Sunday, September 5, 2010

Lembaran Tarbiyat 02

BAI’AT IKUT-IKUTAN TIDAK BERMANFAAT

“Bai’at secara ikut-ikutan sahaja tidak bermanfaat. Bai’at seperti itu sukar untuk memperolehi bahagian. Orang hanya akan mendapat bahagian dalam bai’at apabila meninggalkan wujudnya, lalu dia bersama-sama dengan penuh kecintaan dan keikhlasan. Orang munafik di zaman Rasulullah s.aw, disebabkan mereka tidak berhubungan dengan sepenuh hati, akhirnya keimanan mereka dengan sendirinya jadi lenyap, kecintaan dan keikhlasan yang sejati tidak lahir dalam diri mereka, sebab itu LAA ILAAHA ILLALLAH secara zahir sahaja tidak berguna. Jadi, mengembangkan hubungan ini adalah amat perlu. ... ... Hubungan kecintaan dan keikhlasan hendaklah dikembangkan. Sedapat yang mungkin, berdampinglah selalu dengan orang-orang suci, dalam tariqah (cara hidup) dan iktikad (keyakinan). Nafsu menjanjikan bahawa umur amat panjang, itu adalah penipuan. Umur tidak dapat dijangka. Sebab itu, bersegeralah menuju kepada kebaikan dan ibadat. Buat selalu muhasabah diri dari pagi sehingga petang ”. (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 3-4)

BERDOA DALAM MENGHADAPI PENENTANG

“Kita di beberapa tempat menghadapi penentang dengan agak keras, tujuannya adalah untuk menjauhi ketakburan mereka. Kita menulis seperti itu bukanlah kerana berkeras dengan mereka, tetapi itu adalah sebagai ubat pahit bagi menyembuhkan penyakit. Tetapi, adalah tidak munasabah jika digunakan kata-kata keras dalam tulisan untuk semua orang. Jemaat hendaklah berhati-hati. Setiap orang hendaklah menimbang hati masing-masing, adakah saya menulis kata-kata ini kerana berkeras dan bermusuhan dengan mereka, atau berdasarkan suatu niat yang baik.”

“Kita tidak harus menghadapi penentang dengan rasa permusuhan, tetapi banyakkan berdoa dan gunakan berbagai sarana untuk itu.”

“Saya sama sekali tidak mengatakan diri saya seorang maulvi, dan saya juga tidak suka jika ada orang memanggil saya maulvi. Malah saya amat sedih mendengar perkataan ini seolah-olah ada orang sedang mencaci.”

“Orang akan menyusahkan kamu, dan akan memberikan pelbagai kesulitan untuk kamu, tetapi anggota Jemaat kita jangan memperlihatkan emosi. Jangan gunakan kata-kata yang menyakitkan hati dengan penuh kemarahan. Tuhan tidak suka orang-orang seperti itu. Tuhan hendak menjadikan Jemaat kita sebagai teladan.”

“Jangan menunjukkan emosi jika mendengar penghinaan orang.”

“Orang kaya ada perasaan sombong, tetapi ulama pada hari ini lebih teruk dari mereka. Kesombongan mereka ibarat tembok yang menjadi penghalang dalam jalan mereka. Saya hendak meruntuhkan tembok itu. Apabila tembok itu runtuh, mereka akan datang dengan merendah diri.”

“Allah Ta’ala suka kepada orang-orang Muttaqi, ....  jangan menzalimi sesiapa, jangan menyakiti, dan jangan memandang hina atas sesiapa pun. Jika ada orang kotor dalam Jemaat, ia akan mengotorkan semuanya. ....” (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 5-6)

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...