Petikan-petikan
dari khutbah Huzur:-
Allah
Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
bersalawat untuk nabi. Wahai orang-orang beriman, bersalawatlah untuknya dan
sampaikanlah salam keselamatan kepadanya”. (Al-Ahzab:57)
Ayat
ini menjelaskan kepada kita bahawa Allah Ta’ala menurunkan begitu banyak berkat
ke atas nabi-Nya. Para malaikat Tuhan juga berdoa untuknya dan memohon rahmat
untuknya. Jika ini yang berlaku, sudah pasti segala usaha dan perancangan para
musuh tidak akan berhasil memberikan kerugian ke atas nabi Muhammad sallallaahu
alaihi wasallam. Untuk mendapatkan hasil daripada matlamat pengutusan baginda,
semuanya bergantung kepada kurnia Allah Ta’ala semata-mata. Penentang-penentang
baginda tidak pernah berhasil sebelumnya dan tidak juga akan berhasil pada masa
sekarang. Ini adalah keputusan daripada Allah Ta’ala. Justeru itu, dalam
menunaikan tanggungjawab, kita hendaklah banyak bersalawat ke atas baginda yang
sangat dikasihi, yang sempurna, dan nabi yang terakhir itu.
Keberhasilah
itu akan dapat diperolehi dengan sempurna dengan cara banyak bersalawat ke atas
baginda. Alangkah baiknya jika orang dunia dapat memahami bahawa ajaran agama
yang hakiki tentang kasih sayang dan kecintaan dapat mempercepatkan dunia
dipandu ke arah agama yang hakiki.
Allah
Ta’ala berfirman di dalam Al-Quran “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya
bersalawat untuk nabi”. Satu hal yang asas bahawa segala gerakan penentangan
ini tidak akan memberi apa-apa kesan ke atas kedudukan Nabi Muhammad
sallallaahu alaihi wasallam. Tugas kita ialah memperhatikan bahawa kejahilan
yang dipersembahkan kepada kita jangan dijawab dengan kejahilan, sebaliknya
banyakkan bersalawat ke atas baginda.
Pertama
kali selepas kejadian seperti ini, pelbagai media di dunia telah bertanya kepada
Jemaat Ahmadiyah berkenaan dengan respon dan pendirian kita. Banyak siaran-siaran
TV di seluruh dunia dan juga akhbar-akhbar telah menjelaskan pendirian jemaat,
dengan ini jutaan orang telah dapat mendengar pendirian dari agama yang hakiki
dan juga ajarannya.
Rasulullah
sallallaahu alaihi wasallam bersabda bahawa pada hari kiamat, orang yang paling
dekat dengan aku ialah mereka yang paling banyak bersalawat ke atasku.
Hazrat
Maseeh Mau’ud alaihissalam bersabda mengenai salawat bahawa salawat tidak
diberikan kepada mana-mana nabi sebagai tanda keagungan mereka. Dalam ruh
baginda sallallaahu alaihi wasallam penuh dengan kebenaran dan kesetiaan. Amalan-amalan
baginda sallallaahu alaihi wasallam sangat disukai pada pandangan Tuhan
sehingga Allah Ta’ala telah memberikan perintah bahawa pada masa akan datang,
bersalawat telah dijadikan sebagai tanda kesyukuran.
Salawat
adalah sarana yang sangat berkesan untuk mencapai istiqomah, sebab itu
bersalawatlah sebanyak-banyaknya, tetapi bukan seperti adat atau kebiasaan yang
lain, malah ia hendaklah dilakukan dengan meletakkan kebaikan-kebaikan
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam, untuk kemajuan darjat dan kedudukan
baginda, dan juga untuk kejayaan baginda sallallaahu alaihi wasallam. Hasilnya
nanti adalah kamu akan mendapat buah pengabulan doa-doa yang lazat dan nyaman.
Salawat
hendaklah dibaca atas tujuan ini iaitu semoga Allah Ta’ala menurunkan berkat
yang sempurna ke atas Nabi yang Mulia Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam
dan baginda menjadi sumber berkat-berkat ke atas sekalian alam, dan semoga kemuliaan
dan keagungan baginda sallallaahu alaini wasallam akan muncul di dunia dan juga
di akhirat. Semua ini hendaklah dilakukan dengan penuh perhatian.
Dengan
kurnia Allah Ta’ala, di kalangan kita ramai yang membaca salawat dengan penuh
perasaan dan Allah Ta’ala juga telah memperlihatkan kurnia-Nya. Doakan juga
semoga orang yang membaca salawat di dalam Jemaat Ahmadiyah ini semakin
meningkat yang manfaatnya juga untuk kemajuan jemaat.
Hazrat
Muslih Mau’ud berkata bahawa apabila kita membaca salawat, maka hasilnya ialah
darjat Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam akan meningkat. Pertama sekali
Allah Ta’ala akan memberikan berkat ke atas Rasulullah sallallaahu alaihi
wasallam, kemudian melalui baginda pula kita mendapat bahagian daripada berkat
itu.
Semoga
Allah Ta’ala memberi kita semua taufik untuk bersalawat dengan cara yang
hakiki.
(Roznamah
Alfazl, 20 Januari 2015)
No comments:
Post a Comment