Saturday, September 11, 2010

Lembaran Tarbiyat 03


NASIHAT TENTANG TAKWA

“Nasihat yang perlu bagi anggota Jemaat ialah tentang ketakwaan. Ini kerana, menurut orang-orang yang bijak, Tuhan tidak suka kepada benda-benda selain ketakwaan. Allah Ta’ala berfirman: INNAL LAAHA MA’AL LAZIINAT TAQAU WAL LAZIINA HUM MUHSINUUN (An-Nahal:129). Jemaat kita benar-benar memerlukan ketakwaan, terutama sekali dengan fikiran bahawa dia harus berhubungan dengan orang yang mendakwakan diri sebagai utusan dan bai’at dalam Jemaatnya, supaya orang-orang yang menderita penyakit benci, dengki, dan syirik, atau bagaimana bentuk sekalipun, mendapat keselamatan dari musibah ini.  

Kita tahu bahawa jika ada yang jatuh sakit, sama ada penyakit berat atau ringan, jika penyakit itu tidak dirawat, atau tidak bersusah payah dalam mengubatinya, penyakit itu tidak akan sembuh. Satu bintik hitam yang muncul di muka melahirkan kerisauan yang begitu besar, jangan-jangan bintik hitam ini akan merebak dan menghitamkan seluruh wajah. Begitu juga dengan maksiat, ia adalah bintik hitam di atas hati.

Tuhan kita Rahiim dan Kariim, Dia juga Kahhaar dan Muntaqiim. Dia melihat satu jemaat di mana banyak kata-kata yang hebat sedangkan amalan mereka tidak seperti yang mereka ucapkan. Jadi, untuk menghukum jemaat seperti itu, orang-orang kuffar yang akan muncul. Mereka yang belajar Sejarah akan dapat mengetahui bahawa telah beberapa kali orang Islam tewas di tangan orang kafir. Misalnya Cangghez Khan dan Hulaku Khan telah menghancurkan orang Islam, padahal Allah berjanji akan membantu dan menolong orang Islam. Namun, orang Islam tetap kalah. Peristiwa seperti ini kadangkala terjadi. Asasnya ialah apabila Allah Ta’ala melihat bahawa Laa Ilaaha Illallah dilaungkan, tetapi hati mereka ke arah lain, perbuatannya pula memperlihatkan kecenderungan ke arah dunia, maka Dia akan memperlihatkan sifat Kahhar-Nya.” (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 7)

QOUL DAN FI’IL HARUS SEJALAN

“Rasa takut kepada Tuhan berlaku apabila insan melihat sejauh mana hubungan antara ucapan dan amalannya. Apabila dia melihat bahawa qoul dan fi’ilnya tidak sejalan, maka ingatlah hal itu boleh menarik kemurkaan Ilahi. Jika hati tidak bersih, walau berapa pun ucapan itu nampak bersih, dalam pandangan Tuhan, hatinya tidak mendapat apa-apa nilai. Sebaliknya kemurkaan Ilahi yang menyala.”

“Jadi, setiap orang harus melihat bagaimana keadaan dalaman diri sendiri, bagaimana keadaan batin? Jika dalam Jemaat kita ada yang begitu, yakni ucapannya lain dan amalannya memperlihatkan sesuatu yang lain, ingatlah bahawa kesudahannya tidak akan baik.”

“Apabila Allah melihat satu Jemaat itu kosong hatinya sedangkan lidahnya mengucapkan banyak perkara, Allah Ta’ala itu Ghani, Dia tidak akan ambil peduli tentang Jemaat itu. Khabar ghaib tentang kemenangan Badar, kemenangan kelihatan cerah dalam segala segi, namun Rasulullah s.a.w berdoa sambil merintih. Hazrat Abu Bakar bertanya kenapa begitu, sedangkan janji kemenangan sudah ada? Jadi, Rasulullah s.a.w menjawab: Zat Allah itu Ghani, mungkin dalam janji Tuhan itu menuntut suatu syarat yang tersembunyi.” (Hazrat Masih Mau’ud a.s, Malfoozaat Jilid 1, halaman 8)

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...