MALFOOZAAT
JILID 1
HAZRAT
MASEEH MAU’UD alaihissalam
>>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<<
KEISTIMEWAAN
MUKJIZAT
Keistimewaan dan
tujuan mukjizat adalah supaya setiap jenis kekurangan dapat diatasi. Keindahan
penyampaian juga tidak dibiarkan terlepas dari tangan. Kebenaran dan hikmat
juga tidak ditinggalkan. Mukjizat seperti ini hanya ada dalam Al-Qur’an, yang
terang seperti matahari, dan ia mempunyai kekuatan mukjizat dalam setiap segi.
Ia tidak seperti Injil yang hanya memuatkan kata-kata, misalnya “jika ditampar
di sebelah pipi, maka persembahkan pula sebelah pipi yang lain”. Dalam hal
seperti ini, sejauh mana hubungan ajarannya dengan kebijaksanaan, dan sejauh
mana ia memperhatikan fitrat seorang insan?
Sebagai
perbandingan, cuba baca ajaran Al-Qur’an Karim, maka akan dapat diketahui
bahawa fikiran insan tidak dapat mengatasi setiap perkara. Dan ajaran yang
begitu sempurna dan tidak ada kekurangan seperti Al-Qur’an Syarif ini, tidak
mungkin hasil daripada otak atau fikiran makhluk bumi. Adakah kemungkinan boleh
terjadi di mana, di hadapan kita ada seribu orang miskin, kemudian kita hanya
memberikan sesuatu kepada beberapa orang sahaja di antara mereka dan melupakan
yang lain? Injil hanya memperhatikan satu sudut sahaja, sudut yang lain tidak
diberi perhatian. Kita bukan membuat tuduhan ke atas Injil kerana ia adalah
hasil perbuatan orang-orang Yahudi. Sebagaimana yang mereka usahakan, sesuai
dengan itulah Injil tercipta. “Sebagaimana ruh, demikianlah Malaikat”. Di dalam
perkara ini, siapa yang patut dipersalahkan?
AJARAN
INJIL HANYA UNTUK SATU ZAMAN YANG KHUSUS
Selain itu, Injil
adalah undang-undang yang khusus untuk suatu tempat, suatu zaman dan suatu kaum
sahaja, sama seperti undang-undang Inggeris yang khusus untuk suatu tempat dan
masa sahaja, ia diteruskan sehinggalah ada masanya ia tidak lagi berpengaruh.
Demikian jugalah tentang Injil, ia hanya undang-undang yang terhad, ia tidak
umum. Bertentangan dengan itu, batasan ajaran Al-Qur’an sangat luas. Ia
merupakan undang-undang yang akan berterusan sehingga kiamat tanpa ada sebarang
perubahan, dan ia untuk setiap kaum dan setiap waktu. Allah Ta’ala berfirman: Dan
tiada suatu pun benda melainkan pada Kami ada khazanah-khazanahnya, dan
tidaklah Kami menurunkannya melainkan dalam ukuran yang tertentu (Al-Hijr:22). Injil
diperlukan hanya untuk ukuran yang terhad, sebab itu ringkasan Injil boleh
dibuat dalam satu halaman sahaja.
QUR’AN
UNTUK SELURUH ZAMAN
Tetapi, Al-Qur’an
diperlukan untuk perbaikan sepanjang zaman. Matlamat Al-Qur’an ialah menjadikan
keadaan liar menjadi seorang insan. Dari keadaan seorang insan dijadikan insan
yang bertamadun sehingga dapat menjalankan kehidupan berdasarkan batasan
syariat dan undang-undang. Dan kemudian dijadikan sebagai insan yang bertuhan.
Walaupun kelihatan perkataan ini ringkas, namun ia mempunyai ribuan cabang.
Oleh kerana dalam diri kaum Yahudi, Tabi’i (fizikal) dan Penyembah Api ada ruh
yang jahat, maka Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam atas pengetahuan
daripada Ilahi berkata kepada mereka semua: Hai manusia! Sesungguhnya aku Rasul
Allah kepada kamu sekalian (Al-A’raaf:159). Sebab itu amat perlu ajaran
Al-Qur’an Syarif yang bersifat menyeluruh dan terus berjalan, dan semua
kebenaran dari langit yang disampaikan kepada penghuni bumi oleh berbagai nabi
dalam berbagai waktu, ada di dalamnya. Perhatian Qur’an Karim adalah kepada
setiap jenis insan, tidak hanya terhad pada satu kaum, negara atau zaman sahaja.
Dan perhatian Injil khusus hanya kepada satu kaum, sebab itu Maseeh (Nabi Isa)
alaihissalam berkali-kali mengatakan: “Aku datang untuk mencari domba-domba
Israil yang hilang”.
SELEPAS
TAURAT, QUR’AN SYARIF YANG DIPERLUKAN
Ada beberapa orang
yang cuba mempertikaikan, apa yang telah dibawa oleh Al-Qur’an? Sedangkan di
dalamnya tertulis apa yang telah wujud di dalam Taurat. Dan, disebabkan
kesilapan pandangan itu menyebabkan beberapa orang Kristian berani menulis
risalah-risalah yang menyentuh bahawa Al-Qur’an yang tidak diperlukan. Alangkah
baiknya kalau mereka jujur dan mempunyai firasat yang suci agar mereka tidak
tersesat. Mereka mengatakan bahawa di dalam Taurat ada dinyatakan jangan
berzina, demikian juga di dalam Al-Qur’an tertulis jangan berzina. Al-Qur’an
mengajarkan tentang tauhid, namun Taurat juga mengajarkan menyembah Tuhan yang
Esa. Jadi, apa bezanya? Secara zahir, soalan ini nampak susah dan jika ditanya
di hadapan orang yang tidak ada pengetahuan, pasti akan merasa ragu-ragu.
Sebenarnya, soalan yang halus dan sulit seperti ini, tanpa kurnia yang khusus
dari Allah Ta’ala, sukar untuk menjawabnya. Inilah makrifat Al-Qur’an yang
muncul sesuai pada masanya. Sebenarnya, memang ada persamaan di antara Qur’an
Syarif dan Taurat, kita tidak menafikan hal itu. Tetapi, Taurat hanya
memberikan matan tanpa ada sebarang dalil, kenyataan dan penjelasan bersamanya.
Qur’an Karim pula mengambil kira akal. Sebabnya, pada zaman Taurat, perlakuan
insan sangat liar (tetapi semasa Qur’an Syarif diturunkan, sudah ada
pertimbangan akal), sebab itu Qur’an Syarif mengambil langkah dengan
menzahirkan hal-hal yang bertentangan dengan akhlak dan memberitahu apa manfaat
daripada akhlak, dan bukan hanya setakat itu sahaja, ia juga mempersembahkan
sesuatu dengan dalil-dalil dan kenyataan yang menurut lojik akal. Tujuannya
adalah supaya orang yang menggunakan akal yang lojik tidak mendapat peluang
untuk mengingkarinya. Sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelumnya bahawa
pada zaman Qur’an Syarif, insan sudah mula menggunakan akal berbanding pada
zaman Taurat di mana insan masih dalam keadaan buas. Sejak dari zaman Hazrat
Adam (Nabi Adam) a.s, kemajuan sentiasa dikecapi sehinggalah pada zaman
Al-Qur’an, ia telah menyeluruh seperti bulatan. Allah Ta’ala berfirman: Muhamad
bukanlah bapak salah seorang di antara laki-lakimu, akan tetapi dia adalah
Rasul Allah dan meterai sekalian nabi (Al-Ahzaab:41).
Ini adalah isyarat
keperluan nubuwat. Kegelapan malam menarik nur itu yang menyelamatkan dunia
daripada kegelapan. Sesuai dengan keperluan itu, silsilah nubuwat bermula. Dan
apabila sampai zaman Qur’an Karim, ia telah menjadi sempurna. Sekarang,
walaupun segala keperluan itu telah sempurna, jadi memang lazim bahawa
Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam adalah Khatamul Anbiya. Sekarang,
perbezaan yang besar dan jelas dalam ajaran Taurat dan Qur’an Karim, salah
satunya ialah Qur’an Syarif telah mempersembahkan dalil-dalil yang tidak
disentuh langsung oleh Taurat.
PERBEZAAN
KEDUA ANTARA AJARAN QUR’AN SYARIF DAN TAURAT
Dan perbezaan yang
kedua ialah Taurat hanya merujuk kepada Bani Israil sahaja dan tidak ada
hubungan dengan kaum yang lain. Dan inilah sebabnya ia tidak memberikan
penekanan soal dalil dan penjelasan kerana tidak ada firqah lain yang diambil
kira seperti atheis, ahli falsafah, Brahma dan lain-lain. Sebaliknya, Qur’an
Syarif menyeru kepada semua firqah dan agama, dan sehingga ke tahap itu, ia
telah berakhir, sebab itu Qur’an Karim telah menjelaskan dengan dalil tentang
akidah dan juga peraturan amal.
Qur’an Majid menyatakan:
yakni katakanlah kepada orang Mukmin laki-laki, mereka hendaklah menundukkan mata
mereka dan memelihara aurat mereka (An-Nuur:31). Yakni, insan harus menundukkan
pandangan mata supaya tidak terjerat dalam fitnah disebabkan melihat wanita
yang bukan muhrim. Telinga juga termasuk dalam kemaluan kerana ia boleh
terperangkap dalam fitnah apabila mendengar kisah-kisah mendatangkan berahi.
Sebab itu dikatakan bahawa peliharalah semua lubang dan tutupilah ia dari
segala perkara yang sia-sia: yang demikian itu lebih suci bagi mereka (An-Nuur:31).
Ini sangat baik untuk orang Mukmin dan ajaran seperti ini merupakan darjah
kesucian yang sangat tinggi, jika diamalkan boleh terhindar dari perbuatan
keji.
QUR’AN
SYARIF SENDIRI MENJADI DALIL DAN KETERANGAN
Lihat, Al-Qur’an telah
menjelaskan perkataan-perkataaan dan mafhum-mafhumnya (maksudnya) atas satu
perkara ini yang juga terdapat di dalam Taurat. Sungguh terang dan luas
dijelaskan bersama-sama dengan dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang tegas.
Inilah mukjizat Al-Qur’an bahawa pengikutnya tidak dibiarkan merasa perlu
sesuatu yang lain. Ia memberi kepuasan dengan menjadi dalil dan keterangan atas
dirinya sendiri. Qur’an Syarif menulis perintah-perintah bersama dengan
dalil-dalilnya dan setiap hukum diberikan dalil-dalil yang terpisah-pisah.
Jadi, ada dua perbezaan yang besar antara Taurat dan Qur’an. Pertama disentuh
ialah tidak ada penjelasan, selepas mengemukakan sesuatu, dalil harus dicari
sendiri. Kedua disentuh bahawa dakwaannya, setiap dalil diberikan penjelasan
dan kemudian dipersembahkan, dan perintah Tuhan tidak dipaksakan malah mengikut
kemampuan masing-masing, tidak dilakukan secara kekerasan, malah dijelaskan
secara lemah lembut dan sesuai dengan fitrat. Taurat memperkatakan tentang
suatu kelompok yang khusus dan Al-Qur’an memperkatakan tentang semua orang yang
lahir sehingga Hari Kiamat. Jadi, cuba nyatakan bagaimana Taurat dan Al-Qur’an
boleh disatukan. Dan bagaimana boleh dikatakan bahawa jika sudah ada Taurat
maka Al-Qur’an tidak diperlukan. Apabila Al-Qur’an mengatakan bahawa kamu
jangan berzina, maka semua jenis insan memahaminya, tetapi apabila Taurat
berkata, maka ia merujuk kepada kaum Bani Israil. Dari situ dapat diketahui
bahawa Al-Qur’an lebih mulia, namun hanya bagi mereka yang bijak dan hati yang
takut kepada Tuhan.
KEAJAIBAN
JASMANI DAN ROHANI
Selain itu, dalam
Taurat dan Qur’an juga ada lagi satu perbezaan yang agung bahawa Qur’an
mempunyai setiap jenis keajaiban jasmani dan rohani di dalamnya. Misalnya mukjizat
Syaqqul Qamar (bulan terbelah) adalah dari jenis mukjizat jasmani.
TIDAK
BOLEH MENGEHADKAN UNDANG-UNDANG KUDRAT
Beberapa orang
bodoh cuba membuat kritikan atas mukjizat Syaqqul Qamar (bulan terbelah) secara
senyap-senyap dalam hal pertolongan undang-undang kudrat, tetapi tidakkah
mereka itu langsung tidak tahu bahawa kudrat dan undang-undang Tuhan tidak
dapat dianggarkan batasannya. Satu masa dia berkata ‘Tuhan’ melalui mulutnya,
tetapi pada masa yang lain, walaupun hati dan ruh mereka jatuh tersungkur
melihat keagungan kudrat dan kuasa Tuhan, mereka secara mutlak lupa akan hal
itu. Jika kewujudan Tuhan, kudrat dan kekuasaan-Nya terhad hanya menurut
fikiran dan anggaran kita, maka untuk apa lagi kita berdoa? Jadi, sama sekali tidak
seperti itu. Saya berkata kepada kamu bahawa kudrat dan iradat Allah Ta’ala
tidak ada sesiapa yang boleh mengukurnya. Seorang insan yang mendakwakan
seperti itu, dia sebenarnya memungkiri Tuhan. Tetapi, sungguh tak disangka atas
orang bodoh, walaupun mengakui bahawa Tuhan itu mempunyai kudrat yang tidak
terbatas, namun beranggapan bahawa mukjizat Syaqqul Qamar (bulan terbelah) itu
bertentangan dengan peraturan kudrat-Nya. Fahamilah bahawa orang seperti itu
tidak memiliki fikiran yang sihat dan juga hati yang bijaksana. Ingatlah dengan
sebaik-baiknya bahawa jangan terlalu bergantung harap kepada peraturan kudrat,
yakni jangan hadkan pada peraturan kudrat sahaja dengan mengatakan: Rahsia
Tuhan hanya sekadar itu sahaja, lalu terbuka segala simpulan. Tidak seperti itu.
Sikap berani seperti itu tidak harus dilakukan. Ini kerana ia boleh menjatuhkan
darjah UBUDIYAT (perhambaan) seorang insan, dan penghujungnya adalah
kecelakaan. Kebodohan dan kejahilan yang meletakkan kudrat Tuhan sebagai terhad
tidak seharusnya timbul dari seorang Mukmin. Kata-kata Imam Fakhruddin Razi
sangat benar bahawa jika ada orang yang beriradah untuk mengukur Tuhan
menggunakan akal sendiri, orang itu memang bodoh. Lihat, Allah Ta’ala telah
menciptakan insan dari nutfah. Mengatakan hal ini memang mudah dan sangat
senang, dan kelihatan ia perkara yang sangat biasa. Tetapi, ada rahsia bahawa
insan diciptakan dari setitis air dan di dalamnya diberikan kekuatan. Adakah
sesiapa yang mempunyai kekuatan untuk merungkaikan hal itu sehingga ke dasarnya?
Ahli Falsafah dan Tabi’i (fizikal) telah berusaha sedaya upaya, tetapi tidak dapat
sampai ke dasarnya. Demikian juga setiap zarah adalah mengikut kepada Tuhan.
Allah Ta’ala berkuasa atas mereka bahawa keadaan nizam yang zahir akan tetap
seperti itu dan satu perkara yang luar biasa juga akan menjadi jelas. Orang
berpengetahuan banyak melihat perkara ini dan mendapat keseronokan.
Beberapa orang cuba
mengkritik perkara-perkara yang biasa dan terperangkap dalam keraguan. Sebagai
contoh Nabi Ibrahim tidak terbakar dalam api. Hal ini juga demikian seperti
peristiwa Syaqqul Qamar (bulan terbelah). Tuhan yang lebih mengetahui setakat
mana dijilat api dan dengan lahirnya sarana-sarana itu, ia menjadi padam. Jika
keistimewaan seperti itu muncul atau diberitahu dengan terus-terang, maka
dengan segera akan menerimanya. Tetapi, dalam keadaan seperti ini, apa
keistimewaan yang dizahirkan melalui iman bil ghaib (keimanan kepada perkara
ghaib) dan kegembiraan bersangka baik? Kita tidak pernah mengatakan bahawa
“Tuhan tidak menciptakan sarana-sarana”, tetapi ada beberapa sarana yang
kelihatan dan ada juga yang tidak kelihatan. Ringkasnya, perlakuan Tuhan itu
adalah pelbagai bentuk. Kudrat Allah Ta’ala tidak pernah bermasalah dan tidak
pernah merasa penat. Ayat-ayat in memberitahu keagungan-Nya, dan Dia Maha Mengetahui
keadaan setiap makhluk (Yaa Siin:80). Adakah Kami menjadi lelah dengan
penciptaan yang pertama kali (Qof:16) Allah Ta’ala mempunyai Kudrat dan
perbuatan yang tidak terbatas dan tidak mampu dijangkakan oleh seorang insan
yang begitu bijak sekalipun, sebaliknya mereka hanya akan menzahirkan kelemahan
sendiri.
Saya teringat satu
peristiwa. Doktor tahu sangat perkara ini. Ada seseorang yang bernama Abdul
Karim datang kepada saya. Di dalam perutnya ada sejenis yang mengarahkan
berkali-kali ke tandas. Doktor berkata bahawa tidak ada ubatnya untuk penyakit
itu. Dia seharusnya ditembak sahaja dengan senapang. Ringkasnya, banyak
penyakit yang tidak diketahui dengan begitu mendalam walaupun oleh doktor
pakar. Misalnya penyakit taun dan kolera, jika doktor ditugaskan mengawal wabak
ini, maka mereka sendiri akan dijangkiti cirit-birit. Sejauh mana pun insan
menuntut ilmu dan sejauh mana tenggelam dalam melakukan kajian falsafah, tetapi
dia akan dapat mengetahui bahawa dia tidak melakukan apa-apa. Di dalam hadis
ada dinyatakan bahawa sebagaimana seekor burung mengisi paruhnya dengan air di
tepi sungai, demikian juga makrifat dan rahsia tentang Kalam dan Perlakuan Allah
Ta’ala dan makrifat-makrifat perbuatan-nya. Jadi, adakah seorang insan yang
lemah dan ahli falsafah yang bodoh, atas perkara ini mereka mengkritik kejadian
Syaqqul Qamar (bulan terbelah) dan menganggapnya bertentangan dengan
undang-undang Kudrat. Kita tidak mengatakan bahawa jangan mengkritik, tetapi
lakukanlah dengan tenang dan hati yang terbuka. Tetapi, perhatikan dua perkara
ini. Pertama, ketakutan kepada Tuhan (dan kekuatan-Nya yang tidak terbatas).
Kedua, (insan adalah fana dan ilmu yang terhad) ahli falsafah yang besar-besar
pun akan terpaksa mengakui bahawa ‘kami ini jahil’. Penghujung akal sentiasa
berakhir pada kejahilan. Misalnya, tanyakan kepada para doktor bahawa mereka
semua tahu dan faham tentang silsilah keturunan. Tetapi, apa yang dimaksudkan
dengan hakikat nur dan kedalamannya? Penjelasan tentang suara kalau ditanya,
mereka akan menjawab bahawa di atas lapisan telinga ada begini dan begitu.
Tetapi hakikat suara itu mereka tidak dapat jelaskan walaupun sedikit. Hakikat api
yang panas dan air yang sejuk tidak akan mereka boleh jelaskan. Jadi, untuk
sampai kepada dasar suatu benda bukan pekerjaan mana-mana hakim (golongan
bijakpandai) atau ahli falsafah. Cuba lihat, wajah kita terpapar di atas
cermin, tetapi kepala kita tidak putus lalu masuk ke dalam cermin. Kita juga
selamat dan wajah kita kelihatan di dalam cermin. Jadi, ingatlah bahawa Allah
Ta’ala sangat mengetahui bahawa hal seperti itu boleh terjadi. Bulan terbelah
atau benda lain yang terbelah tidak mengganggu peraturan dunia. Perkara yang
sebenarnya, ia adalah ciri khas suatu benda. Siapa yang boleh meniup jampi
untuk itu? Sebab itu, mengingkari keajaiban dan mukjizat Allah Ta’ala, serta
tergesa-gesa dalam mengingkarinya adalah pekerjaan orang yang tergesa-gesa dan
bodoh.
(Malfoozaat Jilid
1, halaman 53-57)
>>>>>>>>>>>>>>>
<<<<<<<<<<<<<<<
Diterjemahkan oleh
Salahuddin Syed Ali
Lingkungan, Sabah.
(24.04.2012)
No comments:
Post a Comment