Wednesday, October 6, 2010

Lembaran Tabligh 04


KEWAFATAN NABI ISA MENURUT AL-QUR’AN

MAA QULTU LAHUM ILLAA MAA AMARTANII BIHII ANI’ BUDULLAAHA RABBI WA RABBUKUM, WA KUNTU ‘ALAIHIM SYAHIIDAM MAA DUMTU FIIHIM, FALAMMAA TAWAFFAITANII, KUNTA ANTAR RAQIIBA ‘ALAIHIM, WA ANTA ‘ALAA KULLI SYAI’IN SYAHIID (Al-Maidah:118).

Allah Ta’ala bertanya kepada nabi Isa: Hai Isa! Adakah engkau mengajarkan kepada manusia agar menjadikan engkau dan ibumu dua sembahan selain Allah? Beliau a.s menafikan dengan berkata: "Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau mewafatkan aku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.

Dalam ayat ini ada dua zaman yang disebutkan, iaitu zaman sebelum Tawaffa dan zaman selepasnya. Ia tidak menyentuh tentang masa yang ketiga.

Kaum nabi Isa sudah kucar-kacir, (19:89, 5:73-74, 4:172). Raja Rom Constantine telah memanggil kaunsel gereja yang pertama ke Nicaea pada tahun AD325 di mana dilakarkan istilah bapa, anak dan ruhul qudus. Sekarang, jika nabi Isa datang, dan mematahkan salib, maka sudah pasti dia mengetahui tentang kesesatan kaumnya, in bererti dia telah berdusta pada hari kiamat bahawa dia tidak tahu- menahu tentang keadaan umatnya.

Maksud Falammaa Tawaffaitanii ialah apabila Engkau mewafatkan aku. Lafaz Tawaffa ini digunakan dalam Al-Qur’an sebanyak 25 kali pada 23 tempat yang diterjemahkan sebagai maut atau kematian.

AYAT-AYAT AL-QUR’AN YANG MENGGUNAKAN KATA TAWAFFA

1.      Sampai mereka menemui ajalnya (An-Nisa:16)
2.      Dan wafatkanlah kami berserta dengan orang-orang berbakti (Ali Imran:194)
3.      Katakanlah: Malaikat maut akan mematikan kamu (As-Sajadah:12)
4.      Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat (An-Nisa:98)
5.      Atau Kami wafatkan kamu (Al-Mukmin:78)
6.      Orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat (An-Nahal:29)
7.      Orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh malaikat (An-Nahal:33)
8.      Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu (Al-Baqarah:235)
9.      Orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu (Al-Baqarah:241)
10.  Ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami (Al-An’am:62)
11.  Utusan-utusan Kami untuk mengambil nyawa mereka (Al-A’raf:38)
12.  Wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (Al-A’raf:127)
13.  Ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang kafir (Al-Anfal:51)
14.  Akan mematikan kamu (Yunus:105)

Bersambung minggu hadapan.

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...