TERJEMAHAN
KHUTBAH JUMAAT
HAZRAT MIRZA MASROOR AHMAD
KHALIFATUL MASEEH AL-KHAMISatba
10 FEBRUARI 2012 / 10 TABLIGH 1391HS
17 Rabiul Awal 1433HQ
Masjid Baitul Futuh, Morden, London
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Setelah membaca Tasyahud, Ta’awudz dan Surah Al-Fatihah, Huzur meneruskan khutbah dengan berkata:-
Surah Al-Fatihah adalah satu surah yang selalu kita baca di dalam setiap solat. Di dalam hadis banyak nama yang diberikan dan dijelaskan kebaikan-kebaikannya. Ada juga yang meriwayatkan bahawa Surah Al-Fatihah adalah Suratus Sholaat. Hazrat Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Allah Ta’ala berfirman bahawa Aku telah membahagikan Sholaat yakni Surah Al-Fatihah, sebahagian untuk Aku dan sebahagian lagi untuk hamba-hamba-Ku [Muslim Kitabus Sholat bab Wujub Qaro’al Fatihah Fii Kulli Rakaat… hadis No. 878]
Yakni, sebahagian surah menerangkan tentang sifat Ilahiyah dan sebahagian lagi surah adalah hak untuk hamba-hamba.
Begitu sekali pentingnya surah ini bahawa setiap orang yang menunaikan solat hendaklah selalu memperhatikan surah ini, di mana sifat-sifat Allah Ta’ala hendaklah direnungkan sebanyak-banyaknya dengan berusaha mengambil faedahnya. Begitu juga dengan merenunginya, doa-doa yang dipanjatkan akan mendapat kurnia, dan dalam setiap rakaat solat hendaklah dibaca dengan penuh teliti dan mendalam.
Begitu juga diingatkan selalu bahawa surah ini ada hubungan dengan Hazrat Maseeh Mau’ud a.s. Rujukan daripada para sufi terdahulu ada menyebutkannya, dan dalam Surah Al-Fatihah itu sendiri menerangkan tentang nikmat-nikmat yang akan diperolehi di zaman Hazrat Maseeh Mau’ud a.s, dan isyarat untuk menjauhi kejahatan dan kesesatan pun diterangkan dalam surah ini. Oleh itu betapa pentingnya surah ini bagi orang-orang Muslim pada masa ini.
Tetapi malangnya, orang-orang Muslim telah dipengaruhi oleh para ulama, hinggakan terhapus kesempatan mereka untuk merenungkan kebaikan-kebaikan tersebut, menyebabkan mereka tidak mempunyai peluang untuk merenungkannya. Kerana itulah kebanyakan orang-orang Muslim tidak mahu merenunginya.
Tetapi dengan kurnia Allah Ta’ala, ada juga sebahagian orang yang berkeinginan untuk merenungi secara mendalam dan mereka memahami akan perlunya Maseeh wa Mahdi. Orang yang sudah dipengaruhi oleh para maulvi dan ulama, mereka telah diheret ke arah kejahatan dan kesesatan. Jika ada orang-orang yang simpati ketika melihatnya, mereka dapat merasakan bahawa kejahatan, kesyirikan dan kesesatan telah tersebar di mana-mana. Dan untuk menjauhinya memerlukan hamba-hamba-Nya yang khusus, lalu orang yang seperti itu perlu dicari; apakah orang yang dimaksudkan itu telah datang?
Sesungguhnya hamba Allah itu telah pun datang, tetapi seperti yang telah saya katakan sebelum ini bahawa mereka telah mengikut di belakang para ulama. Mereka tidak bersedia untuk beriman, atau perasaan takut telah menyelubungi mereka. Maka itu, para ulama dan orang-orang umum hendaklah mendapatkan bimbingan daripada Allah Ta’ala dan tinggalkanlah segala yang bertentangan. Tugas kita hanya menyampaikan dan insyaAllah kita akan terus menyampaikannya. Tetapi di samping itu, kita orang-orang Ahmadi yang telah mengadakan ikatan dengan pencinta sejati Nabi Muhammad s.a.w hendaklah berusaha mendapatkan ilmu dan irfan. Hendaklah sebanyak-banyaknya mendapatkan kurnia daripada Surah Al-Fatihah. Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam telah huraikan dengan jelas tentang surah ini di berbagai tempat. Sesungguhnya tugas ini telah diletakkan di bahu kita supaya kita berusaha untuk memahaminya. Dengan memahaminya kita akan dapat kurnia daripada-Nya.
Hari ini saya akan menerangkan tentang Surah Al-Fatihah dari sabda Hazrat Maseeh Mau’ud alaihissalam dari ayat kedua yakni sesudah ayat BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM iaitu ALHAMDULILLAAHI ROBBIL ‘AALAMIIN, ayat ini yang akan diterangkan. Di dalam ayat ini beliau menerangkan dari pelbagai sudut. Rujukan yang saya ambil ini adalah sebahagian daripada khazanah ilmu rohani tentang ayat Al-Fatihah yang diterangkan oleh beliau. Bukan daripada rujukan ini sahaja, malah tidak terkira banyaknya daripada rujukan-rujukan yang lain. Sesungguhnya, dengan membaca dan mendengarnya dapat menambahkan ilmu dan irfan. Tetapi bukan hanya sekali membaca dan mendengar lalu seseorang itu langsung akan dapat mengerti maksudnya yang mendalam. Ini suatu yang tidak mungkin, untuk memahaminya seseorang itu perlu melakukan mutala’ah atau kajian. Setelah melakukan mutala’ah, barulah kita akan mendapat kefahaman dari khazanah rohani yang telah disampaikan oleh Imam Zaman.
Dalam menjelaskan secara ringkas tentang ALHAMDULILLAAHI ROBBIL ‘AALAMIIN, beliau bersabda:-
“ALHAMDULILLAAH adalah segala pujian terkumpul yang sempurna dalam sifat-sifat atas Zat yang disembah itu, (yakni segala pujian tertuju kepada Allah Ta’ala yang sifat-sifat-Nya itu terkumpul, hanya pada Allah Ta’ala sahaja dapat diperolehi sifat-sifat sempurna.) Beliau bersabda: “Jelas terbukti sifat-sifat sempurna terkumpul pada-Nya, yang dinamakan Allah. Sebelum ini kita telah menerangkannya, istilah dalam Al-Quran, Allah adalah nama zat yang sempurna, yang berhak disembah dan terkumpul segala sifat-sifat sempurna dalamnya, yang bebas daripada kekotoran (terkumpul segala sifat-sifat sempurna dan suci daripada segala bentuk kelemahan, kekurangan dan hal-hal yang sia-sia) “dan Dia itu Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan sumber segala limpahan”. (Segala limpahan yang diperolehi berpunca daripada-Nya) “Kerana Allah Ta’ala menyatakan di dalam ayat suci Al-Quran bahawa segala nama dan sifat yang lain tertuju kepada-Nya”. (yakni, nama Allah wujud dalam semua sifat-sifat yang lain, walau sebanyak manapun sifat-sifat-Nya)
“Dan tidak ada nama lain di suatu tempat yang diberikan kemuliaan seperti itu. Oleh itu, nama Allah yang disebabkan memiliki semua sifat secara sempurna, ia menjadi bukti atas seluruh sifat-sifat ini. Dan oleh kerana Dia himpunan segala nama dan sifat, sebab itu ia bermaksud bahawa ia merupakan himpunan segala sifat kesempurnaan, yang wujud sebagai tanda bahawa Dia harus mendapat pujian. (yakni nama Allah pada Allah Ta’ala ini, ia bermakna himpunan segala sifat-sifat yang sempurna). Beliau bersabda; “jadi, ringkasan makna daripada kata ALHAMDULILLAAH iaitu segala bentuk pujian samada yang zahir atau yang batin, kesempurnaan yang sebenar maupun kudrat luar biasa adalah khusus untuk Allah dan tiada sekutu di dalamnya. Akal orang-orang yang berakal pun dapat memikirkan tentang kesahihan akan puji-pujian dan kesempurnaan-Nya”. (yakni, apa sahaja pujian yang benar, apa sahaja kesempurnaan yang boleh sampai kepada kemuncaknya, dan apa yang boleh difikirkan oleh seorang insan yang berakal) “atau bagi orang yang suka bertafakur dapat memikirkannya. Semua keistimewaan ini terdapat pada Allah Ta’ala. Dan tidak ada suatu keistimewaan yang mana, akal mungkin memberi kesaksian tetapi Allah Ta’ala sama seperti insan bernasib malang, yang terhindar atau mahrum daripada keistimewaan itu. (Adalah tidak mungkin seorang insan yang dapat memikirkan suatu keistimewaan, yakni tidak pernah terjadi bahawa akal seorang insan memberi kesaksian bahawa keistimewaan itu ada, dan Allah Ta’ala laksana seorang insan, mahrum daripadanya)
Berkata lagi: “Malah orang yang bijaksana yang memiliki akal pun tidak dapat mempersembahkan kebaikan atau keistimewaan seperti yang Tuhan miliki. (Akal fikiran seorang insan amat terbatas, ia tidak akan sampai ke tahap seperti yang Tuhan miliki, malah untuk sampai ke sempadan sifat-sifat-Nya pun insan tidak akan mampu) “Sampai di mana pun seorang insan memikirkan tentang kebaikan-kebaikan, semuanya itu terdapat dalam diri-Nya. Dan semua zat, sifat-sifat dan puji-pujian ada pada-Nya dan Dia suci daripada kekotoran. (Barahin Ahmadiyah Rohani Khazain Jilid 1 halaman 435-436 catatan tepi no. 11)
Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan doa kepada kita. Baginda s.a.w memohon doa kepada Allah Ta’ala bahawa sifat-sifat yang ada dalam pengetahuanku, aku meminta kebaikan dari-Mu dan yang tidak ada dalam pengetahuanku, Engkau-lah yang mengetahuinya. [Al-Jaami’ul Ahkaamul Qur’an (Tafsir Al-Qurtubi) halaman 1760 Tafsir Surah An-Nahl ayat 13, cetakan Dar Ibnu Hazm, Beirut 2004]
Lalu setelah menghuraikan ayat ALHAMDULILLAAHI ROBBIL ‘AALAMIIN, erti AL-HAMD akan menjadi jelas. Beliau a.s bersabda, jelaslah bahawa HAMD bermaksud sesuatu yang layak dita’rif atau layak mendapat puji-pujian atas suatu perbuatan baik yang dilakukan. Dia memberikan nikmat-nikmat menurut kehendak-Nya dan menurut ihsan-Nya. (Puji-pujian baru layak diperolehi apabila mendapat nikmat-nikmat, Dia yang memberikan nikmat-nikmat menurut kehendak-Nya. Kehendak dan keinginan hanya dimiliki oleh Allah Ta’ala yang menurut ihsan-Nya) Dan hakikat sebenar HAMD hanya dimiliki oleh satu Zat yang memiliki sumber kurnia dan cahaya. [Seluruh kurnia-kurnia-Nya jauh dari kesalahfahaman] Dia akan memberikan ihsan dengan pandangan-Nya yang jauh, yang bukan tanpa kebijaksanaan atau disebabkan terpaksa. [Dia-lah Yang Maha Mengetahui segala kebijaksanaan, memiliki pengetahuan, setelah itu barulah Dia akan melakukan ihsan. Bukan tanpa kebijaksanaan atau disebabkan terpaksa] Dan erti HAMD hanya terdapat pada zat Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat dan Dia-lah Muhsin [Dermawan] dan Dia-lah Yang Awal dan Yang Akhir samada di dunia ini maupun dunia itu. Dan setiap puji-pujian yang diberikan selain daripada-Nya, Dia tetap lebih unggul kedudukannya. [Terjemahan Urdu, Gubahan Arab, Ijazul Maseeh, Rohani Khazain Jilid no. 18 halaman 129-130 rujukan Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 hal 74-75]
[Yakni, apa pun puji-pujian yang diberikan selain Allah, puji-pujian tersebut tetap sahaja disebabkan oleh Allah Ta’ala. Puji-pujian selain Allah, semua kebaikan-kebaikan dan sifat-sifat yang dianugerahkan adalah disebabkan oleh-Nya. Segala kepakaran dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang berpunca daripada sifat-sifat-Nya, atau dipengaruhi oleh RAHMAANIYAT atau RAHIIMIYYAT-Nya, yang dengan ciptaannya itu dapat memberikan faedah, dan hasil ciptaannya itu membuatkan orang tersebut mendapat pujian. Sebenarnya setiap asas ciptaan, apa sahaja yang diciptakan, semua itu adalah taufik yang diberikan oleh Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, puji-pujian yang terakhir pasti akan ditujukan kembali kepada Allah Ta’ala] Kemudian beliau a.s bersabda, yang dikatakan HAMD adalah suatu pekerjaan yang besar, tujuannya memberikan penghormatan dan sanjungan melalui kata-kata. Dan kesempurnaan RABB yang agung itu khusus untuk-Nya. Dan setiap bentuk puji-pujian samada kecil atau besar, Dia-lah RABB. Dia-lah yang memberikan hidayat kepada yang sesat, Dia-lah yang menganugerahkan kehormatan kepada orang-orang yang terhina. Dan Dia-lah yang layak mendapat puji-pujian. [Yakni, Dia-lah wujud yang layak mendapat puji-pujian, segala puji-pujian melekat pada-Nya.] [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Karamatus Saadiqin, Rohani Khazain Jilid 7 halaman 106 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s, Jilid 1 halaman 76]
Seperti yang telah saya katakan, bahawa semua benda akan kembali kepada-Nya. Beliau a.s bersabda, Dia-lah yang memberikan hidayat kepada yang sesat. Apabila Dia memberikan hidayat maka natijahnya, ia akan sujud di hadapan-Nya dan akan memberikan puji-pujian. Di pandangan dunia, dia dipandang hina. Tetapi di sisi Allah Ta’ala, dia mendapat kehormatan. Seperti para anbiya dan orang-orang yang beriman dengannya, pada pandangan orang ramai mereka dianggap hina. Tetapi Allah Ta’ala mengubah keadaan di mana Firaun sanggup merayu-rayu, begitu juga para pemimpin Mekkah sanggup merayu meminta keamanan. Dan inilah puji-pujian yang hakiki yang harus diberikan tawajjuh atau perhatian oleh orang-orang Mukmin supaya memahaminya. Begitu juga pada zaman ini, menurut mereka Jemaat Ahmadiyah tidak memiliki apa-apa kedudukan, mereka dihina, dan mereka dianggap seperti orang-orang miskin. Mereka menyatakan kami akan melakukan sesuatu untuk menghina mereka. Di samping itu Allah Ta’ala memperlihatkan kudrat-Nya tetapi ingatlah, suatu masa akan terjadi apabila orang-orang ini dihancurkan.
Intisarinya, Allah Ta’ala juga memberikan isyarah tentang HAMD iaitu puji-pujian yang sempurna untuk Allah Ta’ala, dan Dia-lah puji-pujian yang sempurna. Dan punca segala kehormatan bersumber daripada HAMD Allah Ta’ala. Dan tugas orang-orang Mukmin ialah memahaminya lalu memohon pelindungan kepada-Nya. Bagi menghuraikan perkataan HAMD selanjutnya, kenapa Allah Ta’ala di dalam Al-Qur’an memulai dengan perkataan HAMD dahulu? Apa hikmah di sebaliknya? Beliau a.s bersabda, Allah Ta’ala sememangnya memulai perkataan HAMD di dalam kitab-Nya, tidak dengan perkataan syukur dan sanjungan. Ini kerana perkataan HAMD itu sendiri lebih unggul merangkumi kedua perkataan tadi dan ia mewakili dari kedua perkataan tadi. Malah selain daripada itu mahfumnya adalah memperbaiki, anggun dan kecantikan. [Kecantikan, anggun dan memperbaiki juga] kerana orang-orang kafir tanpa sebab yang kukuh, memberikan pujian kepada dewa-dewa sembahannya.
Mereka menggunakan perkataan HAMD bagi pujian tersebut. Akidah inilah yang dipegang oleh mereka. Sembahan seperti itulah yang menjadi punca segala anugerah dan nikmat-nikmat termasuk juga kurnia-kurnia. Begitu juga kepada yang telah mati, mereka memohon kepada wali-wali, malah mereka pergi ke tengah padang. [Maksudnya mereka dengan bangga melakukan zikir-zikir] Dalam upacara mereka pun mereka menyebut kata-kata HAMD. Sepertinya, HAMD itu mereka anggap sebagai pemegang amanah atau penjaga. Oleh kerana itulah perkataan ALHAMDULILLAAH tidak dapat diterima untuk orang-orang musyrik. Inilah nasihat bagi mereka yang mempunyai firasat. Dengan perkataan ALHAMDULILLAAH inilah Allah Ta’ala itu lebih unggul kedudukan-Nya daripada sembahan dewa-dewa, agama Kristian dan seluruh orang-orang musyrik. Dengan berkata; wahai orang-orang musyrik! Kenapakah menyatakan HAMD dengan sekutu-sekutumu? Kenapa memberikan puji-pujian kepada orang-orang sucimu? Apakah dia RABB-mu, yang memelihara dirimu dan anak-anakmu? Atau adakah dia memiliki belas kasihan lalu dia menunjukkan belas kasihan kepadamu? Apakah dia dapat menjauhkan musibah, kesedihan dan kesusahanmu? Atau apakah dia memberikan kasih sayang dengan memeliharamu? Atau adakah dia dapat mensucikan kekotoran dan dapat menyembuhkan penyakitmu? Apakah dia pemilik ganjaran dan balasan?
Sama sekali tidak! Tetapi Dia-lah pelengkap segala kegembiraan, pemberi hidayat, mengabulkan doa-doa dan penyelamat daripada musuh-musuh melalui sifat RAHIM-Nya dan Dia-lah Pemelihara. Dan Dia-lah pemberi ganjaran kepada mereka yang terhina. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Karamatus Saadiqin, Rohani Khazain Jilid 7 halaman 107 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 halaman 76-77]
Kemudian setelah menghuraikan hal ini, bahawa Tuhan kita adalah Tuhan Yang Kamil dan mempunyai sifat-sifat Yang Kamil. Dan seluruh puji-pujian hanya layak untuk-Nya dan semua terkumpul dengan-Nya. Beliau a.s bersabda, di samping itu ALHAMDULILLAAH juga mengisyaratkan tentang keagungan makrifat Allah Ta’ala, di mana Dia dapat menghapuskan amalan buruk, tetapi ada juga yang membuat sesuatu sebagai sembahan dan menganggap ia telah memberikan tawajjuh ke arah Allah Ta’ala. Disebabkan kecuaian dengan penyembahan batil membuatkan natijahnya ia menjadi hancur. [Dia tidak berhasil mencapai makrifat Allah Ta’ala, dia menjadikan sesuatu sebagai sembahan tuhan dan dia dihancurkan. Dia tidak dapat melihat tanda-tanda di hadapannya lalu dia mengajak Tuhan bertanding dengannya, apa yang terjadi setelah itu? orang yang seperti itu pasti akan hancur]
Beliau a.s bersabda, apakah anda tidak melihat orang-orang Nasrani, mereka diajarkan menuju kepada keTauhidan tetapi mereka menghadapi penyakit yang menghancurkan. Jiwa mereka tersesat dan keinginan mereka tergelincir menyebabkan mereka tersesat. Kelihatannya indah, tetapi mereka membuat seorang hamba yang lemah sebagai tuhan. Dan mereka meminum air kesesatan dan jahiliyat. Mereka lupa akan kesempurnaan zat Allah Ta’ala. Jika mereka dapat melihat kesempurnaan sifat-sifat Allah Ta’ala dengan sedalam-dalamnya, maka akal mereka tidak akan melakukan kesilapan dan mereka tidak akan jauh tersesat. Oleh itu Allah Ta’ala memberikan isyarat bahawa terdapat peraturan yang dapat menjauhi kesilapan tentang kemulian makrifat Allah Ta’ala iaitu hendaklah betul-betul merenungi akan kesempurnaan-Nya. Dan layak untuk mencari zat sifat-sifat-Nya itu. [Hendaklah memahami dan mencari akan sifat-sifat-Nya] Dan masukkan sifat-sifat itu [berkali-kali hendaknya diulang] Setiap material yang baik dianugerahkan, dan pertolongan yang bersesuaian dan terbukti akan sifat-sifat-Nya dikerjakan, yakni kekuatan, keteguhan, keunggulan dan kemurahan-Nya yang dapat dibayangkan.
Ingatlah dan jangan menjadi seperti orang yang tidak peduli. Dan ingatlah bahawa RUBUBIYAT dan RAHIMIYAT dan Pemerintahan Hari Ganjaran dan Balasan adalah milik-Nya. Wahai orang-orang yang suka berucap, janganlah ingkar kepada Pemeliharamu, jadilah Muslim yang percaya kepada Tuhan Yang Esa. Daripada ayat ini Allah Ta’ala berfirman, tinggalkan sifat-sifat yang lemah, pilihlah sifat-sifat yang baru dan ambillah yang suci sebagai ganti yang aib. [Yakni, tiada kekotoran yang dimiliki oleh-Nya. Oleh itu tidak timbul persoalan tentang kebaikan yang baru. Di dalam diri-Nya hanya kebaikan dan kebaikan sahaja. Adalah tidak mungkin sebelumnya memiliki kebaikan lalu menjadi baik] sedangkan Dia adalah abadi, HAMD-Nya yang awal mahupun yang akhir, yang zahir mahupun yang batin. Jika ada yang menentang, maka akan berbalik menjadi kafir. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Karamatus Saadiqin Jilid 7 halaman 108-109 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 halaman 79-81]
Allah Ta’ala suci daripada kotoran, orang yang tidak memahami sifat-sifat-Nya akan jatuh dalam kebinasaan. Kaum-kaum terdahulu binasa disebabkan mereka tidak mengenal sifat-sifat Allah Ta’ala, dan mereka bergelumang dalam kesyirikan, jika mereka mengenal pun, tetap mereka lupa. Kemudian beliau a.s menghuraikan; orang-orang Muslim telah diajarkan pelajaran ini bahawa mereka hendaklah menyembah yang memiliki sifat-sifat HAMD. Beliau a.s bersabda; perkataan ALHAMDULILLAAH mengajarkan orang-orang Muslim, apabila mereka disoal dan ditanya, siapakah yang anda sembah? Maka setiap orang Muslim wajib menjawab bahawa; sembahan aku ialah yang memiliki seluruh sifat-sifat HAMD. Tidak ada kesempurnaan dan kudrat seperti-Nya, ini yang menjadi bukti kukuh. Maka janganlah menjadi seperti orang yang pelupa. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Karamatus Saadiqin, Rohani Khazain Jilid 7 halaman 100 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s halaman 82]
Jangan hanya mengucapkan ALHAMDULILLAAH di mulut sahaja, bila sahaja ALHAMDULILLAAH diucapkan, sejurus itu juga hendaklah ingat bahawa sembahanku hanya satu, Tuhan Yang Esa, Dia-lah yang aku sembah. Ibadah yang dikerjakan adalah kerana Dia, Dia adalah RABB-ku, Dia-lah Allah.
Surah ini dimulai dengan ALHAMDULILLAAH, maksudnya ialah setiap HAMD dan puji-pujian adalah untuk zat yang musallim yang namanya adalah Allah. Dan dimulai dengan ayat ALHAMDULILLAAH, maksudnya juga supaya dapat menarik semangat rohani untuk beribadah kepada Allah Ta’ala. Dan keasyikan dan kecintaan kepada-Nya tidak timbul selagi hal ini tidak dapat dibuktikan bahawa ia telah mendapat kebaikan yang sempurna melalui renungan dengan membuatkan hatinya melontarkan kata-kata pujian. Yang jelas, pujian yang kamil ada dua jenis kebaikan. Pertama, adalah kecantikan dan kedua, adalah ihsan. [Yakni, sesuatu yang cantik di situ baru akan ada kata-kata pujian atau mempunyai rasa ihsan, dan dari situ barulah akan terkeluar kata-kata pujian] Jika kedua kebaikan ini disatukan maka akan timbul kesetiaan dan kecintaan yang mendalam di dalam hati. Erti di dalam Al-Qur’an secara garis besarnya, bahawa Allah Ta’ala ingin menzahirkan kedua jenis kebaikan tersebut supaya orang-orang dapat ditarik kepada kebaikan yang tiada bandingannya dan menarik semangat rohani untuk menyembah. Oleh kerana itulah surah ini diletakkan di permulaan ayat bagi menunjukkan kehalusannya yang mendalam. Dia, Tuhan yang mempersembahkan Al-Qur’an kepada manusia bagi memperlihatkan kebaikan-kebaikan yang terdapat di dalamnya. Dengan tujuan inilah perkataan ALHAMDULILLAAH diletakkan di permulaan ayat, supaya semua puji-pujian tertuju kepada-Nya, yang nama-Nya adalah Allah. [Aiyamus Sulh, Rohani Khazain Jilid 14 halaman no. 247]
Allah Ta’ala adalah zat yang mempunyai kecantikan dan ihsan. Oleh kerana itu ALHAMDULILLAAH diletakkan di permulaan ayat. Beliau a.s ada menghuraikan secara terperinci di tempat lain yang menyatakan tentang apa kecantikan Allah Ta’ala itu? Dan apa pula ihsan Allah Ta’ala? Tetapi tajuk ini adalah tajuk yang terpisah. Di sini saya menghuraikan secara ringkas sahaja bahawa kecantikan Allah Ta’ala adalah seluruh kebaikan-kebaikan terdapat dalam wujud-Nya, seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini. Seluruh sifat-sifat kesempurnaan terkumpul dalam wujud-Nya. Dan untuk ihsan-Nya pula Hazrat Maseeh Mau’ud a.s memberitahu, terdapat empat asas besar di dalam surah ini yang akan saya berikan secara ringkas. Ihsan yang pertama ialah, Dia-lah RABB, Dia Yang Menciptakan menurut kehendak-Nya ke suatu maqam yang diingini-Nya. Dia-lah Pemelihara. Ihsan kedua ialah sifat RAHMANIYAT, Dia menganugerahkan kekuatan setiap yang hidup dan Dia menyediakan keperluan menurut kehendak-Nya. Jadi, manusia adalah golongan yang paling banyak yang diberikan oleh-Nya. Ihsan ketiga, ialah sifat RAHIMIYAT, iaitu doa-doa dan amal soleh, Dia yang akan kabulkan. Dan Dia memelihara daripada bencana dan malapetaka. Dia juga memberikan pembalasan. Ihsan keempat, Dia-lah MAALIKI YAUMID DIIN, iaitu Dia memiliki kurnia khas untuk belas kasihan. Apa yang Dia kehendaki, Dia akan anugerahkan. Dia akan memberikan buah amal bagi yang betul-betul suci yang kurnianya daripada Allah Ta’ala. [Di ambil dari Aiyamus Sulh, Rohani Khazain Jilid no. 14 halaman no. 248-251]
Inilah empat ihsan yang disampaikan oleh Hazrat Maseeh Mau’ud a.s yang ringkasannya telah saya berikan, kemudian selanjutnya beliau a.s bersabda dengan mengisyaratkan tentang RABBIL ‘AALAMIIN bahawa Allah Ta’ala, setiap kesesatan itu Dia-lah yang memberikan hidayat.
Beliau a.s bersabda, Allah Ta’ala menerangkan tentang firman-Nya RABBIL ‘AALAMIIN bahawa Dia-lah Khaliq bagi setiap benda. Apa sahaja yang berada di langit dan di bumi semuanya adalah daripada-Nya. Di bumi, golongan yang mendapat hidayat dan yang sesat semuanya termasuk dalam ‘AALAMIIN. Kadang-kadang ‘AALAM kesesatan, kufur, fasik dan meninggalkan keadilan semakin bertambah hinggakan kezaliman di muka bumi semakin meningkat, dan orang-orang meninggalkan jalan-jalan Tuhan Yang Zul-Jalal [Yang Agung], mereka tidak memahami tentang hakikat UBUDIYAT dan tidak juga menyempurnakan hak RUBUBIYAT. [Mereka tidak memenuhi hak penyembahan dan tidak memenuhi hak RABB Allah Ta’ala] Beliau a.s bersabda; akan datang suatu zaman kegelapan dan agama akan berada dalam musibah. Lalu Allah Ta’ala mendatangkan satu ‘AALAM yang akan menjadikan bumi yang baru dan akan turun dari langit takdir yang baru, dan orang-orang akan dikurniakan hati yang bijaksana dan lidah yang petah dalam berbicara tentang kesyukuran atas nikmat Allah Ta’ala, maka jiwanya akan mencari Allah Ta’ala, dan dia akan datang dengan ketakutan dan harapan. Dalam keadaan yang merendahkan diri, dia menundukkan dirinya, dan dengan wajah yang anggun dia menghadapkan wajahnya dengan penuh perhatian, dan dia melakukan penyembahan dengan penuh semangat sampai ke puncak tertinggi dengan kata-kata pujian. [Urdu Terjemah Gubahan Arab dari Ijazul Maseeh, Rohani Khazain Jilid 18 halaman 131-132 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s. Jilid 1 halaman 92-93]
Hazrat Maseeh Mau’ud a.s menerangkan di sini, bahawa ada satu lagi ‘AALAM akan didatangkan, yang akan menggantikan bumi dengan bumi baru yang lain. Hazrat Maseeh Mau’ud a.s menerima ilham, di dalam kasyaf itu beliau a.s. melihat bahawa ‘aku mencipta bumi dan langit yang baru, kemudian saya berkata datanglah kemari, sekarang ciptalah manusia’. Ketika itu para maulvi mulai ribut, lihatlah dia mendakwakan dirinya sebagai Tuhan. Lalu beliau a.s bersabda, bahawa aku bukan mendakwakan diriku sebagai Tuhan. Maksudnya ialah bahawa melalui tanganku nanti akan terjadi suatu perubahan di mana langit dan bumi seolah-olah baru dan akan lahir manusia yang hakiki. [Diambil dari Chasmae Maseeh, Rohani Khazain Jilid 20 halaman 375-376, nota tepi] yakni, orang-orang dengan tulus akan beribadat kepada Allah Ta’ala, memberikan hak kepada UBUDIYAT dan mengenal kepada RUBUBIYAT-Nya.
Beliau a.s bersabda, dalam keadaan merendahkan diri, dia menundukkan dirinya dengan wajah yang anggun, dia menghadapkan wajahnya dengan penuh perhatian dan dia melakukan penyembahan dengan penuh semangat sampai ke puncak tertinggi dengan kata-kata pujian. [Seorang insan telah terpaut dalam melakukan ibadahnya, dia melaksanakan haknya sampai ke darjat tertinggi] Saat yang seperti ini amat diperlukan oleh manusia.
Apabila kesesatan telah sampai ke puncaknya, dan keadaan orang-orang seperti binatang yang mencakar mangsanya, maka ketika itu rahmat Ilahi dan pertolongan dari-Nya akan muncul dari langit yang akan menghilangkan kegelapan, dan iblis yang mendirikan bangunan-bangunan dan khemah-khemah akan runtuh. Ketika itu dari Tuhan Yang Rahman akan menurunkan seorang Imam supaya dapat berperang dengan laskar-laskar syaitan [seperti sekarang yang saya terangkan Hazrat Maseeh Mau’ud a.s telah mendapat ilham] beliau a.s bersabda, kedua-dua laskar [Rahmani dan Syaitani] sedang berperang [Satu laskar Rahmani dan satu lagi laskar Syaitani di antara mereka sedang berperang].
Dan mereka sedang melihat dengan kedua-dua mata mereka bahawa Tuhan melihat orang yang betul-betul melakukan penyembahan. Dia dapat melihat orang yang mengenal RUBUBIYAT-Nya.] Sehingga kebatilan terantai di lehernya, kebatilan memperlihatkan fatamorgana kepada kebinasaaan. Maka Imam itu akan sentiasa unggul di atas para musuh dan golongan yang mendapat hidayat akan mendapat pertolongan. Yang mendapat hidayat akan diberikan pengetahuan, dan orang yang meluangkan masa bersama-sama akan dihidupkan. [Banyak memberikan masa kepada kebaikan, menjauhi perkara yang tidak berfaedah dan membicarakan tentang ketakwaan, begitu sekali bersatunya dalam berzikir kepada Allah Ta’ala membicarakan tentang ibadah dan sifat-sifat Allah Ta’ala] Hinggakan orang-orang dapat memahaminya dan membuatkan orang-orang kafir terpenjara. Siapakah yang memberikan haruman kasturi, dan mereka yang pendusta akan diserang dan lehernya akan dirantai? Dan Dia akan meruntuhkan bangunan-bangunan bida’ah dan kubah-kubahnya akan dibinasakan. Dan Dia akan menyatukan kalimah-Nya. Dia akan mengatur strategi-Nya, Dia akan meneguhkan Pemerintahan-Nya dan seluruh lubang akan ditutupi oleh-Nya. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Ijazul Maseeh, Rohani Khazain Jil 18 hal 132-134 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 halaman 93-94]
Oleh itu, pada hari ini bumi dan langit yang baru adalah disebabkan oleh Hazrat Maseeh Mau’ud a.s. Beliau a.s diciptakan adalah untuk faedah kita. Kita disuruh memberikan tawajjuh atau perhatian yang khusus terhadap hal ini, dan seluruh bida’ah hendaklah dijauhkan daripada kita dan teguhkan iman. Berusaha untuk melaksanakan UBUDIYAT kepada-Nya. Mengenal akan RUBUBIYAT-Nya, barulah kita akan mendapat kurnia-kurnia daripada bumi dan langit yang baru.
Selanjutnya beliau a.s bersabda, apabila hamba-Nya mengenal hakikat warna RABB-Nya, melakukan ibadah ke tahap tertinggi, maka barulah akan dapat memahami akan erti RABBIL ‘AALAMIIN yang akan membezakan dengan orang lain. Huraian selanjutnya, beliau a.s bersabda, Allah adalah zat yang suci, isyarat tentang firman RABBIL ‘AALAMIIN, Dia adalah Khaliq bagi setiap benda, langit dan bumi memberikan puji-pujian kepada-Nya dan mereka yang memberikan puji-pujian sentiasa memberikan pujian, dan telah menyerap dalam dirinya. Tidak ada yang seperti-Nya. Setiap saat melakukan tasbih dan tahmid kepada-Nya, apabila seorang hamba-Nya berkeinginan untuk menanggalkan pakaian, keghairahaan akan terpisah. Allah Ta’ala akan membuatkan ibadahnya menjadi fana, dia telah mengenal RABB-Nya yang dengan itu dia akan terpelihara, dia akan meluangkan masanya dengan melakukan puji-pujian dengan sepenuh hatinya, malah seluruh zarah mencintai kepada-Nya, maka ketika itu orang tersebut akan menjadi satu ‘AALAM dari ‘AALAMIIN. [Urdu Terjemah Gubahan Arab, Izajul Maseeh, Rohani Khazain Jilid 18 halaman 137-138 Jilid 1 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s halaman 96]
Kemudian beliau a.s memberikan misal dan bersabda, ‘AALAMIIN adalah daripada satu ‘AALAM. Maksudnya adalah kebangkitan Hazrat Khatamun Nabiyyin s.a.w dan beliau a.s memberikan misal di zaman beliau a.s bahawa dengan sifat Pengasih-Nya, Dia mencipta satu golongan iaitu golongan Maseeh Mau’ud dan Mahdi Ma’hud. Dan apabila kita bersama RABBIL ‘AALAMIIN yang mengutusnya, maka kita menjadi bahagian ‘AALAM yang betul-betul memerlukan perhatian kerana Allah. Dan untuk mendapatkannya hendaklah kita berusaha supaya kita mendapat nikmat-nikmat-Nya. ‘AALAMIIN yang dikurniakan, huraian selanjutnya beliau a.s bersabda, apakah yang dimaksudkan dengan ‘AALAMIIN?
Beliau a.s bersabda, maksud ‘AALAMIIN adalah Tuhan Yang Menciptakan makhluk-makhluk. Tiada tuhan lain yang dapat menghidupkan baik alam roh atau alam jasmani. [Samada roh atau jisim, apa sahaja selain Allah Ta’ala semua benda termasuk dalam ‘AALAMIIN] Baik dia makhluk di bumi atau matahari, bulan dan planet-planet lain. Maka seluruh alam termasuk di bawah RUBUBIYAT-Nya. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Ijazul Maseeh, Rohani Khazain Jilid 18 halaman 139-140 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 halaman 97]
Oleh itu, jika semua benda di bawah RUBUBIYAT Allah Ta’ala, dan kita juga mengetahuinya bahawa Allah Ta’ala adalah Pemelihara alam ini, tetapi akan datang suatu masa disebabkan berlakunya tekanan sekeliling, manusia mulai memilih duniawi. Dan jika telah terjadi keadaan seperti ini, seorang Mukmin hendaklah membuat kajian semula dan berusaha untuk bertaubat dan beristighfar lalu kembali menuju kepada RABBIL ‘AALAMIIN. Dan Dia menjadikan bijirin, udara, air, cahaya dan lain-lain untuk seluruh makhluk-Nya. Begitu juga setiap zaman dan setiap kaum, bagi memperbaiki diri mereka, dari masa ke semasa, Dia mengutus para utusan-Nya. Seperti yang difirmankan dalam Al-Qur’an: WA IM MIN UMMATIN ILLAA KHOLAA FIIHAA NAZIIR “Dan tiada suatu kaum pun melainkan telah diutus kepada mereka seorang Pemberi Ingat” [Al-Fathir:25] [Malfoozaat Jilid 5 halaman 619 Edisi 2003 cetakan Rabwah]
Kemudian, setelah mengikuti huraian RABBIL ‘AALAMIIN bahawa Allah Ta’ala tidak memberikan kurnia kepada suatu kaum sahaja, Beliau a.s bersabda, pada ayat pertama lagi dalam surah Al-Fatihah, Allah Ta’ala berfirman ALHAMDULILLAAHI ROBBIL ‘AALAMIIN, yakni, seluruh sifat sempurna dan suci khusus untuk-Nya, RABB bagi seluruh alam. Maksud alam di sini termasuklah pelbagai kaum, zaman dan negara. Ayat yang dimulai dalam Al-Qur’an pada hakikatnya untuk kaum-kaum yang menolak RUBUBIYAT umum Allah Ta’ala, dan kurnia itu hanya terbatas kepada kaum itu sahaja. Bagi kaum yang lain, yang berfikiran seperti itu, mereka bukanlah hamba Allah Ta’ala, dan mereka dilahirkan lalu akan dilempar dan dibuang, atau mereka dilupakan atau [na’uzubillah] seperti ia tidak dilahirkan ke dunia. [Paigham Sulh, Rohani Khazain, Jilid no. 23 halaman 440]
Sebagaimana RABBIL ‘AALAMIIN adalah Pemelihara benda-benda yang Dia sediakan, begitu juga Dia menyediakan benda rohani. Inilah RUBUBIYAT-Nya. Bagi yang mengingkari-Nya, mereka secara tidak langsung mengingkari sifat RUBUBIYAT Allah Ta’ala. Kemudian bagi orang-orang yang membaca surah Al-Fatihah pada zaman ini, dan mengingkari Maseeh Mau’ud a.s, mereka hendaklah merenunginya. Dan kita yang telah bai’at di tangan Hazrat Maseeh Mau’ud a.s, seperti yang telah saya sebutkan bahawa kita hendaklah berusaha supaya rohani dan ketakwaan kita memperoleh kemajuan.
Lalu beliau a.s bersabda, perkataan HAMD juga mengisyaratkan bahawa Allah Ta’ala berfirman, Hai hamba-hamba-Ku! Kenalilah sifat-sifat dan kesempurnaan-Ku. Aku bukanlah wujud yang kotor malah HAMD-Ku [Kedudukan-Ku] adalah Yang Paling Besar, engkau tidak akan dapat sifat-sifat pujian baik di langit maupun di bumi seperti zat-Ku. Jika ingin menghitung sifat-sifat HAMD-Ku maka anda tidak dapat menghitungnya, walaupun dengan membinasakan diri untuk berfikir dan menyelam dengan bersusah -payah untuk mengira sifat-sifat-Ku.
Berfikirlah, apakah anda dapat menyaksikan HAMD seperti ini yang tidak terdapat dalam zat-Ku. Apakah anda mendapati tanda kesempurnaan seperti ini? Orang yang jauh dari istana-Ku, dan jika anda beranggapan seperti itu, maka anda tidak akan dapat mengenal-Ku dan anda di antara orang-orang buta. Tetapi sesungguhnya Aku mengenal sifat-sifat pujian dan kesempurnaan-Ku. [Yakni, sifat-sifat-Nya yang selalu mendapat puji-pujian dan kesempurnan-Nya dapat dikenal] Dan hujan yang lebat adalah berkat daripada-Ku. Oleh itu, orang-orang yang yakin akan seluruh kesempurnan sifat-sifat-Ku, dan di mana sahaja dia melihat akan kesempurnan-Nya dengan diperlihatkan sifat JALAL-Nya, semua itu berkaitan dengan-Ku.
Dan setiap keagungan yang kelihatan unggul dalam akal dan pandangan mereka, dan setiap kudrat yang muncul dalam cermin fikiran mereka, itu yang diperlihatkan [Sejauh mana akalnya berfikir, Dia perlihatkan] Maka orang seperti itu akan mempunyai ikatan dengan-Ku. Inilah orang-orang yang berjalan di atas makrifat-Ku. Hak atau kebenaran itu ada bersama mereka dan dia akan memperoleh keberhasilan. Semoga Allah Ta’ala memberikan kebahagiaan kepadamu. Bangunlah, carilah sifat Zul Jalal Allah Ta’ala, seperti orang yang memiliki pengetahuan yang luas yang memikirkan sedalam-dalamnya. [Yakni, dengan merenungi dan mendalaminya] Perhatikan sebaik-baiknya dan setiap sudut hendaklah direnungi sedalam-dalamnya dan carilah alam yang zahir maupun yang batin, seperti seorang insan yang berkeinginan besar untuk mendapatkannya. Jika hal ini telah sampai kepada kesempurnaan dan telah dapat menghidu haruman, seolah-olah kamu telah mendapatkan-Nya. Dan rahasia seperti ini hanya dibuka kepada orang yang mencari hidayat.
Inilah RABB kamu, yang Dia sendiri memiliki kesempurnaan dan terkumpul semua sifat-sifat sempurna dan terpuji. Dia hanya akan dapat dikenali oleh orang yang berikhtiar membaca surah Fatihah, dan dengan hati yang penuh hiba meminta pertolongan daripada-Nya. Orang-orang yang telah mengikat janji dengan Allah Ta’ala dengan niat yang suci dan telah berjanji dengan bai’atnya, dan jiwanya suci daripada segala bentuk kesombongan dan iri hati, maka pintu surah ini akan dibukakan kepadanya, maka dengan segera dia akan dianugerahkan pandangan yang agung. [Urdu Terjemah, Gubahan Arab dari Karamatus Shodiqin, Rohani Khazain Jilid no. 7 halaman 107-108 Tafsir Hazrat Maseeh Mau’ud a.s Jilid 1 halaman 77-79]
Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, setelah kita baiat di tangan Hazrat Maseeh Mau’ud a.s, kedudukan inilah yang harus kita cari dan berusaha sampai ke puncak tersebut. Kita akan dapat petunjuk jika kita berjalan di belakang Hazrat Maseeh Mau’ud a.s dengan mengikut arahan daripada surah Al-Fatihah dan Al Qur’an yang sempurna. Semoga Allah Ta’ala dapat memenuhi keinginan dan hasrat kita dengan memahami sifat-sifat Allah Ta’ala dan berusaha membentuk kehidupan kita menurut perintah-Nya.
Hari ini selepas solat Jumaat ada dua jenazah ghaib yang akan dilakukan. Pertama, adalah Mukarramah Fatah Begum Sahibah isteri kepada Mukarram Maulana Ahmad Khan Naseem Sahib sebagai Additional Nazir Islah wa Irshad Muqami Rabwah, beberapa waktu yang lalu beliau wafat. Ini adalah isteri beliau, isteri beliau wafat pada 4 Februari, Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’uun. Beliau seorang yang baik, suka berdoa, dawam dalam solat, suka bertahajjud, memiliki ketakwaan, seorang wanita yang merendahkan diri dan seorang yang dawam membaca Al-Qur’an.
Suami beliau Maulana Ahmad Khan Naseem Sahib seperti yang saya sebutkan sebelum ini adalah sebagai Additional Nazir Islah wa Irshad Muqami. Beliau selalu bersama dengan orang-orang Jemaat di kampung atau di daerah-daerah. Disebabkan daerah Jhang dan Sargodha berdekatan dengan Rabwah, maka orang-orang di sana selalunya akan datang ke Rabwah. Dan rumah Hazrat Maulvi Ahmad Khan Naseem Sahib dianggap sebagai rumah mereka. Anak beliau menulis, kadang-kadang tetamu yang datang ke rumah beliau menjangkau sampai 50 orang banyaknya. Ibu beliau dengan senyuman melayan para tetamu itu, disebabkan mereka dari pedalaman, biasanya mereka datang tanpa memberitahu terlebih dahulu. Maka beliau dengan segera menyediakan masakan yang panas-panas. Di wajah beliau tidak pernah memperlihatkan rasa tidak senang, walaupun suami beliau telah wafat, orang-orang yang sudah biasa dengan beliau masih terus datang ke rumah beliau.
Beliau sangat memperhatikan kepada orang-orang miskin. Kadang-kadang jika beliau balik ke rumah, beliau tidak membawa apa-apa untuk anak-anaknya. Tetapi beliau selalu mengingatkan anak-anaknya, berikan sesuatu kepada yang miskin. Jika beliau mempunyai wang di tangan, beliau akan berikan kepada orang miskin, fakir dan anak-anak yatim. Di rumah beliau, orang-orang miskin datang dan pergi, orang yang sempit kehidupannya pun datang ke rumah beliau. Dan yang hebatnya, beliau mempunyai ikatan yang kuat dengan Khilafat. Beliau selalu memberitahu kepada anak-anaknya. Hati beliau telah tertanam kecintaan kepada Khilafat, oleh itu beliau selalu berusaha ke arah itu. Beliau seorang Musiah. Semoga Allah Ta’ala meninggikan makrifat dan darjatnya.
Beliau meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan. Salah seorang di antara mereka tinggal bersama beliau. Dua anak beliau berada di luar negara sebagai Muballigh. Seorang anak beliau bernama Mukarram Naseer Parwazi Sahib dan seorang lagi Naseem Mahdi Sahib. Mereka berdua tidak dapat datang melihat jenazah ibunya kerana berada di Amerika. Semoga mereka diberikan kesabaran oleh Allah Ta’ala. Naseem Mahdi Sahib adalah Muballigh kita dan pasti kedua ibu bapanya mendoakan untuk tugas mereka. Semoga Allah Ta’ala menjadikan doa-doa ini sempurna di masa akan datang.
Jenazah kedua adalah Mukarramah Hakim Bibi Sahibah isteri kepada Mukarram Ghulam Rasul Sahib, Muallim Islah wa Irshad di Pakistan. Pada 9 Febuari dalam usia kira-kira 100 tahun beliau telah wafat. Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Rooji’uun. Beliau ini juga seorang yang baik, suka berdoa dan tawakal. Walaupun kesempitan dalam kewangan beliau setia bersama suami beliau. Seorang yang dihormati. Sungguhpun dalam kesempitan wang, beliau tidak pernah meminta-minta.
Penampilan yang sederhana, beliau berusaha melalui kehidupan dengan baik. Beliau tinggal di Rasul Nagar sehingga 28 tahun yang merupakan pusat Jemaat di mana orang-orang dari pusat selalu datang ke tempat beliau. Beliau menjadikan rumah sebagai rumah tetamu. Beliau amat senang melayani tetamu yang datang. Pada tahun 1974 semasa terjadi rusuhan, anak-anak dan wanita-wanita berada di rumah beliau, ketika itu tiada lelaki yang berada di rumah. Sepanjang malam beliau duduk menjaga dengan senjata di rumah. Beliau juga mempunyai kecintaan dan semangat yang besar terhadap Jemaat. Ketika rusuhan berlaku, para musuh bermesyuarat lalu menyatakan di luar rumah beliau yang tertulis perkataan “Perpustakaan Ahmadiyah” itu harus diturunkan dan terdapat juga sabda-sabda Hazrat Maseeh Mau’ud a.s. Ketika itu beliau dengan berani menyatakan kami tidak akan menurunkannya.
Beliau memegang jawatan sebagai Sadr dan Sekretari Lajnah dari 1945 hingga 75 tahun usia beliau. Beliau mengajar anak-anak Jemaat dan anak-anak Ghair mengaji Al-Qur’an. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Nizam Jemaat dan Nizam Khilafat. Beliau mempunyai tiga anak lelaki dan dua anak perempuan. Seorang anak beliau bernama Mubarak Ahmad Zafar Sahib seorang Waqaf Zindegi yang bekerja sebagai Additional Maal di London. Dan anak beliau yang kedua, Mubashir Ahmad Zafar Sahib pun Waqaf Zindegi selepas beliau pencen. Semoga Allah Ta’ala memberikan kesabaran dan semangat kepada mereka. Dan meninggikan darjat kepada Marhumah. Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, selepas solat akan diadakan solat jenazah.
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Mln Abdul Latief Ahmad
Kota Kinabalu, Sabah.
16.04.2012
No comments:
Post a Comment