Friday, April 8, 2011

Lembaran Tarbiyat 05 / 2011



TUJUAN JEMAAT AHMADIYAH DIDIRIKAN

Hazrat Maseeh Mau’ud a.s berkata:-
“Tuhan menzahirkan kepadaku bahawa takwa semakin berkurangan. Ada yang terjerat dalam perbuatan yang memalukan dan ada juga yang menjalani kehidupan yang hina dan keji. Ada yang mencampuradukkan sesuatu perbuatan yang tidak suci dalam amalan hariannya, sedangkan sekiranya dalam makanan yang baik itu dimasukkan sedikit sahaja racun, maka keseluruhan makanan itu akan beracun. Ada juga segelintir yang tenggelam dalam dosa-dosa kecil yang sangat halus seperti sombong dan sebagainya. Jadi, sekarang ini Allah Ta’ala beriradah untuk menunjukkan kembali kepada dunia tentang ketakwaan dan kesucian. Untuk tujuan inilah jemaat didirikan. Tuhan inginkan kesucian, Tuhan ingin membuat satu jemaat yang benar-benar suci.

Inilah tujuan pertama aku dibangkitkan dan diutus. Tujuan kedua ialah mematahkan salib. Semangat untuk mematahkan salib yang diberikan oleh Tuhan kepadaku tidak mungkin dapat diketahui oleh orang lain. Kerugian yang telah diberikan oleh mazhab salib ini ke atas wanita, lelaki dan anak muda tidak dapat digambarkan. Mereka hendak melemahkan Islam dari setiap penjuru. Jika seorang doktor, ia menggunakan bidang perubatan. Jika seorang pegawai, dia menggunakan kedudukannya seperti William Muir. Ringkasnya, mereka menggunakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka. Keinginan hati mereka ialah jangan ada seorang pun yang tinggal dalam Islam atau tidak ada seorang pun yang beriman kepada Rasulullah s.a.w. Kita tidak ada kata-kata untuk menjelaskan semangat yang ada pada mereka itu.

Dalam keadaan ini, Tuhan telah memberi kekuatan kepadaku dalam program mematahkan salib ini.

Begini kuatnya penghinaan terhadap Allah dan Rasulullah s.a.w, tidakkah Tuhan perlu menghantar bantuan dari langit?

Satu segi, fitnah salib semakin hangat. Segi kedua, abad telah berakhir. Segi ketiga pula, Islam lemah dari segenap penjuru. Ke arah mana pun kita labuhkan pandangan, hati menjadi tidak tenteram, dalam keadaan ini timbul rintihan agar Tuhan menzahirkan kembali kekuasaan-Nya. Aku katakan ini pun hanya kerana rasa prihatin. Jika tidak demikian, aku tahu bahawa ramai yang akan mentertawakan dan mendustakan aku. Tetapi semangat mengkhidmati makhluk yang Tuhan berikan kepadaku menyebabkan aku tidak peduli kerenah mereka. Aku hanya ingin menggembirakan Tuhan dan bukan manusia, sebab itu sedikit pun aku tidak kisah dengan caci-maki dan tertawaan mereka. Aku melihat bahawa Tuhan bersama-sama denganku. Pernah sekali aku sendirian dalam melalui jalan ini. Sekarang Tuhan telah memberi khabar gembira kepadaku bahawa ‘engkau tidak akan sendirian, malah orang akan datang secara berkumpulan-kumpulan’. Dan juga dikatakan bahawa ‘tulislah perkara ini dan sebarkan bahawa bahawa keadaan engkau ini tidak akan berulang lagi hari ini. Aku akan mengalahkan semua penentang dan akan memberikan kepada engkau satu kumpulan’. Kitab itu masih ada dan satu salinan juga telah dihantar ke Mekah. Di Bukhara dan kerajaan juga telah disebarkan khabar ghaib ini 22 tahun sebelumnya, dan sekarang sedang sempurna. Siapa yang dapat mengingkarinya? Hindu, Muslim dan Kristian menjadi saksi atas hal ini bahawa hal ini diberitahu kepada mereka ketika aku AHADUM MINAN NAAS. Dia memberitahu kepadaku bahawa ‘satu zaman akan datang di mana engkau akan dimusuhi, namun Aku akan memperbanyakkan kamu sehingga raja-raja akan mengambil berkat dari pakaian engkau’. Sekarang, dari seorang telah menjadi 175,000 orang. Janji yang lain juga akan turut sempurna”. (Malfoozaat Jilid 3, halaman 83)

No comments:

Post a Comment

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...