Sunday, December 12, 2010

Pantaulah, jika belum puas memantau

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JHEAINSpantauajaranQadianidiSabah/Article

JHEAINS pantau ajaran Qadiani di Sabah

2010/12/11

KOTA KINABALU: Ajaran Qadiani yang diisytihar menyimpang daripada fahaman Islam dikesan masih diamalkan di Sabah terutama kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Amri Suratman, berkata ajaran itu dipercayai bertapak di negeri ini sejak lebih 10 tahun lalu dengan Sandakan menjadi antara daerah tumpuan.
"Kita ingin mengingatkan umat Islam di Sabah supaya menjauhi Qadiani. Jika mahu mempelajari Islam secara mendalam, cari pegawai ditauliahkan pihak agama di semua peringkat termasuk daerah dan kariah.
“JHEAINS sentiasa memantau pergerakan pengikut kumpulan ini supaya tidak merebak. Kita tidak mahu ajaran ini memesongkan akidah umat Islam,” katanya pada sidang media selepas Diskusi Undang-Undang Kesalahan Syariah di Wisma MUIS, di sini semalam.

Ajaran Qadiani berasal dari India dikata diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani pada 1889 sebelum disebar ke seluruh dunia sejak awal abad ke-20 oleh mubaligh dan pengikutnya tetapi disahkan bertentangan dengan ajaran Islam.

Amri berkata, JHEAINS turut mengesan ada penduduk tempatan menjadi pengikut dan menyebarkan fahaman Qadiani yang nampak sama seperti Islam antaranya membaca al-Quran tetapi mengerjakan solat Jumaat di rumah.

“Kita akan mengadakan penerangan berhubung ajaran Qadiani 21 Disember ini di Dewan Saadah Wisma MUIS,” katanya.


3 comments:

  1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)menyatakan hasratnya untuk memantau pergerakan Jemaat Ahmadiyah yang mereka popularkan sebagai QADIANI, saya pun tidak tahu sudah berapa kali mereka berhasrat demikian, katanya sudah lama memantau, dan tidak mahu ajaran ini akan merebak.

    Jika hendak memantau agar dapat maklumat yang tepat, silakan datang berjumpa dengan Muballigh dari Jemaat Ahmadiyah di mana-mana sahaja, Semporna, Sandakan, Kota Marudu, Beaufort, dan di tempat yang lain.

    Dulu, di Kota Marudu 2006-2008, saya pernah naik ke pejabat JHEAINS, dan keraninya sudah berjanji akan mengadakan pertemuan dengan penguatkuasa di pejabatnya bagi membincangkan masalah Qadiani yang mereka anggap sesat. janji satu minggu, tapi satu tahun berlalu tidak ada panggilan padahal nama dan nombor telefon sudah saya tinggalkan di pejabat mereka.

    Kemudian saya pernah persilakan agar datang ke ruang solat kami jika hendak membuat rakaman, pintu akan dibuka bagi mereka, sebabnya itu yang mereka mahu. tapi sayang, janji hanya tinggal janji, dan mereka hanya membuat rakaman dari sudut yang jauh. bagaimana hendak mengetahui isi kandungan Khutbah sama ada bertentangan dengan Islam atau tidak kalau hanya membuat rakaman dari jauh? atau Itukah cara JHEAINS memantau, kemudian balik ke pejabat dan membuat laporan bahawa Qadiani menyimpang dari ajaran Islam. hebatnya cara memantau!

    Nasihat saya, jika hendak mengetahui ajaran Jemaat Ahmadiyah yang sebenar, janganlah berjumpa dan bertanya kepada orang yang baru bergabung dengan Jemaat ini, cari dan jumpa Muballigh yang bertugas di tempat berkenaan.

    Kalau hanya memantau dari jauh, kemudian merujuk kepada fatwa-fatwa dari kerajaan atau ulama, memang sampai bila pun hal tidak akan berubah kepercayaan kamu terhadap Jemaat Ahmadiyah. itu bukan MEMANTAU, itu disebut MENGULANGSIAR fatwa-fatwa.

    ReplyDelete
  2. Kumpulan Islam Jemaah (IJ) 'berjaya' ditangkap oleh Penguasa Agama di Selangor kerana ada orang suruhan pihak Penguasa Agama berpura-pura untuk mengikuti kumpulan IJ dan mendengar secara langsung khutbah yang dibawa oleh kumpulan IJ. beranikah pihak Penguasa Agama berpura-pura mengikuti dan bergabung dengan Jemaah Ahmadiah agar ada kesalahan yang dapat dibuktikan?

    ReplyDelete
  3. Pujian harus diterima oleh anggota-anggota CID yang sentiasa mengikuti acara Jemaat walaupun dimana jemaat mengadakan program.. Mereka menjalankan tugas yang damanahkan kepada mereka oleh pengurusan tertinggi mereka. Mereka solat, makan dan bersembang bersama kita. Jurukamera mereka sibuk merakamkam aktiviti yang kita adakan.. Alangkah bagusnya, sekiranya pihak JHEINS juga berani merakamkan secara langsung aktiviti yang Jemaat adakan. Kalau tidak berani datang bersemuka, pihak JHEINS boleh dapatkan rakaman yang dibuat oleh anggota-anggota CID supaya JHEINS boleh menyaksikan secara 'live' segala kegiatan jemaat

    ReplyDelete

Makkah Al-Mukarramah

  Wahai anak-anak! Kita semua tahu bahawa alam ini diciptakan oleh Allah semata-mata untuk kekasih-Nya Nabi Muhammad sallallaahu alaihi wa...