Kemudahan dakwah moden
Susunan Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
fadly@hmetro.com.my
MASJID Baitul Futuh di Morden, kota London, kini menjadi salah satu institusi penting dan disegani. Ia dijadikan pusat mempromosikan Islam sebagai agama yang aman. Selain meningkatkan integrasi masyarakat Islam dengan bukan Islam, sekali gus menjadi pusat kajian Islam bagi masyarakat Eropah dan sesi dialog antara agama.
Kompleks itu disiapkan pada 2003 dengan menelan kos RM26.71 juta hasil sumbangan komuniti Islam di sana.
Masjid berkenaan dirasmikan Ketua Komuniti Islam Ahmadiyya, Mirza Masroor Ahmad, pada 3 Oktober 2003 yang dihadiri lebih 600 tetamu termasuk Pesuruhjaya Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, Ahli Parlimen Eropah, Datuk Bandar Borough London, ahli majlis, pensyarah universiti dan wakil 17 negara.
Meliputi kawasan seluas 21,000 meter persegi, masjid itu mampu menampung 12,000 jemaah pada satu-satu masa.

Terdapat dua ruang solat bagi kaum lelaki iaitu di tingkat atas dan bawah.
Bahagian bawah dikhaskan kepada golongan yang sudah berusia yang tidak dapat menunaikan solat dengan cara berdiri.
Pada masa sama, masjid berkenaan menyediakan lif dan kerusi bagi mereka yang tidak dapat melakukan solat secara berdiri.
Sementara ruang solat wanita direka bentuk khas lengkap dengan ciri kedap suara. Ruang itu diperuntukkan khusus bagi wanita yang membawa anak supaya ia tidak mengganggu jemaah ketika menunaikan solat.
Masjid Baitul Futuh juga dilengkapi dengan tandas serta tempat wuduk moden.
Lampu di ruang wuduknya jenis magnetik automatik yang menyala sebaik jemaah masuk ke ruang berkenaan.
Ia kemudiannya tertutup secara automatik sekiranya ruang wuduk sudah tidak digunakan.
Setiap tahun lebih 10,000 pelawat dicatatkan yang sebahagian besar terdiri daripada rombongan pelajar, kumpulan agama, organisasi perkhidmatan awam, badan amal, kerajaan tempatan dan pusat.
Lebih hebat, masjid itu memiliki studio televisyen khusus bagi menerbitkan dan menyiarkan kegiatan dakwah yang berlangsung di masjid itu.
Studio serba lengkap itu turut mempunyai unit terjemahan bagi siaran pelbagai bahasa, bilik suntingan, grafik dan animasi.
Dari studio itulah pelbagai siaran dakwah dapat disiarkan ke seluruh dunia menggunakan tujuh digital satelit dengan menggunakan nama siaran Muslim Television Ahmadiyya International (MTAI).
Bagi keperluan dakwah, masjid itu turut memiliki auditorium dinamakan Dewan Tahir untuk tujuan seminar, simposium dan kegiatan dakwah lain kepada seluruh masyarakatnya.
Bukan saja masyarakat Islam malah yang bukan Islam juga turut diundang dengan harapan Islam dapat diperkenalkan dengan lebih luas kepada masyarakat Inggeris di situ.
Meskipun berdepan dengan kritikan terutamanya berkaitan peristiwa pengganas yang dikaitkan dengan Islam, semua itu dapat diatasi dengan berkesan.
Malah ramai kalangan masyarakat bukan Islam di Eropah meminta mereka diberi penerangan sejelas-jelasnya mengenai Islam.

No comments:
Post a Comment