CARA MENGHINDARI DOSA
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Untuk menjauhi emosi dan dosa ialah dengan menanamkan dalam hati perasaan takut kepada Allah. Jika keagungan dan kekuasaan Allah Ta’ala wujud dalam hati, maka ia akan berada jauh dari dosa-dosa. Seorang doktor yang cuba memberi ketakutan kepada seseorang kadang-kadang memberi kesan yang amat besar dalam hati sehingga adakalanya orang itu mati. Jadi, bagaimana mungkin tidak ada kesan daripada rasa ketakutan kepada Allah itu”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 507)
AKAR SEGALA KEBAIKAN IALAH TAKWA
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Bertakwalah, takwa adalah akar segala kebaikan. Maksud takwa ialah menghindari dari sekecil-kecil suatu dosa. Takwa juga dikatakan sebagai menyingkirkan segala urusan yang dikhuatiri membawa keburukan. Perumpamaan hati ialah seperti sungai yang besar. Dari sungai yang besar itu mengalir anak-anak sungai yang kecil. ... ... Dari sungai hati yang besar juga keluar anak-anak sungai yang kecil, umpamanya lidah dan sebagainya. Sekiranya air dari anak sungai itu kotor, bermakna sungai yang besar itupun kotor. Jadi, sekiranya melihat seseorang itu mempunyai lidah dan tangan serta anggotanya yang lain kotor, itu menandakan hatinya juga kotor”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 525)
HIKMAH TIDAK SOLAT DI BELAKANG ORANG GHAIR
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Bersabarlah dan jangan solat di belakang orang ghair kerana di dalamnya banyak manfaat dan kebaikan. Di situlah pertolongan dan kemenangan yang agung bagi kamu dan inilah juga asas kemajuan Jemaat ini. Cuba lihat di dalam dunia ini, apabila mereka bertengkar dan marah, mereka tidak bertegur sapa sehingga empat hari. Sedangkan perselisihan kamu adalah kerana Allah Ta’ala. Jika kamu terus bersama-sama dengan mereka, maka penglihatan Tuhan yang khas sepatutnya untuk kamu tidak akan berlaku. Apabila Jemaat suci itu terasing, maka ia akan menuju kemajuan”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 525)
GHAZE BASHAR
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Seorang Mukmin tidak seharusnya menjadi orang yang berlidah kotor atau memandang ke sana-sini, malah seharusnya beramal atas ayat ini YAGHUDDHUU MIN ABSHOORIHIM (An-Nuur:31) dan menundukkan pandangan masing-masing, kemudian menghindari segala benda-benda yang boleh mengundang pandangan berahi”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 533)
MENGHISAP TEMBAKAU
Hazrat Masih Mau’ud a.s berkata:-
“Seharusnya ia ditinggalkan, ia merupakan satu bid’ah (barang yang dibenci) dan menyebabkan mulut berbau. Almarhum ayah kami pernah membuat puisi mengenainya yang menzahirkan tentang keburukannya”. (Malfoozaat Jilid 1, halaman 538)
No comments:
Post a Comment