Sunday, September 5, 2010

Lembaran Tabligh 02


KEWAFATAN NABI ISA

PENGENALAN RINGKAS NABI ISA

Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Maryam binti Imran tanpa seorang ayah secara mukjizat dalam musim panas di sebuah kampung bernama Bait Lehem, Kanaan, dan sejak hari ini, peristiwa itu sudah 2000 tahun berlalu. Pada waktu itu, Kanaan di bawah kekuasaan Kaisar Rom sebagaimana India di bawah kekuasaan Inggeris.

Nabi Isa a.s telah dibaptis oleh Yahya a.s. Apabila beliau a.s diutus oleh Allah sebagai rasul, rasuulan ilaa banii israil (3:49) iaitu rasul untuk Bani Israil, maka orang-orang Yahudi membuat penghinaan atas peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s, dan oleh kerana sebelum kedatangan Al-Masih, mereka menunggu Nabi Elia, sebab itu mereka mengingkari kerasulan beliau a.s. Orang-orang Yahudi membuat perancangan sehingga atas perintah Gabenor Rom, Pilatus, Nabi Isa a.s dinaikkan ke atas Salib. Oleh kerana keputusan ini dibuat pada hari Jumaat, dan hari Sabbat orang Yahudi bermula pada petang hari Jumaat, oleh sebab itu beliau a.s hanya beberapa jam sahaja di atas Salib. Dan beliau a.s diturunkan dari tiang Salib dalam keadaan tidak sedar. Dua pengikut beliau a.s, Nicodemus dan Joseph membawa tubuh beliau bersembunyi di sebuah gua, tempat di mana kecederaan beliau a.s diubati. Beberapa hari kemudian, setelah beransur sihat, beliau a.s berjumpa dengan hawari-hawarinya, dan untuk menyempurnakan misinya, beliau a.s keluar  mencari kabilah-kabilah Bani Israil yang hilang sehinggalah tiba di Kashmir. Di sana beliau a.s wafat dan kuburnya ada di Srinagar.

[Pontius Pilate, Nicodemus, Joseph of Arimathea]   

PERBEZAAN AKIDAH TENTANG HIDUP DAN MATI NABI ISA

1.      Yahudi: Berdasarkan akidah mereka, Nabi Elia bersama tubuhnya akan turun dari langit sebelum Al-Masih, syarat ini menurut mereka belum lagi sempurna. Disebabkan itulah, mereka membuat tuduhan jahat atas kelahiran Nabi Isa a.s dan menganggapnya berdusta dan terlaknat, lalu membawa perkara itu kepada Gabenor Pilatus untuk dibicarakan agar dapat disalib. Dalam fikiran mereka, kelahiran dan kematian beliau a.s itu terlaknat, dan sehingga sekarang, mereka terus berdoa menunggu kedatangan Elia dan Al-Masih.
2.      Kristian: Beliau a.s adalah anak tunggal Tuhan dari perut seorang gadis. Untuk menyelamatkan manusia dari dosa yang telah dilakukan oleh Nabi Adam a.s dan diwarisi oleh anak keturunannya, Al-Masih yang tidak berdosa itu dinaikkan ke atas Salib sebagai Kafarah. Selepas tiga hari, Tuhan menghidupkannya kembali lalu mengangkatnya ke langit. Beliau a.s ada bahagian dalam ketuhanan, dan akan turun ke dunia untuk menegakkan hukum Tuhan. Mereka berpendapat bahawa najat (keselamatan) anak manusia itu hanya melalui kematian di atas Salib.
3.      Muslim: “Yahudi tidak membunuh Nabi Isa a.s dan tidak juga menyalibnya ... ... . Sebenarnya Allah telah mengangkat Nabi Isa a.s ke atas langit dan Allah berkuasa atas segala sesuatu... ... . Kisah yang terjadi ialah, apabila Yahudi telah berazam untuk membunuh Nabi Isa a.s, ada seseorang telah masuk ke dalam rumah beliau a.s dan Allah mengangkat Nabi Isa a.s ke atas langit, lalu wajah orang yang pertama masuk itu disamakan dengan wajah Nabi Isa a.s, apabila orang lain masuk, mereka menganggap itulah Nabi Isa lalu dibunuh... ... . (Tafsir Syeikhul Islam, Maulana Syabir Ahmad Uthmani, Syah Fahad Press, Madinah Munawwarah 1409).
      Apabila hampir kiamat, Nabi Isa a.s akan turun untuk mematahkan Salib dan membunuh babi.

No comments:

Post a Comment