Saya fikir beliau sudah buat kajian semula tentang Qadiani atau Ahmadiyah. rupanya masih sama seperti dahulu pemahaman beliau tentang perkara ini. Sedih.
Thursday, March 20, 2014
Tak sempat Ikut-Persoalan Mazhab
Saya fikir beliau sudah buat kajian semula tentang Qadiani atau Ahmadiyah. rupanya masih sama seperti dahulu pemahaman beliau tentang perkara ini. Sedih.
Saturday, March 1, 2014
FACEBOOK – Adakah benar-benar diperlukan?
Facebook telah menjadi satu obsesi antarabangsa. Kita mengatakan bahawa ia
satu cara untuk "kekal berhubung" atau "bersosial dengan
kawan-kawan". Akan tetapi adakah ia benar-benar seperti itu?
Sekarang ini ia telah menjadi satu obsesi yang tidak sihat. Matlamat
artikel ini adalah untuk
menunjukkan
bahawa anda TIDAK perlu kepada Facebook. Tanpa Facebook pun anda boleh
berkembang maju!
Sebagai platform rangkaian sosial yang dilancarkan secara rasmi pada tahun
2004, ia meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun ini dan hari ini, ia
mempunyai lebih 901 juta pengguna di seluruh dunia. Tetapi apa yang menjadikan
Facebook begitu popular, dan
mengapa semakin ramai anak-anak muda mula menggunakannya ? Adakah ia kelihatan 'cool',
atau adakah ia hanya untuk 'kekal terus berhubung' dengan saudara-mara yang
jauh di sekitar dunia. Oleh kerana setiap
individu mempunyai keperluan mereka sendiri,saya
tidak akan menumpukan kepada perkara itu tetapi sebaliknya memberi tumpuan pada
jenis kemudaratan Facebook. Sebab itu Khalifah kita menasihatkan orang Ahmadi [terutamanya
anak-anak muda] agar berusaha mengelakkan penggunaan Facebook sejauh yang
boleh.
Facebook adalah seperti rangkaian sosial yang lain di mana anda boleh
memuat turun gambar, menambah 'kawan', menambah lokasi anda, biodata anda;
tarikh lahir, tempat kelahiran, ibu bapa, keluarga, tempat tinggal semasa,
semua yang boleh membantu sesiapa di luar sana mencari segala-galanya tentang
anda, personaliti dan watak anda.
Sejak kenaikan populariti Facebook, anda akan melihat lebih banyak artikel
berita yang
diterbitkan,
hari ini dan hari mendatang, berkenaan dengan kerosakan perkahwinan, gambar
yang bocor, orang mengancam orang lain dan ugutan siber di kalangan orang lain.
Bagi
sesetengah orang, ini juga adalah isu 'Apa yang terjadi jika XYZ melihat profil
saya ..?' Soalan saya kepada mereka, “mengapa meletakkan diri kamu ke dalam bahaya
seperti ini? Ia ibarat membuka jalan
dan peluang kepada perompak yang terkenal mengenai jenama baru, yang bersinar dan
kemudian kita tidak mengharapkan mereka untuk mencurinya. Apabila telefon anda dicuri,
kegagalan untuk mendapatkan semula telefon itu adalah 99.9%. Sama halnya dengan Facebook. Apabila akaun anda telah digodam,
atau 'rakan' anda memuat turun foto anda, ia sukar sekali untuk diundurkan kembali.
Pada 31 Disember 2010, Hazrat Mirza Masroor Ahmad, Khalifatul Masih V (atba),
dalam Khutbah
Jumaat, dari Baitul Futuh London, menyentuh beberapa perkara mengenai Facebook.
Beliau menjelaskan
bahawa: Saya juga memberitahu secara individu supaya sangat berhati-hati dalam
menggunakan Facebook kerana ia mempunyai banyak kesan buruk, khususnya
kanak-kanak perempuan harus sangat berhati-hati.
Dalam Jalsah Salana Jerman, Hazrat Mirza Masroor Ahmad (atba) menegaskan
lagi peranan Ahmadi dan bagaimana kita harus berusaha menjauhi perbuatan yang
memalukan. Bercakap mengenai hubungan antarabangsa melalui media elektronik (iaitu
Facebook) dan perbuatan yang berdosa, Huzoor (Atba) mengatakan: '... Hazrat
Masih Mau’ud a.s datang untuk mengasaskan Jama'at, dan membawa orang jauh dari
kehidupan yang berdosa ini. Jika
orang-orang ini menggunakan media elektronik, atau perkara-perkara yang membawa
mereka ke dalam hidup yang berdosa, maka orang ini telah melupakan matlamat asas
jemaat.. '.
Seterusnya beliau menjelaskan lagi: “Facebook adalah suatu
yang akan membawa anda ke arah kehidupan kotor, dan halangan antara rakyat, dan
rahsia orang yang mudah terdedah, dan ia menggalakkan ketelanjangan dan kekasaran. ... orang yang telah membuat laman web
ini, telah sendiri berkata, bahawa saya membuat laman web ini supaya maklumat
orang ramai benar-benar diketahui oleh orang lain ... '. Huzur memberikan satu
contoh: ‘...that
is to say, if a person puts up his naked picture, that is right, and then
welcome others to comment on it, is right too, Inna Lillah’.
Dalam syarat bai’at untuk
menjadi seorang Ahmadi, seseorang hendaklah berjanji dalam syarat nombor 2, bahawa
“Akan sentiasa menghindarkan diri dari segala
perbuatan bohong, zina, pandangan berahi terhadap bukan muhrim, perbuatan
fasiq, kejahatan, aniaya, khianat, mengadakan huru-hara, memberontak, serta
tidak akan dikalahkan oleh hawa nafsunya meskipun bagaimana juga dorongan
terhadapnya”. Dan dalam syarat nombor 6 juga berjanji bahawa “Akan berhenti
dari adat yang buruk dan dari menurutkan hawa nafsu, dan betul-betul akan menjunjung
perintah Al-Qur’an atas dirinya. Firman Allah dan sabda Rasul itu menjadi
pedoman baginya dalam setiap langkahnya.
Sekarang jika seseorang tidak menahan diri dari penyalahgunaan Facebook, atau
alat-alat elektronik yang serupa, maka mereka akan secara serius mengabaikan
kedua-dua syarat yang digariskan oleh Al-Masih yang dijanjikan (as).
Ada yang cuba menafikan bahawa Facebook yang digunakan dengan berhati-hati,
dan hanya ‘diluluskan' saudara-mara dan rakan-rakan dapat melihat data yang
dimuat naik, bagaimana mungkin boleh dikatakan bahawa ia membawa ke arah najis
dan jauh dari kebenaran?
Mari kita cuba lihat beberapa contoh. Memang adalah sifat manusia, setiap
individu adalah berbeza, tetapi ada yang sentiasa mencari sesuatu alasan. Sementara di Facebook, berapa ramai orang yang boleh
mengatakan bahawa mereka belum terdorong untuk 'menambah kawan' seseorang yang
mereka rasa lucu, atau mungkin adalah selebriti, atau beberapa syarikat-syarikat
fesyen yang mereka rasa mereka boleh melihat rekaan terbaru dan saham mereka.
Saya katakan bahawa menyemak reka bentuk pakaian baru dan aksesori tidak
salah, ia hanya menjadi satu kesalahan apabila mula 'menambah kawan' kerana ia
akan memberi mereka akses penuh kepada maklumat anda. Anda tidak tahu yang ia mengawal akaun itu,
sama ada ia adalah syarikat sebenar atau hanya satu lagi akaun 'palsu'. Walaupun anda tidak berniat
membiarkan orang yang tidak dikenali mengakses maklumat anda, tetapi, dalam
diam anda sebenarnya akan memberikan butir-butir dan gambar anda di mana anda
membenarkan akses kepada akaun-akaun tersebut, sama ada selebriti atau
syarikat.
Satu lagi kes iaitu proses memuat naik gambar di tempat pertama . Jika anda cenderung ke arah ‘menjaga
hubungan' dengan rakan-rakan anda, pasti tidak akan ada sebab mengapa anda
ingin memuat naik gambar anda, kerana anda akan melihat mereka pada hari
berikutnya, atau minggu depan. Saya pasti
anda boleh menunjukkan kepada mereka menggunakan kaedah lain, bukannya memuat
naik gambar mereka dalam talian dan mendedahkan diri anda kepada semua orang? Sebaliknya,
terdapat banyak kes-kes di mana orang mendapati gambar mereka bocor disebabkan
rakan-rakan mereka sendiri, walaupun pemantauan berhati-hati daripada akaun
mereka. Hal ini juga
hendaklah diperhatikan apabila ada orang lain mengambil gambar anda, mereka
mempunyai HAK SEPENUHNYA ke atas gambar itu, dan terserah kepada mereka sama
ada mereka ingin menerbitkannya dalam talian atau tidak. Jika itu berlaku, yang mana foto anda ada
di sana , dan tidak kira sama ada anda hendak bertindak selepas itu, yang
pastinya orang ramai telah pun dapat melihatnya.
Dalam kes perempuan, ini bertentangan dengan peraturan 'menjaga aurat'. Sebab
itu ditegaskan bahawa Facebook mempunyai lebih banyak negatif daripada positif terutama
kepada kaum wanita, oleh itu anak-anak muda kita, terutama perempuan
[dan mereka yang mempunyai sedikit pengetahuan daripadanya] jangan mendedahkan
diri mereka kepada tahap yang mana mereka sendiri menjadi terperangkap, kerana
ada kes di mana kanak-kanak perempuan telah terperangkap. Dan jika anda ingin sangat
‘membuat penginapan’ di Facebook, jangan over expose diri anda.
Ini adalah untuk mengelakkan diri dari sebarang kejadian yang tidak
diingini. Kita hendaklah yakin dua perkara pada masa yang sama dalam situasi
faceebook ini. Ada orang berniat baik mengenali kita dan ada juga orang yang
berniat jahat mengenali atau ‘request friend’ dengan kita.
Jadi, berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum memuat turun maklumat atau
gambar peribadi adalah satu langkah yang bijak. Sekali lagi ditegaskan di sini,
Facebook tidak dilarang atau diharamkan, tetapi lebih baik menghindari jika
takut terjebak ke dalam keburukan dan fitnah.
Disediakan oleh: Salahuddin Bin Syed Ali
Sumber: Majalah Ismail (April-June 2012), Umar Mansoor.
Friday, January 31, 2014
Reformasi Ke Arah Kebaikan
Saiyidina Hazrat
Khalifatul Maseeh Al-Khamis atba telah menyampaikan khutbah pada 24 Januari
2014 di Baitul Futuh Morden London.
Dalam menyambung
khutbah minggu yang lepas, Huzur menyentuh tentang tiga perkara untuk membuat
perubahan dalam amalan seorang insan iaitu memperkukuhkan Quwwat Iradi (Iradah
yang Kuat), Memperkembangkan Quwwat Ilmi (Ilmu yang Cukup) dan menjauhkan
Kelemahan Amalan. Dalam khutbah kali ini Huzur menjelaskan lebih lanjut supaya
setiap Ahmadi berusaha mencari jalan atau panduan bagi melahirkan kebaikan yang
maju.
Ulama-ulama kita, para
Murabbi kita, para pemimpin dan pemegang jawatan harus memberi nasihat setiap
kali peluang yang ada dengan cara yang boleh mendatangkan perubahan suci di
samping menekankan perkara-perkara yang telah dijelaskan. Selagi ulama-ulama
kita, para murabbi dan semua pemimpin dan kakitangan jemaat tidak melakukan
nasihat yang sepatutnya untuk membuat perubahan suci di kalangan anggota
jemaat, dan juga anggota jemaat tidak cenderung berusaha untuk mendekatkan diri
ke arah tujuan kebangkitan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam sebagaimana yang
sepatutnya, maka selagi itulah di kalangan anggota jemaat ada golongan yang
lemah iradah dan tidak membuat perubahan ke arah kebaikan.
Huzur berkata bahawa
hal ini sangat perlu untuk diperhatikan iaitu di kalangan kita berapa ramai
orang yang mempunyai keasyikan beribadat kepada Tuhan, dan berapa ramai orang
yang telah mendapat kasih sayang Tuhan sehingga Tuhan sendiri berbicara
kepadanya dan mengabulkan doa-doanya. Setelah beriman kepada Hazrat Maseeh
Mau’ud alaihissalam, setiap Ahmadi hendaklah berusaha untuk mencapai tingkatan
ini.
Satu kelemahan manusia
ialah apabila dia pergi ke rumah seseorang lalu melihat banyak benda-benda
menarik yang ada di sana, maka dia akan cenderung untuk berusaha mendapatkan
benda-benda seperti yang dilihatnya di rumah berkenaan. Walaubagaimanapun,
apabila ada seseorang yang bercerita tentang pengalamannya mendapat ilham, maka
insan tadi tidak ada perasaan bahawa “kami pun inginkan kasih sayang Tuhan di
mana Tuhan pun berbicara dengan kami dan memperlihatkan tanda-tanda kepada
kami”.
Punca utama
ketidakwujudan pemikiran seperti ini adalah ulama-ulama kita dan kakitangan
jemaat kita tidak menjelaskan hal ini dengan begitu baik di kalangan anggota
Jemaat secara berulangkali bagaimana untuk menjalinkan hubungan kecintaan
kepada Allah Ta’ala. Atau ada juga yang tidak memperlihatkan contoh yang boleh
diikuti oleh anggota jemaat biasa.
Jadi, pada zaman ini
kedekatan kepada Allah boleh terjalin dengan menghubungkan diri dengan Hazrat
Maseeh Mau’ud alaihissalam sebagai Pencinta agung Rasulullah sallallaahu alaihi
wasallam. Tanda-tanda itu tidak berakhir pada zaman Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam sahaja, tetapi hari ini juga Allah Ta’ala boleh memperlihatkan
tanda-tanda kekuasaan-Nya. Sebab itu, para murabbi, pemimpin dan kakitangan
jemaat harus berusaha melakukan perbaikan di dalam daerah masing-masing.
Huzur berkata bahawa
kaum-kaum yang ada di dunia ini, tidak ada kaum yang mempercayai bahawa Tuhan
menjawab dan mengabulkan doa-doa. Tuhan yang berkata-kata adalah Tuhan yang
telah dipersembahkan oleh Al-Quran atas agama yang benar. Jika seorang insan
benar-benar beriman kepada Tuhan dengan niat hati yang suci, kemudian dia
berusaha dan sibuk dalam berdoa, maka pasti Tuhan akan memberikan jawapan
kepadanya.
Jadi, hal ini hendaklah
selalu diperdengarkan di hadapan anggota Jemaat supaya mereka mempunyai
kekuatan dan kukuh dalam Quwwat Iradi. Dengan itu mereka akan unggul dari
ribuan dosa-dosa dan sentiasa terselamat daripadanya.
Tujuan kebangkitan
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam ialah supaya manusia bebas daripada dosa-dosa
dan wujud hubungan yang rapat dengan Allah sehingga mereka sentiasa memberi
keutamaan terhadap keredhaan Allah Ta’ala dalam setiap urusan.
Dalam khutbah ini juga
Huzur ada menceritakan kisah-kisah perubahan rohani orang-orang yang baru
bergabung dengan Jemaat ini, bagaimana keasyikan mereka beribadat kepada Tuhan
muncul selepas menjadi Ahmadi.
Huzur berkata mengenai
cara kedua dalam islah amalan iaitu quwwat ilmi. Kekuatan ilmu hendaklah
ditingkatkan. Kemudian, meletakkan suatu dosa sebagai dosa besar atau kecil
adalah satu kesalahan. Semua Asylum Seeker hendaklah mempersembahkan kes mereka
dengan benar dan jujur. Jika tidak, maka kesannya akan membuatkan kes mereka
menjadi tergendala dan memberikan pengaruh yang kurang baik ke atas jemaat.
Jadi, para murabbi dan
kakitangan jemaat hendaklah berkali-kali meletakkan asas kejujuran dan
menghindari perbuatan dusta. Juga perlu menjelaskan bahawa dosa tidak ada yang
besar dan tidak ada yang kecil, dosa tetap suatu dosa yang harus kita hindari.
Perlu juga diketahui
bahawa orang yang mengajak ke arah kejujuran ini hendaklah memastikan amalan
ini sudah ada pada diri sendiri.
Semoga Allah Ta’ala
memberi kita semua taufik untuk mengemban tanggungjawab kita dengan
sebaik-baiknya.
Friday, January 24, 2014
Cipta Perubahan Suci Dalam Diri
Pada 17 Januari 2014 bertempat di
Baitul Futuh London, Huzur telah menyampaikan khutbah berkenaan dengan amalan
perbaikan untuk manusia.
Huzur berkata: Dalam usaha
seseorang memperbaiki amalannya dan menjauhi halangan-halangan, adalah sangat
perlu untuk memperkuatkan iradahnya, menjauhi kelemahan ilmu dan melahirkan
kekuatan amalan. Kekuatan iradah selalu berubah di setiap tempat mengikut
pengamalan. Persoalan yang timbul ialah apa yang dimaksudkan kekuatan iradah
dalam urusan agama? Jelas pada kita bahawa kekuatan iradah dalam agama adalah
iman. Dengan ini, kita tahu bahawa kekuatan amalan akan bertambah mengikut
peningkatan dalam keimanan. Jika iman dan hubungan dengan Allah Ta’ala kuat,
maka Allah Ta’ala selalu membantu dalam kesulitan dan insan dengan mudah akan
dapat menguasai dan memperbaiki kelemahan amalannya.
Huzur berkata: Dalam zaman
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, kita dapat melihat bagaimana
pengikut-pengikut baginda yang setia menjauhi kelemahan amalan mereka dan
bagaimana mereka memperkuatkan keimanan. Sebelum mereka beriman, amalan mereka
begitu lemah, di kalangan mereka ada pencuri, perompak, fasik dan jahat, di
kalangan mereka juga ada yang bernikah dengan ibu sendiri, mewarisi ibu-ibu
mereka sendiri, membunuh anak-anak perempuan mereka, penjudi dan pemabuk, dan
merasa satu kebanggaan jika dapat memberi minuman yang memabukkan kepada orang
lain.
Tetapi, setelah mereka beriman
kepada Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, amalan mereka terus berubah
secara mendadak dan muncul satu revolusi agung dalam diri mereka. Keimanan
mereka menjadi begitu kuat sehingga dikatakan bahawa seorang pembawa berita,
mendengar sahaja berita dari Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bahawa “aku
telah diperintahkan oleh Tuhan untuk mengumumkan bahawa, mulai hari ini arak
telah diharamkan atas umat Islam”, maka semangat mentaati Allah dan Rasul yang
ada pada sahabat telah menyebabkan mereka sanggup memecahkan botol-botol arak,
dan di rumah-rumah yang ada menyimpan arak, mereka juga terus memecahkan
tempayan arak mereka sehingga air arak mengalir dalam longkang-longkang di
Madinah. Lihat bagaimana semangat kekuatan iradah yang ada pada diri para
sahabat telah mengalahkan kemabukan mereka.
Huzur berkata: Mereka yang
memilki kekuatan iradah yang tinggi merupakan pahlawan rohani dunia. Syaitan
yang cuba menghalang mereka akan lari jauh. Kesusahan yang menggunung pun tidak
akan dapat bertahan di hadapan mereka. Keadaan seperti ini juga dapat kelihatan
dalam diri para sahabat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam.
Huzur ada menceritakan tentang
sahabat yang telah meninggalkan hukka dan tembakau. Kita juga dapat membaca
kisah-kisah sahabat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam yang mana setelah mereka
bai’at dan menerima Ahmadiyah, mereka sanggup meninggalkan semua
keburukan-keburukan. Ada yang tenggelam dalam minuman keras, tetapi setelah
bai’at amalan itu telah ditinggalkan. Inilah contoh yang patut kita ikuti.
Huzur berkata: Jadi, pemikiran
kita hendaklah seperti ini iaitu ‘saya meninggalkan semua keburukan ini kerana
Allah Ta’ala dan Rasul telah melarangnya’.
Huzur sangat menekankan kepada
semua Ahmadi agar menghindari semua keburukan yang ada di dunia ini.
Huzur berkata: ‘Kekuatan ilmu
boleh menjauhkan kelemahan amalan. Jika insan diberitahu tentang dosa amalan dan
kemurkaan Allah dengan cara yang betul, maka mereka boleh terselamat dari
perbuatan itu.
Huzur berkata: Sebab ketiga dalam
kelemahan amalan ialah kehilangan kekuatan dalam amalan. Ini juga disebabkan
oleh beberapa perkara. Ada beberapa orang yang disebabkan kelemahan dalam
amalan menjadikan iman mereka lemah. Ada juga yang kurang ilmu, ada juga orang
yang memiliki ilmu dan iman, namun disebabkan perkara lain mereka juga
terpengaruh sehingga perlu mendapatkan sokongan orang lain.
Huzur berkata: Nizam Jemaat,
pengurus-pengurus jemaat, dan badan-badan organisasi hendaklah menjadi sarana
untuk menjauhkan kelemahan amalan ini. Tetapi, jika dalam diri mereka sendiri
ada kekurangan dan kelemahan ilmu dan amal, maka bagaimana mereka boleh menjadi
sarana kebaikan orang lain.
Jadi, untuk kemajuan Jemaat
setiap Ahmadi hendaklah mengukur diri sendiri atas setiap bahagian daripada
Nizam lalu membuat perbaikan supaya mendapat kedekatan kepada Allah. Amin.
(Urdu Al-Fazl Rabwah)
Wednesday, January 22, 2014
Kecintaan Imam Mahdi Kepada Rasulullah SAW
CERAMAH JALSAH
SIRATUN NABI
(Al-Ahzab:57-58)
Terjemahan ayat ini
ialah “Sesungguhnya Allah dan para
malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang mukmin, ucapkanlah salawat
untuknya dan mintalah selalu doa keselamatan baginya. Sesungguhnya, orang-orang
yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di
akhirat, dan Dia menyediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”
Dalam zaman ini
Jemaat Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam sedang menghadapi tuduhan yang sangat
berat iaitu menghina Rasulullah saw. Pendakwaan Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam sebagai seorang nabi ummati telah membangkitkan emosi umat Islam
menentang beliau atas tuduhan menghina dan merendahkan Rasulullah saw.
Namun, adakah memang
seperti itu kedudukannya? Pada kali ini saya akan menyampaikan bagaimana Hazrat
Maseeh Mau’ud alaihissalam begitu menyanjung dan memuliakan Rasulullah saw.
Sekarang, mari kita sama-sama lihat dan
renungkan tulisan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam. Isi hati seseorang kita
boleh gambarkan melalui hasil penulisannya kerana ia berlandaskan kepada apa
yang ada difikirannya berkenaan dengan sesuatu perkara. Jadi, untuk mengetahui
sejauhmana kecintaan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam kepada Rasulullah
sallallaahu alaihi wasallam, mari kita sama-sama perhatikan hasil tulisan
beliau mengenai wujud suci Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam.
Beliau menulis:-
“Cahaya yang amat tinggi telah dianugerahkan
kepada seorang manusia yang sempurna, dan bukan kepada malaikat, bukan kepada
bintang-bintang, bukan kepada bulan, bukan kepada matahari, bukan kepada
samudera atau sungai, tidak juga kepada batu mirah, emerald, mutiara atau
jamrut, singkatnya bukan kepada benda lain di bumi atau langit. Nur tersebut
hanya bagi wujud suci yang contoh kehidupannya demikian sempurna sebagai
penghulu dan junjungan kita, Penghulu segala Nabi, Penghulu semua makhluk
hidup, yang terpilih, Muhammad s.a.w. Nur tersebut dikaruniakan kepada manusia
suci ini dan sejalan dengan derajat mereka, juga kepada mereka yang memiliki
warna yang mendekati sama dengan baginda. Keagungan demikian terdapat dalam
bentuknya yang paling sempurna dalam wujud penghulu, junjungan dan pembimbing
kita, yang suci Rasulullah Muhammad s.a.w. sebagai insan yang terpilih. (Ayena
Kamalati Islam)
Penzahiran kecintaan beliau dari Manzum
Kalamnya:-
Dialah pemimpin kami, darinya muncul segala
cahaya. Namanya adalah Muhammad, dialah kekasih hatiku.
1. Saya tidak kenal nama mana-mana guru,
rohani dan makrifat yang saya dapat hanya bersumberkan Rasulullah saw.
2. Selepas mencintai Allah, saya tenggelam
dalam kecintaan terhadap Rasulullah saw. Jika pada pandangan orang lain hal ini
satu perbuatan kufur, maka demi Tuhan, akulah kafir yang sangat besar.
3. Jika air terasa manis seperti madu, maka
demi Tuhan! Lautan Muhammad Mustafa saw adalah lebih manis daripada itu.
4. Dengan begitu banyak berkat hasil
kecintaan saya kepada Rasulullah saw, saya akan dimasukkan secara rohani ke
dalam taman Rasulullah saw. Tetapi, wahai musuh-musuh hidayat! Kamu tidak akan
mengetahui rahsia ini.
Siang
malam sibuk mengingati kekasih dan bersalawat.
Salah satu tanda kecintaan yang sejati ialah
sentiasa mengingati sang kekasih.
Beliau menceritakan pengalaman peribadi
dengan berkata:
“Pada suatu malam saya membaca salawat dengan
begitu banyak sekali sehinggakan hati dan jiwa saya sangat bergelora. Pada
malam itu juga saya melihat dalam mimpi malaikat datang ke rumah saya yang
lemah ini dan satu di antara mereka berkata bahawa ‘inilah berkat yang telah
engkau hantar kepada Muhammad saw’. (Barahin Ahmadiyah Jilid Awal halaman 576)
Berkenaan dengan salawat ini, selain beliau
sendiri giat membacanya, beliau juga menyeru kepada sahabat-sahabat beliau
untuk melakukan perkara yang sama. Apabila ada yang bertanya tentang suatu wirid
harian, beliau selalu menekankan supaya banyak membaca istighfar dan salawat.
Tidak ada wirid harian yang lebih baik daripada itu. Adakalanya beliau
menekankan supaya disiplin dalam solat dan banyak membaca salawat adalah wirid
yang terbaik.
Pernah sekali beliau ditanya bahawa
bagaimana caranya untuk membaca salawat? Beliau menjawab dengan begitu indah
sekali: bacalah salawat sehingga lidah kamu basah. (Siratul Mahdi, halaman 156)
Keasyikan beliau membaca salawat ini
menyebabkan beliau memasukkan dalam syarat bai’at yang ketiga daripada 10
syarat bai’at iaitu sedapat yang mungkin akan membaca salawat dengan dawam.
Mungkin di dunia ini tidak ada semangat
kecintaan seorang kekasih yang sama seperti yang telah dizahirkan oleh beliau
ke atas wujud suci Rasulullah saw. Ini jelas tergambar dari syair bahasa Arab
yang beliau tulis yang berbunyi:-
Ya Tuhan! Berilah salawat atas nabi Engkau
secara berterusan, di dunia ini dan juga pada kebangkitan kali kedua.
Seorang anak beliau iaitu Hazrat Mirza
Sultan Ahmad Sahib (yang tidak bai’at pada zaman Hazrat Maseeh Mau’ud tetapi
bergabung dengan Jemaat pada zaman Khalifatul Maseeh Sani), dia memberi
penerangan berkenaan dengan kecintaan beliau kepada Hazrat Rasulullah saw:-
“Satu perkara yang sangat jelas saya lihat
dalam diri ayah saya ialah beliau tidak boleh bertahan sedikit pun apabila
timbul isu yang menentang Rasulullah saw. Jika ada orang yang berkata tentang
perkara yang bertentangan dengan keagungan Rasulullah saw, wajah beliau berubah
menjadi merah dan mata beliau terpancar kemarahan lalu meninggalkan majlis
seperti itu. Kecintaan kepada Rasulullah saw yang ada dalam diri ayah saya
tidak pernah saya lihat ada dalam diri orang lain”. (Sirat Taiyibah halaman 34)
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam mempunyai
perwatakan yang lemah lembut dan penyayang. Tetapi beliau tidak boleh menahan
diri terhadap suatu ucapan yang menghina Rasulullah saw yang beliau cintai.
Beliau pernah memberi respon atas satu kenyataan seorang Kristian yang
menyerang peribadi Rasulullah saw dengan berkata:-
“Ucapan penentang itu telah melukai hati
saya dengan begitu mendalam. Demi Tuhan! Jika semua anak-anak saya, dan juga
anak-anak kepada anak-anak saya, dan semua sahabat-sahabat saya dan
penolong-penolong saya dibunuh di hadapan saya, atau jika tangan dan kaki saya
dipotong-potong, dan jika mata saya dicungkil sekalipun, atau jika saya
dihalang dari semua keinginan saya, atau jika semua kegembiraan dan kesenangan
saya dirampas, semua itu tidaklah memberi kesan yang begitu dalam berbanding
dengan serangan yang dibuat terhadap rasulku yang mulia Rasulullah saw”. (Ainah
Kamalat Islam)
Pernah sekali Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam duduk di balai menunggu dalam satu perjalanan. Masuk waktu Asar.
Ketika itu beliau sedang mengambil wuduk di dalam masjid berdekatan. Seorang
pemimpim Arya yang terkenal iaitu Pandit Lekhram mendapat tahu bahawa beliau
ada di situ. Dia berlari mendapatkan Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam lalu
menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan beliau. Hazrat Maseeh Mau’ud
alaihissalam melihat sekali imbas lalu terus sibuk mengambil wuduk. Pandit
Lekhram berpusing untuk bersalaman dengan beliau tetapi beliau tetap berdiam
diri. Apabila Pandit Lekhram kecewa dan berlalu pergi, maka sahabat bertanya:
Huzur! Tadi Pandit Lekhram datang dan memberi salam kepada tuan. Dengan pantas
beliau menjawab:-
“Dia hina rasul kita yang mulia lalu bagi
salam pula dengan kita!”.
(Sirat Maseeh Mau’ud)
Pernah sekali golongan Arya mengadakan
jalsah di Lahore. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam juga dijemput dan diberi
tanggungjawab untuk berceramah. Mereka berjanji bahawa tidak akan ada
ucapan-ucapan yang menyakitkan hati. Beliau telah menuliskan satu risalah dan
meminta Hazrat Maulana Nuruddin Sahib dan beberapa sahabat yang lain untuk datang.
Golongan Arya telah memungkiri janji kerana dalam majlis itu ada penyerangan
terhadap peribadi Rasulullah saw. Apabila rombongan sampai di Qadian dan Hazrat
Maseeh Mau’ud mendapat tahu tentang hal itu beliau sangat kesal sekali.
Walaupun Hazrat Maulana Nuruddin Sahib dan beberapa sahabat sangat beliau
cintai, disebabkan kecintaan yang mendalam ke atas Rasulullah saw memaksa
beliau berkata kepada para sahabat: “Bagaimana kamu boleh bertolak-ansur dan
duduk berdiam diri di sana ketika kamu mendengar caci maki yang dilemparkan ke
atas nabi kamu?”
Beliau juga mencintai kaum kerabat yang
terdekat. Tetapi, dalam hubungan bagaimana rapat sekalipun, beliau tidak boleh
bertolak ansur dalam soal penghinaan terhadap Rasulullah saw.
Isteri kepada bapa saudara beliau Mirza
Ghulam Haider Sahib telah mengeluarkan kata-kata yang tidak menghormati
Rasulullah saw. Jadi, walaupun beliau begitu hormat kepada kaum keluarganya,
walaupun sedang makan bersama mereka, sebaik sahaja mendengar kata-kata itu,
beliau terus bangkit dan tidak pernah lagi makan di rumah mereka. (Sirat Maseeh
Mau’ud)
Pada tahun 1893, di Amritsar, Hazrat Maseeeh
Mau’ud alaihissalam berdebat dengan golongan Kristian yang dinamakan sebagai
Jangge Muqaddas. Doktor Paderi Martin Clerk menjemput beliau dan lain-lain
untuk minum teh. Beliau menolak jemputan itu hanyalah disebabkan orang-orang
itu tidak menghormati Rasulullah saw dan mendustakan baginda, kenapa pula
sekarang menjemput untuk minum teh. Semangat kami tidak memberi izin untuk
duduk bersama dengan musuh-musuh seperti itu selain daripada memberikan
keterangan tentang kesalahan akidah mereka.
Pada hari-hari perbahasan dengan Paderi
Kristian Deputy Abdullah Atham, waktu itu musim sangat panas. Air diperlukan
berkali-kali. Di tempat itu ada perigi yang merupakan milik Kristian. Oleh
kerana golongan Kristian itu selalu menghina Rasulullah saw, maka walaupun
panas yang begitu teruk, beliau tidak suka minum dari perigi itu. Untuk itu,
beliau sanggup membawa air dari rumah sendiri. (Siratul Mahdi)
Ringkasnya, seluruh kehidupan beliau
mempamerkan kecintaan kepada Rasulullah saw.
Hazrat Maseeh Mau’ud mengungkapkan iradahnya
dalam sebuah syair:-
Aku korbankan jiwaku pada jalan Muhammad
saw. Inilah kehendak hati saya, alangkah beruntungnya kalau niatku ini
tercapai.
Semangat pengorbanan Hazrat Maseeh Mau’ud
tidak berakhir hanya pada semangat sahaja tetapi yang jelas ialah seluruh
kehidupan beliau diserahkan untuk itu. Setiap saat sentiasa berfikir untuk
membela Islam dan membela kemuliaan Rasulullah saw. Beliau melancarkan jihad
dengan pena sejak dari zaman sebelum pendakwaan beliau.
Buku Rohani Khazain adalah satu bukti nyata
yang ada pada kita sekarang ini bagi membuktikan kecintaan beliau terhadap
Islam dan Rasulullah saw. Ini mematahkan tuduhan musuh-musuh Jemaat yang
mengatakan bahawa Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam menghina Rasulullah saw.
Usaha beliau dalam mempertahankan Islam dan
Rasulullah saw berhadapan dengan pelbagai halangan, dari umat Islam sendiri dan
juga dari pihak bukan Islam. Walaubagaimanapun, demi Islam dan demi nama
Rasulullah saw, beliau sanggup mendengar dan menerima makian, penghinaan,
tuduhan dan kezaliman.
Tetapi semua itu tidak melemahkan semangat
pengorbanan beliau. Sebagaimana dipermulaan tadi dikatakan bahawa jika dengan
semua usaha dan tanda penzahiran kecintaan kepada Rasulullah saw ini saya tetap
dituduh kafir, maka saya adalah orang yang paling kafir di antara semua.
Lambang kecintaan terhadap Rasulullah saw
juga beliau perlihatkan melalui pengamalan. Seorang sahabi, Mirza Deen Muhammad
Sahib meriwayatkan bahawa cara beliau mengejutkan orang pada waktu subuh ialah
dengan cara merendamkan tangan ke dalam air lalu memercikkan ke muka. Satu hari
saya bertanya: Huzur, kenapa tidak panggil sahaja nama untuk mengejutkan saya?
Huzur menjawab: Inilah juga yang selalu diamalkan oleh Rasulullah saw. (Siratul
Mahdi)
Satu peristiwa lagi ialah Hazrat Maseeh
Mau’ud alaihissalam sedang duduk di biliknya, di sana juga ada tetamu bersama
beliau. Tiba-tiba ada seseorang sedang mengetuk pintu. Ada di antara tetamu
bangun untuk membukakan pintu. Dengan segera Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam
berkata: tunggu! Biar saya sendiri yang buka pintu kerana Rasulullah saw
bersabda bahawa tetamu harus dimuliakan (Sirat Taiyibah)
Beliau juga selalu menasihatkan bahawa:
Suami pun harus menghulurkan tangan membantu isteri melakukan kerja-kerja di
rumah. Ini satu pekerjaan yang mulia. Rasulullah saw juga selalu membantu
isteri-isteri membuat kerja-kerja di rumah. (Siratul Mahdi)
Jadi, hari ini kita berada dalam Jemaat
Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam, kewajipan kita juga hendaklah menjaga nama
baik Rasulullah saw, nama baik Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam, nama baik
Islam, dan juga nama baik Jemaat dan khilafat itu sendiri. Untuk mencapai itu
semua, kita berkewajipan mengikuti segala nasihat-nasihat Huzur yang kita
cintai.
Semangat SAMI’NA WA ATHO’NA harus menjadi
pegangan kita. Lihatlah bahawa anggota Ahmadi yang syahid di mana-mana tempat,
mereka semua menjadi bukti bahawa kecintaan mereka terhadap Rasulullah saw
tidak ada tandingannya. Mereka tidak melupakan kalimah dan salawat mereka
kepada Rasulullah saw. Mereka giat membacanya dan menyeru kepada orang lain
agar turut sama mengamalkannya. Mereka tidak takut berhadapan dengan musuh demi
menjaga kalimah dan salawat mereka. Mereka yang syahid telah mendapat hidup
mereka yang sempurna dan yang masih hidup terus beriradah teguh dan tidak
berpaling dari kebenaran ini kerana hati mereka sentiasa penuh dengan perasaan
cinta kepada Rasulullah saw.
Jadi, katakan kepada penentang-penentang
jemaat, Wahai orang-orang zalim, lakukanlah semahu kamu. Tetapi ingatlah bahawa
setiap Ahmadi tidak akan memisahkan diri dari barisan pencinta sejati
Rasulullah saw ini. Dengarlah dengan sebaik-baiknya bahawa kemunculan Ahmadiyah
adalah untuk mengangkat semula kecintaan sebenar kepada Rasulullah saw. Jadi,
kehidupan kami dan kematian kami ada di atasnya.
Tuan-tuan, saya hendak menutup ceramah saya
pada hari ini dengan memetik sendiri kata-kata pencinta agung Rasulullah saw
iaitu Hazrat Maseeh Mau’ud as. Beliau sendiri menasihatkan kepada kita semua
bahawa:-
“Dan bagi seluruh anak-anak Adam
tidak ada rasul dan pemberi syafaat selain Muhammad Mustafa sallallaahu alaihi
wasallam. Oleh sebab itu, berusahalah kamu sekalian untuk mendambakan kecintaan yang semurni-murninya bagi
Nabi yang agung ini, dan janganlah memberikan kepada sesiapa pun sesuatu tempat
yang lebih tinggi daripada baginda, supaya kamu ditulis dalam golongan
orang-orang yang telah diselamatkan”. (Ajaran Kami halaman
7)
Hazrat Maseeh
Mau’ud (as) berkata:-
“Orang
Islam adalah kaum yang sanggup memberikan nyawa demi kehormatan Nabi yang mulia
(saw). Dan dia merasa adalah lebih baik mati daripada berbaik hati atau
bersahabat dengan orang yang pekerjaannya siang dan malam hanya mengeluarkan
caci maki ke atas Rasulullah (saw) dan menyebut nama baginda yang mulia dalam
risalah, isytihar dan buku-buku mereka dengan panggilan yang begitu hina, juga
yang menyebut nama baginda dengan ucapan yang sangat buruk”.
Beliau (as)
bersabda lagi:-
“Ingatlah
bahawa orang-orang seperti itu tidak memberi manfaat kepada kaum mereka
sendiri, kerana jalannya penuh dengan duri. Dan saya mengatakan dengan
sebenar-benarnya bahawa mungkin saja kita boleh berdamai dengan ular-ular di
hutan dan binatang buas di padang pasir, tetapi kita tidak boleh berdamai
dengan orang-orang yang tidak berpaling dari terus memburuk-burukkan nabi Allah
yang suci. Mereka menyangka caci maki dan kata-kata kotor itu satu kemenangan,
tetapi sebenarnya setiap kemenangan itu datang dari langit”.
Semoga kita semua
mendapat kurnia dari Allah Ta’ala untuk itu. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Makkah Al-Mukarramah
Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...
-
Sebagai Umat Islam yang tahu kedudukan FITNAH yang lebih dahsyat dari membunuh, maka seharusnya berfikir sebelum mengeluarkan sesuatu kenyat...
-
Benarkah Qadiani ini JAHAT? Ikutilah kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berikut dan juga bandingk...
-
Kuliyah Mazhab Akidah Dunia Islam Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Kesesatan Golongan Qadiani/ Ahmadiah Para sarjana Islam di India ...


