SEKARANG INI PEN DIPERLUKAN
Fahamilah dengan yakin bahawa apa yang diperlukan sekarang ini bukanlah pedang tetapi pen. Para penentang kita yang telah membuat keraguan terhadap Islam dan hendak menyerang agama Allah Ta’ala yang benar menggunakan pelbagai bidang Sains dan kaedah. Dia telah menarik perhatianku bahawa saya harus memakai senjata pen, turun ke medan Sains dan kemajuan ilmu itu dan memperlihatkan keberanian rohani dan karisma kekuatan batin Islam. Sejak bila saya ada kelayakan untuk turun ke medan ini? Semua ini adalah kurnia Allah Ta’ala, dan dengan pertolongan-Nya yang tidak terhingga Dia menginginkan supaya kemuliaan agama-Nya dizahirkan melalui tangan hamba yang lemah seperti saya ini. Pada satu waktu saya telah mengira jumlah kritikan dan serangan ke atas Islam oleh para penentang kita, maka dalam fikiran dan anggaran saya, jumlahnya tiga ribu dan berpendapat bahawa jumlahnya sekarang semakin meningkat. Jangan sesiapa berfikiran perkara ini tidak tepat bahawa bagaimana mungkin terjadi atas Islam kritikan sampai tiga ribu jumlahnya. Sama sekali tidak seperti itu. Kritikan-kritikan ini dalam pandangaan orang yang berbuat kesalahan dan orang bodoh memang kritikan, tetapi saya berkata dengan sebenar-benarnya bahawa sejauh mana jumlah kritikan yang saya buat, di sana juga saya renungkan bahawa asas kritikan-krtitikan itu sebenarnya banyak yang tidak benar. Disebabkan tidak merenungkan secara mendalam, para penentang tidak dapat melihatnya dan ini juga adalah kebijaksanaan Allah Ta’ala di mana pengkritik yang buta terperangkap, di sana tersimpan khazanah hakikat dan makrifat yang tersembunyi.
TUJUAN KEBANGKITAN MASEEH MAU’UD alaihissalam
Dan Tuhan telah membangkitkan aku adalah supaya aku menzahirkan kepada dunia tentang khazanah-khazanah yang terkubur dan supaya aku mensucikan lumpur kritikan yang kotor yang melekat pada mutiara itu. Kemurkaan Allah Ta’ala sekarang ini sedang membara bahawa kemuliaan Al-Qur’an harus disucikan dari bintik kritikan musuh yang kotor.
Ringkasnya, dalam keadaan ini, para penentang hendak menewaskan kita menggunakan pen. Adalah satu kebodohan yang ketara jika kita bangkit bersedia untuk pukul-memukul. Saya katakan dengan sejelas-jelasnya bahawa dalam keadaan ini, jika ada sesiapa yang menggunakan nama Islam untuk berperang sebagai cara membalas, mereka itu akan memberi nama buruk terhadap Islam. Dan keinginan Islam tidak pernah seperti itu, iaitu mengangkat pedang tanpa tujuan dan keperluan. Sekarang ini, tujuan berperang seperti yang telah saya katakan – berperang menggunakan kemahiran bukan lagi disebabkan agama tetapi ia sudah cenderung ke arah keduniaan. Jadi, tidakkah satu kezaliman yang besar, sebagai ganti menjawab kritikan mereka, sebaliknya bangkit mengangkat senjata. Sekarang ini sudut peperangan sudah berbeza disebabkan peredaran zaman. Sebab itu adalah perlu bahawa pertama sekali bertindaklah dengan hati dan fikiran, dan sucikan jiwa. Dengan ketakwaan, mohonlah pertolongan dan kemenangan daripada Allah Ta’ala. Ini sudah jadi ketentuan dan hukum Ilahi, dan jika orang Islam ingin kejayaan dan kemenangan dalam pertempuran melalui perbahasan, ini tidak mungkin terjadi. Allah Ta’ala tidak mahu sekadar ucapan kosong sahaja. Dia menginginkan takwa yang hakiki dan mahukan kesucian yang sebenar. Firman-Nya INNAL LAAHA MA’AL LAZIINAT TAQAU WAL LAZIINA HUM MUHSINUUN (An-Nahal:129)
(Malfoozaat Jilid 1, halaman 36-39)
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(03.03.2012)
No comments:
Post a Comment