Wednesday, October 6, 2010

Keagungan Al-Qur’an dan Keimanan Kepada Perkara Ghaib


Antara isi kandungan khutbah kali ini adalah seperti berikut:-

Amanat Al-Qur’an bersifat universal, dan Rasulullah s.a.w adalah rasul untuk semua insan sehingga hari kiamat.

Kebelakangan ini, satu usaha sedang dibuat untuk menghina Al-Qur’an dan ajaran Islam dari satu gereja di Amerika. Antara program yang mereka hendak laksanakan ialah membakar Al-Qur’an pada 11 September.

Jemaat Ahmadiyah sedang berusaha menghentikan tindakan jahat Dove Church itu melalui media dan pelbagai sarana yang lain.

Saya telah mengatakan kepada anggota Jemaat di Amerika supaya melakukan sesuatu, dan jemaat di seluruh dunia juga harus berbuat seperti itu.

Jelaskan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu cara yang boleh menjejaskan keamanan dunia. Ia tidak akan menanamkan rasa kasih sayang, sebaliknya akan menimbulkan rasa benci.

Dalam minggu ini, di daerah Sindh, dua lagi anggota telah disyahidkan. Seorang di Karachi dan seorang lagi di Sanggar.

Wahai mullah-mullah yang berfitrat jahat! Ajaran kezaliman yang kamu berikan atas nama Allah dan Rasul, kamu yang mempermainkan ajaran Al-Qur’an, kamu pasti akan datang dapat cengkaman Tuhan.


TERJEMAHAN KHUTBAH JUMAAT

HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASIH AL-KHAMISaba
20 OGOS 2010 / 20 ZAHUR 1389HS
09 Ramadhan 1431HQ
Masjid Baitul Futuh, London

Tasyahud, Ta’awuz, Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Baqarah:186.

Terjemahan ayat ini ialah “bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur.”

Allah Ta’ala menjelaskan di dalam ayat ini bahawa bulan Ramadhan amat erat hubungannya dengan Al-Qur’an. Yakni, bulan ini adalah bulan yang penuh berkat di mana Al-Qur’an diturunkan di dalamnya. Permulaan Al-Qur’an diturunkan pun adalah pada bulan Ramadhan. Dan, dalam bulan yang penuh berkat ini, Jibril akan datang kepada Rasulullah s.a.w setiap tahun untuk mengulangi ayat-ayat Al-Qur’an yang telah diturunkan sehingga waktu itu. (Bukhari Kitab Fadhailul Qur’an, Bab Kaana Jibriilu Yu’arridhul Qur’aana ‘Alan Nabi, hadis nombor 4998)

Jadi, bulan ini adalah bulan untuk membaca dan menghayati Al-Qur’an. Seolah-olah ia diukur dari sudut ini, bukan hanya berpuasa dan menyempurnakan tuntutan-tuntutannya, malah kepentingannya begitu luas. Dalam bulan yang penuh berkat ini, Al-Qur’an yang merupakan kitab agung yang diturunkan, kitab syariat yang sempurna, yang turun atas insan yang sempurna, nabi yang diutus untuk sekalian manusia sebagaimana Allah Ta’ala berfirman YAA AIYUHAN NAASU INNII RASUULULLAAHI ILAIKUM JAMII’AN (Al-A’raf:159) "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya.” Kemudian di tempat lain Allah Ta’ala juga berfirman WA MAA ARSALNAAKA ILLAA KAAFFATAL LINNAASI BASYIIRAU WA NAZIIRAU WALAAKINNA AKTSARAN NAASI LAAYA’LAMUUN (Saba’:29) Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira dan pemberi amaran, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Al-Qur’an banyak menerangkan tentang Rasulullah s.a.w dalam pelbagai segi, yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w adalah kesayangan Allah Ta’ala, dan sehingga hari kiamat, tidak ada nabi yang membawa kitab syariat yang baru atau membawa syariat baru. Amanat Al-Qur’an adalah bersifat antarabangsa dan Rasulullah s.a.w adalah nabi untuk sekalian manusia sehingga hari kiamat. Ini jelas dinyatakan di dalam Al-Qur’an.

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Kami adalah pewaris nabi yang datang sebagai Rahmatul Lil ‘Aalamiin dan Kaaffatal Linnaas, yang kitabnya dipelihara oleh Tuhan dan hakikat serta makrifatnya unggul dari semua. (Al-Hakam, Jilid 6, nombor 36, tarikh 10 Oktober 1902, halaman 11)

Al-Qur’an menyebut baginda s.a.w sebagai Rahmatul Lil ‘Aalamiin. Jadi, baginda s.a.w adalah nabi agung yang sekarang ini muncul sebagai rahmat bagi sekalian manusia. Dan kitab yang diturunkan ke atas baginda s.a.w, dengan beramal atas ajarannya dengan sebenar serta berjalan atas sunnah Rasulullah s.a.w, ia menjadi rahmat bagi dunia.

Alangkah baiknya jika mullah-mullah yang suka membuat kerosakan hari ini dan mereka yang mengganggap diri sebagai orang alim dapat mengetahui akan hal ini. Dan juga alangkah baiknya jika orang-orang yang berjubah itu dapat mengetahui bahawa ajaran Al-Qur’an dan ajaran Rasulullah s.a.w adalah pembawa rahmat kepada dunia, bukannya mencabut suasana keamanan dalam masyarakat atau bukannya mempermainkan nyawa orang-orang yang tidak berdosa.

Allah Ta’ala berfirman bahawa di dalam Al-Qur’an, ia membawa hidayat kepada setiap insan. Di dalamnya dijelaskan tanda-tanda yang terbuka, di dalamnya dijelaskan perkara yang membezakan antara hak dengan yang batil.

Kewajipan seorang mukmin ialah merenungkan sedalam-dalamnya terhadap Al-Qur’an, ajaran dan petunjuk yang terang ini, sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, bulan yang boleh meningkatkan kerohanian, bulan di mana manusia berusaha mendekatkan diri kepada Allah, dan juga bulan di mana orang mukmin berusaha meningkatkan nilai ibadat mereka.

Dalam membacanya, setiap perintah hendaklah diperhatikan. Allah Ta’ala berfirman HUDALLIL MUTTAQIIN, yakni hidayat bagi orang-orang yang bertakwa. Lebih dahulu ia dikatakan petunjuk bagi setiap insan, tingkat hidayat itu berbeza. Untuk orang-orang yang muttaqi juga ada hidayat di dalamnya. Hidayat tidak berakhir hanya dengan beriman sekali dan kekal atas ketakwaan sekali, malah silsilah hidayat itu berterusan, yakni orang-orang yang mendakwakan diri sebagai muttaqi, yang ada rasa takut kepada Allah, jika dakwaan mereka itu benar, maka mereka haruslah beramal atas ajaran-ajaran yang terdapat di dalamnya, jika tidak, Rasulullah s.a.w bersabda bahawa orang-orang yang tidak merenungkan dan tidak berjalan atas landasan ketakwaan, maka jaga mereka pada waktu malam hanya sekadar berjaga sahaja dan puasa mereka hanya sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja. (Sunan Ibnu Majah, Kitabus Shiyam, Bab Maa Jaa’a Fil Ghaibati Wa Amara Fassul Lis Shaa’imi, hadis nombor 1690)

Jadi, puasa itu ada keutamaan apabila Al-Qur’an diutamakan, jika ajarannya yang telah diturunkan oleh Allah itu diutamakan, berusaha untuk mengamalkan ajarannya. Allah Ta’ala amat menekankan tazkiyah nafs dibuat dalam hari-hari berpuasa ini. Apabila hal ini menjadi keutamaan seorang mukmin, mereka boleh mempersembahkan ajaran yang cantik kepada dunia. Hanya dengan itu kita dapat memberitahu kepada dunia bahawa jalan yang kamu lalui sekarang ini amat berbahaya. Itu adalah jalan kehancuran. Itu adalah jalan yang boleh menghancurkan dunia dan akhirat kamu. Jika kamu mahu kehidupan dunia dan akhirat kamu baik, datanglah kemari agar kami dapat beritahu jalan hidayat. Al-Qur’an tidak hanya mendakwakan Hudal Linnaas, malah jika kamu beramal atas ajarannya, kamu akan dapat melihat di dunia ini kesannya.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan bahawa pertama sekali, amalan seorang muslim itu harus ada di hadapan kita, ada di hadapan dunia sehingga dunia boleh melihat. Tetapi malang sekali, hari ini amalan orang-orang Islam sendirilah yang memberi peluang kepada penentang-penentang Islam untuk mengkritik ajaran Islam.

Kebelakangan ini, satu usaha sedang dibuat untuk menghina Al-Qur’an dan ajaran Islam dari satu gereja di Amerika. Antara program yang mereka hendak laksanakan ialah membakar Al-Qur’an pada 11 September. Kritikan yang dilemparkan oleh gereja itu ada 10 banyaknya yang langsung tidak berasas.

Kalau hendak mengkritik, kami pun boleh sahaja mengkritik Bible, tetapi bukanlah satu pekerjaan kami untuk mencetuskan huru-hara. Tetapi jika hendak berbahas dari sudut ilmu, setiap orang ada hak masing-masing. Kami berbahas dari sudut ilmu. Namun, bukanlah hak mana-mana orang Islam, bahawa di beberapa tempat dalam Bible, ada perkara yang mengingkari ketauhidan, lalu dengan itu kita mula membakar Bible.

Al-Qur’an mengajarkan tauhid sejak dari mula sehingga akhir, dan inilah yang kita harus laksanakan. Semua nabi-nabi juga datang atas tujuan ini. Al-Qur’an adalah kitab yang paling unggul mengajar tentang katuhidan. Dan hakikatnya, tauhid adalah asas setiap mazhab yang ada.

Dan dalam zaman ini, jariullah yang telah diutus oleh Allah Ta’ala telah menzahirkan lagi keagungan ajaran Islam. Dan mereka telah mengumumkan bahawa jangan pernah berbahas mengenai agama dengan Mirza Ghulam Ahmadi Qadiani dan pengikut-pengikutnya.

Asas ajaran Kristian sekarang ini adalah Triniti. Ajaran mereka telah goyang dari ajaran tauhid. Hazrat Masih Mau’ud a.s telah mengeluarkan kenyataan dari nabi Isa a.s sendiri di dalam Bible bahawa dia bukanlah anak Tuhan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menjadi anak Tuhan.

Gereja yang membuat penentangan terhadap Al-Qur’an, alasan mereka yang ialah Al-Qur’an tidak percaya bahawa nabi Isa a.s itu anak Tuhan. Mereka mengatakan bahawa najat itu hanya melalui penyaliban nabi Isa a.s. Akal mereka yang buta tidak dapat memahami bahawa nabi Isa a.s juga meyakini ketauhidan Ilahi, tetapi atas nama beliau a.s, ajarannya telah dirosakkan selepas itu, dan mereka telah menyekutukan Allah dengan seorang insan yang lemah.

Apabila insan sudah tewas, dan tidak ada lagi dalil dengan mereka, maka tidak ada cara lain lagi selain dari melakukan kekerasan. Dan gereja yang bernama Dove world outreach centre church, sedang melakukan hal ini. Di dalam Bible ada beberapa tempat ucapan nabi Isa a.s berkenaan dengan hal ini. Dalam Markus, yang bahasa Inggeris dikatakan Mark, bab 12 ayat 29-30 tertulis: Jawab Yesus: “Hukum yang terutama ialah: Dengarlah hai orang Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan itu esa. Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu. (Markus 12: 29-30)
Banyak lagi tempat yang menyangkal bahawa nabi Isa a.s bukanlah tuhan. Bible sendiri yang menyatakan hal ini.

Hazrat Masih Mau’ud a.s telah membuktikan dalil-dalil yang terperinci berkenaan dengan hal itu dan juga penjelasan daripada Al-Qur’an, dan mematahkan setiap dalil dari pihak Kristian, dan sehingga sekarang, inilah yang sedang dilakukan oleh Jemaat Ahmadiyah. Ajaran cantik Al-Qur’an ialah sampaikan kebenaran. Beritahu kepada dunia QAD TABAIYANAR RUSYDU MINAL GHAIYI (Al-Baqarah:257) yakni, sesungguhnya perbezaan antara hidayat dan kesesatan itu telah jelas. Tetapi, dalam menjelaskan perbezaan itu tidak harus dengan paksaan. Begi sesiapa yang mahu percaya, silakan. Al-Qur’an juga menyatakan: Wahai nabi! Tugas kamu hanyalah menyampaikan kepada orang ramai amanat yang telah diturunkan kepada engkau dalam bentuk Al-Qur’an, memberi petunjuk adalah pekerjaan Tuhan. Adakah ajaran yang begitu cantik ini patut mereka bakar. Sekarang, dengan penerangan ajaran yang begitu indah ini, siapa sebenarnya yang suka melakukan huru-hara, Kristian atau orang Islam?

Gereja ini juga tidak beramal atas ajarannya yang terdapat dalam Bible. Tertulis dalam Bible, sekiranya sebelah pipi kamu ditampar, persembahkan lagi pipi yang satu. (Matius 5:39)

Bible tidak mengajarkan agar menanamkan rasa benci dalam soal agama. Banyak juga gereja-gereja lain yang tidak setuju dengan rancangan gereja ini dan dengan tegas mereka menyatakan; kami tidak terlibat sama dengan mereka. Dan insan yang berakal dan inginkan keamanan, ini jugalah yang mereka patut ucapkan. Jemaat Ahmadiyah juga berusaha menghentikan tindakan jahat Dove Church itu melalui media. (Dove dalam Kristian adalah tanda ruhul qudus).
Saya telah mengatakan kepada anggota Jemaat di Amerika supaya melakukan sesuatu, dan jemaat di seluruh dunia juga harus berbuat seperti itu. Jelaskan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah satu cara yang boleh menjejaskan keamanan dunia. Ia tidak akan menanamkan rasa kasih sayang, sebaliknya akan menimbulkan rasa benci.

Mereka tidak melihat bagaimana penjelasan yang dilakukan Al-Qur’an mengenai Maryam dan nabi Isa a.s. Al-Qur’an memandang tinggi setiap nabi-nabi. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa perbuatan mereka itu hanya akan mencetuskan huru-hara dan kebencian. Dan orang Islam yang belum menerima imam zaman, mereka tidak tenteram dan kemungkinan boleh melakukan tindak balas yang salah.

Dunia sekarang memerlukan keamanan, kasih sayang, persaudaraan, perlu menghindari bahaya peperangan, perlu menarik kecintaan Tuhan agar terhindar dari musibah. Untuk mencapai itu semua, orang Kristian juga hendaklah membetulkan matlamat mereka, dan orang Islam hendaklah memperlihatkan tindak balas yang betul. Buat perdebatan dengan dalil-dalil, perbahasan dari sudut ilmu. Namun, hendaklah menjaga emosi agama masing-masing.

Hari ini, jika orang Islam benar-benar mencintai Rasul dan Al-Qur’an, maka sesuai dengan perintah Allah mereka hendaklah mencari penunjuk jalan, sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bulan Ramadhan di mana Allah Ta’ala mengatakan bahawa Al-Qur’an diturunkan di dalamnya, hidayat bagi semua insan, jalan hidayat itu hendaklah ditentukan menurut Al-Qur’an. Tingkat hidayat hendaklah seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur’an. Dan untuk mendapatkan orang yang memberi hidayat, doa yang ikhlas harus dipanjatkan. Allah Ta’ala mengajarkan kepada kita doa IHDINAS SHIRAATAL MUSTAQIIM, jika doa ini dipanjatkan dengan penuh keikhlasan, pasti Allah akan memberi petunjuk. Dengan doa ini juga, Allah Ta’ala akan memberi petunjuk kepada orang bukan Islam, dan orang Islam sudah pasti akan diberi hidayat. Alangkah baiknya jika saudara seIslam kita dapat memahaminya.

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Ingatlah bahawa Al-Qur’an adalah sumber berkat yang hakiki dan sarana nijat yang sebenar. Ini adalah kesalahan mereka yang tidak beramal dengan ajaran Al-Qur’an. Di kalangan orang yang tidak beramal, ada satu kelompok yang langsung tidak percaya kepadanya dan tidak menganggapnya sebagai Kalam Tuhan. Golongan ini sudah terlalu jauh. Tetapi orang yang beriman bahawa ia adalah Kalam Tuhan, dan naskah penawar keselamatan, jika mereka tidak beramal, maka sungguh malang dan menghairankan. Ramai juga orang yang tidak pernah membacanya sepanjang hidup. Jadi, orang yang lalai dari Kalam Tuhan dan tidak mempedulikannya, perumpamaan mereka ialah ibarat seseorang yang mengetahui bahawa suatu mata air itu begitu bersih, lazat dan segar. Banyak penyakit yang telah disembuhkan dengan meminumnya, hal ini amat diyakini olehnya.

Tetapi, dengan pengetahuan yang ada pun, walaupun kehausan dan menderita pelbagai penyakit, dia tidak mahu mendekati mata air itu. Betapa malang dan jahilnya orang seperti itu. Seharusnya dia meletakkan mulutnya pada mata air itu dan minum sepuas-puasnya di samping mendapat rawatan atas penyakitnya. Namun, dia ibarat orang yang tidak mengetahui apa-apa. Dan dia begitu jauh sehinggalah kematian menjemputnya. Keadaan orang itu patut menjadi pedoman dan nasihat. Keadaan orang Islam sama seperti itu. Mereka percaya bahawa kunci kemajuan dan kejayaan ada dalam Al-Qur’an, yang seharusnya kita amalkan. Namun, bukan sahaja tidak diamalkan, malah langsung tidak peduli. Tetapi, orang yang begitu prihatin dan mengambil berat, dan menyeru ke arah ini atas perintah Allah, orang itu pula yang dianggap kazzab dan dajjal. Adakah suatu kaum yang lebih malang dan patut dikasihani selain kaum itu?” (Malfoozaat Jilid 4, halaman 140, edisi baru Rabwah)

Inilah juga hakikatnya hari ini, merenungkan Al-Qur’an itu satu sudut, sudut yang lain ialah ramai orang yang langsung tidak memberi perhatian terhadap pembacaan Al-Qur’an. Mereka hanya mengikut telunjuk orang yang bergelar ulama, mereka mengatakan; Al-Qur’an menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w khataman nabiyin dan Mirza Ghulam Ahmad Qadiani a.s mendakwakan kenabian.

Alangkah baiknya kalau mereka befikir dan bertanya kepada kita apa sebenarnya yang didakwakan. Buatlah kajian untuk mengetahui kebenaran. Tidak ada dalil pada mereka, sebab itu para ulama di seluruh dunia terutama sekali di Pakistan telah membuat sekatan ke atas Jemaat. Mereka mengatakan kepada orang Islam bahawa mendengar ucapan anggota Jemaat juga kafir. Malah ada yang mengatakan memberi salam juga kafir. Jika orang Kristian memperlihatkan kekerasan, orang Islam juga memperlihatkan kekerasan terhadap orang Ahmadi. Dan secara umumnya mereka dalam kumpulan yang besar, sehingga orang Kristian pun berani berbuat kekerasan. Itulah keadaan mereka. Orang Islam tidak berani berhadapan dengan orang Ahmadi untuk menolak kesalahan yang diyakini oleh Jemaat Ahmadiyah.

Mereka begitu takut, keimanan mereka kelihatan begitu lemah, iaitu sekiranya bercakap dengan orang Ahmadi, maka iman mereka akan lemah dan akan meninggalkan Islam. Inilah ucapan para ulama mereka, yang mana dengan mengikuti segala jejak langkah para ulama seperti itu telah merosakkan dunia dan akhirat mereka. Demikian juga kita sebagai Ahmadi, kita harus lakukan atau sempurnakan hak kita. Kita berkewajipan untuk menjadikan diri kita sebagai contoh orang yang mendapat hidayat seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an.

Jadi, bulan Ramadhan yang telah disediakan oleh Allah sebagai sarana untuk membuat perubahan rohani dan untuk merenungkan Al-Qur’an, dan beramal pada ajarannya, kita juga harus mengambil manfaat daripadanya dengan usaha yang keras. Ada beberapa perkara baik yang diperintahkan oleh Allah untuk dilakukan agar mendapat hidayat. Ada juga keburukan yang diperintahkan oleh Allah untuk dihindari. Ini bertujuan supaya seorang mukmin mencapai matlamatnya, dan matlamat seorang mukmin ialah mendapat keredhaan Allah Ta’ala.

Langkah pertama yang diletakkan oleh Allah untuk mencapai jalan-jalan hidayat ialah iman bil ghaib. Dan hal ini bukan satu perkara yang biasa. Iman bil ghaib inilah yang menjadi tonggak kemajuan iman dan memandu kita ke arah jalan hidayat yang betul, dapat memahami ajaran Allah Ta’ala, dan dapat melakukan hubungan dengan Allah.  

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata mengenai hal ini:-
“Dalam keadaan muttaqi, oleh kerana mereka belum mencapai darjat rukya Ilahi, mukalimah dan mukasyifah, sebab itu perkara yang paling awal diletakkan ialah iman bil ghaib, dan itu adalah darjah keimanan sebagai satu usaha, kerana melihat kekuatan keterangan, keimanan kepada Allah antara ragu-ragu dan yakin.”

Berkata lagi; “...... orang muttaqi yakin kepada Allah dan beriman kepada-Nya. Sebagaimana yang Allah nyatakan YU’MINUUNA BIL GHAIBI”. Dikatakan: “Jangan menganggap ini darjah yang rendah, atau tingkatnya kurang. Iman bil ghaib ini, keadaan darjah pertama seorang muttaqi, pada pandangan Allah Ta’ala amat mulia. Terdapat dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat; tahukah kamu iman siapa yang paling baik? Para sahabat menjawab; sudah tentulah engkau ya Rasulullah. Baginda s.a.w bersabda; bagaimana mungkin saya, setiap hari saya melihat Jibril, setiap waktu saya melihat tanda-tanda Allah. Para sahabat kemudian bertanya lagi; adakah iman kami? Baginda s.a.w menjawab; bagaimana mungkin kamu, kamu juga dapat melihat tanda-tanda. Akhirnya Rasulullah s.a.w bersabda; orang yang datang ratusan tahun selepas aku, keimanan mereka amat luar biasa, sebabnya mereka tidak melihat tanda seperti mana kamu melihat, namun mereka tetap beriman kepada Allah. Jadi, sekiranya seorang muttaqi itu mati dalam keadaannya yang permulaan, Allah Ta’ala akan memasukkan mereka dalam kelompok itu.” Dikatakan lagi; “Mereka belum lagi mendapat apa-apa dari kelazatan dan nikmat ini, tetapi mereka tetap memperlihatkan kekuatan, di mana mereka bukan sahaja beriman kepada Allah Ta’ala, mereka juga membuktikan iman mereka melalui amalan. Yakni YUQIIMUUNAS SHOLAATA”. Amalan itu ialah teratur dalam mendirikan solat. “Keadaan takwa itu, di dalam solat pun ada keraguan dan muncul berbagai syak wasangka yang boleh menggelincirkan fikiran. Dalam keadaan itu pun, dia tidak meninggalkan solat, tidak penat dan tidak tewas. Ada juga beberapa orang yang mendirikan solat untuk beberapa hari lalu diserang fikiran-fikiran buruk dalam hati, mereka tinggalkan solat dan tewas. Tetapi, seorang yang muttaqi tidak tewas. Dia tetap berusaha mendirikan solatnya, walaupun solatnya jatuh, dia bangunkan kembali. Dalam keadaan takwa, ada dua zaman yang datang ke atas orang muttaqi, satu zaman ibtila dan satu lagi zaman istifa. Zaman ibtila datang supaya kamu mengetahui setakat mana kedudukan dan kebolehan kamu, dan ini akan menzahirkan siapa yang beriman kepada Allah seperti orang-orang yang benar. Adakalanya timbul kerisauan dan syak dalam hati, kadang-kadang timbul fikiran untuk menentang zat Allah Ta’ala. Seorang mukmin yang benar tidak harus takut dalam keadaan ini malah dia harus maju terus ke hadapan.” Berkata lagi: “Pekerjaan syaitan itu kotor, dia tidak akan senang selagi kamu tidak memungkiri zat Allah Ta’ala atau tidak berpaling dari pengutusan Rasulullah s.a.w, dia akan sentiasa berusaha menanamkan keraguan-keraguan. Ramai insan yang telah terperangkap dalam jeratnya dan mengatakan ‘sekarang buat sahaja, nanti akan dilihat akibatnya’. Walaupun insan itu tidak mengetahui setelah satu hembusan nafas, akan ada lagi nafas yang baru atau tidak,” (maksudnya, keraguan yang timbul dalam hati insan itu dituruti, soal akibatnya, berserah sahaja, nanti akan diperbaiki). Dikatakan bahawa: “Tetapi syaitan begitu berani dengan memberikan harapan-harapan kosong dan memperlihatkan taman yang menghijau. Ini adalah pelajaran pertama daripada syaitan. Namun, orang muttaqi juga berani, mereka diberikan satu semangat untuk berhadapan dengan segala perkara was-was. Sebab itu YUQIIMUUNAS SHOLAATA memberitahu bahawa mereka tidak penat dan tewas. Pada peringkat permulaan, ketidakselesaan tidak memberi kesan atas hati mereka, dalam keadaan itu, mereka tetap setia menunaikan solat sehinggalah semua was-was dan keraguan itu hilang. Syaitan tewas dan orang mukmin berjaya. Maksudnya, orang mukmin tidak mengalami zaman pemalas, malah setiap medan mereka sentiasa kekal berdiri. Perasaan was-was mereka hadapi dengan penuh semangat kelelakian.” (Al-Hakam Jilid 5, nombor 6, tarikh 17 Februaru 1901, halaman 201)

Jadi, dalam hari-hari ini ketika setiap orang cenderung menunaikan solat, dan dengan kurnia Tuhan, masjid sentiasa penuh, maka kita perlu menggunakan sepenuh tenaga untuk menghadapi syaitan. Apabila keadaan ini terjadi, dalam menghadapi syaitan, bantuan daripada Allah akan dipohon. Langkah untuk mendekatkan diri kepada Allah juga akan lahir. Apabila hubungan dengan Allah sudah terjalin, apabila usaha telah lahir, maka kita akan diberi petunjuk untuk maju ke arah jalan hidayat seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Qur’an. Dan apabila solat sudah diperhatikan, maka amalan bersama dengan iman bil ghaib akan mula kelihatan seperti yang telah dinyatakan oleh Hazrat Masih Mau’ud a.s, yakni solat yang didirikan dan doa-doa di dalamnya untuk menghindarkan diri daripada syaitan,  maka kita akan cenderung berdoa untuk memohon kepada Allah agar iman bil ghaib kita dikuatkan dengan tanda-tanda. Keimanan kepada Allah menuntut hal ini, dan seorang mukmin juga berdoa; sebagaimana Engkau bangkitkan seorang utusan untuk perbaikan dan hidayat pada zaman lampau, demikian juga datangkanlah pada zaman ini kerana keadaan amat memerlukan seorang utusan.

Al-Qur’an memberikan khabar WA AKHARIINA MINHUM LAMMAA YALHAQUU BIHIM (Al-Jum’ah:4) yakni; dan juga kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Di sini tidak harus wujud salah faham, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda; mereka yang tidak melihat tanda-tanda, iman mereka begitu tinggi, malah ia merujuk kepada masa di mana sesuai dengan khabar ghaib yang baginda s.a.w sampaikan, waktu itu zaman kegelapan, ketika belum ada nizam untuk menguatkan kerohanian umat Islam dan juga tarbiyat. Memang ada mujaddid-mujaddid di beberapa tempat yang menjalankan tugas mereka, atau mereka yang tidak pernah mendengar amanat daripada utusan Allah. Jika keimanan mereka kekal, itu bererti mereka telah memelihara iman bil ghaib mereka dengan betul. Dan orang yang memelihara iman bil ghaib  dengan betul, maka dengan melihat tanda-tanda, mereka akan dapat mengenal orang yang datang daripada Tuhan lalu menerimanya. Hazrat Masih Mau’ud a.s juga menulis, orang yang telah beriman kepada Rasulullah s.a.w tidak meminta tanda-tanda. Banyak orang-orang yang telah meyakini iman bil ghaib. (Petikan Malfoozaat Jilid 2, halaman 644)

Hanya dengan melihat apa yang zahir pada baginda, mereka terus yakin dan percaya bahawa apa yang baginda katakan semuanya benar. Kemudian, bersama dengan kedatangan Masih wa Mahdi, zaman tanda-tanda ini bermula. Ini juga adalah satu khabar ghaib yakni zaman tanda-tanda sudah bermula dan dengan kurnia Allah Ta’ala, Jemaat Ahmadiyah melihat tanda-tanda ini. Disebabkan iman bil ghaib, mereka kekal atas keyakinan bahawa janji dan khabar ghaib yang masih belum kelihatan sehingga sekarang, pasti akan menjadi sempurna, insyaAllah. Kita akan menjauhkan serangan syaitan dan was-was yang cuba ditanamkannya dengan terus menerus menunaikan solat dengan penuh keindahan dan dawam. Dan tidak akan membiarkan langkah-langkah kita goyang oleh serangan syaitan. Zaman ini, syaitan sedang berusaha sekuat tenaga mereka untuk melemahkan keimanan orang-orang Ahmadi. Tetapi, kita sudah berada di tempat di mana, walaupun tanda-tanda muncul di hadapan dan jika zaman musibah bermula, ini semua telah dikhabarkan oleh Al-Qur’an.

Untuk Jemaat Ilahi, zaman ujian selalu datang, dan imam zaman telah pun menyediakannya untuk kita. Dan sebagaimana yang telah saya katakan bahawa kita harus berusaha untuk mendapat berkat daripada bulan Ramadhan. Di dalamnya banyak peluang berdoa, melalui solat-solat kita boleh mendekatkan diri kepada Allah, dan juga kita harus berdoa untuk kekuatan iman kita. Dan kita juga hendaklah berdoa agar janji Allah itu sempurna.

Bulan ini yang merupakan bulan pengabulan doa-doa, apabila kita berdoa agar perintah-perintah Al-Qur’an dapat dilaksanakan di dunia, maka sesungguhnya Allah akan memulakan satu silsilah baru bagi menzahirkan tanda-tanda dengan penuh keunggulan. Dan kita akan dapat melihat bahawa ajaran Al-Qur’an dengan segala keagungannya akan membuat pembezaan antara hak dan batil. Orang akan memberi perhatian terhadap suara imam zaman yang menjemput sekalian insan sesuai dengan ajaran Al-Qur’an. Hari ini, jika ada yang didirikan bagi memelihara Al-Qur’an, inilah Mash Mau’ud, dan jika ada Jemaat yang dapat melaksanakan tugas agama dengan penuh keindahan, inilah Jemaat Ahmadiyah. Dan untuk itu kita harus lebih banyak berusaha untuk berdoa, jika tidak, kita ada kelalaian dalam melaksanakan kewajipan. Jadi, kewajipan setiap Ahmadi ialah menjadikan ajaran Al-Qur’an itu kelihatan pada diri kita, dan berusaha sesuai dengan kemampuan masing-masing untuk mengamalkannya.

Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Satu janji di dalam Al-Qur’an, dalam masa fitnah dan bahaya, Allah Ta’ala akan memelihara agama Islam. Sebagaimana firman-Nya INNAA NAHNU NAZZALNAZ ZIKRA WA INNAA LAHU LAHAA FIZUUN (Al-Hijr:10), atas janji ini, Allah Ta’ala akan memelihara kalam-Nya dalam empat bentuk.

Pertama: melalui hafiz-hafiz yang menghafal setiap kata-kata dengan tertib, dan setiap tahun ratusan ribu insan yang dapat menghafal kalam suci ini dalam dada mereka. Apabila hafiz itu ditanya, dia akan dapat memberitahu depan dan belakang suatu perkataan. Dengan ini, Al-Qur’an terhindar dari sebarang perubahan.

Kedua: melalui imam-imam dan orang-orang mulia yang dikurniakan kefahaman Al-Qur’an dalam setiap abad. Mereka mentafsirkan Al-Qur’an dan disokong dengan hadis-hadis nabi, sehingga dapat dipelihara daripada berubah makna setiap zaman.

Ketiga: melalui golongan mutakallimin, mereka diberikan akal tentang ajaran Al-Qur’an, dengan ini kalam Ilahi dapat terpelihara dari sebarang perubahan oleh ahli falsafah.

Keempat: melalui orang-orang yang mendapat nikmat rohani, di mana mereka mendapat perlindungan Allah Ta’ala daripada serangan orang-orang yang mungkir di setiap zaman terhadap kalam suci Tuhan dalam bentuk mukjizat dan makrifat.

Berkata lagi: “Jadi, khabar ghaib ini ada sahaja cara ia menjadi sempurna dalam setiap zaman.” (Aku telah turunkan kitab Al-Qur’an dan Aku juga yang akan memeliharanya). Berkata: “Dalam zaman di mana serangan dari pihak penentang begitu kuat, sesuai dengan itu juga Allah Ta’ala akan melahirkan orang yang boleh menghalang serangan itu hasil pertolongan Allah Ta’ala. Tetapi, dalam zaman di mana kita hidup sekarang ini, serangan dari pihak penentang terjadi dari setiap penjuru, dan hari ini adalah hari taufan yang amat dahsyat sejak Al-Qur’an disebarkan ke seluruh dunia, di mana hari Islam begitu membimbangkan tidak pernah terjadi sebelumnya. Akal-akal buta yang malang telah menyerang perkataan-perkataan Al-Qur’an dan menyebarkan tafsir atau terjemahan yang salah. Ramai orang Kristian, dan orang Islam yang kurang kefahaman telah menulis tafsir dan terjemahan dengan niat untuk mengubah makna kandungan Al-Qur’an. Dan ramai juga yang menegaskan bahawa banyak tempat di dalam Al-Qur’an bertentangan dengan ilmu aqliah dan permasalahan dalam kehidupan semulajadi umat Islam. Dan ramai juga yang mendakwakan bahawa ia bertentangan dengan kajian mereka, juga mengatakan bahawa ajaran Al-Qur’an penuh dengan kekerasan, kezaliman, dan tidak adil. Ada juga yang menyatakan ia bertentangan dengan sifat-sifat Ilahi dan menafikan fitrat semulajadi, banyak juga paderi-paderi dan Arya yang mengingkari dengan keras tentang mukjizat Rasulullah s.a.w dan tanda-tanda Al-Qur’an serta khabar ghaib yang ada di dalamnya.

Kalam suci Tuhan dan agama Islam serta nabi kita Muhammad s.a.w, mereka cuba mempamerkan pendustaan yang hina sehingga boleh menjadikan pencari kebenaran menyimpan perasaan benci. Jadi, zaman ini adalah zaman penyebaran, sebagaimana para penentang yang menyerang dari setiap penjuru dengan keras, kita juga harus mempertahankan dari setiap penjuru serangan mereka, dan waktu ini sudah pun bermula 14 abad. Sebab itu, pada abad ke-14, sesuai dengan janji-Nya, INNAA NAHNU NAZZALNAZ ZIKRA WA INNAA LAHU LAHAA FIZUUN, untuk menghadapi serangan itu Allah Ta’ala menghantar seorang mujaddid. Tetapi, setiap seorang mujaddid itu ada nama khas dari Tuhan, dan sebagaimana seorang penulis apabila menulis sebuah buku, maka karangannya itu akan dinamakan sesuai dengan keadaan. Sebab itulah mujaddid ini dinamakan Masih kerana sesuai dengan keadaan, sebabnya sudah jelas bahawa fitnah salib di akhir zaman akan diperbaiki oleh Al-Masih. Inilah sebabnya orang yang diutus untuk tujuan ini akan disebut sebagai Masih Mau’ud. Jadi, fikirkanlah bahawa YAKSIRUS SALIIB adalah tugasnya, adakah zaman itu sudah berlaku atau ada zaman yang lain lagi. Fikirkanlah, Tuhan akan melindungi kamu”. (Aiyame Sulh, Rohani Khazain, jilid 14, halaman 288-290)

Sebagaimana yang telah saya jelaskan lebih awal, kritikan yang dibuat oleh gereja pada hari ini, itu adalah kritikan lama sepertimana yang telah Hazrat Masih Mau’ud a.s jelaskan 100 tahun dahulu dalam petikan ini. Kritikan itu lebih kurang sama sahaja dengan kritikan yang dibuat oleh gereja tersebut. Dan sebagaimana yang telah saya katakan tidak ada yang dapat menghadapi Hazrat Masih Mau’ud a.s. Malang sekali mereka yang melihat pekerjaan Hazrat Masih Mau’ud a.s yang mana beberapa pemimpin-pemimpin Islam sendiri pun memujinya, orang Islam berkumpul mengepung beliau a.s, sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri memberi perintah agar menyampaikan salam kepada beliau a.s. (Musnad Ahmad bin Hambal, Jilid 3, halaman 182, Musnad Abu Hurairah hadis nombor 5957, cetakan Beirut, edisi 1998)

Kebanyakan mereka menentang beliau. Semua ini menafikan iman bil ghaib. Dan penentangan ini, disebabkan kekerasan dan ketidakadilan dari pihak kerajaan, mereka terus menerus membuat penentangan. Semoga Allah memberi akal kepada orang-orang Islam, dan mereka mendengar dan menjadi penolong kepada pencinta Rasul dan pencinta Al-Qur’an yang datang dari Allah sebagai utusan untuk memelihara Al-Qur’an. Semoga Allah Ta’ala juga memberi taufik kepada kita supaya kita dengan segala usaha yang kita lakukan, kita menjadi penolong kepada jariullah ini, dan juga kita dapat menyebarkan amanat Al-Qur’an ke seluruh dunia.

Saya telah menyentuh tentang musuh-musuh, hari ini, sekali lagi kezaliman dari orang-orang zalim ini memberikan berita yang amat menyedihkan. Dalam minggu ini, di daerah Sindh, dua lagi anggota telah disyahidkan. Seorang di Karachi dan seorang lagi di Sanggar. Mereka ini tidak melihat bahawa akibat dari kezaliman mereka, apa yang Tuhan sedang perlihatkan? Mata mereka sudah buta, ada seseorang memberitahu saya bahawa di satu tempat, ada seorang mullah yang berfitrat jahat memberi nasihat: kita tidak berusaha memadamkan Qadiani ini dengan sepenuhnya, sebab itu azab Allah datang kepada kita. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Orang Ahmadi insyaAllah akan melalui ujian ini, tetapi; wahai mullah-mullah yang berfitrat jahat! Ajaran kezaliman yang kamu berikan atas nama Allah dan Rasul, kamu yang mempermainkan ajaran Al-Qur’an, kamu pasti akan datang dapat cengkaman Tuhan.

Ada beberapa orang juga yang menulis surat kepada saya dan mengatakan bahawa apabila saya bercakap mengenai para mullah, mereka menjadi teruja dengan semangat yang berkobar-kobar, oleh sebab itu, menurut mereka saya tidak perlu mengatakannya lagi. Ini adalah kesalahfahaman beberapa orang-orang yang maksum di kalangan kita. Jadi, di sini saya jelaskan kepada semua, perancangan yang telah mereka buat, tidak ada perbezaan sama ada saya bercakap mengenai mereka atau tidak. Perancangan mereka yang menakutkan ialah apa yang harus dilakukan untuk menentang orang-orang Ahmadi di Pakistan, dan di tempat lain juga mereka ini sedang berusaha. Saya berkata demikian adalah dengan tujuan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang berfitrat baik agar jangan terlibat dengan orang-orang jahat. Apapun, pekerjaan kita hanyalah bersabar, istiqomah, dan banyak berdoa untuk mencapai tingkatan iman kita, insyaAllah kita akan terus melaksanakan kewajipan kita.
Dalam beberapa hari ini, orang Ahmadi harus tunduk di istana Ilahi. Semoga Allah membalikkan kepada musuh-musuh setiap kejahatan mereka dan setiap Ahmadi bebas daripada gangguan. Dan kita menjadi pewaris kurnia-kurnia Allah Ta’ala.

Dua orang syahid yang telah saya sebutkan, seorang daripadanya di Karachi, Doktor Najmul Hasan Sahib syahid. Pada 16 Ogos yang lepas, lebih kurang jam 11.30 malam, apabila beliau balik dari klinik, sebaik sahaja duduk dalam kereta dan start enjin, beliau terus ditembak oleh orang yang tidak dikenali. Beliau dibawa ke hospital berdekatan, namun darah yang banyak mengalir keluar menyebabkan beliau tidak dapat diselamatkan. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Menurut cerita, terdapat 13 butir peluru dalam dadanya.

Doktor Najmul Hasan syahid berasal dari Abai, Bhagalpur yang merupakan salah sebuah bandar di Bihar. Dalam zaman Hazrat Masih Mau’ud a.s, Mukarram Mahmud Alim sahib datang ke Qadian dan terus mendapat taufik untuk bai’at. Melalui jasa beliau inilah, Ahmadiyah bermula di Baghalpur. Datuk beliau, Makhdumul Hasan Sahib dan Mukarram Maulvi Abdul Majid Sahib Baghalpuri telah bai’at pada zaman khilafat kedua. Pada tahun 1956, keluarga beliau berhijrah dari Baghalpur ke Dhaka. Dalam tahun 1971, apabila terbentuk Bangladesh, maka ibu bapa beliau ini berhijrah dan tinggal beberapa tahun di India dan Nepal. Akhirnya, pada tahun 1975, mereka menetap di Karachi. Doktor Najmul Hasan lahir pada tahun 1971 di Dhaka. Beliau mempunyai tujuh orang saudara lelaki dan seorang saudara perempuan. Beliau anak yang kedua. Sejak dari sekolah rendah sehingga menjadi Pakar Kanak-kanak, beliau menuntut di Karachi. Beliau belajar di Sindh sejak Medical College sehingga mendapat M.B.B.S. Beliau juga mengambil F.C.P.S, dan menjalankan praktikal. Beliau pernah menjadi Penolong Profesor di jabatan Sains Kesihatan Kanak-kanak di Dove University.

Dengan kurnia Allah, beliau seorang Musi. Beliau menjalankan rutin harian seperti biasa, balik dari klinik, pergi ke kereta, dan apabila beliau menghidupkan enjin, tiba-tiba datang orang yang tidak dikenali terus menembak beliau. Berdekatan dengan tempat itu ada Medical Store saudaranya, apabila keluar, dia melihat beliau ini berlumuran darah. Usia beliau 39 tahun, seorang yang berani. Banyak kali sudah mertuanya menasihati beliau agar berpindah ke tempat lain, namun beliau menjawab; saya membesar di sini, orang-orang di sini ada hak atas saya, sebab itu saya akan terus berkhidmat di sini. Beliau juga selalu meluangkan masa dalam kampus Khuddamul Ahmadiyah. Tetapi, orang tidak mahu menyempurnakan hak mereka. Orang yang bermanfaat untuk manusia pun mereka mahu habiskan. Beliau tidak pernah menyembunyikan diri sebagai Ahmadi. Beliau begitu khusyuk menunaikan solat. Teratur dalam candah. Beliau meninggalkan isteri dan tiga orang anak, Syafiah Hasan 5 tahun, Muhammad Hasan 2 tahun, dan Maliha Hasan yang belum pun sampai 2 bulan. Dengan kurnia Tuhan, ketiga-tiga mereka masuk dalam skim Wakfe Nou.

Syahid kedua ialah Mukarram Habibur Rahman Sahib Sanggar. Beliau berasal dari Abai daerah Gujrat. Saudara datuk beliau Hazrat Doktor Rahmat Ali Sahib r.a telah menanam benih Jemaat ini pertama sekali dalam keluarga beliau. Selepas itu datuk beliau Hazrat Pir Barkat Ali Sahib turut bai’at. Kemudian, menyusul lagi dua orang saudara datuk beliau ini bai’at pada tahun 1901 iaitu Hazrat Pir Iftikhar Ali Sahib dan Hazrat Hafiz Rosyen Ali Sahib. Dalam tahun 1912, dalam keluarga beliau telah membeli tanah di Sindh, sebab itu mereka telah berpindah ke sana.

Habibur Rahman Sahib dilahirkan pada tahun 1950 di Sanggar. Beliau mendapat pendidikan di Rabwah. Ketika belajar, beliau belajar bersama-sama dengan saya. Seorang yang periang.

Beliau syahid pada 19 Ogos 2010, jam 10.30 pagi ketika beliau dalam perjalanan ke kebun. Apabila kereta berjalan perlahan disebabkan ada motosikal, dua orang bertopeng yang telah menembak beliau sehingga syahid. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Umur beliau 60 tahun. Tahun 1990, beliau berpindah bersama anak-anak ke Amerika. Sebelum berpindah, beliau menjawat Qaid Majlis Khuddamul Ahmadiyah Sanggar dan Qaid Dhila Sanggar. Pernah menjawat Sekretari Mal. Di Amerika, beliau banyak berkhidmat dalam website jemaat alislam.org, beliau anggota yang awal dan seorang pekerja yang baik. Demikian juga dalam mencari pekerja yang baik, beliau telah memberikan banyak khidmat. Dalam tahun 2006, saudara beliau Mujibur Rahman Sahib juga telah disyahidkan. Jadi, untuk mengkhidmati ayah yang sudah tua, beliau terpaksa berpindah balik ke Sanggar. Selepas beberapa lama berpindah, beliau telah bernikah dengan bekas isteri saudaranya kerana isterinya yang pertama telah meninggal dunia. Beliau teratur dalam solat, candah juga teratur dan sangat mencintai khilafat. Ikhlas dalam membantu meringankan beban orang miskin. Ayah beliau, Mukarram Pir Fazlur Rahman Sahib sehingga sekarang masih hidup, umurnya 91 tahun. Beliau mempunyai empat saudara lelaki dan dua saudara perempuan. Isterinya yang pertama telah meninggal dunia, beliau meninggalkan anak-anaknya Anisur Rahman 32 tahun, Hamira Sahibah 23 tahun, dan Aisyah Sahibah 28 tahun. Semua masih di Amerika. Dan juga meninggalkan isterinya yang kedua, iaitu bekas isteri saudaranya Mujibur Rahman Sahib syahid. Anak-anaknya I’jazur Rahman 13 tahun, Muazur Rahman11 tahun dan Masyal Umar 7 tahun. Semoga mereka diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi.

Ada seorang kawan lagi yang mukhlis ingin saya ceritakan iaitu Musa Rustami Sahib. Seingat saya solat jenazah beliau telah didirikan bersama dengan jenazah Mustafa Sabit Sahib. Beliau seorang yang begitu mukhlis. Beliau wafat pada 5 Ogos 2010. INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI ROOJI’UUN. Dalam Jalsah Kosovo, tahun ini beliau menjadi penceramah, beliau memberitahu bahawa saudara lelakinya datang ke UK pada tahun 1985 dan mulaqat dengan Hazrat Khalifatul Masih IV. Apabila abangnya balik dan menceritakan pengalamannya bertemu dengan Huzur, Musa Sahib begitu terkesan, lebih-lebih lagi apabila melihat abangnya banyak mengalami perubahan. Setelah menamatkan sekolah menengah dan militery services, beliau pergi ke Switzerland. Beliau berada di sana hampir empat tahun. Dia menceritakan bahawa beliau sangat gembira bertemu dengan orang-orang Ahmadi di sana. Selepas itu beliau pergi ke Holland dan  selepas beberapa lama di sana, beliau mengambil keputusan untuk mewakafkan hidupnya dalam Jemaat. Beliau bai’at pun kerana lebih awal melihat perubahan abangnya. Di Holland, beliau bertemu dengan Hazrat Khalifatul Masih IV. Pada waktu itulah beliau menzahirkan keinginannya untuk mewakafkan diri mengkhidmati Jemaat, lalu Huzur mengarahkan beliau ke Albaniah. Tetapi, disebabkan beberapa perkara, beliau tidak dapat ke sana. Dalam tahun 2000, Amir Sahib Jerman datang ke Holland dan meminta agar mencari siapa yang bersedia pergi ke Kosovo. Beliau terus menjawab; saya rasa tidak ada yang berani ke sana, tetapi untuk itu saya bersedia. Kemudian, Mei 2000, atas izin Huzur, beliau telah dihantar ke Kosovo. Di Kosovo, pertama sekali beliau tinggal di rumah saudaranya di Gjilan, di mana saudaranya perempuan juga tinggal di situ bersama keluarganya. Selepas itu saudara perempuannya juga telah menjadi Ahmadi. Demikian juga, Jumaat pertama dibuat di rumah itu. Selepas itu beliau pergi ke Prishtna, beliau menjadi Sadar Jemaat Kosovo selama 10 tahun. Beliau berusaha memajukan Jemaat dan amat suka bertabligh dengan menggunakan pelbagai cara. Amat berhati-hati membelanjakan wang Jemaat. Dalam pembinaan Rumah Misi Pertama, beliau mengkaji tentang bajet dan memberikan banyak pengorbanan di dalamnya, banyak melakukan Waqare Amal. Satu kali, beliau mendapat tahu bahawa pendapatannya lebih daripada jumlah yang sepatutnya, lalu beliau terus bertanya dan tanpa memberitahu, beliau mengeluarkan lebihan pendapatan itu dan berkata; bagaimana terjadi pendapatan saya lebih daripada jumlah yang ditetapkan. Beliau tidak mempunyai kereta, semua pekerjaan disempurnakan dengan basikal sahaja. Di Kosovo, beliau berusaha memastikan asas kejemaatan mereka kuat dan benar. Beliau sentiasa berfikir bagaimana untuk memberi tarbiyat kepada mubaiyin baru. Beliau memberi tunjuk ajar  kepada mubaiyin baru seperti mendidik keluarga sendiri. Dengan tarbiyat beliau, dengan kurnia Allah Ta’ala, kebanyakan Ahmadi di Kosovo telah menjadi Musi dan orang terpelajar. Seorang yang baik, disiplin dalam solat, amat setia kepada khilafat. Setiap kali Jalsah Jerman, beliau selalu berjumpa dengan saya. Tahun lepas, dia berkata kepada saya: ulama Islam di Kosovo telah menanamkan dalam diri umat Islam bahawa orang Ahmadi tidak menunaikan haji, tetapi mereka pergi ke Jalsah, sebab itu beberapa orang tidak mahu mendengar kata-kata kami. Jadi, saya mengarahkan kepadanya; tahun ini tuan harus pergi menunaikan haji. Dengan kurnia Allah Ta’ala, tahun lepas dia menunaikan haji. Selepas itu, apabila berjumpa dengannya, saya bertanya; adakah keraguan mereka sudah hilang. Dia sangat gembira sebab Tuhan memberi taufik kepadanya untuk naik haji dan orang sudah menggelarnya ‘tuan haji’.

Sebenarnya, umur beliau tidaklah tua, tetapi disebabkan suatu penyakit yang menyerang secara tiba-tiba, akhirnya beliau wafat.

Semoga Allah meninggikan darjatnya, diberikan maghfirat dan kasih sayang. Dan juga semoga keluarganya yang ditinggalkan diberikan kesabaran yang tinggi dan kekal atas Ahmadiyah.

(Solat jenazah untuk orang syahid selepas Jumaat)
   

Diterjemahkan oleh

Saladdin Syed Ali,
Lingkungan, Sabah
02 Oktober 2010

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...